8 Susu Pisang Terbaik di Malaysia 2026

Jika anda bukan penggemar susu biasa, anda harus cuba minum susu pisang yang lazat! Dari Binggrae sehinggalah Farm Fresh, terdapat pelbagai jenama berbeza yang boleh anda cuba di Malaysia. Sebenarnya ada banyak jenama yang menjual susu pisang untuk menepati kehendak para pembeli.

Susu pisang berkrim merupakan salah satu susu yang dicari oleh para pembeli di pasaran. Jika dahulu, anda selalu melihat Banana Uyu yang ditayangkan di dalam Kdrama dan mulai tertanya-tanya bagaimana rasanya susu pisang di mulut anda? Kini, anda boleh merasainya dengan mendapatkannya di kedai-kedai serbaneka dan pasaraya sahaja! Berikut adalah 8 susu pisang enak yang boleh anda dapatkan di Malaysia.

Apakah Khasiat Susu Pisang?

Susu pisang sebenarnya menawarkan banyak nutrien kepada badan anda melalui sumber asli susu dan pisang yang diproses bersama dan menghasilkan susu pisang yang lazat. Selain ia sesuai untuk setiap lapisan umur, minuman ini juga memberikan anda kalsium, serat dan juga pelbagai vitamin untuk kesihatan anda.

Memandangkan banyak jenama di Malaysia mengeluarkan susu pisang, anda tidak lagi perlu ke luar negara, terutama ke Korea Selatan atau Jepun, hanya untuk mencuba susu pisang asli. Bahkan, terdapat banyak syarikat yang mengimport produk minuman ini dari pelbagai negara untuk meluaskan pasaran dan menampung kehendak pengguna. Jika anda berminat untuk mencuba susu pisang, marilah dapatkannya di pasaran sekarang.

8 Susu Pisang Terbaik di Malaysia 2026

1. Goodday Banana Milk

Goodday Banana Milk
Kredit Gambar: The Star

Dapatkan susu pisang yang sedap ini daripada Goodday! Susu pisang yang berkrim dan lazat ini bebas daripada bahan pengawet dan ia mengandungi nutrien seperti protein, kalsium, vitamin D, B2 dan B6. Nikmati setiap teguk susu pisang yang lazat daripada Goodday hari ini!

Bahan-bahan: Pepejal Susu (Lembu), Sukrosa, Perisa, Penstabil (INS 460i, INS 466 & INS 407), Pengemulsi (INS 471), Mineral (Kalsium, Iodin & Zink), Vitamin (D, A & B6), Pemanis (INS 955 ), Pewarna (Tartrazine (INS 102) & INS 110), Mengandungi Bahan Tambahan Makanan yang Dibenarkan daripada Asal Tumbuhan atau Sintetik

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200 ml 

Harga: RM 9.20 (Shopee) | RM 15.99 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Farm Fresh Banana Milk

Farm Fresh Banana Milk
Kredit Gambar: shopee

Bahan-bahan utama susu pisang ini ialah susu segar, puri pisang dan gula perang.  Bahan-bahan ini mampu menghasilkan rasa susu pisang Farm Fresh Banana Milk ini menjadi sangat sedap! Nikmati kebaikan tempatan ini dari Farm Fresh pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda suka! Cuba sekali pasti hendak lagi!

Bahan-bahan: Susu Segar, Puree Pisang, Gula Perang & Mengandungi Penstabil Sebagai Perapi Makanan Yang Dibenarkan. *Dihasilkan di kilang yang memproses soy, oat (gluten) & almond (nut).

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200 ml

Harga: RM 3.10 (Shopee) | RM 17.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Meiji Banana Milk

Meiji Banana Milk
Kredit Gambar: halal.co.th

Susu pasteur berkualiti tinggi dengan standard kualiti Jepun ini menjadi minuman kegemaran ramai  dan nombor 1 di Thailand dan Jepun. Susu pisang ini diperbuat daripada 100% susu segar sebenar melalui proses pempasteuran yang mengekalkan semua nutrisi semula jadi dalam produk. Susu Pasteur Meiji ini sangat bagus untuk mereka yang ingin mendapatkan manfaat penuh daripada susu dengan perisa pisang yang lazat.

Bahan-bahan: Susu Lembu, Gula, Susu tepung skim, Pewarna (E102), Perisa

Negara Pengeluar: Thailand/ Japan

Saiz: 200 ml, 450 ml

Harga: RM 3.99, RM 7.20 (Shopee) | RM 6.70 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Binggrae Banana Milk

Binggrae Banana Milk
Kredit Gambar: Lazada

Susu Pisang Binggrae yang berasal dari Korea Selatan ini digemari ramai dan merupakan jenama susu pisang nombor satu di Korea Selatan! Susu pisang ini sangat ikonik, sehinggakan ada yang teringat akan susu pisang Binggrae apabila menyebut tentang susu pisang. Apa lagi, marilah cuba susu pisang yang lazat ini.

Bahan-bahan: Susu, air, gula, susu tepung skim, serbuk whey, jus pisang pekat (0.32%) [pisang], perisa tiruan, mono- dan digliserida asid lemak, karagenan, guar gum, annatto.

Negara Pengeluar: Korea Selatan

Saiz: 200 ml

Harga: RM 4.69, RM 24.90 (Shopee) | RM 30.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Pokka Banana Milk

Pokka Banana Milk
Kredit Gambar: TWUEZGO.com

Susu Pisang POKKA menggabungkan rasa susu yang lembut dan pisang yang lazat dalam satu minuman! Dalam setiap tegukan, anda  tidak dapat melupakan rasa susu yang lembut dan segar. Minuman ini berkrim, lazat dan bertenaga jadi ia sesuai untuk penggemar pisang di luar sana.

Bahan-bahan: Air, Susu, Sukrosa, Krimer Bukan Tenusu, Perisa, Penstabil, Pulpa Pisang, Natrium Bikarbonat, Pewarna (E102, E110)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 Liter

Harga: RM 4.79 (Shopee) | RM 5.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Dutch Lady Banana Milk

Dutch Lady Banana Milk
Kredit Gambar: Tesco

Lebih 140 tahun menjalankan penternakan tenusu, Dutch Lady membawakan anda susu berkualiti dari ladang yang asli. Susu ini lazat dan penuh dengan nutrien penting yang sangat diperlukan untuk memulakan hari anda. Susu Pisang Dutch Lady memberikan anda kebaikan dan khasiat secara langsung dari alam semula jadi!

Bahan-bahan: Pepejal Susu Bukan Lemak, Sukrosa, Lemak Susu, Trikalsium Fosfat, Ekstrak Krim, Natrium Klorida, Ekstrak Pisang (0.01%), Sucralose, Vitamin (A, D3, B2), Stevia, Mengandungi Bahan Perisa yang Dibenarkan, Penstabil (E 460, E 407, E 466) dan Pengemulsi (E 471), Plant origin

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 200 ml (x 6)

Harga: RM 2.40 – RM 12.33 (Shopee) | RM 9.53 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Sunkist Banana Pistachio Milk

Sunkist Banana Pistachio Milk
Kredit Gambar: Happy fresh

Susu Pistachios Pisang Sunkist ini didatangkan dengan pisang campuran sebenar yang dicampur dengan pistachio premium dari California. Susu Pistachio Sunkist ini sedia untuk diminum bersama dengan puri pisang yang lazat sekali gus menunjukkan khasiat daripada pistachio dan pisang, iaitu vitamin e, kalsium, serat dan antioksidan.

Bahan-bahan: Susu Pistachio, Puree Pisang, Serat

Negara Pengeluar: Thailand

Saiz: 180 ml (x 3)

Harga: RM 15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Vegemil Banana Soymilk

Vegemil Banana Soymilk
Kredit Gambar: Oriental Mart

Cubalah rasa manis jus pisang asli dari Vegemil hari ini! Susu soya Vegemil ini padat dengan nutrisi sayur-sayuran dan jus pisang manis sebenar yang dicampur secara harmoni. Malah susu pisang ini juga dikatakan menjadi kegemaran bagi para pelanggan yang tidak menyukai susu soya.

Bahan-bahan: Susu Soya (Air Tulen, Kacang Soya 7%) Air, Gula, Malto Oligosakarida, Jus Pekat Pisang, Perisa Tiruan, Garam, Ester Asid Lemak Mono Gliserin, Natrium Bikarbonat, Gum Gellan.

Negara Pengeluar: Korea Selatan

Saiz: 190 ml

Harga: RM 4.00 (Shopee) | RM 5.00 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close