Teh ini merupakan teh popular yang digemari ramai khususnya bagi mereka yang menggemari teh. Dikatakan, daun teh ini dituai dari India, di kawasan yang bernama Darjeeling. Memandangkan penuaian daun teh ini terhad dan hanya dipetik menggunakan tangan, ia menjadikan teh ini terkenal di seluruh dunia.
Teh ini dikatakan memiliki tekstur rasa yang ringan dan kurang astringent berbanding dengan kebanyakan teh di pasaran. Namun begitu, teh ini kaya dengan aroma bunga dan rasa yang kelat manis, memberikan kesegaran kepada mereka yang meminumnya. Jika anda sedang mencari teh yang mempunyai bau bunga yang lembut, teh Darjeeling sesuai untuk anda. Sesetengah orang mungkin menggambarkan rasa itu sebagai rasa halus buah pic dan aprikot. Teh Darjeeling ini enak diminum tanpa ditambah apa-apa kerana ia kaya dengan perisa asli yang lazat dan menyegarkan.
Apakah khasiat teh Darjeeling?
Bagi mereka yang tidak tahu, teh Darjeeling ini berasal dari India, iaitu secara terperincinya dari kawasan yang bernama Darjeeling. Dengan kawasan yang tidak terdedah dengan pencemaran udara, teh ini dapat hidup subur di kaki bukit Himalaya dan mendapat nutrisi yang baik daripada tanah dan matahari. Untuk anda yang tidak mengetahui khasiatnya, teh ini sebenarnya menjadi pilihan ramai penggemar teh kerana kaya dengan magnesium, kalium, vitamin B1, vitamin B5 dan banyak lagi.
Dengan meminum teh ini, ia dapat meningkatkan sistem daya ketahanan badan anda selain memastikan sistem peredaran darah anda lancar. Tidak cukup dengan itu, teh ini juga boleh membantu anda menurunkan berat badan secara semula jadi. Namun begitu, teh ini perlu diambil bersama sarapan pagi supaya perut anda lebih sihat dan tidak kosong. Seperti teh lain, teh ini juga dapat menjaga kesihatan mulut dan menghindarkan anda daripada penyakit halitosis. Sebenarnya ada banyak khasiat teh ini. Apa kata anda cuba minum teh ini dan lihat kesannya?
8 Teh Darjeeling Terbaik di Malaysia 2025
1. Ahmad Tea Darjeeling Tea

Cerah dan warna keemasan di dalam cawan, teh Darjeeling ini mempunyai rasa segar dan harum. Anda boleh mengambil teh ini pada bila-bila masa sahaja. Yang pasti, teh ini memberikan anda banyak khasiat dan nutrisi yang diperlukan oleh badan.
Bahan-bahan: Teh hitam
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 50g
Harga: RM12.20 (Shopee) | RM12.50 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Coffee Bean & Tea Leaf Estate Darjeeling Tea

Terletak di Timur Laut India, kawasan teh Darjeeling ini terletak di ketinggian lebih daripada 6,000 kaki dari paras laut. Selain menonjolkan pemandangan pergunungan Himalaya yang menakjubkan, gabungan iklim sejuk yang lembap, tanah yang subur, hujan yang kerap dan rupa bumi yang landai memberikan teh Darjeeling ini berasa unik sekaligus menjadikannya terkenal. Teh Darjeeling mempunyai proses penuaian yang sangat terhad serta menjadikan teh ini antara yang terbaik di dunia.
Bahan-bahan: Teh hitam
Negara Pengeluar: India
Saiz: 60g
Harga: RM39.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Birchall Darjeeling

Birchall Darjeeling ini mencipta infusi berwarna keemasan dan mempamerkan ciri muscatel yang tersendiri untuk dinikmati sewaktu masa santai anda. Teh ini perlu diambil tanpa gula kerana ia mempunyai rasa manis kelat daripada daun teh selain memberikan haruman teh asli kepada anda saat anda menghirupnya.
Bahan-bahan: Teh Hitam Darjeeling daripada India (100%)
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 60g
Harga: RM63.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Semak Harga di ubuy4. Winter Warmers Darjeeling Black Tea

Nikmati seteguk teh Darjeeling yang lazat daripada Winter Warmers hari ini. Rasailah teh ini yang mengandungi infusi berwarna terang bersama aroma bunga. Selain itu, teh ini juga rasanya unik kerana mempunyai beberapa ciri tannic astringent yang baik untuk badan anda.
Bahan-bahan: Teh Hitam
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 20g
Harga: RM16.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Newby Teas Classic Darjeeling Tea Bags

Teh ini berasal dari India yang kaya dengan aroma daun teh yang unik dan harum. Setiap bancuhannya pasti memikat hati anda dengan aroma bunganya yang segar. Rasa muscatel dan astringen boleh dirasai dalam setiap tegukan teh ini. Inilah salah satu teh yang terkenal di dunia, penuh khasiat dan aromatik.
Bahan-bahan: Teh Hitam
Negara Pengeluar: India
Saiz: 50g
Harga: RM54.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Semak Harga di ubuy6. Booths Darjeeling Tea Bags

Daripada setiap uncang teh Darjeeling, anda dapat menghidu bau teh India yang ringan dan segar seolah-olah anda berada di kawasan pergunungan yang damai. Buat anda yang baru mencubanya, teh ini menonjolkan sedikit rasa segar dan pahit manis. Nikmatilah setiap teguk teh ini daripada jenama Booths Darjeeling Tea yang lazat! Anda pasti menyukainya.
Bahan-bahan: 100% Teh Hitam
Negara Pengeluar: United Kingdom
Saiz: 125g
Harga: RM39.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Semak Harga di ubuy7. Waitrose Darjeeling Tea

Teh Darjeeling tulen menonjolkan rasa halus yang tersendiri untuk anda nikmati sepuas hati pada waktu santai anda. Teh ini dipetik dari kaki bukit Himalaya yang mana terkenal dengan kawasan penuaian teh ini. Cubalah rasai kelazatan aslinya dan mungkin teh ini menjadi teh kegemaran anda?
Bahan-bahan: Pure Darjeeling Tea
Negara Pengeluar: India
Saiz: 125g
Harga: RM13.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Raintree Himalaya Darjeeling Tea Premium Loose Teas

Dianggap sebagai “Champagne of teas,” teh ini mempunyai rasa manis dan flora kerana mengandungi tumbuh-tumbuhan & bunga yang rasanya seperti sitrus. Anda boleh meminum teh ini tanpa gula jika mahu menikmati perisa aslinya. Anda juga boleh menikmatinya dengan sedikit susu atau madu. Rasa kompleksnya dengan aroma bunga-bungaan pasti membuat anda teruja dengan setiap tegukan!
Bahan-bahan: Daun Premium Darjeeling yang dipetik tangan
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 125g
Harga: RM35.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.