8 But Hujan Terbaik di Malaysia 2025

But hujan mempunyai fungsi yang pelbagai membolehkannya dipakai untuk kerja-kerja pembinaan dan sektor perkilangan. But hujan lazimnya dipakai semasa cuaca hujan atau di kawasan berlumpur ekoran ia diperbuat daripada bahan kalis air. Tujuan utama pemakaian but hujan adalah untuk mengelakkan kotoran daripada terkena kawasan kaki anda. 

Dengan cuaca yang tidak menentu, pelbagai situasi yang tidak diingini boleh berlaku dalam sekelip mata seperti banjir kilat, Oleh itu, anda disarankan untuk memiliki sekurang- kurangnya sepasang but hujan di rumah. Berikut adalah 8 but hujan terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Apakah sejarah but hujan? 

Pada abad ke-19, Arthur Wellesley yang berasal dari Britain,merupakan seorang tokoh tentera yang terkemuka. Arthur ingin mengubah suai kasutnya untuk dipakai ketika hujan dan ketika itulah but hujan diciptakan.

Bolehkah but hujan dipakai bersama stoking?

Pemakaian stoking bersama but hujan sangat digalakkan ekoran ia dapat membantu mengurangkan kesakitan serta memberi keselesaan pada kaki anda. Terutamanya jika anda perlu memakai but hujan untuk jangka masa yang lama. 

8 But Hujan Terbaik di Malaysia 2023

1. KORAKOH Safety Rain Boots

KORAKOH Safety Rain Boots
Kredit gambar: Lazada

KORAKOH Safety Rain Boots merupakan sepasang but hujan standard yang sesuai digunakan di kawasan berlumpur. But hujan ini didatangkan dengan bahagian tapak yang tinggi dan tebal untuk menghalang dan melindungi kaki anda daripada tenggelam ketika berjalan. Selain itu, but hujan ini juga mempunyai reka bentuk yang kukuh dan selesa untuk dipakai dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah
  • Warna: Hitam, Kuning
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 37-44 (China)

Kelebihan:

Kukuh
Kualiti tinggi
Selesa

Harga: RM8.90 – RM63.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. DR. Maldini R TS38S Water Boots

DR. Maldini R TSS Water Boots
Kredit gambar: Lazada

DR. Maldini R TS38S Water Boots mempunyai reka bentuk potongan yang tinggi bagi mengelakkan air atau kotoran daripada masuk ke dalam but. But hujan ini diperbuat daripada getah berkualiti tinggi menjadikannya kalis air dan tidak mudah rosak. Selain itu, but ini juga sesuai untuk semua keadaan cuaca. But hujan ini didatangkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah, Kain (dalam)
  • Warna: Hitam, Coklat
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz : 39-43

Kelebihan:

Didatangkan dalam warna gelap
Reka bentuk potongan tinggi
Tidak mudah rosak

Harga: RM24.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Goco 668 Rain Boots

Goco Rain Boots
Kredit gambar: Shopee

Anda mencari but hujan dengan reka bentuk potongan buku lali? Maka Goco 668 Rain Boots sesuai untuk anda. But hujan ini diperbuat daripada bahan PVC serta dilengkapi dengan bunga tapak yang tebal  sekaligus memberikan cengkaman tambahan sewaktu anda berjalan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC, Synthetic
  • Warna: Hitam, Maroon, Kuning
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 37-43 (EU)

Kelebihan:

Tahan haba
Reka bentuk potongan buku lali
Kemasan berkilat

Harga: RM11.90 – RM16.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. PROTEK Unisex-PT38 Ankle Rain Boots

PROTEK Unisex PT Ankle Rain Boots
Kredit gambar: Shopee

PROTEK Unisex-PT38 Ankle Rain Boots merupakan antara but hujan yang menjadi pilihan pengguna. Hal ini kerana but hujan ini mempunyai reka bentuk yang selesa dan tahan lasak, sesuai untuk berkebun dan cuaca hujan. Selain itu, but ini diperbuat daripada PVC bagi penyerapan hentakan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Maroon
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 35-39 (EU)

Kelebihan:

Anti-gelincir
Tahan bahan kimia
Penyerapan hentakan

Harga: RM18.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. COLEX RB-7700 Safety Rain Boots

COLEX RB Safety Rain Boots
Kredit gambar: Shopee

But hujan ini mempunyai kualiti premium dengan kadar harga yang rendah sekaligus menjadikannya pilihan yang terbaik untuk dijadikan but hujan. Selain boleh dipakai ketika hujan, but ini juga sesuai untuk anda yang bekerja dalam bidang biochemistry dan sektor pembinaan. Kasut ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.  

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Hitam
  • Saiz: 38-43 (EU)

Kelebihan:

Pemeriksaan kawalan kualiti
Anti- gelincir
Tahan bahan kimia

Harga: RM11.20-RM11.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Mr.Mark Safety Rain Boots

Mr.Mark Safety Rain Boots
Kredit gambar: Shopee

Mr.Mark Safety Rain Boots didatangkan dengan reka bentuk yang mudah dan ringkas, sesuai untuk anda yang menggemari but hujan dengan gaya minimalis. But hujan ini diperbuat daripada Polivinil Klorida yang menjadikannya kalis air. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pelapik tebal di bahagian dalam kasut bagi memberi keselesaan sewaktu anda berjalan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polivinil Klorida
  • Warna: Hitam
  • Berat: 1.63kgs
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 38 hingga 42 (EU)

Kelebihan:

Minimalis
Anti-gelincir
Kalis Air

Harga: RM16.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. OREX Safety Rain Boots With Steel Toe

OREX Safety Rain Boots With Steel Toe
Kredit gambar: Shopee

But ini dilengkapi dengan penggunaan keluli di bahagian tengah tapak kasut bagi memberikan keselamatan tambahan pada kaki anda. But OREX ini  sesuai digunakan oleh mereka yang mengendalikan mesin berat atau bahan kimia. Selain itu, but ini diperbuat daripada bahan nitril dan keluli menjadikannya tahan lasak dan tahan bahan kimia. But ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bahan Nitril, Keluli
  • Warna: Kuning
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 39 – 46 (EU)

Kelebihan:

Tapak tengah diperbuat daripada keluli
Anti gelincir
Tahan bahan kimia

Harga: RM31.00-RM33.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Gajah King Long Rain Boot 888L

Gajah King Long Rain Boot L
Kredit gambar: Shopee

Gajah King Long Rain Boot 888L mempunyai reka bentuk yang kukuh dan dibina untuk menyerap hentakan yang kuat. But ini diperbuat daripada getah sekaligus memudahkan anda untuk mencucinya. Selain itu, ia didatangkan dengan julat saiz yang agak besar, yakni sesuai untuk anda yang mempunyai kaki yang lebar dan besar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah
  • Warna: Hitam Muda, Kuning
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: UK 5-10

Kelebihan:

Selesa
Serap hentakan
Mudah dicuci

Harga: RM27.60-RM28.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close