9 Basin Faucet Bilik Mandi Terbaik di Malaysia 2025

Setiap bilik mandi harus dilengkapi dengan paip baskom atau ‘basin faucet’ yang bukan sahaja dapat berfungsi baik tetapi juga sesuai dengan tema bilik mandi. Basin faucet merupakan antara item yang penting untuk dimiliki ekoran kita cenderung untuk membasuh tangan di bilik mandi. Secara tidak langsung, ia juga dapat memudahkan anda untuk mencuci muka atau menggosok gigi ketika mandi. Basin faucet juga boleh mengawal jumlah air yang disalurkan sekali gus membantu menjimatkan air. 

Walaupun basin faucet mungkin kelihatan seperti sesuatu yang tidak perlu diambil kira dalam hiasan bilik mandi anda, namun sebenarnya ia boleh menambahkan personaliti dan sentuhan menawan pada ruangan bilik mandi anda. Berikut adalah 9 basin faucet bilik mandi terbaik di Malaysia. 

Apakah yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli basin faucet bilik mandi?

Memandangkan terdapat pelbagai pilihan basin faucet di pasaran, anda disarankan untuk mempertimbangkan aspek seperti keterjangkauan dan ketinggian produk, bilangan pemegang dan jenis produk sebelum membuat pembelian.  

1. Keterjangkauan dan ketinggian:

Faucet didatangkan dengan pelbagai tahap ketinggian dan jangkauan, jadi anda perlulah memilih faucet/ paip yang sesuai dengan singki atau besen anda. Contohnya, jika anda mempunyai kabinet atau rak yang terletak di atas sinki, anda perlulah memilih faucet yang lebih pendek.

2. Bilangan pemegang:

Sesetengah faucet didatangkan dengan 1 atau lebih pemegang bergantung pada jenama. Faucet dengan 1 pemegang lebih praktikal untuk digunakan kerana ia tidak memerlukan banyak langkah untuk membukanya. Namun, jika anda ingin tonjolkan gaya yang unik, anda boleh memilih faucet dengan pemegang yang banyak.

3. Jenis :

Anda disarankan untuk memilih faucet dengan sistem penyembur tarik ke bawah kerana ia dapat mengelakkan sebarang kebocoran atau menggelecek. Walau bagaimanapun, anda juga boleh memilih jenis faucet yang bersesuaian dengan gaya dan pilihan anda. 

9 Basin Faucet Bilik Mandi Terbaik di Malaysia 2023

1. Hemos Bathroom Faucet HM-3233

Hemos Bathroom Faucet HM
Kredit gambar: Homeworks

Hemos Bathroom Faucet HM-3233 merupakan faucet yang diperbuat daripada keluli tahan karat serta didatangkan dalam 3 pilihan warna klasik iaitu perak, emas dan hitam. Faucet ini mempunyai sistem penapisan berganda yang berfungsi untuk menapis air daripada sebarang kotoran. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pemegang keluli yang menjadikannya tahan karat dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 304
  • Warna: Perak, Emas, Hitam
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 28 cm x 16 cm x 5 cm

Kelebihan:

Pemegang tahan karat
Pilihan warna klasik
Sistem penapisan berganda

Harga: RM23.40 – RM63.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Gonzalo Two Way Faucet

Gonzalo Two Way Faucet
Kredit gambar: Shopee

Gonzalo Two Way Faucet dibina dengan 2 injap bebas yang membolehkan 2 saluran air dibuka dalam satu masa. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai pemegang jenis tombol yang mudah untuk dipulas supaya anda boleh mengawal jumlah air. Faucet ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi dan mudah untuk dipasang. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: China 
  • Saiz: 15 mm

Kelebihan:

Dua injap bebas
Reka bentuk pemegang jenis tombol
Mudah untuk dipasang

Harga: RM8.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. DOBOHT Bathroom Basin Faucet CT108BSS-BL

DOBOHT Bathroom Basin Faucet CTBSS BL
Kredit gambar: Shopee

DOBOHT Bathroom Basin Faucet CT108BSS-BL didatangkan dengan ciri praktikal dan reka bentuk yang ringkas sekali gus membuatkan ruang bilik mandi anda kelihatan elegan dan kemas. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemegang tunggal yang sangat kukuh dan tahan karat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Warna: Hitam 
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 10 cm x 13 cm x 18 cm 

Kelebihan:

Reka bentuk ringkas
Binaan pemegang tunggal
Tahan karat

Harga: RM19.99 – RM22.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. BANOVA Basin Faucet BN9810MB/BN9800SS

BANOVA Basin Faucet BNMB BNSS
Kredit gambar: Shopee

Faucet Basin BANOVA BN9810MB/BN9800SS ini mudah untuk dipasang kerana ia tidak memerlukan banyak langkah untuk diikuti. Faucet ini didatangkan dalam 2 warna neutral iaitu hitam dan perak yang mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai konsep. Di samping itu, basin faucet ini juga tidak menghasilkan sebarang buih (foam) dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Warna: Perak, Hitam
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 20 mm – 40 mm (Diameter Tempat Duduk)

Kelebihan:

Mudah untuk dipasang
Warna neutral
Tidak menyebabkan ‘foaming’

Harga: RM15.90 – RM 52.36

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Hemos Bathroom Faucet Two Way Tap HM-3207

Hemos Bathroom Faucet Two Way Tap HM
Kredit gambar: Shopee

Hemos Bathroom Faucet Two Way Tap HM-3207 bukan sahaja sesuai untuk bilik malah, ia juga boleh digunakan untuk mesin basuh dan saluran hos taman. Faucet ini mempunyai kemasan berkilat dan anti calar sekali gus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘professional water bubbler’ yang lembut serta membolehkan aliran air menjadi lebih baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 304
  • Warna: Gunmetal Grey, Matt Gold, Matt Hairline
  • Berat: 0.9 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 29 cm x 12 cm x 8 cm

Kelebihan:

Anti calar
‘Professional water bubbler’
Tanpa plumbum

Harga: RM37.70 – RM73.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. BAOKEMO Double Tap Basin Faucet

BAOKEMO Double Tap Basin Faucet
Kredit gambar: Shopee

BAOKEMO Double Tap Basin Faucet disalut dengan cat tahan haba dan kalis air bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Faucet ini mempunyai pemegang yang tebal dan tahan terhadap kakisan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kawalan berganda “efluen” bagi meningkatkan kualiti air anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS, Keluli tahan karat
  • Warna: Hitam
  • Berat Bersih: 360 g
  • Berat Maksimum: 20 kg
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 12 cm (Panjang)

Kelebihan:

Tahan suhu tinggi
Tahan kakisan
Kawalan berganda ‘efluen’

Harga: RM32.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. SORENTO Bathroom Toilet Basin Faucet SRTWT2207 

SORENTO Bathroom Toilet Basin Faucet SRTWT
Kredit gambar: Shopee

SORENTO Bathroom Toilet Basin Faucet SRTWT2207 ialah faucet berkualiti tinggi yang sesuai untuk digunakan di semua bilik mandi ekoran warna dan kemasan krom peraknya. Faucet bilik mandi ini mudah untuk dipasang sekali gus dapat menjimatkan tenaga dan masa anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pemegang yang mudah untuk dikendalikan serta boleh mengawal jumlah air.

Spesifikasi:

  • Bahan: Brass
  • Warna: Krom Perak
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 60 mm x 34 mm x 49 mm

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Mudah untuk dipasang
Pemegang mudah untuk dikendalikan

Harga: RM76.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. SHOWA Bibcock Faucet 

SHOWA Bibcock Faucet
Kredit gambar: Shopee

SHOWA Bibcock Faucet ini sesuai digunakan untuk sinki dapur dan bilik mandi anda ekoran cirinya yang praktikal. Faucet ini didatangkan dengan ciri anti bocor bagi mengelakkan sebarang kemalangan sewaktu anda menggunakannya. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada plastik dan keluli berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan karat dan tahan lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, Keluli Tahan Karat 304
  • Warna: Krom perak
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 11 cm x 7cm x 11cm (Faucet Keluli), 10 cm x 11 cm (Faucet Plastik)

Kelebihan:

Praktikal
Anti bocor
Tahan lama dan tahan karat

Harga: RM5.50 – RM28.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. MOCHA M9710SS / M9711SS / M9702SS Bathroom Basin Faucet

MOCHA MSS MSS MSS Bathroom Basin Faucet
Kredit gambar: Lazada

JW MOCHA M9710SS/ M9711SS/ M9702SS Bathroom Basin Faucet ini mudah untuk dipasang ekoran reka bentuknya yang ringkas. Faucet ini didatangkan dalam gaya klasik yang boleh dipadankan dengan pelbagai konsep bilik mandi. Selain itu, ia juga mempunyai struktur yang kukuh dan kuat supaya tidak mudah rosak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Berat: 200 g
  • Negara Pengeluar: Itali
  • Saiz: 130 mm x 290 mm

Kelebihan:

Mudah untuk dipasang
Tidak mudah rosak
Tahan karat

Harga: RM90.00 – RM120.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close