8 Biskut Coklat Terbaik di Malaysia 2025

Biskut coklat terdiri daripada gandum atau oat yang digaul sebati dengan perisa coklat yang halus. Biskut coklat kaya dengan vitamin B-kompleks dan serat pemakanan. Selain itu, ia juga tergolong dalam kumpulan makanan jenis karbohidrat. Dengan mengambil sekeping biskut sahaja, badan anda sudah mendapat nutrisi karbohidrat sekali gus membuatkan anda bertenaga. 

Oleh itu, biskut coklat adalah teman yang baik untuk kita ketika berada di tempat kerja atau di sekolah. Biskut ini juga sesuai dijadikan snek semasa minum petang dan aktiviti keluarga. Berikut adalah 8 biskut coklat terbaik untuk dicuba di Malaysia. 

Adakah pengambilan biskut coklat boleh menjadikan kita gemuk?

Jawapannya, Ya. Pengambilan biskut coklat yang berlebihan akan menyebabkan berat anda bertambah kerana ia mengandungi karbohidrat yang tinggi. Oleh itu, anda haruslah mengawal pengambilan biskut untuk mengelakkan penambahan berat badan.

Bolehkah biskut coklat dimakan pada waktu malam?

Pengambilan biskut coklat pada waktu malam tidak disarankan kerana ia boleh meningkatkan gula dalam darah. Peningkatan gula boleh menyebabkan kualiti tidur anda terganggu. 

8 Biskut Coklat Terbaik di Malaysia 2023

1. Julie’s Love Letter Chocolate

Julies Love Letter Chocolate
Kredit gambar: Shopee

Julie’s Love Letter Chocolate merupakan salah satu biskut coklat terlaris di Shopee dengan jumlah jualan sebanyak 23.2 k. Ia adalah gulungan wafer yang rangup dengan garisan coklat heliks yang licin serta dipenuhi dengan krim coklat yang lazat. Hal ini menjadikannya snek yang sempurna untuk anda semasa waktu sekolah atau bekerja.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Gula, Tepung Gandum, Minyak Sayuran (Minyak Sawit), Tepung Susu Skim, Serbuk Koko, Serbuk Whey, Kanji Jagung, Lesitin Soya (E322), Telur, Garam, Jisim Koko, Karamel (E150), Perisa yang Dibenarkan – Perisa Coklat
  • Berat: 705 g

Kelebihan:

Sangat rangup
Kaya dengan rasa coklat

Harga: RM15.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Gery Chocolate Wafer Roll

Gery Chocolate Wafer Roll
Kredit gambar: Lazada

Gery Chocolate Wafer Roll merupakan wafer ‘roll’ yang diisi dengan krim coklat. Biskut ini mempunyai tekstur yang rangup pada gigitan pertama, kemudian diikuti dengan rasa yang lembut dan sedikit melekit di mulut ekoran tekstur coklatnya yang lazat. Biskut ini sesuai dihidangkan bersama susu atau kopi!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Gula, Gandum, Tepung, Minyak Sayur-sayuran, Serbuk Koko, Dextrose Monohydrate, Susu Tepung, Serbuk Whey, Shortening (mengandungi Antioksidan BHA), Tepung Tapioka, Pengemulsi Sayur-sayuran, Warna Makanan Karamel E150d, Garam, Perisa Coklat Gelap Tiruan
  • Berat: 16 g x 10 batang (setiap kotak)

Kelebihan:

Kaya dengan krim coklat
Rangup dan sedap

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Chipsmore Biscuit Handy 8 Pack

Chipsmore Biscuit Handy Pack
Kredit gambar: Shopee

Biskut Chipsmore merupakan salah satu makanan ringan zaman kanak-kanak yang terkenal dan masih menjadi pilihan penggemar biskut coklat sehingga kini. Biskut ini menawarkan kepada anda keenakan rasa coklat gelap dan susu pada setiap gigitan. Ia didatangkan dalam bentuk pembungkusan bersaiz individu bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Coklat (Gula, Serbuk Koko, Lemak & Minyak Terhidrogenasi (Shea, Palm, Inti Sawit), Jisim Koko, Dextrose, Pengemulsi (Sorbitan Tristearate (INS492), Soya Lecithin (INS322) )), Minyak Sayuran Tidak Terhidrogenasi (Sawit), Serbuk Koko, Kanji Tapioka, Raising Agents (Ammonium Bikarbonat (INS500(i))), Natrium Bikarbonat (INS500(ii)), Asid Sodium Pyrophosphate (INS450(i)), Garam, Pengemulsi (Sodium Stearoyl Lacylate (INS481 (i), Perisa
  • Berat: 28 g

Kelebihan:

Pek mudah alih
Mengandungi cip coklat yang sedap
Rangup


Harga: RM6.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Signature Market Hazelnut Dark Chocolate Chunk Cookies 

Signature Market Hazelnut Dark Chocolate Chunk Cookies
Kredit gambar: Shopee

Signature Market menawarkan kepada anda gandingan coklat dan ‘hazelnut’ panggang yang diimport khas dari Turki. Biskut ini mempunyai tekstur yang rangup dan kaya dengan rasa coklat. Biskut ini didatangkan dengan pek pembungkusan yang sangat praktikal serta dilengkapi dengan ‘ziplock’ bagi memudahkan anda untuk menyimpannya semula. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Mentega, Ekstrak Vanila, Telur, Gula, Coklat Cip, Garam, Soda Penaik, Tepung, Kacang Hazel Panggang, Garam Laut
  • Berat: 150 g

Kelebihan:

Diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi
Kaya dengan rasa mentega, kacang dan coklat

Harga: RM17.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. McVitie’s Milk Chocolate Digestives 

McVities Milk Chocolate Digestives
Kredit gambar: Shopee

McVitie’s Milk Chocolate Digestives merupakan biskut gandum rangup yang disalut dengan krim coklat susu. Biskut ini sesuai dimakan bersama secawan teh sekali gus menjadikannya snek terbaik sewaktu bekerja. Bukan itu sahaja, ia juga tidak mengandungi lemak terhidrogenasi.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung Gandum (35%), Coklat Susu (30%) [Gula, Mentega Koko, Jisim Koko, Susu Skim, Whey, Minyak Mentega, Minyak Sayur-sayuran (Sal, Shea, Palm), Pengemulsi (Lesitin Soya, Poligliserol Polyricinoleate), Perisa Asli], Minyak Sawit, Tepung Gandum Wholemeal (9%), Gula, Sirap Glukosa-Fruktosa, Agen Penaik (Natrium Bikarbonat, Ammonium Bikarbonat), Pengatur Keasidan (Asid Malik), Garam, Min 14% Pepejal Susu Kering , min 25% jumlah Pepejal Koko Kering
  • Berat: 632 g

Kelebihan:

Salutan coklat susu
Biskut gandum yang rangup dan berkhasiat
Pek berkembar


Harga: RM17.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Cadbury Flake Bar

Cadbury Flake Bar
Kredit gambar: Shopee

Cadbury Flake Bar yang lazat ini diperbuat daripada coklat yang paling rapuh untuk menghasilkan tekstur lembut dan halus di dalam mulut anda. Setiap pek akan mengandungi 4 bar coklat ini. Selain itu, ia juga mempunyai bentuk pembungkusan bersaiz individu yang membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Susu, gula, mentega koko, jisim koko, serbuk whey (daripada susu), lemak sayuran (sawit, shea), pengemulsi (E442), bahan perasa
  • Berat: 80 g

Kelebihan:

Sesuai untuk vegetarian
Mudah dibawa ke mana sahaja

Harga: RM8.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Kellogg’s Pop-Tarts® Frosted Chocolate Chip 

Kelloggs Pop Tarts® Frosted Chocolate Chip
Kredit gambar: Lazada

Kellogg’s Pop-Tarts® Frosted Chocolate Chip merupakan salah satu pilihan biskut yang sesuai untuk penggemar coklat. Biskut ini mempunyai rasa yang agak manis dan sesuai dijadikan sebagai snek minum petang.Bukan itu sahaja, ia juga mudah untuk didapati di pasaran ekoran popularitinya dalam kalangan penggemar biskut.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung Gandum, Niasin, Reduced Iron, Vitamin B1 [Thiamin Mononitrate], Vitamin B2 [Riboflavin], Asid Folik), Gula, Dekstrosa, Kacang Soya dan Minyak Sawit (dengan Tbhq Untuk Kesegaran), Sirap Jagung Fruktosa Tinggi, Sirap Jagung, Whey, Mengandungi 2% Atau Kurang Coklat Cip Separa Manis (Gula, Coklat, Dextrose, Mentega Koko, Lecithin, Lemak Susu, Vanila), Coklat Susu (Susu Gula, Cocoabutter, Coklat), Koko diproses dengan Alkali, Molasses, Garam, Pati Gandum, Penaik (Soda Pembakar, Natrium Aluminium Fosfat), Susu Tanpa Lemak, Karamel, Natrium Stearoyl Laktilat, Lesitin Soya, Perisa Asli dan Buatan, Gelatin (Daging Lembu), Gula Xanthan, Kurma, Yellow 6 Lake, Blue 2 Lake, Red 40 Lake, Putih Telur, Yellow 5 Lake
  • Berat: 384 g

Kelebihan:

Isi berperisa coklat
Sesuai untuk dibawa ketika ‘travel’


Harga: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Meiji Hello Panda Chocolate 

Meiji Hello Panda Chocolate
Kredit gambar: Shopee

Meiji Hello Panda Chocolate mempunyai tekstur yang rangup dan diperkaya dengan rasa coklat sekali gus menjadikannya salah satu snek ringan yang popular dalam kalangan penggemar. Selain itu, ia direka dengan bentuk mudah alih dan selamat untuk dibawa ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung Gandum, Niasin, Reduced Iron, Thiamine Mononitrate [Vitamin B1], Riboflavin [Vitamin B2], Asid Folik), Gula, Minyak Sayuran (Minyak Inti Sawit dan Sawit Dengan Campuran Tokoferol Untuk Kesegaran, Minyak Kacang Soya), Coklat , Susu, Mengandungi Kurang 2% Karamel, Pengemulsi (Sorbitan Tristearate, Ester Sukrosa Asid Lemak, Lesitin Soya), Penaik (Ammonium Bikarbonat, Soda Penaik), Sirap Malt, Perisa Asli Dan Tiruan, Garam, Perasa (Maltodekstrin, Protein Soya Hidrolisis, Serbuk Yogurt Yunani, Disodium Guanylate, Disodium Inosinate), Ekstrak Yis
  • Berat: 260 g

Kelebihan:

Comel
Sedap dan rangup


Harga: RM16.72

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close