Hidangan istimewa Perancis yang dipanggil Creme Brulee ini diperbuat daripada lapisan kastard yang kaya, lembut seperti baldu dan mempunyai salutan gula pejal di atasnya. Salutan karamel yang terdapat pada hidangan ini memberikan ia rasa gula hangus yang ringan dan sedikit rangup.
Adakah anda menggemari pencuci mulut? Jika ya, anda boleh mencuba Creme Brulee, iaitu pencuci mulut lazat yang dihasilkan untuk mereka yang gemarkan rasa manis. Dengan penggunaan ‘torchwork’ yang teliti, lapisan karamel terhasil di bahagian atas puding yang kaya dan lazat ini. Creme Brulee merupakan hidangan tersendiri dan popular kerana teksturnya. Berikut adalah senarai 10 Creme Brulee terbaik di Ipoh. Anda boleh juga mencari 10 Creme Brulee Terbaik di KL & Selangor.
Bagaimanakah memakan Creme Brulee?
Biasanya, pencuci mulut ini dihidangkan sejuk bersama sudu. Ini kerana sudu diperlukan untuk memecahkan bahagian atas karamel yang rangup apabila anda mula memakannya. Setiap suapan anda sebenarnya menggabungkan puding yang lembut dan topping yang rangup. Sedap, bukan?
Apakah jenis Creme Brulee yang popular?
Creme Brulee boleh disediakan dalam pelbagai cara dengan mempelbagaikan topping atau asas krimnya. Dengan mempelbagaikan perisa, anda boleh memilih mana Creme Brulee yang anda suka. Antara perisa Creme Brulee yang sangat digemari ialah versi koko, labu dan pistachio.
10 Creme Brulee Terbaik di Ipoh 2025
1. Konda Kondi Cafe & Bistro


Creme Brulee ini merupakan salah satu menu terlaris di Konda Kondi Cafe & Bistro. Ia adalah hidangan pencuci mulut yang digemari tanpa mengira zaman. Apa yang menarik, Creme Brulee yang berperisa ini digandingkan bersama topping ‘pop rock’. Topping ini akan memberikan anda letusan rasa manis tatkala anda memakannya. Inilah yang membuatkan Creme Brulee di sini digemari ramai.
Waktu Operasi:
5:00 petang – 11:30 malam (Isnin-Khamis)
5:00 petang – 12:00 malam (Jumaat-Ahad)
Tutup (Selasa)
Alamat: 183, Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak
No. Telefon: 016-4929660
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Kondakondicafe/
Instagram: http://www.instagram.com/kondakondicafe
2. STG Tea House Cafe


Di STG Tea House Cafe, anda mungkin mendapat Creme Brulee yang berperisa kerana ia akan diddatangkan dengan salutan kerak karamel yang dipanaskan. Selain itu, strawberi segar diletakkan di bahagian atasnya sebagai hiasan. Tatkala lapisan hidangan ini merekah, ia akan mendatangkan perasaan gembira buat anda kerana aromanya sungguh wangi dan enak.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Isnin-Ahad)
Alamat: 2, Jalan Taman Kinta, Taman Chateau, 30250 Ipoh, Perak
No. Telefon: 05-2550188
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/STG-Tea-House-Cafe-616039191740419/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Six Half Coffee


Hiasan elegan di restoran Six Half Coffee pasti melengkapkan menu Crème Brulee yang luar biasa. Anda akan perasan kastard cerah yang menyaluti lapisan kerak manis. Satu skup hidangan ini memberikan anda tekstur yang kurang rangup. Kemudian, anda akan rasa ia menjadi lembut dan berperisa apabila merasai krimnya. Krim tersebut dihasilkan dengan menggunakan krim Perancis yang premium. Enak, bukan?
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:30 petang (Isnin-Ahad)
Tutup (Khamis)
Alamat: 5A, Jln Pusat Perdagangan Canning 2, Pusat Perdagangan Canning, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 018-2299932
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: http://www.facebook.com/6halfcoffee/
Instagram: https://www.instagram.com/6halfcoffee/
4. Marketplace Waffle Bar & Cafe


Creme Brulee di Marketplace Waffle Bar & Cafe tidak dapat ditandingi kerana mempunyai teksur yang lembut. Ia mungkin setanding dengan Creme Brulee yang biasa. Apa yang menarik bagi hidangan ini ialah tatkala lapisan karamel pada Creme Brulee ini merekah. Percaya atau tidak, Creme Brulee ini mampu mengukir senyuman sesiapa sahaja yang menikmatinya. Ini kerana ia mempunyai beri biru yang segar di atasnya selain dihiasi dengan pudina untuk melengkapkan nilai estetika.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Isnin-Ahad)
Alamat: 13, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak
No. Telefon: 010-2284350
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://web.facebook.com/marketplaceipoh/
Instagram: https://www.instagram.com/marketplacecafeipoh/?hl=en
5. Patisserie BoutiQue


Patisserie BoutiQue mempamerkan rasa sofistikated terhadap resepi kontemporari Itali yang asli dengan memenuhi keperluan gastronomi generasi hari ini. Ia adalah perkara biasa untuk mencari makanan istimewa Perancis yang enak di kafe Itali. Namun begitu, Crème Brulee yang dihidangkan di sini sangat lazat. Yang menariknya, pencuci mulut ini mempunyai lapisan keemasan yang kaya dan buah-buahan di atasnya. Menarik, bukan?
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 6:00 petang (Isnin-Ahad)
Tutup (Rabu)
Alamat: 103, Jalan Sultan Yusof, 30000 Ipoh, Perak
No. Telefon: 014-9019268
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: http://facebook.com/Patisserie.BoutiQue
Instagram: https://www.instagram.com/patisserie.boutique/?hl=en
6. Doi Chaang Coffee By Morning Jolt


Doi Chaang Coffee By Morning Jolt Bar ialah destinasi untuk mereka yang gemarkan kopi kerana ia terkenal dengan campuran kopi premiumnya. Creme Brulee di kedai ini adalah pelengkap sempurna untuk kopi anda! Makanan istimewa ini sudah pasti untuk mereka yang menggemari pencuci mulut kerana ia dikaramelkan dengan menggunakan ‘blowtorch’ dan kemudiannya ditabur dengan sedikit gula perang.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin-Ahad)
Tutup (Rabu)
Alamat: 47, Jalan Medan Ipoh 2, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 010-8310157
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/doichaangmorningjoltipoh
Instagram: https://www.instagram.com/doichaangcoffeemjipoh/?hl=en
7. Having’s


Di Having’s, buah-buahan yang telah dipotong dan dikaramelkan bersama gula akan ditabur ke atas Creme Brulee. Ini adalah untuk memastikan bahan-bahan tersebut diserap oleh kastard. Setiap suapan hidangan ini pasti memberikan anda senyuman mekar kerana ia sangat lazat. Bahagian atas Creme Brulee ini bertektur pejal manakala bahagian tengah pula memberikan rasa lazat dan manis.
Waktu Operasi:
6:30 petang – 9:30 malam (Selasa-Khamis)
12:00 tengah hari – 2 :00 petang, 6:30 petang – 9:30 malam (Jumaat-Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 8, Pusat Perdagangan Canning 3, Pusat Perdagangan, Lorong Canning, 31400 Ipoh
No. Telefon: 017-4539089
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/havingsipoh/menu/
Instagram: https://www.instagram.com/havings_ipoh/?hl=en
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Morel Restaurant


Tiada apa yang dapat mengujakan anda selepas makan malam di Restoran Morel melainkan hidangan Crème Brulee yang lazat. Satu sudu kastard daripada pencuci mulut ini boleh membuatkan anda melompat kegembiraan. Bahagian atas Creme Brulee ini pula dibakar sehingga menerbitkan warna keemasan yang memukau.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 6:00 petang – 10:00 malam (Selasa-Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: B, Lot, 77, Section, 3121S, Jalan Chung Thye Phin, 30250 Ipoh, Perak
No. Telefon: 010-9287291
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/MOREL-Restaurant-169214653815418/
Instagram: https://www.instagram.com/morelrestaurant/?hl=en
9. COMO Cafe and Dessert Bar


Berdasarkan suasana kafe, COMO Cafe and Dessert Bar mempunyai suasana kedai kopi yang ‘old-school’. Mereka tidak menyajikan banyak pilihan makanan dan minuman di sini. Akan tetapi, Creme Brulee yang dihidangkan di sini adalah sungguh lazat sehinggakan sukar untuk menggambarkannya!
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 6:00 petang (Selasa- Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: 5, Persiaran Menglembu Suria, Pusat Perniagaan Menglembu Suria, 30200 Ipoh, Perak
No. Telefon: 05-2810998
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/comocafeipoh/
Instagram: https://www.instagram.com/comocafe/?hl=en
10. Camper 1991


Pelbagai jenis orang kerap mengunjungi Camper 1991. Ia adalah salah satu kafe yang menonjol di antara kafe yang lain. Ini kerana kafe ini mempunyai reka bentuk dalaman yang menarik dan sering disyorkan untuk dikunjungi dalam laman sesawang. Selain itu, ia menyajikan Butter Creme Brulee yang sungguh sedap. Anda juga boleh mendapatkan hidangan sampingan seperti puding yang kaya dan kacang apabila memesan menu ini. Hebat, bukan!
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 9:00 malam (Isnin-Ahad)
Tutup (Rabu)
Alamat: 23, Persiaran Greentown 7, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak
No. Telefon: 0109379112
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/camper1991/
Instagram: https://www.instagram.com/camper__1991/?hl=en
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.