Pasir kucing Bentonite merupakan pasir kucing jenis ‘clumping’ atau bergumpal. Setiap kali kucing anda membuang air kecil, pasir ini boleh mengembang sehingga 15 kali ganda daripada isi padu asal sekali gus menjadikannya antara pasir kucing yang berkualiti. Selain itu, ia juga mempunyai kadar penyerapan yang tinggi bagi memudahkan kerja pembersihan.
Pasir kucing ini merupakan antara pasir kucing yang paling mudah untuk diakses dan dicari kerana ia boleh didapati di kebanyakan pasaran dan kedai haiwan. Ia juga ditawarkan pada harga yang berpatutan dalam kuantiti yang banyak. Berikut adalah 8 pasir kucing bentonite terbaik yang boleh didapati di Malaysia.
Bagaimana Hendak Memilih Pasir Kucing Bentonite Yang Terbaik?
Terdapat pelbagai jenis pasir kucing bentonite yang boleh didapati di kedai dan dalam talian tetapi bagaimana anda hendak mencari pasir yang sesuai untuk kucing anda? Dengan memilih bau yang anda sukai, menetapkan bajet dan melihat ketersediaan pasir dapat membantu anda dalam membuat pemilihan yang tepat.
1. Bau
Setiap individu mempunyai pilihan bauan yang berbeza. Disebabkan itu, pasir ini didatangkan dengan pelbagai jenis bauan yang boleh anda pilih berdasarkan pilihan anda dan kucing anda.
2. Bajet
Pasir ini ditawarkan pada harga yang berbeza, jadi sebelum membeli pakej pasir kucing bentonite ini, anda haruslah menetapkan jumlah bajet yang anda ingin belanjakan bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
3. Ketersediaan
Terdapat beberapa jenis pasir kucing bentonite yang masih belum dipasarkan di Malaysia. Oleh itu, anda disarankan untuk membuat carian di Internet terlebih dahulu berkaitan dengan jenis pasir kucing bentonite yang boleh didapati di Malaysia.
8 Pasir Kucing Bentonite Terbaik di Malaysia 2023
1. Bettago Bentonite Cat Litter

Bettago Bentonite Cat Litter merupakan pasir kucing 100% semula jadi tanpa sebarang bahan kimia tambahan yang menjadikannya selamat digunakan untuk kucing anda. Selain itu, pasir ini juga mempunyai ciri ‘super absorbent’, di mana najis dan air kencing kucing akan membentuk menjadi gumpalan. Hal ini sekali gus dapat meminimalkan jumlah pasir yang perlu diganti. Ia juga didatangkan dalam pelbagai bauan untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Kopi, Lavender, Rose, Epal, Arang
- Isi padu: 10 L
Kelebihan:
✅ Daya penyerapan yang tinggi
✅ Penyahbauan yang cekap
✅ Antibakteria
Harga: RM12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Meow Kitchen Bentonite Cat Litter

Meow Kitchen Bentonite Cat Litter ini diperbuat daripada 100% bahan organik yang sesuai digunakan untuk kucing yang mempunyai kulit sensitif. Selain itu, ia juga mampu meneutralkan bau yang kurang menyenangkan supaya dapat mengekalkan keselesaan anda dan kucing anda. Bukan itu saja, ia juga mempunyai ciri ‘dust free’, jadi pasir ini tidak akan melekat pada bulu kucing anda.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Kopi, Lavender, Arang, Serbuk Bayi
- Isi padu: 10 L
Kelebihan:
✅ Penyahbauan yang cekap
✅ Hypoalergik
✅ Ciri ‘dust free’
Harga: RM12.64 – RM12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Animal Instinct Bentonite Cat Litter

Animal Instinct Bentonite Cat Litter ini direka khusus untuk menghasilkan habuk yang sedikit bagi mengelakkan kesihatan kucing anda terjejas. Selain itu, gumpalan air kencing dan najis juga tidak akan pecah kerana ia mempunyai ciri ‘super-clumping’ yang akan mengekalkan bentuk gumpalan. Ia juga menawarkan bauan yang halus dan tidak akan menyebabkan sebarang kerengsaan pada kucing anda.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Kopi, Epal
- Isi padu: 10 L
Kelebihan:
✅ Kurang habuk
✅ Bauan lembut
✅ Bergumpal
Harga: RM11.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Clumping Bentonite Cat Litter

Clumping Bentonite Cat Litter ini diperbuat daripada bahan organik yang dapat menyerap bau dan tahan sehingga 7 hari. Ia amat sesuai untuk kegunaan harian kucing kesayangan anda. Ia juga boleh didapati dalam 4 bauan lembut yang berbeza dan selamat untuk kulit dan bulu kucing anda. Pasir ini juga dapat mencegah pertumbuhan bakteria di dalam pasir kucing.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Kopi, Epal, Lavender
- Isi padu: 10 L
Kelebihan:
✅ Tahan lama
✅ Selamat digunakan
✅ Antibakteria
Harga: RM12.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Care Cat Bentonite Cat Litter

Care Cat Bentonite Cat Litter ini diperbuat daripada bentonite berkualiti tinggi yang diproses khusus untuk mempunyai daya penyerapan air yang tinggi serta keupayaan menghilangkan bau najis tersebut. Ia juga dapat meminimumkan kadar penukaran pasir. Pasir ini sesuai untuk anda yang memiliki kucing lebih daripada 1.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Kopi, Epal, Lavender, Rose
- Volume: 10 L
Kelebihan:
✅ Cepat menyerap
✅ Jimat
✅ Berkualiti tinggi
Harga: RM13.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Meow IT Bentonite Cat Litter

Meow IT Bentonite Cat Litter ini dilengkapi dengan ciri biodegradasi dan mesra alam. Ia tidak menghasilkan sebarang habuk pasir. Pasir ini juga mempunyai kemampuan penggumpalan yang sangat baik serta dapat mencegah kelembapan sampai ke dasar kotak. Secara tidak langsung, ia dapat memudahkan proses pembersihan.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Mocha, Epal
- Isi padu: 10 L
Kelebihan:
✅ Mampu Milik
✅ ‘Low tracking litter’
✅ Biodegradasi
Harga: RM11.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Cool Clean Bentonite Cat Litter

Cool Clean Bentonite Cat Litter ini diperbuat daripada bahan mentah yang dipilih dengan teliti untuk memberikan anda produk yang berkualiti tinggi. Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh pasir kucing ini adalah ciri bebas habuk dan dapat menghilangkan bau najis dengan efektif. Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk kucing yang berkulit sensitif. Terdapat 4 bauan yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Lavender, Epal, Kopi
- Isi padu: 10 L
Kelebihan:
✅ Selamat untuk digunakan
✅ Bauan segar
✅ 99% bebas habuk
Harga: RM10.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Q-Cat Bentonite Cat Litter

Q-Cat Bentonite Cat Litter ini membolehkan anda mengawal bau najis kucing anda kerana ia diperbuat daripada bahan semula jadi dan antibakteria. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menyerap sebarang lembapan dengan pantas. Selain itu, pasir ini juga diformulasikan untuk menyahbau dan menjadikan rumah anda berbau segar dan bersih.
Spesifikasi:
- Bauan: Lemon, Lavender, Rose
- Isi padu: 5 L
Kelebihan:
✅ Kawalan bau yang efektif
✅ ‘Super clumping’
✅ Antibakteria
Harga: RM9.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.