Snek cina merupakan salah satu makanan ringan yang boleh anda dapati di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis snek cina yang boleh anda temui di pasaran. Jika anda sukakan snek yang mempunyai perisa tersendiri dan pedas, maka snek cina adalah untuk anda.
Anda boleh membuat pilihan akan snek cina yang anda suka kerana ia mempunyai banyak jenis snek untuk dipilih. Jika anda baru sahaja ingin mencuba snek cina yang popular, usah risau kerana dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai snek cina yang sering menjadi kegemaran ramai. Dari situ, anda boleh pilih snek cina mana yang ingin anda cuba.
Di manakah saya boleh mendapatkan snek cina?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan snek cina di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan snek cina, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, snek cina seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih snek cina?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli snek cina ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis snek cina yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Snek Cina Terbaik di Malaysia 2025
1. Konjac Moyushuang Spicy Snack

Snek Pedas Konjac ialah snek Konjac yang disalut dengan sos pedas, memberikan tekstur dan rasa yang masam dan kenyal. Snek ini tidak perlu dimasak, sebaiknya ia boleh dimakan begitu sahaja. Walaupun saiz snek ini kecil, ia dapat menjadikan anda ketagih. Jadi, jika anda menyukai rasanya, anda bolehlah membeli snek ini dalam kuantiti yang memuaskan hati.
Bahan-bahan: Air, Kanji, Serbuk Konjac, Minyak sayuran, Garam, Gula, Sauerkraut, Ekstrak yis, Rempah-rempah, Perisa makanan, Pewangi
Negara Pengeluar: China
Saiz: 10 g
Perisa: Mala spicy, Sour spicy, Xiangla spicy
Harga: RM0.46
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Chinese Yam Chip Famous Potato Chips

Jika anda mengidamkan sesuatu yang rangup, apa kata anda mencuba kerepek keladi? Kerepek ini bukan sahaja lebih sihat tetapi ia juga rendah kalori. Kerepek ini juga datang dalam pelnagai perisa untuk anda pilih. Anda boleh nikmati kerepek ini bersama keluarga anda di masa lapang.
Bahan-bahan: keladi Cina, Perasa tomato, Minyak sayuran, Garam
Negara Pengeluar: China
Saiz: 88 g, 33 g
Perisa: Original, Tomato, Rumapi laut, Sauce, Bawang goreng, Kimchi, Pedas
Harga: RM1.40 (33 g) | RM2.99 (88 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Fried Dough Twist

Snek ini dikenali sebagai “ma hua”, iaitu doh goreng yang digoreng dalam minyak kacang untuk memberikan rasa kacang yang aromatik. Ia kelihatan berkilat dan rangup untuk dimakan. Snek ini biasanya digandingkan dengan madu, lada atau bijan.
Bahan-bahan: Tepung, Serbuk penaik, Telur, Garam, Gula, Minyak bijan, Air
Negara Pengeluar: China
Saiz: 128 g
Perisa: Manis pedas, Rumpai Laut, Barbeku, Udang
Harga: RM2.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Quail Egg

Pasti ramai di antara anda pernah melihat jenis snek ini sebelum ini. Ia biasanya dibungkus dalam pembungkusan kedap udara dan mempunyai pelbagai perisa. Anda boleh mencuba snek ini di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Kongsikan keceriaan ini bersama orang tersayang.
Bahan-bahan: Telur puyuh, Garam, Minyak sayuran, Gula, Rempah-rempah
Negara Pengeluar: China
Saiz: 15 g, 20 g
Perisa: Picked pepper, Spiced corned, Spicy iron egg, Salt baked egg
Harga: RM0.78
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. TuNiu Salted Egg Biscuits

Jika anda seorang peminat makanan manis dan masin serta rangup, maka ini adalah untuk anda! Telur gulung yang rangup, sedap dan manis ini rangup dan rapuh. Ia akan hancur serta-merta di dalam mulut anda! Bahagian dalam diisi dengan inti berperisa yang berbeza, menjadikan telur gulung yang sedia lazat ini lebih sedap!
Bahan-bahan: Telur masin, Susu, Telur, Tepung, Air
Negara Pengeluar: China
Saiz: 10 g
Perisa: Telur masin, Asamu milk, Soy, Prairie milk, Meat floss, Durian
Harga: RM0.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Ramen Talk

Mengidamkan makanan ringan yang masam dan panas? Cubalah ramen! Ramen Talk ialah ramen gaya Jepun yang mempunyai pelbagai perisa dari tomato, kari hinggalah kepada daging lembu rebus! Sup aromatik mereka yang lazat dan menyelerakan pasti membuatkan anda merindui dan inginkan lagi semangkuk ramen yang lain!
Bahan-bahan: Tepung, Kanji, Minyak sayuran, Perencah
Negara Pengeluar: China
Saiz: 141 ~ 178 g (saiz berbeza bergantung kepada perisa)
Perisa: Char Siew, Tomato, Crayfish, Seafood Tom Yum, Curry Tonkotsu, Golden Soup Beef, Pepper Crispy pork, Braised beef
Harga: RM5.99 (Golden Beef Soup) | RM7.88 (Char Siew, Tomato, Pepper Crispy Pork, Seafood Tom Yum) | RM9.99 (Braised beef)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Dorayaki Mini Snack

Dorayaki bersaiz mini ini bukan sahaja sedap, malah manis dan juga gebu. Tidak hairanlah Doraemon sangat menyayangi mereka! Ia didatangkan dalam pelbagai perisa seperti kacang merah, coklat dan keladi.
Bahan-bahan: Telur, Gula, Tepung, Minyak sayuran
Negara Pengeluar: China
Saiz: 10 g
Perisa: Kacang Merah, Coklat, Keladi
Harga: RM0.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Jin Mo Fang Sausage

Sosej ini diperap dengan rempah ratus sebelum dibungkus ke dalam bungkusan kedap udara. Snek ini rasanya lazat dan mempunyai rasa yang berapi-api. Jika anda peminat sosej, anda patut mencuba snek ini! Kongsikan kegembiraan ini bersama keluarga dan rakan-rakan anda.
Bahan: Daging babi, Ayam, Air, Kanji, Protein soya, Tepung Konjac, Minyak sayuran, Garam, Gula, Glukosa, Sirap maple, Rempah-rempah
Negara Pengeluar: China
Saiz: 12 g, 22 g
Perisa: Original, Orleans, Pedas, Barbeku
Harga: RM0.46 (12 g) | RM1.28 (22 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Mini Sized Macarons

Jika anda peminat biskut dan pencuci mulut, makaron bersaiz mini ini adalah untuk anda. Bahagian luar makaron ini rangup dan isi di dalamnya lembut, berkrim dan manis. Ia sesuai dijadikan pencuci mulut selepas hidangan utama. Selain itu, snek ini juga menarik dilihat kerana mempunyai pelbagai warna yang menarik. Ayuh, rasailah snek comel ini.
Bahan-bahan: Tepung, Gula, Minyak sayuran, Mentega, Sirap, Pati jagung
Negara Pengeluar: China
Saiz: 7 g
Perisa: Yoghourt, White peach, Choco, Lemon, Susu, Strawberi
Harga: RM0.18 (Shopee) | RM0.40 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Soft Tofu skin

Kulit tauhu yang lembut dan pedas ini mempunyai rasa pedas dan tidak terlalu masin. Rempah-rempah dan sos yang beraroma akan memberi anda pengalaman baru apabila anda memakan kulit tauhu ini. Percayalah, rasa uniknya pasti membuatkan anda ketagih.
Bahan-bahan: Kacang soya, Air. Garam, Minyak sayuran, Bijan, Lada, Gula
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 60 g
Harga: RM2.98
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.