8 Permainan PlayStation 4 Terbaik di Malaysia 2025

Playstation 4 (atau lebih dikenali sebagai PS4) ialah konsol permainan video yang keempat yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment, iaitu sebuah anak syarikat milik penuh Sony. Playstation 4 telah diumumkan oleh Sony di sidang akhbar pada 20 Februari 2013, dan dilancarkan pada 15 November 2013 di bahagian Amerika Utara dan pada 29 November 2013 di bahagian Eropah dan Australia. PlayStation 4 adalah konsol permainan video pada generasi kelapan dan merupakan pesaing kepada konsol Nintendo Wii U dan Microsoft Xbox One.

Walaupun kini PlayStation 5 sudah mula dijual di pasaran, namun PlayStation 4 masih kekal berbaloi untuk dibeli. Ini kerana banyak permainan-permainan eksklusif yang masih boleh dimainkan di PlayStation 4, antaranya seperti permainan video God of War, siri Uncharted,  Spiderman serta Horizon Zero Dawn dan banyak lagi yang menarik untuk anda cuba.  Berikut adalah 8 permainan video PlayStation 4 terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Tips untuk memilih permainan PlayStation 4 yang terbaik.

Terdapat pelbagai pilihan permainan PS4 yang boleh didapati di kedai fizikal dan secara dalam talian sehingga membuatkan anda sukar untuk membuat pilihan?  Jangan bimbang, kerana dengan mengetahui harga, genre dan ulasan dari pembeli boleh membantu anda dalam mencari permainan PlayStation 4 terbaik.

  1. Harga

Permainan PlayStation 4 boleh didapati dalam pelbagai harga, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada populariti sesuatu permainan tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli permainan PlayStation 4 supaya anda tidak membazir. 

  1. Genre

Sama seperti lagu, permainan video juga mempunyai genre tersendiri, seperti seram, pengembaraan, aksi dan indie. Untuk membeli permainan video yang sesuai dengan pilihan peribadi anda, anda harus mempertimbangkan genre permainan video PlayStation 4 yang anda gemari dengan mencari maklumat berkenaannya di internet.

  1. Ulasan

Membaca dan menganalisis ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan jangkaan yang realistik terhadap produk. Ini bukan sahaja akan memberikan anda maklumat tambahan, tetapi ia juga akan meningkatkan keyakinan anda untuk membeli produk tersebut terutamanya dalam talian.

8 Permainan PlayStation 4 Terbaik di Malaysia 2023

1. PS4 FIFA 22

PS FIFA
Kredit gambar: Shopee

Permainan FIFA merupakan salah satu permainan yang dinanti-nantikan para penggemar sukan bola sepak. Hal ini kerana EA Sports telah mengemas kini kandungan permainan video tersebut setiap tahun untuk mengikuti perkembangan terkini. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi HyperMotion yang memberi gambaran realistik seolah-olah anda sedang berada di stadium.

Spesifikasi:

  • Pemaju: EA Vancouver, EA Romania
  • Penerbit: Seni Elektronik
  • Genre: Sukan
  • Tahun Keluaran: 2021

Kelebihan:

Boleh dimainkan tanpa internet
Trend bola sepak semasa
Kemas kini yang kerap

Harga: RM40.00 – RM105.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. PS4 Grand Theft Auto V

PS Grand Theft Auto V
Kredit gambar: Shopee

Jika anda seorang peminat permainan video yang berkisarkan tentang kenderaan dan pengembaraan, Grand Theft Auto adalah permainan yang terbaik untuk anda. Permainan video ini didatangkan dengan jalan cerita yang menarik serta pelbagai misi yang mencabar. Menariknya, anda boleh memainkan 3 watak berbeza secara bergilir-gilir. Selain itu, permainan ini juga mempunyai 2 mod iaitu mod pemain tunggal dan mod dalam talian. Ketika mod dalam talian, anda boleh mencipta watak anda sendiri dan berhubung dengan pemain lain yang berada dalam lingkungan kawasan anda. Namun, permainan video ini dihadkan untuk golongan dewasa sahaja kerana ia mengandungi kandungan eksplisit.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Rockstar Games, Rockstar North
  • Penerbit: Rockstar Games
  • Genre: Pengembaraan, aksi
  • Tahun keluaran: 2013

Kelebihan:

Permainan dunia terbuka
Sesuai untuk orang dewasa

Harga: RM18.00 – RM40.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Jump Force

Jump Force
Kredit gambar: Shopee

Jump Force ialah permainan video yang bergenre aksi dan pertempuran yang terdiri daripada watak anime kegemaran anda. Permainan ini dibangunkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco untuk PlayStation 4, PC dan Xbox One. Selain itu, permainan ini diinspirasikan daripada manga Shonen Jump.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Spike Chunsoft
  • Penerbit: BNE Entertainment, Namco Bandai Games America Inc.
  • Genre: Aksi
  • Tahun Keluaran: 2018

Kelebihan:

Watak ikonik
Permainan penuh aksi

Harga: RM18.00 – RM28.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Marvel Avengers Endgame

Marvel Avengers Endgame
Kredit gambar: Shopee

Permainan Video Marvel Avengers Endgame ialah sebuah permainan video yang diilhamkan daripada filem MCU. Ia dipenuhi dengan watak wira-wira Marvel kegemaran anda. Sertai mereka dalam memerangi raksasa dan ahli sihir untuk mempertahankan alam semesta daripada ancaman jahat. Dalam permainan ini, anda boleh membina pasukan anda sendiri yang terdiri daripada wira-wira MCU yang anda gemari.

Spesifikasi:

  • Pembangun: Square Enix
  • Penerbit: Crystal Dynamics, Eidos-Montréal, Square Enix Europe, Nixxes Software BV, Crystal Northwest
  • Genre: Aksi
  • Tahun Keluaran Aksi: 2020

Kelebihan:

Watak Marvel yang terkenal
Pasukan boleh disesuaikan
Plot permainan yang menarik

Harga: RM20.00 – RM40.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Call of Duty

Call of Duty
Kredit gambar: Shopee

Call of Duty: Modern Warfare merupakan salah satu permainan video yang padat dengan aksi pertempuran dramatik, sinematik dan plot yang mendebarkan. Dengan permainan ini, anda boleh menguji keberanian dan ketepatan anda dalam membuat keputusan serta menghapuskan ancaman serta meningkatkan keupayaan anda untuk mencapai objektif permainan.

Spesifikasi:

  • Pemaju: Infinity Ward
  • Penerbit: Activision
  • Genre: Aksi
  • Tahun keluaran: 2019

Kelebihan:

Boleh dimain tanpa internet
Penembak

Harga: RM40.00 – RM70.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. WWE 2K22

WWE K
Kredit gambar: Shopee

WWE 2K22 kembali dengan ciri, watak dan grafik yang lebih realistik dan menarik. Anda boleh memilih atau mencipta watak anda sendiri untuk ditampilkan dalam perlawanan. Antara tarikan untuk permainan video ini ialah anda dapat bersaing dengan watak-watak yang hebat seperti Superstar dan Lagenda WWE.

Spesifikasi:

  • Pembangun: Visual Concepts
  • Penerbit: Permainan 2K
  • Genre: Aksi
  • Tahun Keluaran: 2022

Kelebihan:

Berbilang Pemain
Watak daripada WWE yang terkenal

Harga: RM186.00 – 196.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. World War Z Digital

World War Z Digital
Kredit gambar: Shopee

World War Z Digital ialah permainan video yang dicipta daripada adaptasi filem asalnya, World War Z. Permainan video ini berfokus kepada survival pemain sebagai penembak sudut pandang ketiga. Selain itu, anda juga boleh menguji kekuatan dan ketepatan anda dalam menghapuskan setiap ancaman daripada zombi, serta kebijaksanaan anda dalam mencapai objektif permainan.

Spesifikasi:

  • Pembangun: Sabre Interactive
  • Penerbit: Sabre Interactive, H2 Interactive
  • Genre: Aksi
  • Tahun keluaran: 2019

Kelebihan:

Penembak sudut pandang ketiga
Boleh dimainkan bersama rakan
Permainan dunia terbuka

Harga: RM39.00 – RM55.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Gang Beasts

Gang Beasts
Kredit gambar: Shopee

Gang Beasts ialah permainan video yang berkonsepkan pergaduhan antara kumpulan yang berlatarbelakangkan kawasan bandar yang dikenali sebagai “Beef City”. Permainan ini dipenuhi dengan karya seni lucu yang menjadikannya sesuai untuk remaja. Dalam permainan ini, anda boleh meneroka pelbagai kawasan baru sambil cuba untuk mempertahankan diri daripada serangan pemain lain.

Spesifikasi:

  • Pembangun: Boneloaf, Coatsink
  • Penerbit: Double Fine, Skybound Games, Boneloaf
  • Genre: Aksi
  • Tahun keluaran: 2014

Kelebihan:

Berbilang Pemain
Bermotifkan cerita
Permainan dalam talian

Harga: RM25.00 – RM49.00

*Harga mungkin berbeza mengikut masa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close