Dunia akan membosankan tanpa ciptaan boba yang kenyal dan manis. Boba biasanya dibuat daripada produk hebat ini yang dipanggil tepung ubi kayu atau kanji ubi kayu. Kedua-duanya adalah perkara yang sama kerana ia hanyalah nama pada pembungkusan dan bergantung pada pilihan pengeluar untuk meletak namanya.
Tepung ubi kayu adalah agen pemekat yang sangat baik untuk pelbagai hidangan lazat yang lain. Kebanyakan suri rumah menggunakan tepung ini untuk memasak dan juga membuat pencuci mulut yang lazat. Apa kata anda datang dan pilihlah tepung ubi kayu terbaik dari senarai yang telah kami himpunkan dalam artikel ini.
Di manakah saya boleh mendapatkan tepung ubi kayu?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan tepung ubi kayu di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan tepung ubi kayu, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, tepung ubi kayu seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih tepung ubi kayu?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli tepung ubi kayu ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis tepung ubi kayu yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Tepung Ubi Kayu Terbaik di Malaysia
1. Bob’s Red Mill Finely Ground Tapioca Flour

Tepung Tapioca Red Mill Bob, juga dikenali sebagai Patioca Starch, dikisar hingga serbuk berbutir halus daripada akar kering pokok ubi kayu. Ia bebas gluten dan bebas bijirin. Tepung Tapioca ini sangat bagus untuk memekatkan sup, sos dan inti bahan. Ia juga sesuai untuk dibakar.
Bahan-bahan: Ubi kayu
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 454 g
Harga: RM 21.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. MH Food Organic Tapioca Starch

MH Food Organic Tapioca Starch mempunyai konsistensi yang halus, rasa sedikit manis dan tinggi kandungan kanji. Jenama ini telah menjadi salah satu jenama terbaik dalam industri pemakanan. Datang dan bakarlah hidangan lazat dengan menggunakan tepung ubi kayu terbaik daripada MH Food Organic hari ini!
Bahan-bahan: Tepung ubi kayu organik
Saiz: 200 g
Harga: RM 4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. ABC Tapioca Starch

Mari belajar ABC di dapur dengan semua resipi baharu. Dengan bantuan tepung ubi kayu ABC, jumlah resipi yang anda boleh buat adalah banyak! Datang dan buatlah hidangan terbaik di luar sana dengan kanji ubi kayu ABC hari ini! Anda pasti tidak menyesal.
Bahan-bahan: Tepung ubi kayu organik
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 500 g
Harga: RM 2.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Arrowhead Mills Organic Tapioca Flour

Tepung Tapioca Organik menambah rasa dan tekstur yang unik kepada resipi bebas gluten kegemaran anda. Ini cara yang lazat untuk menambahkan keseronokan ke dalam hidangan pembakar anda. Gunakan Arrowhead Mills Organic Tapioca Flour hari ini dan dapatkan semangat baru untuk membuat roti yang lazat!
Bahan-bahan: Tepung ubi kayu Organik
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 510 g
Harga: RM 31.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. PinXiang Tapioca Starch

PinXiang Tapioca Starch merupakan tepung organik yang baik untuk digunakan di dapur. Selain organik, ia boleh memberikan anda khasiat dan kesegaran alam semula ajadi. Gunakanlah Pati Tapioca PinXiang hari ini dalam masakan anda!
Bahan-bahan: Tepung ubi kayu Organik
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 2.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Bột Năng Vĩnh Thuận Tapioca Starch

Jika anda mencari tepung ubi kayu daripada negara luar, mungkin tepung ubi kayu dari Vietnam ini sesuai buat anda. Cubalah Kanji Tapioca Bột Năng Vĩnh Thuận ini untuk hidangan bakar anda yang lebih tradisional hari ini! Anda pasti tidak menyesal!
Bahan-bahan: Tepung ubi kayu Organik
Negara Pengeluar: Vietnam
Saiz: 400 g
Harga: RM 7.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Mewah Tapioca Starch Flour

Inginkan rasa mewah dan keanggunan dengan tepung ubi kayu Mewah? Tepung ubi kayu yang licin dan mudah digunakan ini akan membuatkan anda mahu memasak tanpa henti! Cubalah hari ini! Selain ia berpatutan, tepung ubi kayu ini juga sering mendapat kepercayaan ramai suri rumah di seluruh dunia.
Bahan-bahan: Ubi kayu
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 450 g
Harga: RM 4.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Bestari Tapioca Starch

Jadilah chef terbaik di luar sana dengan bantuan tepung ubi kayu Bestari. Buatlah hidangan dan pencuci mulut yang menggunakan tepung ubi kayu ini. Ia licin dan lembut untuk anda gunakan. Percayalah, proses memasak anda pasti menjadi lebih menyeronokkan!
Bahan-bahan: Ubi kayu
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 350 g
Harga: RM 4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Greenmax Tapioca Starch

Jadilah tukang masak terbaik yang ada di dapur dengan bantuan tepung ubi kayu Greenmax! Tepung ubi kayu yang lembut dan halus ini mudah digunakan dalam mana-mana resipi. Anda boleh mereka apa jua resepi dengan Greenmax hari ini!
Bahan-bahan: Tepung ubi kayu
Negara Pengeluar: Taiwan
Saiz: 400 g
Harga: RM 5.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Sure Rasa Tapioca Starch

Sediakan apa jua sajian masakan anda dengan kanji ubi kayu Sure Rasa! Keyakinan yang anda ada pada diri itu penting bagi menjadikan setiap sajian anda baik dan lazat. Apa kata anda cuba gunakan tepung ini dalam masakan anda? Pasti anda gembira dengan hasilnya!
Bahan-bahan: Tepung ubi kayu
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 g, 900 g
Harga: RM 1.90 (300 g) | RM 4.50 (900 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Tip:
- Tepung ubi kayu hendaklah disimpan di kawasan yang sejuk dan kering di mana suhu atau keadaan optimum adalah sekitar 25°C untuk jaminan jangka hayat yang lebih lama.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.