16 Pulau Yang Wajib Dilawati di Malaysia 2025

Malaysia mempunyai banyak pulau yang menawarkan pemandangan dan aktiviti yang menarik. Malah terumbu karang dan hidupan laut yang terdapat di beberapa buah pulau di negara ini juga merupakan antara yang tercantik di dunia. Jika anda belum pernah menikmati percutian di pulau, cubalah sekarang kerana pemandangan yang ditawarkan tidak kalah dengan pulau di luar negara seperti Maldives, Hawaii dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga tidak memerlukan kos yang besar. Di sini kami senaraikan 16 pulau yang wajib anda kunjungi di Malaysia. 

Apa yang perlu anda bawa ketika bercuti di pulau?

Jika ini kali pertama anda bercuti di pulau, sudah pasti anda agak keliru dan tertanya-tanya apa yang perlu dibawa. Ia sebenarnya tiada beza dengan percutian biasa, di mana anda hanya perlu membawa barangan keperluan seperti pakaian, produk penjagaan kulit dan lain-lain. Di samping itu, anda juga disarankan untuk membawa barangan tambahan seperti krim pelindung matahari, semburan penghalau nyamuk dan kamera kalis air bagi membolehkan anda mengambil gambar hidupan laut. 

16 Pulau Yang Wajib Dilawati di Malaysia 2023

1. Langkawi

Langkawi
Kredit Gambar: Naturally Langkawi
Langkawi
Kredit Gambar: Naturally Langkawi

Langkawi merupakan salah satu pulau yang terkenal di Malaysia. Ia bukan sahaja terkenal sebagai pulau bebas cukai malah ia juga dikelilingi oleh 100 pulau kecil yang boleh anda terokai. Langkawi telah menjadi destinasi percutian yang paling digemari oleh penduduk tempatan mahupun pelancong asing. Pemandangannya yang indah disertakan dengan kepelbagaian aktiviti adalah antara perkara yang menjadi tarikan di Langkawi. Antara pantai yang perlu anda kunjungi ketika berada di Pulau Langkawi ialah pantai Cenang, pantai Tanjung Rhu, pantai Pasir Hitam, pantai Teluk Yu, pantai Kok, pantai Datai, dan juga pantai Tengah.

Google Review: Di Sini

Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Pulau Langkawi, anda boleh baca artikel 9 Penginapan Resort Terbaik di Pulau Langkawi 2022

LAMAN WEB

2. Pulau Pinang

Penang
Kredit Gambar: myPenang
Penang
Kredit Gambar: myPenang

Pulau Pinang merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) terbaik di Asia. Selain itu, Pulau Pinang juga sering menjadi tempat tumpuan para ‘backpacker’ kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti, makanan serta suasananya yang sangat ‘insta-worthy’ dan menarik. Bukan itu sahaja, Pulau Pinang juga sering menganjurkan pesta kebudayaan yang menjadikannya salah satu tempat yang sangat sesuai untuk anda yang ingin menikmati dan mempelajari budaya Malaysia. 

Google Review: Di Sini

Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Pulau Pinang, anda boleh baca artikel 10 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Pinang 2022.

LAMAN WEB

3. Pulau Pangkor

Pangkor Island
Kredit Gambar: Oddviser
Pangkor Island
Kredit Gambar: Oddviser

Pulau Pangkor merupakan salah satu pulau yang paling mudah untuk diakses di Malaysia dan terletak hanya 2 jam dari Ipoh. Untuk ke Pulau Pangkor, anda boleh menggunakan pelbagai jenis pengangkutan seperti bas, feri, kapal terbang dan kereta. Tidak seperti pulau yang lain, Pulau Pangkor agak tenang dan kurang pengunjung ekoran ia tidak dikomersialkan secara meluas. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan anda menikmati pemandangan pantai yang indah tanpa perlu bersesak. Jika anda berkunjung ke Pulau Pangkor, jangan lepaskan peluang anda untuk melawati kota Belanda, Batu Bersurat dan kawasan Perkuburan Belanda.

Google Review: Di Sini

4. Pulau Redang

Redang Island
Kredit Gambar: MyIsland.my
Redang Island
Kredit Gambar: Laguna Redang Island Resort

Pulau Redang merupakan salah satu daripada 9 pulau yang terletak di perairan Laut China Selatan. Pulau ini dipilih sebagai lokasi penggambaran filem Hong Kong iaitu “Summer Holiday”. Secara tidak langsung, ia telah menyebabkan Pulau Redang semakin dikenali sekali gus meningkatkan bilangan pengunjung. Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah ‘jungle trekking’, ‘snorkeling’, ‘scuba diving’, membebaskan penyu ke laut dan banyak lagi.

Google Review: Di Sini

Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Pulau Redang, anda boleh baca artikel 8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Redang 2022.

5. Pulau Tioman

Tioman Island
Kredit Gambar: Tioman
Tioman Island
Kredit Gambar: dji camera

Pulau Tioman merupakan satu lagi pulau di Malaysia yang bebas cukai. Pulau Tioman terletak 32 km dari pantai barat negeri Pahang. Sebahagian besar pulau ini terdiri daripada hutan tebal dan khazanah laut terumbu karang yang menjadikan Pulau Tioman sebagai lokasi popular untuk aktiviti ‘snorkeling’ dan ‘scuba diving’. Bukan itu sahaja, ladang penyu juga merupakan salah satu tarikan yang ditawarkan di pulau ini. 

Google Review: Di Sini

Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Pulau Tioman, anda boleh baca artikel 8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Tioman 2022.

LAMAN WEB

6. Pulau Selingan

Selingan Island
Kredit Gambar: Selingan Turtle Island Tours and Travels
Selingan Island
Kredit Gambar: Selingan Turtle Island Tours and Travels

Pulau Selingan juga dikenali sebagai Pulau Selangan terletak 40 km dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan sempadan Malaysia Filipina. Pulau ini tergolong dalam gugusan pulau penyu bersama dengan 2 pulau lain iaitu Pulau Gulisan dan Pulau Bakungan Kecil. Bukan itu sahaja, jika anda bernasib baik, anda juga berpeluang untuk melihat proses pembebasan anak-anak penyu ke laut. Selain itu, pengunjung juga boleh melakukan aktiviti riadah seperti bersukan dan berjalan di pesisiran pantai serta melakukan aktiviti barbeku di malam hari. 

Google Review: Di Sini

7. Pulau Sipadan

Sipadan Island
Kredit Gambar: Sabah Tourism
Sipadan Island
Kredit Gambar: Sabah Tourism

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau kecil yang terletak di Semporna, Sabah. Pulau ini juga telah mendapat status perlindungan pada tahun 2002 dan dikatakan sebagai salah satu tempat menyelam terbaik di dunia. Bukan itu sahaja, pulau ini juga menawarkan kursus menyelam berlesen.  Jika anda seorang penggemar aktiviti ‘snorkeling’ dan ‘scuba’, jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke pulau ini.

Google Review: Di Sini

LAMAN WEB

8. Pulau Rawa

Rawa Island
Kredit Gambar: Rawa Island Resort
Rawa Island
Kredit Gambar: Rawa Island Resort

Pulau Rawa  merupakan antara pulau yang wajib anda kunjungi terutamanya jika anda menggemari aktiviti air seperti ‘snorkeling’. Pulau Rawa terletak 16 km dari Mersing, Johor. Pulau ini dikelilingi dengan lautan biru yang kaya dengan hidupan marin dan batu karang yang berwarna-warni sekali gus menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. Selain daripada aktiviti air, anda juga boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain bola tampar, ‘jungle trekking’, bersantai dan banyak lagi. 

Google Review: Di Sini

9. Swallow Reef (Pulau Layang-layang)

Swallow Reef Layang layang Island
Kredit Gambar: Layang Layang Island Resort
Swallow Reef Layang layang Island
Kredit Gambar: Layang Layang Island Resort

Jika anda sedang mencari tempat percutian dengan pemandangan yang mengagumkan serta sesuai untuk bersantai, maka Pulau Layang-layang ini pilihan terbaik untuk anda. Pulau ini juga dikenali sebagai ‘Swallow Reef’ dan terletak di Sabah. Tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini kecuali menyelam. Oleh itu, anda boleh meluangkan masa anda untuk berehat dan menikmati pemandangan alam semula jadi. 

Google Review: Di Sini

10. Pulau Perhentian

Perhentian Island
Kredit Gambar: Perhentian Island Resort
Perhentian Island
Kredit Gambar: Perhentian Island Resort

Pulau Perhentian terletak 19 km dari Pantai Dalam Timur Laut Besut, Terengganu. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua buah pulau iaitu Pulau Perhentian Kecil (sesuai untuk pengembara dengan bajet kecil atau berkumpulan) dan Pulau Perhentian Besar (sesuai untuk bulan madu dan percutian romantik). Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di pulau ini ialah ‘snorkeling’, meluncur dan banyak lagi. 

Google Review: Di Sini

Jika anda sedang mencari tempat penginapan di Pulau Perhentian, anda boleh baca artikel 8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Perhentian 2022.

11. Pulau Tiga

Tiga Island
Kredit Gambar: Amazing Borneo
Tiga Island
Kredit Gambar: Amazing Borneo

Pulau Tiga terkenal dengan gelaran ‘Pulau Survivor’ ekoran ia menjadi lokasi utama untuk episod pertama siri program terkenal iaitu ‘Survivor’. Pulau Tiga terbentuk akibat gempa bumi dan letusan gunung berapi. Terdapat beberapa gunung berapi lumpur yang masih aktif di Pulau Tiga. Namun, anda tidak perlu risau kerana ia selamat untuk didaki. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti selain mendaki seperti melawat Taman Negara Pulau Tiga, mandi lumpur, ‘snorkeling’ dan banyak lagi.  

Google Review: Di Sini

12. Pulau Mantanani

Mantanani Island
Kredit Gambar: Sutera at Mantanani
Mantanani Island
Kredit Gambar: Sutera at Mantanani

Pulau Mantanani merupakan permata yang tersembunyi di Sabah. Pulau ini terkenal sebagai pulau burung kerana terdapat pelbagai spesies burung yang migrasi ke Pulau Mantanani setiap tahun. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pemandangan matahari terbenam yang mengagumkan. Selain daripada fenomena air mata biru (blue tears), pulau ini juga kaya dengan hidupan laut yang unik seperti kuda laut, ‘butterfly fish’, ikan taring-pelanduk cincin biru, tuna, batu karang berwarna-warni dan banyak lagi.

Google Review: Di Sini

13. Pulau Lang Tengah

Lang Tengah Island
Kredit Gambar: Summer Bay Resort
Lang Tengah Island
Kredit Gambar: Summer Bay Resort

Pulau Lang Tengah merupakan syurga bagi pencinta alam. Pulau ini terletak di antara Pulau Perhentian dan Pulau Redang serta mengambil masa hanya 45 minit dari Jeti Merang, Terengganu. Di pulau ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti ‘snorkeling’, ‘jungle trekking’, berkayak dan banyak lagi. Pulau ini amat sesuai untuk anda yang inginkan percutian yang privasi, tenang dan aman damai. 

Google Review: Di Sini


14. Pulau Kapas

Kapas Island
Kredit Gambar: Katherine Cortes
Kapas Island
Kredit Gambar: Katherine Cortes

Pulau Kapas merupakan sebuah pulau kecil yang cukup terkenal di Pantai Timur dan ia terletak 6 km dari jeti Marang, Terengganu. Pulau ini juga terkenal dengan keindahan laut dan suasananya yang sangat tenang. Selain itu, kos percutiannya juga jauh lebih murah berbanding dengan pulau yang lain. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini, antaranya ialah ‘scuba diving’, ‘snorkeling’, berkayak, memancing, ‘jungle trekking’ dan sebagainya. 

Google Review: Di Sini

15. Pulau Tenggol

Tenggol Island
Kredit Gambar: Pulau Tenggol Island Beach Resort
Tenggol Island
Kredit Gambar: Travel Guide Warehouse

Pulau Tenggol dianggap sebagai permata yang tersembunyi di Malaysia. Ia terkenal dengan keindahan hutan tropika dan pantainya yang putih bersih. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai taman terumbu karang yang sangat cantik dan spesies hidupan laut yang jarang ditemui. Secara tidak langsung, hal ini menjadikan Pulau Tenggol salah satu tempat yang terbaik untuk aktiviti menyelam. 

Google Review: Di Sini

16. Pulau Payar

Payar Island
Kredit Gambar: Veltra
Payar Island
Kredit Gambar: Rajoo

Pulau Payar terletak hanya 30 km dari Langkawi. Hal ini membolehkan anda melawat kedua-dua pulau iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Payar dalam satu perjalanan. Pulau ini tidak didiami oleh sesiapa kecuali kakitangan Jabatan Laut yang bertugas. ‘Snorkeling’ dan ‘scuba diving’ merupakan antara aktiviti yang wajib anda lakukan sekiranya anda berkunjung ke pulau ini. Namun perlu diingati bahawa aktiviti memancing adalah dilarang sama sekali di pulau ini kerana ia telah digazetkan sebagai salah satu taman laut negara.

Google Review: Di Sini

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close