8 Selipar Indoor Terbaik di Malaysia 2025

Memandangkan penularan wabak Covid-19 semakin meningkat, kebanyakan kita menghabiskan sebahagian besar masa di dalam rumah. Berjalan di dalam rumah tanpa memakai sebarang kasut atau selipar boleh menyebabkan kaki sakit dan berasa tidak selesa. Oleh itu, pemakaian selipar indoor sangat digalakkan terutamanya rumah yang tidak mempunyai jubin. 

Pemakaian selipar indoor bukan sahaja dapat membuatkan kita berasa lebih selesa tetapi, ia juga mendatangkan pelbagai faedah kepada diri kita. Di sini, kami senaraikan 8 selipar indoor terbaik di Malaysia yang boleh anda dapatkan hari ini!

Faedah memakai selipar di dalam rumah:

Pemakaian selipar di dalam rumah sering dipandang enteng oleh segelintir masyarakat. Tahukah anda pemakaian selipar ketika berada di dalam rumah mempunyai banyak faedah dari segi kesihatan dan juga kebersihan. Berikut adalah beberapa faedah yang boleh anda perolehi ketika memakai selipar di dalam rumah. 

  1. Selesa: 

Selipar indoor lazimnya didatangkan dengan tapak yang tebal serta pelapik kapas yang lembut bagi memberikan keselesaan ketika anda berjalan. 

  1. Mengurangkan keletihan: 

Pemakaian selipar indoor dapat mengurangkan keletihan ekoran ia mempunyai reka bentuk yang dapat menyokong kaki anda serta mengurangkan tekanan pada tapak kaki anda. Hal ini sekali gus membolehkan anda berjalan dengan selesa tanpa rasa sakit dan letih. 

  1. Kebersihan: 

Memakai selipar indoor juga boleh memastikan lantai dan kaki anda bersih. Selain itu, selipar indoor juga mudah untuk dibasuh dan dibersihkan. 

  1. Keselamatan: 

Selipar indoor juga boleh melindungi kaki anda daripada serpihan atau objek tajam seperti serpihan kaca atau kotoran. 

8 Selipar Indoor Terbaik di Malaysia 2023

1. B.S.B 2021 Upgrade Japanese Comfortable 4.0 cm Thick Sole House Slippers

B.S.B Upgrade Japanese Comfortable . cm Thick Sole House Slippers
Kredit gambar: Shopee

Selipar ini didatangkan dengan tapak setebal 4 cm bagi memastikan setiap langkah anda selesa.  Ia diperbuat daripada bahan EVA berkualiti tinggi yang bukan sahaja mesra alam tetapi, juga bebas bau. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pad antigelincir pada bahagian tapak kasut bagi mengelakkan anda daripada tergelincir atau jatuh. 

Spesifikasi:

  • Bahan: EVA 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Merah Jambu, Kuning, Oren, Biru, Hijau, Hitam 
  • Saiz: S (36 – 37), M (38 – 39), L (40 – 41), XL ( 42 – 43), XXL (44 – 45)

Kelebihan:

Tapak tebal 4 cm
Pad antigelincir
Bebas bau
Mudah untuk dibersihkan
Mesra alam

Harga: RM7.99 – RM8.38 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. WOOHUU Indoor Slipper 

WOOHUU Indoor Slipper
Kredit gambar: Shopee

Selipar ini diperbuat daripada bahan getah berkualiti tinggi yang menjadikannya antigelincir. Selipar ini bukan sahaja selesa dipakai malah, ia juga kalis air dan ringan. Secara tidak langsung, ia dapat menjamin keselamatan anda sewaktu memakainya. Ia dipasarkan dalam pelbagai reka bentuk dan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Putih, Merah Jambu
  • Saiz: 36 – 37, 38 – 39, 40 – 41 

Kelebihan:

Reka bentuk unik
Mudah untuk dibersihkan
Kalis air
Antigelincir

Harga: RM6.49 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Cotton Non-Slip Indoor Slipper

Cotton Non Slip Indoor Slipper
Kredit gambar: Shopee

Selipar indoor ini didatangkan dengan ‘padding’ kapas yang unik dan lembut bagi memberikan keselesaan kepada kaki anda secara menyeluruh. Ia diperbuat daripada fabrik plush yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta dapat menyerap peluh dengan pantas. Jadi, anda tidak perlu risau lagi tentang masalah kaki berpeluh. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Plush, Kapas
  • Berat: 400 g 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Biru, Merah, Ungu, Hijau, Kelabu, Coklat 
  • Saiz: 36 – 37, 38 – 39, 40 – 41, 42 – 43, 44 – 45

Kelebihan:

Selesa untuk dipakai
Tahan lama
Bahan berkualiti tinggi, tahan lasak
Menyerap peluh
‘Breathable’
‘Full feel coverage’

Harga: RM8.88 – RM9.20 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. EVA Anti Slip Outdoor / Indoor Home Casual Slippers 

EVA Anti Slip Outdoor Indoor Home Casual Slippers
Kredit gambar: Lazada

Tidak seperti kebanyakan selipar indoor, selipar ini didatangkan dengan reka bentuk ‘flip flop’ yang unik serta dilengkapi dengan ciri ‘breathable’, antigelincir dan kalis air. Selipar ini juga boleh digunakan sebagai selipar luar rumah. Bukan itu sahaja, ia juga mudah untuk dibersihkan. Anda boleh mendapatkan selipar ini dalam pelbagai saiz dan warna. 

Spesifikasi:

  • Bahan: EVA 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Hitam, Putih Kelabu, Kuning, Merah Jambu, Karamel, Hijau Tua, Hijau Zaitun, Khaki 
  • Saiz: 35 – 26, 37- 38, 39 – 40, 41 – 42, 43 – 44 

Kelebihan:

Reka bentuk ‘flip flop’
Sesuai untuk dipakai sebagai selipar luar dan dalam
Mudah untuk dibersihkan
‘Breathable’
Pad antigelincir

Harga: RM13.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Shark Slippers 

Shark Slippers
Kredit gambar: Shopee

Selipar ini didatangkan dengan reka bentuk yang comel dan sesuai untuk anda yang mengemari selipar indoor dengan rupa yang unik. Selipar ini diperbuat daripada bahan EVA berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lasak, ‘breathable’, cepat kering serta dilengkapi dengan ‘padding’ antigelincir. Apa yang menariknya lagi, ia didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz. 

Spesifikasi:

  • Bahan: EVA 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Lemon Yellow, Mint Green, Smoke Grey, Princess Pink, Vibrant Orange, Olive Green, Mountain Grey, Vine Purple 
  • Saiz: 34 – 35, 36 – 37, 38 – 39 , 40 – 41, 42 – 43, 44 – 45 

Kelebihan:

Reka bentuk unik
Tahan lasak
Cepat kering
Bahan berkualiti tinggi
Pad antigelincir
‘Breathable’

Harga: RM19.49 – RM28.69 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Soft Indoor Slipper 

Soft Indoor Slipper
Kredit gambar: Shopee

Adakah anda lebih suka selipar indoor yang klasik dengan ‘padding’ kusyen yang lembut? Jika ya, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan selipar ini. Ia diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan pelapik antigelincir bagi memberikan keselesaan dan perlindungan tambahan ketika anda menggunakannya. Selain itu, ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC, Flaks, Kapas
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Kuning, Merah Jambu, Hijau, Kopi, Tentera Laut, Kelabu 
  • Saiz: 36 – 37 (saiz 5), 38 – 39 (saiz 6), 40 – 41 (saiz 7), 42 – 43 (saiz 8), 44 – 45 (saiz 9) 

Kelebihan:

Reka bentuk klasik
Selesa untuk dipakai
Ringan
Pelapik antigelincir

Harga: RM9.88 – RM10.88 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Thick bottom Slipper 

Thick bottom Slipper
Kredit gambar: Shopee

Tertarik dengan penampilannya yang agak pelik dan besar? Selipar ini sebenarnya sangat selesa apabila dipakai. Ia didatangkan dengan reka bentuk tapak setebal 3.5 cm serta dilengkapi dengan ciri menyerap haba. Hal ini dapat mengelakkan kaki anda daripada berpeluh. Bukan itu sahaja, ia juga direka dengan pelapik antigelincir yang berfungsi untuk menghalang anda daripada tergelincir.

Spesifikasi:

  • Bahan: EVA 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Putih, Hitam, Merah Jambu, Biru, Kuning
  • Saiz: 36 – 37, 38 – 39, 40 – 41, 42 – 43, 44 – 45 

Kelebihan:

Tapak tebal 3.5 cm
Pad antigelincir
Menyerap haba

Harga: RM10 – RM25 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Fashion Slippers Indoor Non Skid Slipper

Fashion Slippers Indoor Non Skid Slipper
Kredit gambar: Shopee

Selipar ini didatangkan dengan reka bentuk berjalur serta mempunyai pelbagai warna yang menarik. Selipar ini diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik sekali gus dapat mengelakkan kaki anda berpeluh. Ia juga dilengkapi dengan pad antigelincir pada bahagian tapak bagi melindungi anda daripada terjatuh. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Merah, Biru, Khaki, Biru Tua, Kelabu 
  • Saiz: 37 – 38, 39 – 40, 42 – 43, 44 – 45 

Kelebihan:

Selesa
Reka bentuk yang unik
Bahan berkualiti tinggi
Pad antigelincir

Harga: RM4.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close