Setiap hari, kita gemar memakan makanan tidak sihat tanpa kita sedar. Rasa untuk mengunyah selalu sahaja menghampiri dan tanpa sedar, kita makan snek yang tidak berkhasiat. Adakah anda sedar bahawa terdapat snek yang sihat di pasaran yang boleh kita jadikan snek ringan sewaktu makan?
Mungkin ada yang berpendapat bahawa mencari snek vegetarian menyusahkan dan banyak cabarannya, tetapi bagaimana jika kami kongsikan snek sihat untuk anda dalam artikel ini? Berikut ialah 10 snek vegetarian terbaik di Malaysia yang boleh anda dapatkan sekarang untuk memenuhi gaya hidup sihat anda.
Apakah faedah snek vegetarian?
Keupayaan untuk menahan keinginan untuk mengambil makanan ringan yang tidak sihat sebenarnya mempunyai kesan yang lebih besar dalam hidup anda. Pemakanan merupakan salah satu faktor yang penting untuk diambil kira semasa makan. Apabila kita lapar, kita cenderung untuk makan banyak dan jika kita tidak sedar apa yang kita makan, ia boleh menimbulkan masalah kesihatan pada masa hadapan. Namun semuanya belum terlambat. Anda boleh mengubah tabiat pemakanan anda kepada cara yang lebih sihat seperti mengamalkan pemakanan gaya vegetarian atau berdiet. Berikut adalah kebaikannya:
1. Mengawal Minda dan Badan
Dengan pemakanan yang anda perolehi daripada snek vegetarian, anda akan mendapat lebih banyak nutrien. Ia juga bertindak sebagai bahan api yang memastikan anda terus bekerja sepanjang hari. Makan snek vegetarian dengan protein seperti soya juga akan menambah rangsangan mental anda, meningkatkan keupayaan anda untuk fokus dan berfikir dengan lebih baik.
2. Melawan Keletihan
Snek vegetarian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga boleh meningkatkan mood dan meningkatkan tahap tenaga anda.
3. Melawan Kemurungan dan Kebimbangan
Makanan vegetarian dengan omega 3 yang tinggi seperti kacang, soya dan telur membantu melawan tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.
Untuk sihat, sama ada secara mental atau fizikal, kita semua harus bermula dengan tabiat pemakanan kita. Dengan tubuh badan yang sihat, tidak mustahil kita dapat mencapai minda yang sihat.
10 Snek Vegetarian Terbaik di Malaysia 2025
1. Mixed Veggie Chips

Apabila bercakap tentang snek, kerepek kentang adalah salah satu makanan yang paling sukar untuk diabaikan. Namun apa kata kalau snek ini didatangkan dengan snek sayur campuran? Adakah anda akan mencubanya? Snek sayur campuran ini bukan sahaja lazat, tetapi penuh dengan nutrisi! Dalam snek sayur campuran ini, terdapat beberapa sayuran dan buahan kering seperti kacang bendi kering, kiwi kering, keledek kering dan pisang kering untuk anda nikmati.
Bahan-bahan: Kacang bendi, Kiwi, Kacang, Epal, Kentang, Pisang, Cendawan, Mangga, Lobak Merah
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 150g, 40g
Harga: RM6.70 (40g) | RM17.14 (150g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Vegetarian Fried Oyster Mushroom Thailand Snacks

Cendawan sememangnya sedap, apatah lagi kalau ia digoreng. Cendawan yang digoreng memberikan tekstur rangup, sedap dan bau cendawan aromatik yang tiada tandingan! Apa kata anda cuba snek ini terlebih dahulu? Mana tahu snek ini boleh menjadi snek kegemaran anda di waktu santai.
Bahan-bahan: Cendawan Tiram, Tepung Beras, Tepung Gandum, Gula, Garam Beryodium
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 50 g
Perisa: Original, Tom Yum Flavour
Harga: RM7.57
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Vegetarian Sausage

Teringin makan daging? Apa kata anda cuba sosej vegetarian ini! Sosej ini diperbuat daripada soya dan ia jauh lebih sihat daripada sosej daging biasa! Sosej ini juga bersaiz kecil dan padat, jadi anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja dan makan pada bila-bila masa sahaja apabila anda inginkan snek.
Bahan-bahan: Protein Kacang Soya, Kanji, Minyak Kacang Soya, Garam, Monosodium Glutamat, Bahan Tambahan Makanan
Negara Pengeluar: China
Saiz: 30 g
Perisa: Corn, Spicy, Smoked Wax, BBQ
Harga: RM1.38
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Baked Popcorn

Adakah anda tahu bahawa popcorn ini merupakan makanan ringan bagi mereka yang mengamalkan cara pemakanan vegetarian? Snek ini merupakan salah satu snek yang sihat untuk anda makan jika anda sedang berdiet. Bukan sahaja ia rangup, sedap dan manis, snek ini juga lazat! Jika anda tidak percaya, anda boleh dapatkan snek ini di pasaran sekarang!
Bahan-bahan: Jagung, Minyak Sayur, Gula Pasir, Marjerin, Garam, Rempah
Negara Pengeluar: China
Saiz: 20 g
Perisa: Original, Honey Butter, Cheese
Harga: RM0.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Soy Meat

Okay, mungkin sukar untuk anda berhenti memakan daging jika mengamalkan pemakanan vegetarian. Namun, sebenarnya ada cara yang membolehkan anda menikmati daging tanpa melanggar diet pemakanan anda. Anda boleh memakan daging soya! Soya juga merupakan sumber protein yang sihat seperti daging merah yang diproses. Jadi, anda tidak lagi merindui daging kerana anda juga boleh memakan daging soya dan memenuhi selera anda walaupun sedang berdiet.
Bahan-bahan: Protein Kacang Soya, Kanji, Minyak Kacang Soya, Garam, Monosodium Glutamat
Negara Pengeluar: China
Saiz: 20 g
Perisa: Original, Cumin, Five Spices, Mala, Sauce, Spicy
Harga: RM0.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Vegetarian Dried Squid Shreds

Boleh dikatakan semua kebanyakan orang menyukai makanan laut seperti sotong. Namun, jika anda berdiet dan mengamalkan pemakanan vegetarian, anda tidak dapat menikmati kekenyalan isi sotong. Jangan sedih kerana snek ini boleh memberikan anda rasa sotong versi vegetarian sebenar! Rasa snek ini sungguh lazat dan enak. Boleh dinikmati bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Bahan-bahan: Protein Soya Bertekstur, Minyak Kacang Soya, Kicap, Gula, Garam Beryodium, Serbuk Cili, Tepung Gandum
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 90 g
Harga: Rm10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Vegetarian Bak Kua

Bak Kua adalah makanan yang popular sepanjang tahun, terutamanya semasa Tahun Baru Cina. Bak Kua biasanya dibuat daripada daging seperti daging babi dan ayam, tetapi adakah anda tahu sebenarnya ada Bak Kua vegetarian yang diperbuat daripada soya? Rasanya lazat, sama seperti Bak Kua yang diperbuat daripada daging. Kalau anda tidak percaya, anda boleh dapatkan snek ini di pasaran!
Bahan-bahan: Protein Kacang Soya, Gula, Minyak Sawit, Batang Cendawan, Pati Jagung
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 180 g
Perisa: Original, Spicy
Harga: RM10.36
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Lotus Root Slices

Akar teratai digunakan dalam banyak hidangan kerana rasa manis semula jadi yang digandingkan dengan tekstur yang rangup dan berkanji. Ia sangat lazat sehingga anda boleh memakannya terus setelah ia masak. Snek ini menghidangkan akar teratai yang lazat untuk anda nikmati bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bahan-bahan: Akar Teratai, Cili, Garam, Minyak Sayur-sayuran, Rempah-rempah
Negara Pengeluar: China
Saiz: 70 g
Perisa: Spicy, BBQ, Japanese Pepper
Harga: RM3.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Vegetarian Corn Snack

Snek jagung yang rangup, aromatik dan lazat ini terdapat dalam pelbagai perisa. Anda boleh menikmatinya bersama keluarga dan rakan-rakan pada waktu santai sambil mengeratkan hubungan antara satu sama lain!
Bahan-bahan: Serbuk Jagung, Pati Jagung, Perisa Gandum, Perasa Ayam Sayur, Minyak Kelapa Sawit, Garam, Gula, Kanji Tapioca, Serbuk Penaik
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 150 g
Perisa: Curry, Cheese, Seaweed
Harga: RM4.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Vegetarian Spicy Mushroom Snack

Boleh dikatakan ramai dalam kalangan pembeli yang menyukai snek berasaskan cendawan. Snek cendawan yang lembut dan kenyal ini terlalu lazat untuk diabaikan. Makanan ringan ini terdiri daripada cendawan tiram raja yang diperap dalam pelbagai jenis sos dan perasa. Apa kata anda cuba snek lazat ini pada hari ini dan rasai keenakannya!
Bahan: Cendawan Tiram Raja, Minyak, Garam, Lada, Jintan, Gula, Rempah
Negara Pengeluar: China
Saiz: 20g
Perisa: Spicy, BBQ, Original, Suweiju Spicy
Harga: RM1.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.