Kerjaya

mwp team

Mari Sertai Kami!

Bina Kerjaya Anda Dengan Kami!

Di My Weekend Plan, kami bukan sekadar pasukan, tetapi kami ialah keluarga. Tidak kira sesibuk mana sekalipun, kami bersedia untuk menyokong antara satu sama lain. Kami percaya dengan budaya komunikasi yang telus, iaitu sistem sokongan yang boleh dipercayai oleh ahli pasukan kami selain mentor memberikan bimbingan untuk terus membantu antara satu sama lain.

Selagi pasukan kami terus berkembang, selagi itulah kami akan berjaya. Kami bangga dengan persekitaran yang kami wujudkan. Kami sedar bahawa asas yang kukuh dapat mematangkan ahli pasukan kami seterusnya membolehkan mereka bersinar dalam industri ini.

Jika anda inginkan budaya kerja sebegini, anda boleh cuba memohon peluang pekerjaan yang kami paparkan pada laman web kami: ‘Lead Digital Content Creator’, ‘Content Writer Intern’. Sertailah keluarga dinamik kami yang berlokasi di Petaling Jaya!

Lead Digital Content Creator

Adakah anda gemar mengambil gambar dan video? Adakah anda sukakan media sosial? Adakah anda selalu mengambil tahu tentang aplikasi, perisian, trend dan platform terkini? Adakah anda seorang yang kreatif dan berinisiatif? Jika ya, anda mungkin Lead Digital Content Creator kami.

Penerangan Pekerjaan:

1. Mencipta kandungan visual yang menarik menggunakan pelbagai platform, sama ada platform milik sendiri atau platform berbayar, melalui fotografi, videografi dan reka bentuk grafik.
2. Bekerjasama dengan pereka grafik untuk menghasilkan foto dan video dengan cara yang kreatif untuk menceritakan kisah dengan menarik.
3. Menyumbang, menyusun strategi dan melaksanakan idea kempen yang dinamik.
4. Mereka dan menyusun kandungan.
5. Bantu mengekalkan konsistensi jenama dan identiti visual.
6. Memberi sumbangan dalam membangunkan strategi media sosial dan perancangan kelendar bersama bahagian pemasaran. Boleh berinteraksi dengan banyak bahagian dalam syarikat bagi menghasilkan aset visual yang bermutu. Anda adalah mata dan telinga kami dalam merealisiasikan impian kami.

Kami mencapai matlamat ini dengan menawarkan pendekatan bersepadu dan holistik melalui kandungan artikel kami.

Keperluan:

• 2+ tahun pengalaman dalam industri media sosial
• Kreatif
• Punyai kemahiran penyuntingan yang kuat dengan menggunakan program reka bentuk
• Skil penulisan bahasa Inggeris yang mantap dan merupakan seorang yang sangat teliti
• Seseorang yang bersikap inisiatif dan mampu bekerja dengan cekap
• Positif, memiliki sikap humor yang tinggi dan sukakan cabaran
• Boleh bekerja sendiri dari semasa ke semasa tanpa sebarang pengawasan (persekitaran kerja yang hibrid)


Sila e-melkan resume anda ke support@myweekendplan.com.my

Content Writer Intern

Jika anda berminat untuk menulis kandungan artikel dan mempunyai banyak idea (terutama berkenaan topik kerjaya), maka kerja ini sesuai buat anda. Anda mungkin akan bekerja secara langsung dengan pengasas syarikat jadi bersedialah untuk alami perubahannya!

Penerangan Pekerjaan:

1. Selidik dan ikuti trend pemasaran semasa & terkini dalam industri

2. Bekerjasama dengan agensi SEO kami bagi menyasarkan carian kata kunci tertinggi dan membina kandungan dengan menggunakan kata kunci tersebut.

Keperluan:

• Mencari kata kunci
• Menyasar kata kunci
• Asas SEO
• Menyelidik kandungan (apa yang perlu diperhatikan))
• Merancang kandungan dan struktur (kata kunci, kehendak pembaca dan tajuk)
• Merancang rangka artikel
• Struktur pautan kekal
• asas WordPress

Sila e-melkan resume anda ke support@myweekendplan.com.my

Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close