8 Tempat Penginapan Terbaik di Kuching 2025

Ramai yang ingat nama bandar Kuching berasal daripada perkataan Melayu yang bermaksud ‘kucing’. Tetapi, perkataan ‘Kuching’ boleh juga berasal daripada perkataan cina, iaitu ‘cochin’ yang memberi maksud pelabuhan. Perkataan ini kemudiannya digabungkan dengan perkataan Melayu ‘mata kucing’ yang merujuk kepada buah longan, iaitu sejenis buah yang popular dijual di pasaran pada waktu itu.

Selain Pulau Pinang dan Ipoh, Kuching adalah antara bandar yang terkenal dengan makanannya. Boleh dikatakan ramai para pelancong datang ke Kuching hanya untuk merasai sajian tempatan yang menyelerakan seperti Bamboo Chicken, Mee Kolo dan kek lapis batik Sarawak. Mesti anda tidak sabar untuk mencuba hidangan tempatan, bukan? Apa lagi, kunjungilah Kuching dan buatlah tempahan tempat penginapan yang selesa untuk percutian anda. Untuk itu, kami senaraikan 8 tempat penginapan terbaik di Kuching untuk anda terokai.

Apakah Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Kuching?

Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di Kuching, antaranya mendaki Gunung Santubong, iaitu gunung lagenda yang terkenal dalam kalangan pendaki dan penduduk tempatan. Jika anda meminati seni bina yang unik, anda bolehlah lawati Masjid Kuching. Anda juga boleh merasai kepelbagaian budaya dan adat di Kampung Budaya Sarawak. Selain menjadi salah sebuah bandar yang pesat membangun, Kuching juga memiliki kecantikan alam semula jadi yang boleh anda terokai seperti di Taman Negara Bako. Sambil-sambil merehatkan diri, anda boleh menghayati kecantikan Kuching Waterfront.

Bandar Kuching merupakan salah sebuah bandar yang selamat dengan kadar jenayah yang rendah. Namun begitu, para pelancong tidak digalakkan berjalan sendirian pada waktu malam. Anda boleh mendapatkan khidmat teksi kerana cara ini lebih menjamin keselamatan anda. Paling penting, anda perlu menjaga barang-barang berharga ketika anda berjalan-jalan di bandar ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Kuching 2025

1. Cove 55

Cove
Kredit Gambar: klook.com
Cove
Kredit Gambar: klook.com
Cove
Kredit Gambar: klook.com

Pada asalnya, Cove 55 ini dibina sebagai rumah percutian untuk keluarga Iban. Kemudian, ia diubah suai sehingga dapat menempatkan 13 bilik, 2 suites dan satu vila. Apa yang unik tentang tempat penginapan ini adalah ruangan makan di Chef’s Garden. Ruangan makan mereka terdiri daripada slot dapur organik yang menempatkan tumbuhan dan herba segar di taman. Konsep seperti ini memudahkan cef mendapatkan herba dan tumbuhan segar bagi menghasilkan masakan yang lazat dan enak. Selain itu, para pengunjung boleh menikmati minuman di Cove Bar yang hanya bersebelahan dengan kolam renang yang luas.

Alamat: Lot 55, Jalan Sultan Tengah, Santubong, 93010 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://cove55.com/

2. The Waterfront Hotel

The Waterfront Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Waterfront Hotel
Kredit Gambar: klook.com
The Waterfront Hotel
Kredit Gambar: thewaterfrontkuching.com

Hotel ini terletak di atas Plaza Merdeka Shopping Centre yang berada di tengah-tengah bandar Kuching. Para pengunjung boleh menikmati masakan tempatan ataupun barat di Cafe Via Mare sambil menikmati pemandangan indah Sungai Sarawak dan bangunan megah seperti Astana, Fort Margherita dan juga Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baharu. Selain itu, para pengunjung juga boleh menikmati percutian mereka di ruangan rehat ZAPATOS sambil mendengar iringan muzik jazz dan lagu-lagu terkini.

Alamat: 68, Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://thewaterfrontkuching.com/

3. Hilton Kuching

Hilton Kuching
Kredit Gambar: hilton.com
Hilton Kuching
Kredit Gambar: hilton.com
Hilton Kuching
Kredit Gambar: hilton.com

Hilton Kuching terletak di tengah-tengah bandar Kuching dan bersebelahan dengan Sungai Sarawak. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pula hanya terletak 10 km sahaja dari hotel ini. Selain itu, hotel ini juga menyediakan kolam renang yang luas dan pusat kecergasan yang dilengkapi dengan alat senaman terkini. Para pengunjung boleh menikmati hidangan buffet masakan luar ataupun masakan tempatan yang enak di The Makan Kitchen. 

Antara masakan tempatan yang terkenal adalah Pansoh Manuk (ayam yang diperap bersama beras wangi di dalam buluh) dan juga minuman wain beras atau dikenali sebagai tuak. Terdapat restoran dan kafe yang menyediakan pelbagai juadah lazat seperti Restoran Toh Yuen yang terkenal dengan masakan tempatan dan juga The Kofee yang menghidangkan sandwich, kek mahupun kek lapis yang sedap. Pada waktu malam pula, anda boleh bersantai di Matang Terrace sambil menikmati minuman dan pemandangan malam yang indah.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.hilton.com/en/hotels/kuchitw-hilton-kuching

4. Citadines Uplands Kuching

Citadines Uplands Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Citadines Uplands Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Citadines Uplands Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Citadines Uplands Kuching terletak di seberang jalan dari The Spring Shopping Mall dan hanya 8 km sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Hotel ini dilengkapi dengan kolam renang yang luas dan juga pusat kecergasan yang penuh dengan alat senaman terkini. Hotel ini turut menyediakan penghawa dingin, TV dan dapur kecil pada setiap bilik penginapannya. Bilik air pula dilengkapi dengan alat pengering rambut dan juga kamar mandi. Hotel ini turut menyediakan bilik mesyuarat dan perkhidmatan menjaga kanak-kanak bagi memenuhi keperluan para pengunjung.

Alamat: 55, Q5A, Kampung Kenyalang Park, 93300 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://citadinesuplandskuching.com-malaysia.com/

5. Grand Margherita Hotel

Grand Margherita Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Grand Margherita Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Grand Margherita Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Grand Margherita Hotel merupakan hotel antarabangsa yang pertama di Sarawak. Hotel ini menempatkan 288 bilik penginapan yang selesa. Para pengunjung boleh berjalan-jalan ke Kuching Waterfront sambil menikmati pemandangan yang indah kerana tempat ini hanya 1.7 km sahaja daripada hotel tersebut.

Orchid Garden Coffee House di hotel ini menyediakan masakan luar dan tempatan yang enak manakala Restoran Meisan pula menyediakan masakan laut yang segar. Untuk beristirahat sambil menikmati pemandangan yang indah, para pengunjung boleh bersantai di ruangan rehat Rajang Lobby sambil mendengar iringan muzik yang merdu.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.grandmargherita.com/

6. Pullman Kuching

Pullman Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Pullman Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Pullman Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Pullman Kuching menerapkan elemen gaya mewah 5 bintang melalui perkhidmatan dan reka bentuk dalaman khusus buat para pengunjung. Hotel ini menempatkan 389 bilik penginapan yang luas, bersih dan selesa. Selain itu, anda boleh menjamu selera di beberapa restoran di hotel ini yang menyajikan masakan mengikut selera anda. Jika anda menyukai masakan Cina asli, anda boleh berkunjung ke Restoran Puzzle dan Restoran Nu Er Hong. Untuk mendapatkan snek dan minuman ringan pula, anda boleh ke Liquid Bar atau Deja Vu Bar.

Alamat: 1A, Jalan Mathies, 93100 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.pullmankuching.com/

7. Riverside Majestic Hotel – Astana Wing

Riverside Majestic Hotel Astana Wing
Kredit Gambar: klook.com
Riverside Majestic Hotel Astana Wing
Kredit Gambar: klook.com
Riverside Majestic Hotel Astana Wing
Kredit Gambar: klook.com

Riverside Majestic Hotel – Astana Wing dikatakan mempunyai kedudukan yang strategik kerana terletak di tengah-tengah bandar Kuching. Hotel ini juga berdekatan dengan pusat hiburan, pusat beli belah dan tempat menarik untuk dikunjungi. Superior & Deluxe Twin atau Deluxe King, Club Superior, Club Deluxe dan juga Suite Apartment. Para pengunjung boleh memilih bilik penginapan yang mereka suka berdasarkan keperluan dan keselesaan mereka. Selain itu, para pengunjung juga boleh berjalan kaki ke tempat-tempat menarik seperti Kuching Waterfront dan juga Muzium Sejarah Cina Kuching bagi memotretkan kenangan mereka di bandar ini.

Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93050 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: http://riversidemajestic.com/

8. Imperial Hotel Kuching

Imperial Hotel Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Imperial Hotel Kuching
Kredit Gambar: klook.com
Imperial Hotel Kuching
Kredit Gambar: klook.com

Imperial Hotel Kuching ini merupakan hotel 4 bintang yang terletak di atas Boulevard Shopping Mall dan bersebelahan dengan Imperial Suites. Hotel ini mempunyai 325 bilik penginapan dan suite termasuklah 2 tingkat Eksekutif. Hotel ini sering menjadi pilihan para pelancong kerana ia hanya memakan masa 5 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Selain itu, hotel ini juga terletak hanya 10 minit pemanduan daripada pusat bandar.

Alamat: Jalan Datuk Tawi Sli, Taman Seng Goon, 93250 Kuching, Sarawak

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Laman Web: https://www.imperialhotelkuching.com.my/

SEMAK HARGA DI KLOOK

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close