8 Teh Pudina Terbaik di Malaysia 2025

Teh pudina merupakan minuman yang memberikan anda ringan dan menyegarkan dalam setiap tegukannya. Selain rasa lazat, teh pudina juga membuatkan anda kekal sihat kerana banyak manfaatnya terhadap kesihatan anda. 

Ramai orang beralih kepada teh pudina kerana teh ini mampu membantu mereka yang mengalami gangguan sistem penghadaman. Selain itu, teh ini juga dapat melegakan ketegangan di kepala akibat migrain atau sakit kepala, atau mereka yang mengalami sinus! Teh pudina benar-benar menakjubkan!

Apakah khasiat daun pudina?

Jika anda hendak tahu, daun pudina merupakan salah satu daun yang boleh dimakan. Daun pudina bukan sahaja dibuat teh, tetapi ia juga dijadikan gula-gula getah, pembersih mulut dan banyak lagi. Bukan sahaja ia memberikan rasa segar tetapi daun ini juga boleh membantu anda dalam menangani masalah mulut berbau atau halitosis.

Penggunaan daun pudina di dalam teh juga banyak manfaatnya. Dikatakan, teh pudina mampu membantu anda untuk menghakis dan mengeluarkan kahak dari tekak anda sekaligus melegakan sakit dada dan batuk anda. Selain itu, teh pudina juga boleh mengurangkan stress yang anda hadapi sehari-hari. Pengambilan teh pudina di pagi hari bersama sarapan boleh membuatkan hari anda ceria dan segar.

8 Teh Pudina Terbaik di Malaysia 2025

1. Garden of The Andes Organic Peppermint Tea

Garden of The Andes Organic Peppermint Tea
Kredit Gambar: Justlife

Rasailah teh pudina asli untuk meremajakan minda dan badan anda. Cubalah Garden of The Andes Organic Pure Peppermint Tea hari ini! Selain menyegarkan badan anda, teh ini juga mampu menghilangkan stress dan tekanan anda pada hari yang sibuk.

Bahan-bahan: Teh Pudina Asli

Negara Pengeluar: Chile

Saiz: 28g

Harga: RM16.70 (Shopee) | RM15.90 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

2. Kinohimitsu Peppermint Tea

Kinohimitsu Peppermint Tea
Kredit Gambar: Kinohimitsu

Herba tradisional semula jadi diadun bersama daun pudina bagi menghasilkan minuman ringan, lazat dan bebas kafein yang dapat membantu anda untuk mengekalkan kesegaran badan dan minda. Kinohimitsu Detox Tea secara lembutnya dapat meremajakan badan, mengurangkan keletihan dan memulihkan tenaga kepada mereka yang sering berasa lemah atau letih. Apa kata anda cuba minuman ini? Mana tahu ia boleh menjadi salah satu minuman kegemaran anda di waktu santai.

Bahan-bahan: Teh Pudina

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 14’s, 40’s, 60’s

Harga: RM23.90 (14 sachet), RM42.90 (40 sachet), RM55.90 (60 sachet)

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

3. English Tea Shop Organic Tea Peppermint

English Tea Shop Organic Tea Peppermint
Kredit Gambar: Shopee

Manis, menyegarkan dan sangat memuaskan! Itulah yang dirasai oleh pemgguna teh klasik Fair Trade Peppermint. Teh ini bukan sahaja menjadi teh mereka , malah ia juga turut disyorkan kepada rakan dan keluarga untuk membelinya. Bak kata mereka, cuba sekali hendak lagi!

Bahan-bahan: Teh Pudina

Negara Pengeluar: United Kingdom

Saiz: 30g

Harga: RM18.90 (Shopee) | RM17.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

4. Boh Tea Peppermint Tea

Boh Tea Peppermint Tea
Kredit Gambar: BOH Tea

Teh pudina ini merupakan teh herba BOH asli dengan rasa yang menyegarkan dari Cameron Highlands, Malaysia. Teh herba asli ini tidak mengandungi kafein, pengawet tiruan mahupun pewarna tiruan. Inilah rasa sebenarn teh herba dari Malaysia.

Bahan-bahan: Daun teh pudina

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1.2g (loose pack), 25 sachet

Harga: RM0.90 (Shopee) | RM12.20 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

5. Tesco Infusion Peppermint Tea

Tesco Infusion Peppermint Tea
Kredit Gambar: Tesco

Rasa pudina & menyegarkan, itulah rasa yang anda dapati daripada teh pudina. Teh ini dipilih dengan teliti untuk menonjolkan rasa tulen dan segar yang dicari oleh pengguna. Selain itu, teh ini juga sesuai untuk diminum oleh mereka yang mengamalkan cara pemakanan vegan.

Bahan-bahan: Teh Pudina

Negara Pengeluar: United Kingdom

Saiz: 20 Beg (x30)

Harga: RM11.99 (Shopee)

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

6. Ahmad Tea Peppermint & Lemon Tea

Ahmad Tea Peppermint Lemon Tea
Kredit Gambar: Lazada

Menggabungkan pudina wangi terbaik dengan lemon yang segar, teh yang menyegarkan dan menenangkan ini merupakan penawar bagi anda yang keletihan. Teh pudina merupakan pilihan popular para pembeli untuk dinikmati bersama sarapan kerana infusi teh ini membantu sistem penghadaman anda. Dengan rasa mentolnya yang segar dan kualiti yang menenangkan, teh ini lazat diminum bersama hidangan yang berat.

Bahan-bahan: Pudina (91%), Perisa asli Lemon Flavoring (6%), Lemon Peels (3%).

Negara Pengeluar: United Kingdom

Saiz: 200g

Harga: RM10.75

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

7. Simply Natural Peppermint Tea

Simply Natural Peppermint Tea
Kredit Gambar: Shopee

Menthol dan cebisan bunga dengan kemasan yang tajam, itulah Simply Natural Peppermint Tea untuk anda! Secawan teh pudina akan melegakan perut yang sakit dan melegakan pedih ulu hati, jadi jika anda mengalami penyakit seperti itu, cuba teh pudina ini.

Bahan-bahan: Teh Pudina

Negara Pengeluar: Mesir

Saiz: 32g

Harga: RM15.50 (Shopee) | RM17.44 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

8. Danongwon Peppermint Tea

Danongwon Peppermint Tea
Kredit Gambar: Shopee

Teh aromatik yang menyenangkan ini diperbuat daripada pudina yang sentiasa segar dan ia telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Apa kata anda cuba secawan teh pudina hari ini dan rasai kesegarannya!

Ingredients: Peppermint Tea

Negara Pengeluar: Korea Selatan

Saiz: 25g

Harga: RM41.00

*Harga mungkin berbeza sewaktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close