Pernahkah anda mendengar tentang minyak biji anggur? Seperti namanya, minyak biji anggur adalah minyak yang diproses daripada biji anggur yang merupakan hasil sampingan daripada pembuatan wain. Jangan risau, minyak biji anggur tidak mengandungi sebarang alkohol. Biji anggur dihancurkan dan kemudian ditekan sejuk atau ditekan dengan pelarut untuk mengeluarkan minyak.
Minyak biji anggur mempunyai kandungan asid lemak omega-6 yang tinggi dan vitamin E. Minyak ini boleh meningkatkan ketahanan insulin anda dan mengurangkan risiko pembekuan darah. Ia mempunyai fungsi yang sama seperti minyak masak yang lain. Minyak biji anggur mempunyai titik asap sederhana tinggi yang bermaksud ia adalah pilihan yang baik untuk teknik memasak dengan haba tinggi. Minyak ini mempunyai rasa bersih, neutral dengan aroma yang baik.
Di manakah saya boleh mendapatkan minyak biji anggur?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minyak biji anggur di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minyak biji anggur, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minyak biji anggur seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minyak biji anggur?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minyak biji anggur ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis minyak biji anggur yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Minyak Biji Anggur Terbaik di Malaysia 2025
1. Radiant Grapeseed Oil Non-GMO

Radiant Grapeseed Oil Non-GMO mengandungi asid politaktepu yang tinggi dan rendah lemak tepu, dengan kepekatan tertinggi asid linoleik (Omega –6). Ia tidak mengandungi sebarang asid lemak trans dan kolesterol. Minyak biji anggur ini mempunyai rasa kacang yang ringan. Ia boleh dipanaskan sehingga 251°C, yakni ia sesuai untuk menggoreng, memerap, memanggang dan memasak dengan api yang tinggi.
Negara Pengeluar: Sepanyol
Saiz: 750 ml
Harga: RM29.35
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Basso Grapeseed Oil

Minyak Biji Anggur Basso ini diperbuat daripada biji anggur yang telah diproses dengan kulit dan pomace. Ia adalah antioksidan semula jadi serta minyak yang hebat untuk aktiviti kardiovaskular kerana kandungan vitamin E dan polifenol yang tinggi. Kerana takat asapnya yang tinggi (235 °), ia bagus untuk menggoreng. Minyak ini mempunyai warna kuning pucat dengan rasa dan aroma yang kebanyakannya neutral.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 1 Liter
Harga: RM29.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Nature Quest Grapeseed Oil

Nature Quest Grapeseed Oil adalah minyak yang mesra alam dan begitu mampan kerana ia diperbuat daripada biji anggur yang telah ditekan semasa proses pembuatan wain. Biji anggur, batang anggur dan kulit anggur membentuk minyak istimewa ini. Minyak ini juga mempunyai toleransi yang tinggi terhadap haba.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 Liter
Harga: RM39.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Borges Grapeseed Oil

Minyak Biji Anggur Borges sudah pasti merupakan produk yang hebat untuk anda, kerana ia dibuat menggunakan komponen terbaik dan melalui teknik kebersihan yang tinggi. Antioksidan, vitamin E, dan kepekatan tinggi asid linoleik (76%) semuanya ditemui dalam minyak biji anggur ini. Selain itu, minyak ini juga mempunyai asid lemak penting yang dikenali sebagai Omega 6 dan Omega 3.
Negara Pengeluar: Sepanyol
Saiz: 1 Liter
Harga: RM31.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Divo Grapeseed Oil

Minyak Biji Anggur Divo mengandungi mineral penting seperti kalium, natrium, kalsium, dan mineral lain, serta pelbagai vitamin larut lemak dan larut air. Ini bermakna minyak biji anggur ini sesuai membekalkan nutrisi untuk warga emas dan bayi. Ia juga sesuai digunakan sebagai makanan perubatan, dan makanan untuk pekerja yang bekerja di udara.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 1 Liter
Harga: RM34.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Villa Blanca Grapeseed Oil

Minyak Biji Anggur Villa Blanca mempunyai tahap asap yang tinggi, menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam aktiviti memasak seperti menggoreng. Ia mempunyai paras antioksidan dan vitamin E yang tinggi. Minyak biji anggur ini mempunyai komponen bermanfaat seperti polifenol, EFA, dan vitamin E yang telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan.
Negara Pengeluar: Sepanyol
Saiz: 1 Liter
Harga: RM31.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Olitalia Grapeseed Oil

Minyak Biji Anggur Olitalia dihasilkan daripada biji anggur berkualiti tinggi. Ia mempunyai rasa ringan yang melengkapi hidangan tanpa menutupi rasa semula jadinya. Oleh sebab itu, minyak ini sangat sesuai untuk salad dressing. Minyak ini boleh menahan suhu tinggi, ia sesuai untuk menggoreng, memanggang dan ‘deep frying’.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 1 Liter
Harga: RM38.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Pietro Coricelli Grapeseed Oil

Minyak Biji Anggur Pietro Coricelli ini merupakan minyak berperisa yang diperbuat daripada biji anggur. Ia mempunyai kualiti memasak yang memberikan makanan rasa yang kaya. Minyak ini adalah asas perapan yang hebat dan juga boleh digunakan ke atas salad serta dijadikan minyak masakan di dapur. Anda juga boleh menikmati minyak ini sebagai hiasan ke atas makanan anda.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 1 Liter
Harga: RM31.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Crudigno Grapeseed Oil

Minyak Biji Anggur Crudigno ini mengandungi asid lemak Omega 6 yang tinggi dan disyorkan untuk diet yang seimbang. Oleh kerana kandungan Vitamin E yang tinggi, minyak yang ringan ini sangat stabil pada suhu tinggi. Ia boleh dimasak pada suhu 250°C tanpa asap atau meninggalkan rasa terbakar pada makanan. Ia boleh digunakan sebagai perapan atau asas kepada penyediaan pada sebarang hidangan.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 1 Liter
Harga: RM42.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Waitrose Grapeseed Oil

Minyak biji Anggur Waitrose ini adalah minyak serba boleh yang sesuai digunakan untuk memasak, menggoreng, dan ‘salad dressing’. Ia mempunyai rasa yang ringan dan segar. Untuk membuat sos Perancis yang hebat, anda boleh gabungkan minyak ini dengan Dijon mustard, cuka wain putih dan seulas bawang putih yang dihancurkan. Ia adalah alternatif yang hebat kepada minyak kacang tanah, terutamanya untuk orang yang alah kepada kacang.
Negara Pengeluar: England
Saiz: 500 ml
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI HAPPY FRESHPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.