Tentang Kami

mwp team
MENIKMATI SETIAP SAAT

Jalinkan Hubungan dengan Pengalaman Berkualiti

Siapakah Kami

Secara asasnya, My Weekend Plan bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara satu sama lain dengan pengalaman hidup yang berkualiti. Kami yakin dapat meningkatkan taraf hidup anda dengan menerbitkan artikel-artikel yang bermanfaat dan bermaklumat bagi pengetahuan umum untuk meningkatkan lagi gaya hidup ke arah yang lebih baik.

Permulaan kami di The Weekend Plan adalah bertitik tolak daripada perkongsian mengenai makanan dan cara hidup yang boleh diikuti oleh umum untuk mengisi masa lapang. Kemudian, secara perlahan, kami melihat peluang untuk meluaskan lagi dengan memberikan lebih banyak maklumat atau perkongsian tentang gaya hidup yang semestinya dapat meningkatkan lagi kualiti hidup individu. Pasukan penulis kami terdiri daripada mereka yang mempunyai kemahiran baik akan membuat kajian yang terperinci dan menerbit artikel yang merangkumi pelbagai topik menarik daripada berkisar tentang produk rumah dan kehidupan kepada kecantikan sekaligus berkaitan dengan teknologi dari semasa ke semasa. Ringkasnya, kami berkongsi idea tentang makanan dan perkara-perkara yang anda boleh lakukan di Malaysia sekaligus mendedahkan produk-produk yang tepat untuk anda yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet individu tersebut.

mwp team
Misi kami adalah untuk membantu mereka yang sibuk tetapi ingin menambahbaikan mutu kehidupan mereka melalui pengalaman yang unik beserta rekomendasi produk.
our purpose

Tujuan Kami

Sebelum adanya My Weekend Plan, kami sentiasa tertanya-tanya tentang aktiviti yang boleh dilakukan bagi memenuhi masa lapang, khususnya pada hujung minggu. Selain itu, kami juga akan mencari produk-produk yang akan membantu penambahbaikan hidup, tetapi sukar untuk menemui produk yang akan menepati keperluan dan citarasa kita. Oleh sebab itu, kami mula beralih kepada medium internet bagi mendapatkan maklumat-maklumat tentang tempat makan, produk yang baik, dan perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan masa lapang terisi dengan suatu yang bermanfaat.

“Semua ini pasti akan menjadi lebih mudah jika kesemuanya disatukan dalam satu artikel di mana di situ akan memaparkan senarai-senarai yang terbaik daripada kalangan yang terbaik.?. Itulah persis apa yang kami fikirkan dan begitulah segalanya bermula. Dari situ, kami mengkaji banyak rekomendasi atau carian di laman web, dan kami sedar bahawa sebenarnya terdapat banyak tempat makan yang menarik, produk yang berkualiti dan perkara-perkara yang boleh dilakukan yang sememangnya tidak akan mensia-siakan setiap detik anda. Namun, tidak ramai yang mengetahui kewujudan perkara-perkara tersebut.? Hasil daripada tinjauan tersebut, kami memutuskan untuk berkongsi limpahan maklumat ini kepada umum supaya semua orang akan dapat menikmati dan mengalami kesemua perkara yang menarik itu.”

Bagaimanakah Kami Bermula

“Fokus dengan kualiti hidup dan nikmati kehidupan yang berkualiti” – Gary Lockwood

Ketika kita asyik dengan kehidupan yang dijalani, kita sentiasa terlepas pandang betapa berharganya setiap saat kita di sini dan betapa entengnya kita memandang semua perkara ini. Hal ini kerana kita meletakkan terlalu banyak fokus pada perkara remeh yang tidak akan memberi apa-apa pulangan yang bermanfaat kepada kita dalam jangka masa 5 atau 10 tahun. Kita lebih memilih kehidupan yang penuh tekanan seperti itu daripada menikmati setiap detik kehidupan umpama itu adalah saat terakhir kita bertapak di muka bumi ini. Justeru, kami tampil dengan slogan “Nikmat Setiap Detik” yang betul-betul menzahirkan misi kami di sini?

Matlamat kami adalah untuk membolehkan orang ramai untuk menghayati slogan kami dan biasakan penghayatan tersebut untuk lebih manfaat dalam gaya hidup mereka. Kami percaya bahawa hujung minggu adalah waktu yang sesuai dan tempat untuk menikmati makan yang lazat, berseronok dan mendapatkan produk yang akan membawa kepada penambahbaikan kualiti hidup anda. Melalui laman web kami, kami berupaya untuk membantu anda bagi mencapai matlamat mereka serta memiliki hobi baru. Kami juga yakin bahawa waktu lapang pada hujung minggu wajar digunakan untuk menikmati hidup dengan cara hidup yang kita impikan.

“Nikmatilah hidup sepenuhnya kerana ianya hanyalah sekali”

Maddi Jenkins

Komuniti Kami

Kami berbangga dengan komuniti yang telah kami bina kerana mereka telah menyokong kami sepanjang perjalanan kami untuk terus berkembang. Penyokong kami telah mengikuti saluran media sosial kami di Instagram, Facebook dan Youtube di mana kami sentiasa mengeluarkan kandungan untuk para penonton. Laman web kami juga mempunyai program keahlian yang membolehkan pengguna untuk mempunyai akaun mereka sendiri untuk memperoleh capaian kepada artikel kami.

Dengan jumlah sokongan yang kami terima, kami dapat bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk mengadakan promosi istimewa dan kod diskaun yang hanya eksklusif untuk ahli kami. Ini adalah salah satu cara kami untuk menghargai kerjasama dan minat para penyokong kami.

Sehingga hari ini, kami mencapai 100K jumlah tontonan di laman web dan 600K pengikut di platform sosial. My Weekend Plan dan Apa Kau Rasa sangat teruja untuk berkembang bersama peminat kami dan membina hubungan yang lebih kukuh.

Rakan Kongsi

pikom tech partner
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close