Secara umumnya, acne patch yang turut dikenali sebagai ‘band-aids’ merupakan pelekat kecil lutsinar yang diletakkan pada jerawat. Ia berfungsi untuk menyerap lebihan cecair dan mengeluarkan kotoran daripada jerawat. Pelekat kecil ini dicipta khusus untuk diletakkan secara terus pada jerawat untuk mengeringkannya dengan lebih cepat.
Masalah jerawat tidak hanya memberi kesan kepada mereka yang mengalami akil baligh, tetapi ia turut dialami oleh individu dewasa. Mengatasi masalah jerawat bukan hanya untuk mendapatkan kulit yang bersih tanpa cela. Bahkan secara tidak langsung ia turut akan mempengaruhi tahap keyakinan individu. Berikut adalah 10 acne patch terbaik di Malaysia pada tahun 2025.
10 Acne Patch Terbaik di Malaysia 2023
1. Cosrx Acne Pimple Master Patch

Cosrx Acne Pimple Master Patch ini mengandungi 100% ADF Dressing Hydrocolloid tanpa sebarang bahan toksik yang akan menyebabkan kerengsaan. Acne patch ini mewujudkan persekitaran yang lembap di sekeliling jerawat bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan ciri antibakteria yang berfungsi untuk menghalang jangkitan kali kedua daripada berlaku.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 24 patch (3 saiz)
- Dimensi: 0.28 inci, 0.39 inci, 0.47 inci
- Bahan: ADF Dressing Hydrocolloid
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
Harga: RM 7.78
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. SOMEBYMI 30 Days Miracle Acne Clear Spot Patch

SOME BY MI 30 Days Miracle Acne Clear Spot Patch sememangnya sangat berkesan dalam mengecutkan jerawat. Selain itu, anda tidak memerlukan sebarang ‘concealer’ untuk menyembunyikan jerawat dan patch tersebut. Produk ini didatangkan dengan ciri kalis air, namun masih mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Patch ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuklah jenis berminyak.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 18 patch (2 saiz)
- Dimensi: 10 mm, 12 mm
- Bahan: Selulosa Gum, Poliisobutena, Poliisoprena, Poliuretana-9
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
Harga: RM 12.11
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Lanbena Acne Pimple Patch

Lanbena Acne Pimple Patch mengandungi minyak ‘tea tree’ yang mampu melawan bakteria pada wajah dan ‘Calendula Oil’ yang mempercepatkan proses penyembuhan jerawat. Produk ini sesuai dipakai untuk pelbagai jenis kulit dan boleh ditampal pada wajah sebelum memulakan solekan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 2 jenis acne patch yang berbeza untuk penggunaan siang dan malam.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 25 patch (3 saiz)
- Dimensi: 12 mm, 8 mm, 10 mm
- Bahan: Koloid Hidrofilik
- Negara Pengeluar: China
Harga: RM 6.76
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Focallure Waterproof Acne Patch

Apa yang membezakan Focallure Waterproof Acne Patch ini dengan acne patch yang lain adalah bahannya. Acne patch ini mengandungi minyak ‘tea tree’ (antibakteria), asid salisilik (mengurangkan keradangan) dan minyak pati Calendula (melegakan kesakitan). Selain itu, memakai mekap tidak lagi menjadi masalah dengan penggunaan acne patch (ultra-nipis) dan lutsinar (0.1 mm) ini.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 24 patch (3 saiz)
- Dimensi: 12 mm, 8 mm, 10 mm
- Bahan: Koloid Hidrofilik, Minyak Tea Tree, Asid Salisilik, Minyak Pati Calendula
- Negara Pengeluar: China
Harga: RM 12.29
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. BREYLEE Acne Pimple Patch

BREYLEE Acne Pimple Patch ini diperbuat daripada koloid hidrofilik dan minyak ‘tea tree’ yang membolehkannya melindungi jerawat anda daripada jangkitan bakteria serta mengurangkan keradangan. Bagi mereka yang mengalami masalah jerawat hormon dan jerawat ‘cystic’, anda disarankan untuk mencuba BREYLEE Acne Pimple Patch ini.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 22 patch (2 saiz)
- Dimensi: 12 mm, 10 mm
- Bahan: Koloid Hidrofilik, Minyak Tea Tree
- Negara Pengeluar: China
Harga: RM 5.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Oxy Anti-Bacterial Acne Patch

Oxy Anti-Bacterial Acne Patch ini merupakan acne patch yang sangat digemari ekoran saiznya yang sangat nipis. Ia juga sesuai digunakan oleh anda yang mengalami masalah jerawat ‘cystic’ dan hormon serta berfungsi untuk menghalang jangkitan bakteria. Selain itu, ia juga menyerap lebihan minyak untuk menjadikan kawasan yang dijangkiti ‘breathable’. Hal ini sekali gus dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 35 patch (3 saiz)
- Dimensi: 0.8 cm, 1.0 cm, 1.2 cm
- Bahan: Selulosa Gum, Pentaerythrityl Hydrogenated Rosinate, Chlorhexidine Diacetate, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butil Hydroxyhydrocinnamat
- Negara Pengeluar: Taiwan
Harga: RM 13.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. NEXCARE Acne Patch

NEXCARE Acne Patch ini dilengkapi dengan teknologi 3M Tegasorb yang berfungsi untuk membersihkan jerawat dan jeragat dengan berkesan. Selain itu, acne patch ini akan bertukar menjadi warna putih bagi menandakan ia telah berkesan. Untuk melindungi jerawat daripada sebarang jangkitan bakteria lain, anda boleh memakai acne patch ini ketika mandi kerana ia kalis air.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 35 patch (3 saiz)
- Dimensi: 0.8 cm, 1.0 cm, 1.2 cm
- Bahan: Hydrocolloid dressing
- Negara Pengeluar: Taiwan
Harga: RM 13.09
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Pyunkang Yul Acne Spot Patch

Anda sedang mencari acne patch yang berkualiti dan boleh dipakai ketika mandi mahupun bersukan? Pyunkang Yul Acne Spot Patch ini pilihan terbaik untuk anda. Hal ini kerana, ia didatangkan dengan ciri kalis air dan tahan lama. Sama seperti acne patch yang lain, ia juga mampu melindungi jerawat atau parut jerawat anda daripada terkena sebarang kotoran yang boleh menjangkiti jerawat anda. Selain itu, jerawat juga cepat kecut dan sembuh jika digunakan secara konsisten.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 15 patch (1 saiz)
- Dimensi: 10 mm
- Bahan: Polyisobutene, Polyurethane-9, Polyisoprene, Cellulose Gum
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
Harga: RM 8.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Derma Angel Acne Patch

Derma Angel Acne Patch ini didatangkan dalam 2 jenis acne patch iaitu acne patch siang dan malam. Saiznya yang sangat nipis berfungsi untuk memberikan keselesaan yang optimum kepada anda. Selain itu, ia juga boleh digunakan bersama dengan alat solek ekoran warnanya yang lutsinar. Acne patch ini mampu menyerap nanah jerawat dan menyembuhkan jerawat dalam masa 2 minggu sahaja.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 12 patch (2 saiz)
- Dimensi: 12 mm, 10 mm
- Bahan: Methylcellulose, Glyceryl Rosinate, Hydrogenated Styrene/ Isoprena Copolymer, Paraffinum Liquidum, Polyurethane-1
- Negara Pengeluar: Taiwan
Harga: RM 12.29
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Hatherine Acne Patch

Hatherine Acne Patch mengandungi minyak ‘tea tree’ dan ‘Salicylic acid’ yang berfungsi untuk mengecutkan jerawat dan mengurangkan kemerahan. Selain itu, ia juga mampu melindungi kulit anda daripada jangkitan bakteria serta sesuai dipakai pada waktu siang dan malam. Produk jenama Hatherine ini juga kalis air dan kalis peluh. Jika kulit anda jenis mudah untuk naik jerawat, anda sangat disyorkan untuk menggunakan acne patch ini.
Spesifikasi:
- Jumlah patch: 20 patch (2 saiz)
- Dimensi: 10 mm, 12 mm
- Bahan: Hidrokoloid, Minyak Tea Tree, Ekstrak Herba Willow
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
Harga: RM 16.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.