Selain daripada memberi manfaat yang besar kepada kulit dan rambut anda, minyak avocado juga merupakan minyak masak yang hebat untuk membuat hidangan yang berperisa dan sihat. Ia berasal daripada buah avocado yang ditekan untuk mendapatkan minyak. Minyak avocado mempunyai rasa licin yang boleh digambarkan sebagai pedas dan ‘grassy’. Anda boleh menggunakan ia di dalam masakan anda atau memakannya mentah dengan menambahnya sebagai hiasan di dalam makanan anda.
Untuk pengetahuan anda, minyak avocado ini mempunyai banyak khasiatnya. Antaranya adalah mengurangkan kolesterol dan memperbaiki kesihatan jantung anda. Selain itu, ia juga membantu memperbaiki kualiti kulit dan penyembuhan luka. Ia juga boleh mengurangkan gejala arthritis untuk kesihatan anda. Minyak avocado ini mempunyai lutein yang mana memberikan manfaat kepada kesihatan mata anda. Ia juga kaya dengan asid oleic yang merupakan lemak yang baik untuk tubuh badan anda. Minyak ini juga berfungsi untuk mempercepatkan penyerapan nutrisi penting dalam badan anda.
Di manakah saya boleh mendapatkan minyak avocado?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minyak avocado di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minyak avocado, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minyak avocado seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minyak avocado?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minyak avocado ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis minyak avocado yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Minyak Avocado Terbaik di Malaysia 2025
1. Pressed Purity Avocado Oil

Pressed Purity Avocado Oil ini diperbuat daripada buah pokok Persea americana (avocado). Ia digunakan sebagai minyak masak dan sebagai bahan dalam masakan lain, seperti salad dressing. Ia juga digunakan sebagai pelinciran dan dalam kosmetik kerana mempunyai ciri pelembapan dan penjanaan semula yang membantu penjagaan kesihatan kulit. Minyak ini mempunyai warna semula jadi dan tinggi vitamin. Ia juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 250 ml
Harga: RM54.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Sunno Cuties Premium Cold Pressed Virgin Avocado Oil

Minyak Avocado Sunno Cuties mengandungi mekanisme antioksidan yang terbina dalam bagi membantu ia mengekalkan kesegarannya. Ia mempunyai kepekatan tinggi Vitamin A, B, dan D tak tepu untuk menguatkan sistem imun badan dan melindunginya daripada jangkitan dan penyakit. Anda boleh mencampurkan minyak ini kepada salad dan vinaigrette kerana anda boleh mendapat manfaat daripada warna dan rasa minyak ini.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 250 ml
Harga: RM39.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Grove Extra Virgin Avocado Oil

Minyak Avocado Ekstra Dara Grove adalah sejenis minyak avocado yang paling tulen dan diperolehi melalui proses penekanan sejuk. Minyak avocado extra virgin ini mempunyai rasa yang halus, agak berkrim dan mempunyai titik asap yang tinggi, sekali gus menjadikannya pilihan yang sihat untuk aktiviti baking dan memasak pada api yang tinggi. Anda juga boleh memerap daging lembu, kambing, ayam, dan daging lain menggunakan minyak ini.
Negara Pengeluar: New Zealand
Saiz: 250 ml
Harga: RM54.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Country Farm Organics Avocado Oil

Jika dibandingkan dengan minyak sayuran lain, Minyak Avocado Organik Country Farm ini mempunyai takat asap yang sangat tinggi iaitu kira-kira 250°C. Ini menjadikan minyak ini sesuai digunakan dalam pelbagai jenis kaedah memasak seperti menggoreng, menumis, dan banyak lagi! Ia juga bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan kardiovaskular.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 250 ml
Harga: RM51.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Naturel Avocado Olive Oil Spray

Buah zaitun terbaik dari Sepanyol, digabungkan dengan avocado tropika terbaik memberikan rasa yang lengkap dengan sedikit kepedasan dalam Semburan Minyak Zaitun Naturel Avocado ini. Sistem semburan tiga tindakan revolusioner ini mempunyai 200+ semburan di dalamnya, sekali gus membolehkan pengguna mengagihkan dan mengurus jumlah minyak yang digunakan secara sekata. Ia mempunyai peratusan lemak tepu yang lebih rendah dan peratusan lemak sihat yang lebih tinggi. Jadi, minyak ini berkhasiat untuk anda gunakan dalam masakan anda.
Negara Pengeluar: Sepanyol
Saiz: 200 ml
Harga: RM25.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Chosen Foods 100% Pure Avocado Oil

Chosen Foods 100% Pure Avocado Oil ini diperbuat daripada avocado yang ditanam di tanah gunung berapi Mexico Tengah. Minyak ini adalah teman masakan yang ideal, memberikan anda gaya masakan yang serba boleh selain mempunyai titik asap yang tinggi. Jumlah maksimum minyak berkualiti tinggi daripada avocado ini diekstrak menggunakan proses ‘expeller-press’ tanpa menggunakan haba atau bahan kimia yang berlebihan. Hasilnya sangat memberangsangkan bagi semua masakan kulinari anda.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 500 ml
Harga: RM49.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Eau de Senteur Pure Avocado Oil

Eau de Senteur Pure Avocado Oil ini diperbuat daripada buah pokok Persea Americana (avocado). Ia digunakan sebagai minyak masak dan komponen dalam masakan lain, iaitu minyak makanan. Ia juga digunakan sebagai pelinciran dan dalam kosmetik, di mana ciri-ciri penjanaan semula dan pelembapnya digunakan untuk kesihatan menyeluruh termasuklah penjagaan kulit.
Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
Saiz: 100 ml, 500 ml, pek 1 Liter
Harga: RM140.00 (pek 1 liter)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Mc Trader 100% Avocado Oil

MC Trader 100 % Minyak Avokado yang ditekan sejuk ini dibuat sepenuhnya daripada avocado Hass dan tidak mempunyai pengawet atau bahan tambahan. Ia juga tanpa GMO. Minyak avocado ini adalah alternatif bagi minyak zaitun yang boleh menyihatkan jantung serta menjadi pengganti yang lazat. Cubalah sekarang!
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 500 ml
Harga: RM49.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Emile Noel Avocado Oil

Minyak Avocado Emile Noel ditekan sejuk daripada avocado organik yang terpilih khas. Selain itu, minyak kehijauan ini mempunyai bauan yang harum. Ia tinggi dengan omega-3, 9 asid lemak penting, vitamin E, dan flavonoid. Selain daripada menggunakannya dalam memasak dan ‘baking’, minyak ini juga sesuai untuk kesihatan kulit dan sendi.
Negara Pengeluar: Perancis
Saiz: 250 ml
Harga: RM76.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Primal Kitchen Avocado Oil

Masanya telah tiba untuk bertukar daripada minyak zaitun kepada minyak avocado! Minyak avocado dari Primal Kitchen ini sedap dan sesuai untuk digunakan dalam masakan seperti proses memanggang dan menggoreng. Minyak ini adalah Non-GMO Project Verified, Keto Certified, Certified Paleo, dan Whole30 Approved. Anda boleh menggunakan minyak masak ini untuk memasak dengan api tinggi. Selain itu, ia juga berkhasiat untuk anda.
Negara Pengeluar: California, Amerika Syarikat
Saiz: 500 ml
Harga: RM88.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.