10 Aiskrim Vegan Terbaik di Malaysia 2025

Vegan, secara ringkasnya, produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan bebas daripada sebarang kandungan haiwan. Kebanyakan aiskrim vegan dihasilkan daripada santan, susu badam atau susu soya. Namun, ini adalah peringatan buat semua penggemar aiskrim vegan bahawa tidak semua aiskrim vegan adalah bebas daripada kandungan tenusu. Tetapi, anda harus menyedari juga bahawa tidak semua aiskrim yang bebas daripada kandungan tenusu ini adalah sesuai untuk vegan. Jadi, pastikan anda peka dan teliti untuk memeriksa label pada produk terlebih dahulu sebelum membeli. Jadi, anda boleh singgah di ruangan kami untuk melihat senarai aiskrim vegan yang ada di Malaysia! 

Apakah manfaat yang akan diperoleh jika anda memakan Aiskrim Vegan?

Sekiranya anda memakan aiskrim vegan, ia merupakan alternatif untuk menikmati pencuci mulut yang lebih sihat jika dibandingkan dengan aiskrim biasa. Selain itu, aiskrim vegan juga amat sesuai bagi sesiapa sahaja yang mempunyai alahan. Di samping itu, jika anda memilih untuk menikmati aiskrim vegan, ia menunjukkan sokongan dan tanggungjawab anda terhadap alam sekitar. Tambahan pula, aiskrim vegan menawarkan perisa dan rasa yang sama sebagaimana aiskrim biasa. Jadi, anda bolehlah mula mencuba aiskrim vegan sekarang!

10 Aiskrim Vegan Terbaik di Malaysia 2025

1. Kind Kones Vegan Salted Chocolate Chip Ice Cream

Kind Kones Vegan Salted Chocolate Chip Ice Cream
Kredit gambar: Kind Kones

Perisa ini terhasil daripada kemalangan yang tidak dijangka. Pada awalnya, seorang tukang masak sedang menyediakan batch Dark Chocolate dan secara tidak sengaja telah tersalah menambah sukatan garam. Namun, kesalahan itu telah bertukar menjadi sebuah kemenangan yang tidak diduga. Hal ini kerana sebaik sahaja mereka merasa hidangan tersebut, mereka teruja dengan hasil rasa yang tercetus daripada kesilapan tersebut. Justeru, jangan lepaskan peluang untuk mencuba aiskrim Vegan Salted Chocolate Chip daripada Kind Kones pada hari ini juga!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Santan, Susu Gajus, Serbuk Koko, Vanila, Cip Coklat tanpa tenusu, Gula Tebu Mentah
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 100 g, 450 g

Harga: RM11.80 (100g) | RM39.90 (450g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI kind kones

2. Kelava Ice Cream Salted Gula Melaka

Kelava Ice Cream Salted Gula Melaka
Kredit gambar: Vegan District

Kelava’s Salted Gula Melaka adalah kombinasi rasa yang patut anda cuba! Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kenikmatan aiskrim ini! Aiskrim tanpa produk tenusu bersama kelapa ini adalah bahan utama yang memberikan rasa yang lembut sekali gus membawa ketenangan kepada pecinta aiskrim!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Santan, Krim Soya, Gula Aren, Pati Jagung, Garam Laut.
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 100 ml

Harga: RM8.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI vegan district

3. Keto Coco Coffee Coconut Ice Cream

Keto Coco Coffee Coconut Ice Cream
Kredit gambar: 88KETO

Dapatkan satu suapan besar Keto Coco Coffee Coconut Ice Cream untuk diri anda di pasaran! Nikmati aiskrim perisa kafein di mana-mana pasar raya atau kedai runcit yang anda mahukan. Jangan lupa untuk kongsikan keenakan rasa aiskrim ini bersama orang yang tersayang!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Krim Kelapa, Garam Laut, minyak sayuran terhidrogenasi, gula kelapa yang diperoleh daripada nektar kelapa, Xylitol, Lakanto, Xanthan Gum, Biji Kopi Arabika Panggang Microground
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 473 ml

Harga: RM70.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Alpro Vegan Almond Salted Caramel Ice Cream

Alpro Vegan Almond Salted Caramel Ice Cream
Kredit gambar: Trend Hunter

Pernahkah anda mencuba aiskrim Alpro yang terbaharu? Alpro, jenama vegan yang terus memberi yang terbaik kepada peminat setia mereka. Mereka telah menyajikan aiskrim vegan manis dan bebas tenusu dengan lebih banyak hidangan berkrim. 100% berasaskan tumbuhan (Soya) dan tiada telur. Nikmati rasa pedas dan manis dari badam yang dipanggang ringan dan karamel masin yang sangat menarik dalam aiskrim mereka. Aiskrim ini dihasilkan secara semula jadi dan bebas laktosa, bebas tenusu dan bebas gluten. Ia juga mengandungi 30% kurang gula daripada rujukan pasaran dalam kandungan aiskrim – terbaik untuk anda, lebih baik untuk alam sekitar!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, Serat jagung larut, Gula, Lemak dan minyak sayuran (Rapeseed, Shea, Kelapa), BADAM (4.2%), Sirap fruktosa-glukosa, Sirap glukosa, Dekstrosa, Pengemulsi (Mono- dan digliserida asid lemak), Perisa semulajadi, Garam laut, Penstabil (Gam kacang belalang, Guar gum, Karagenan), Pati diubahsuai, Gula karamel.
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: 500 ml

Harga: RM79.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Pops Malaya Ice Bars Passion Fruit Pineapple

Pops Malaya Ice Bars Passion Fruit Pineapple
Kredit gambar: Pops Malaya

Keistimewaan bar ais Pops Malaya terletak pada ramuannya, iaitu buah asli. Nikmati buah-buahan yang dipilih daripada buah-buahan yang paling manis, berjus dan paling harum untuk memberikan rasa yang ‘wow’ untuk anda. Bar ais pops malaya adalah pilihan aiskrim yang lebih sihat dengan sifar pengawet, tanpa pewarna tiruan mahupun perisa tiruan. Nikmati Pops Malaya Ice Bars Passion Fruits Pineapple pada hari ini!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Markisa, Nanas, Air, Gula, Asid Sitrik (Asid Buah) dan Guar Gum.
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 150 g

Harga: RM9.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. MyPlantDeli Vanilla Dream Ice Cream

MyPlantDeli Vanilla Dream Ice Cream
Kredit gambar: Vegan District

Nikmati suapan penuh aiskrim vanila vegan pada hari ini! Rasai My PlantDeli Vanilla Ice Cream yang berkrim dan sedap ini menjadikan ia pencuci mulut yang perlu anda kongsikan bersama keluarga kesayangan! 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Asas aiskrim: Santan, susu badam atau bijan, gajus, pemanis (kurma, gula melaka atau gula organik), rasa vanila asli (bukan alkohol), secubit garam Himalaya
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 473 ml, 946 ml

Harga: RM29.00 (473 ml) | RM50.00 (946 ml)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI vegan district

7. Community Co Dairy Free Chocolate Ice Cream

Community Co Dairy Free Chocolate Ice Cream
Kredit gambar: IGA

Sedap berkrim! Anda pasti  akan mahukan sebekas Community Co Dairy Chocolate Ice Cream lagi selepas anda menghabiskan yang ini! Nikmati aiskrim coklat percuma tenusu yang dibuat dari Australia! Nikmati masa terluang bersama keluarga dengan aiskrim sentiasa merupakan keputusan yang baik!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Krim kelapa (53%), Air, Gula, Glukosa (Jagung), Serbuk Koko (3.5%), Pemendekan Sayuran (Minyak Sawit), Penstabil (Pengemulsi 471), Gula Sayur (407a, 410, 412, 460), Sos Karamel (Pemekat 1414), Gula Sayur (401), Asid Makanan (331), Garam Mineral (339), Pengemulsi (471), Perisa, Pengemulsi (471), Gula Sayur (412), Pektin (440), Pengawet (202)
  • Negara Pengeluar: Australia
  • Saiz: 500 ml

Harga: RM31.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI vegan district

8. Sanitarium So Good Vanilla Bliss

Sanitarium So Good Vanilla Bliss
Kredit gambar: Woolworths

So Good Vanilla Bliss adalah pencuci mulut sejuk beku berasaskan tumbuhan yang lazat tanpa tenusu, gluten atau kolesterol sama sekali. Ia adalah pencuci mulut beku Vanila yang lazat. Aiskrim ini bukan sahaja tidak memiliki sebarang kandungan tenusu, malahan ia mempunyai 97% kandungan yang bebas lemak. Di samping itu, So Good Vanilla Bliss tidak mengandungi kolesterol, laktosa atau lemak haiwan. Ini pastinya aiskrim yang mesti ada bagi setiap peti sejuk beku.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, gula tebu, maltodekstrin, sirap glukosa, protein soya (3%), minyak bunga matahari, pengemulsi (471, 477), gusi sayuran (460, 412, 466, 407a), pengatur keasidan (potassium sitrat), perisa, garam.
  • Negara Pengeluar: Australia
  • Saiz: 1 L

Harga: RM36.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI vegan district

9. Magnum Dairy Free Almond Multipack

Magnum Dairy Free Almond Multipack
Kredit gambar: Vegan District

Anda sedang berangan-angan untuk menikmati aiskrim Magnum Almond Dairy Free?  Siapa sahaja yang boleh katakan ‘tidak’ jika aiskrim ini sudah ada di depan mata, bukan? Tambahan pula, aiskrim Magnum’s Dairy Free Almond ini memiliki rasa dan tekstur yang selembut baldu. Hal ini menjadikan anda lebih sukar untuk mengelakkan daripada tidak memakannya juga. Sekali cuba, pasti nak lagi! 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, gula, komponen koko^ (15%) (mentega koko, jisim koko), minyak kelapa, badam (5%), glukosa, sirap glukosa/fruktosa, protein kacang, pengemulsi (lesitin bunga matahari, E471), penstabil (E412, E410, E407 (mengandungi gandum)), perisa, garam, minyak sayuran, warna (E160a).
  • Negara Pengeluar: Australia
  • Saiz: 270 ml

Harga: RM37.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI vegan district

10. COYO Organic Salted Caramel Ice Cream

COYO Organic Salted Caramel Ice Cream
Kredit gambar: coyo

Gabungan rasa masin dan manis yang harmoni telah mencetuskan keterujaan bagi peminat aiskrim vegan! Nikmati Coyo Salted Caramel Dairy Free Ice Cream ini untuk rasa yang akan membuatkan anda terbuai-buai dengan keenakannya. Selain itu, ia juga memiliki kandungan ‘BB-12 Plant Powered Probiotics’ dalam setiap bekas.  

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Santan Organik (64%), Riak Karamel (10%) [Air, Gula Mentah Organik, Sirap Beras Organik, Minyak Kelapa Organik, Krim Kelapa, Pati Tapioka Organik, Perisa Asli, Gula Karamel, Garam, Penstabil (Gum Xanthan)] , Gula Kelapa Organik, Air Kelapa Organik, Nektar Kelapa Organik, Serat Akar Chicory, Pati Tapioka Organik, Garam Laut, Serat Sayur-sayuran, Gula Sayur (Guar Gum), Kultur (Bifidobacterium Lactis).
  • Negara Pengeluar: Australia
  • Saiz: 500 ml

Harga: RM54.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI all about organics

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close