Kredit Gambar: akumuslim.asia
Islam merupakan agama yang memudahkan umatnya. Walaupun diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk mengerjakan 5 solat fardu sehari, kemudahan diberikan kepada mereka yang berada dalam keadaan terbatas untuk mengerjakan solat fardu dengan menghimpunkan 2 solat fardu dan memendekkannya ke dalam satu waktu.
Apakah itu Jamak?
Dari segi bahasa, Jamak membawa maksud ‘menghimpunkan’ atau ‘mengumpulkan’. Jadi, dalam erti kata lain, solat Jamak adalah perbuatan menghimpunakn dua waktu solat fardu ke dalam satu waktu sahaja.
Untuk pengetahuan anda, Jamak mempunyai dua jenis, yakni Jamak Takdim dan Jamak Takhir. Jamak Takdim merupakan perbuatan menunaikan 2 solat fardu ke dalam waktu pertama. Sebagai contoh, anda boleh menghimpun solat fardu 4 rakaat seperti Zuhur dan Asar ke dalam waktu Zuhur atau Maghrib dan Isyak ke dalam waktu Maghrib.
Apakah syarat-syarat untuk Jamak Takdim?
1. Tertib mengikut kedudukan waktu solat, dan mendahulukan solat Zuhur sebelum Asar.
2. Perlu melafazkan niat untuk menghimpunkan solat kedua dalam waktu solat pertama.
3. Segera mengerjakan solat fardu kedua selepas solat fardu pertama.
4. Masih dalam perjalanan ketika Solat Jamak ini dilakukan.
Jamak Takhir pula merupakan perbuatan menunaikan 2 solat fardu ke dalam waktu kedua. Sebagai contoh, anda boleh menghimpunkan solat fardu 4 rakaat seperti Zuhur dan Asar ke dalam waktu Asar atau Maghrib dan Isyak ke dalam waktu Isyak.
Apakah syarat-syarat untuk Jamak Takhir?
1. Anda perlu melafazkan niat untuk menghimpunkan solat pertama ke dalam solat kedua.
2. Anda masih berada dalam perjalanan ketika solat ini dilakukan.

Apakah itu Qasar?
Qasar kalau dari segi bahasa, ia bermaksud ‘memendekkan’ yakni memendekkan jumlah rakaat solat seperti 4 rakaat kepada 2 rakaat. Selain itu, ia juga boleh digabungkan dengan Solat Jamak.
Apakah syarat-syarat untuk menqasarkan Solat?
- Anda sedang dalam perjalanan atau bermusafir.
- Jarak perjalanan hendaklah sekurang-kurangnya 2 marhalah, atau 91 km.
- Mempunyai tujuan musafir yang baik.
- Perlu berada dalam perjalanan semasa menunaikan solat ini.
- Boleh menqasarkan solat Zuhur, Asar dan Isyak.
- Melafazkan niat qasar.
- Tidak menjadi makmun kepada mereka yang solat dengan rakaan penuh.
- Tidak menjadi makmum kepada imam yang tidak ketahui niatnya sama solat qasar atau penuh.
- Tidak berniat untuk menetap di tempat yang dituju selama 4 hari atau lebih (Tidak termasuk hari pergi dan pulang)
- Apabila tidak pasti berapa lama tempoh perjalanan akan selesai, anda disarankan untuk qasar solat sehingga 18 hari (tidak termasuk hari pergi dan pulang)

Bagaimanakah menunaikan Solat Jamak?
1. Niat Solat Jamak Takdim Zuhur

2. Niat Solat Jamak Takdim Asar

3. Niat Solat Jamak Takhir Asar

4. Niat Solat Jamak Takhir Zuhur

5. Niat Solat Jamak Takdim Maghrib

6. Niat Solat Jamak Takdim Isyak

7. Niat Solat Jamak Takhir Isyak

8. Rukun Solat dan Tertib
Dirikan solat dengan rukun dan tertib yang sama seperti solat fardu biasa. Bermula dengan Takbiratul Ihram sehinggalah salam.
9. Bilangan Rakaat
Bilangan 4 rakaat akan menjadi 2 rakaat sahaja jika anda berniat untuk solat qasar atau qasar jamak.
10. Niat
Untuk mendirikan solat qasar dan jamak, ia bergantung kepada niat anda, sama ada jamak takdim atau jamak takhir.
11. Lafaz
Niat perlu dilafazkan dua kali mengikut waktu solat.
Mudah bukan mengerjakan solat Jamak dan Qasar? Diharapkan perkongsian kami ini dapat memberikan manfaat untuk anda. Selamat mengamalkannya!
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.