8 Meja Organizer Terbaik di Malaysia 2025

Adakah anda rasa meja anda terlalu berselerak hanya untuk mencari pen? Sudah tentu anda akan membuang masa mencari pen jika meja anda tidak teratur dan tersusun. Sama ada untuk kerja atau sekolah, anda tidak sepatutnya bekerja di ruang yang bersepah kerana ia akan membuatkan anda berasa jengkel dan kurang produktif dalam melakukan kerja anda.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana untuk menyusun meja anda yang tidak kemas. Jangan risau kerana kami akan membantu anda. Anda boleh cuba menggunakan meja organizer untuk mengatasi masalah anda! Ia boleh membantu dalam menguruskan barang-barang penting dengan kemas dan tersusun. Berikut adalah 8 meja organizer terbaik di Malaysia.

Patutkah saya mendapatkan meja organizer?

Anda mungkin teragak-agak tentang meja organizer. Anda tidak pasti sama ada anda perlu membelinya atau tidak. Berikut ialah tiga sebab anda patut membeli meja organizer:

1. Menjimatkan masa  

Semua alat tulis seperti buku, pen, dokumen, dan lain-lain disimpan dengan kemas jika anda menggunakan meja organizer. Jadi, anda boleh mendapatkan barang yang anda kehendaki dengan mudah sekaligus menjimatkan masa anda.

2. Menjimatkan ruang

Meja organizer bertujuan untuk membantu anda menyusun ruang kerja anda dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, jika anda mempunyai ruang yang terhad, meja organizer yang mempunyai beberapa slot akan membantu anda menyimpan barang dengan betul dan teratur. Jadi, ruangan kerja anda menjadi semakin kemas, menjimatkan ruang dan juga sedap mata memandang.

3. Meningkatkan produktiviti

Dengan menggunakan meja organizer, meja anda akan nampak kemas, teratur dan bersih. Jadi, anda akan berasa bersemangat untuk melakukan kerja.

8 Meja Organizer Terbaik di Malaysia 2025

1. DFO Document Rack

DFO Document Rack
Kredit Gambar: Lazada

DFO Document Rack ialah rak lima lapisan yang direka untuk menguruskan dokumen anda. Ia sesuai untuk menyimpan fail dalam saiz A4 dan A5. Dengan meja organizer ini, anda boleh mendapatkan dokumen anda dengan mudah. Hasilnya, anda boleh menjimatkan masa semasa melakukan kerja.

Spesifikasi:

  • Material: 100% Ecological wood
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: (H) 26.5cm (L) 34cm (W) 25cm
  • Warna: Putih

Kelebihan:

5 lapisan
Rekaan efisien
Mudah & mesra alam
Tahan lama

Harga: RM26.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Portable Office Table Bookshelf

Portable Office Table Bookshelf
Kredit Gambar: Shopee

Portable Office Table Book Shelf ini mempunyai pelbagai kegunaan kerana ia boleh digunakan untuk menyimpan pelbagai item seperti buku, dokumen dan alat tulis. Memandangkan ia terbahagi kepada lima bahagian yang berbeza, anda boleh menyusun barang anda mengikut kesesuaian. Anda juga boleh meletakkan pasu kecil di sini untuk meningkatkan aura positif semasa anda bekerja. Di samping itu, meja organizer ini ringan dan mudah alih.

Spesifikasi:

  • Material: Kayu
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (H) 35cm (L) 60cm (W) 15cm
  • Warna: Coklat cerah 

Kelebihan:

Rekaan moden
Plat tebal lebih stabil
Diperbuat daripada MDF yang berkualiti tinggi
Tahan lama

Harga: RM17.56

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. HIGHTUNE Book Rack Desk Organizer 

HIGHTUNE Book Rack Desk Organizer
Kredit Gambar: Shopee

HIGHTUNE Book Rack Desk Organizer ini mempunyai dua lapisan yang boleh dibongkar dan disusun semula. Buku, majalah, jam, pemegang alat tulis dan barangan yang lebih berat boleh disimpan di sini. Ia juga bagus untuk dijadikan hiasan dalam bilik anda.

Spesifikasi:

  • Material: Besi tempa/ Papan keras
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (H)37cm (L) 16.5cm (W) 24cm
  • Warna: Hitam, Putih

Kelebihan:

Plat tebal
Rekaan minimalis
Mudah dipasang

Harga: RM29.99 – RM34.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Under Table Drawer Organizer Box

Under Table Drawer Organizer Box
Kredit Gambar: Shopee

Anda tidak cukup ruang laci di meja? Under Table Drawer Organizer ada di sini untuk anda! Ia merupakan kotak laci tambahan yang boleh dilekatkan di meja anda. Selain itu, ia juga sesuai untuk menyimpan barang kecil dan ringan seperti klip, pemadam, pelekat dan banyak lagi.

Spesifikasi:

  • Material:  ABS
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 
    • Besar: (H) 22cm (W) 15.5cm (L) 3.5cm
    • Kecil: (H) 22cm (W) 11cm  (L) 3.5cm
  • Warna: Putih, Kelabu

Kelebihan:

Kalis habuk
Mudah dipasang
Berpatutan
Menjimatkan ruang

Harga: RM5.86 – RM8.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Desktop Multifunction Storage Rack 

Desktop Multifunction Storage Rack
Kredit Gambar: Shopee

Desktop Multifunction Storage Rack ini ialah meja organizer yang kecil. Rak storan ringan ini sepadan dengan gaya meja minimalis. Anda boleh melekatkan pelekat kegemaran anda di sini untuk menjadikannya lebih comel. Walau bagaimanapun, rak ini mungkin tidak dapat menahan beban yang berat.

Spesifikasi:

  • Material: PP+ Besi
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 
    • S: (H) 34.2 cm (L) 13.2 cm (W) 15 cm
    • L: (H) 31.5 cm (L) 19.5 cm (W) 16 cm
    • XL: (H) 38.5 cm (L) 23.5 cm (W) 19 cm
  • Warna: Putih

Kelebihan:

Pelbagai fungsi
Berpatutan
Rekaan minimalis


Harga: RM7.68 – RM8.68

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Rss_Plastic Storage Organizer

Rss Plastic Storage Organizer
Kredit Gambar: Shopee

Rss_Plastic Storage Organizer yang berwarna terang dan boleh disusun ini memiliki pelbagai fungsi. Buku nota, alat tulis dan juga kosmetik anda boleh disimpan di dalam laci yang mudah ditarik. Reka bentuknya yang boleh ditindan juga menjimatkan banyak ruang di atas meja anda.

Spesifikasi:

  • Material: Plastik ABS
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: (H) 21 cm (L) 20 cm (W) 8 cm
  • Warna: Biru, Navy, Oren, Kuning

Kelebihan:

Rekaan bertindan
Material kukuh dan kuat
Warna unik

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Transparent Desktop Stationery Organizer

Transparent Desktop Stationery Organizer
Kredit Gambar: Shopee

Transparent Desktop Stationery Organizer mempunyai rekaan satu, dua dan tiga bahagian. Anda boleh memilih mana-mana bahagian daripadanya. Kemudian, susunlah setiap lapisan dengan mudah bagi menjimatkan ruang anda.

Spesifikasi:

  • Material: Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (L) 22.7 cm  (W) 16.5 cm (H) 4.3 cm
  • Warna: Peach, Putih, Mint

Kelebihan:

Mempunyai pelbagai bahagian
Berpatutan
Boleh ditindan

Harga: RM12.70 – RM13.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Double Layer Storage Rack

Double Layer Storage Rack
Kredit Gambar: Shopee

Double Layer Storage Rack ini sesuai untuk mereka yang memilih meja belajar atau kerja yang berkonsepkan minimalis. Lapisan atas dan bawahnya boleh ditanggalkan untuk storan yang berbeza. Mereka menawarkan tiga pilihan untuk anda yang mana anda boleh memilih rak dua lapisan, tiga lapisan dan dua lapisan yang jelas.

Spesifikasi:

  • Material: Polypropylene 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (H) 28cm (L) 18.5cm (W) 15cm
  • Warna: Putih

Kelebihan:

Material kukuh dan kuat
Rekaan anti-calar
Gaya minimalis

Harga: RM18.50 – RM25.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close