Jika anda suka semua perkara yang berbunga-bunga, anda pastinya seorang pencinta novel romantik. Novel romantik berkesan untuk menyemarakkan perasaan cinta dalam diri ketika kita membelek halaman-halaman yang dipenuhi dengan kata-kata romantik pasangan bercinta.
Dengan membaca novel romantik, kita boleh mendapat gambaran tentang cinta yang ideal dan sedar cinta bukanlah hanya coklat dan bunga semata-mata. Novel romantik menggalakkan empati dan pemahaman tentang perasaan orang lain. Kita dapat belajar daripada kesilapan protagonis dan mempraktikkan pengajaran yang kita pelajari dalam kehidupan sebenar. Berikut adalah 10 novel romantik terbaik di Malaysia.
Apakah manfaat membaca novel romantik?
Sesetengah orang berpendapat bahawa membaca novel romantik boleh mengisi kepala kita dengan perkara-perkara yang tidak realistik. Walau bagaimanapun, membaca novel romantik mampu menenangkan diri kita dari hari yang tertekan di tempat kerja. Ia juga membantu merendahkan degupan jantung sekiranya anda berasa sangat cemas. Novel romantik juga mendedahkan kita kepada pelbagai jenis hubungan yang ada di luar sana.
Apakah elemen-elemen dalam novel romantik?
Terdapat elemen-elemen tertentu yang cenderung bagi setiap novel romantik. Sebahagian daripadanya ialah protagonis wanita yang tabah, pengakhiran yang bahagia dan ketegangan emosi.
10 Novel Romantik Terbaik di Malaysia 2025
1. Pride and Prejudice

Pride and Prejudice ialah sebuah novel romantik klasik yang digemari oleh banyak generasi dahulu malah sehingga kini. Ia mengisahkan tentang keluarga Bennet, terutamanya Elizabeth Bennet dan ahli bangsawan, Fitzwilliam Darcy. Pride and Prejudice menggambarkan masyarakat kontemporari yang berbangga akan status dan kekayaan sambil memaparkan dinamik antara sesebuah hubungan, luahan perasaan dan kuasa akal.
Spesifikasi:
- Pengarang: Jane Austen
- Muka surat: 352 muka surat
- Tarikh penerbitan: 1813
Kelebihan:
✅ Watak utama wanita yang kuat
✅ Sastera klasik
✅ Berkisar di England abad ke-18
Harga: RM25.93
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. PS, I Love You

PS, I Love You mengisahkan tentang Holly, yang baru sahaja kehilangan suaminya, Gerry dan telah patah hati dengan kematiannya sejak daripada itu. Pada hari lahirnya yang ke-30, Holly menemukan beberapa surat yang ditinggalkan Gerry untuknya, satu surat untuk setiap bulan selepas kematiannya. Semasa Holly meneliti nota yang ditinggalkan untuknya, dia mula mengingati kenangan indah yang dia lalui bersama Gerry dan menyedari masih banyak lagi kehidupan yang patut dijalani.
Spesifikasi:
- Pengarang: Cecelia Ahern
- Muka surat: 480 muka surat
- Tarikh penerbitan: 2003
Kelebihan:
✅ Jalan cerita yang mudah difahami
✅ Perjalanan penemuan semula
✅ Mesej yang menaikkan semangat
Harga: RM46.31
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. It Ends With Us

It Ends with Us ialah novel romantik menyayat hati yang penuh dengan harapan yang akan membuatkan anda mengambil langkah ke belakang selepas anda selesai membacanya. Novel yang mendalam ini berkisar tentang protagonis, Lily dan berpusat kepada beberapa lelaki dalam hidupnya yang membuatkan dia ragu-ragu akan keputusannya tentang hubungan dan cinta. Sejujurnya, apa yang diringkaskan novel ini ialah sesuatu yang kita sayangi boleh menjadi sesuatu yang paling menyakitkan hati kita.
Spesifikasi:
- Pengarang: Colleen Hoover
- Muka surat: 384 muka surat
- Tarikh penerbitan: 2016
Kelebihan:
✅ Menyayat hati
✅ Watak yang menarik
✅ Tema romantis gelap
Harga: RM43.79
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. The Seven Husbands of Evelyn Hugo

The Seven Husbands of Evelyn Hugo ialah novel romantik untuk anda jika anda gemar akan tema vintaj dan Hollywood lama. Legenda Hollywood, Evelyn Hugo mengatakan sudah tiba masanya dia berkongsi kisah hidupnya kepada umum dan dia memutuskan untuk pergi bersama wartawan yang tidak dikenali, Monique Grant. Semasa Monique mendengar cerita daripada Evelyn tentang cinta terlarang, cita yang sia-sia, dan persahabatan yang tidak terjangka, Monique mula melihat beberapa persamaan kehidupannya dengan Evelyn.
Spesifikasi:
- Pengarang: Taylor Jenkins Reid
- Muka surat: 400 muka surat
- Tarikh penerbitan: 2017
Kelebihan:
✅ Hollywood Lama
✅ Menang anugerah
✅ Pemberian Kuasa
Harga: RM44.02
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. In the Time We Lost

Luna Lark ialah nama protagonis di dalam novel romantik dewasa ini dan Luna masih mengambil masa untuk sembuh daripada patah hati akibat hubungan yang lepas. Sesiapa sahaja yang melihatnya akan sentiasa disambut dengan anggukan simpati atau jawapan “Ia akan baik-baik saja, Luna”. Luna sudah penat dengan simpati orang ramai dan mahu kembali aktif. Apakah cara yang lebih baik untuk memulakan hidup baharu daripada mengembara ke tempat yang tiada siapa mengenali anda?
Spesifikasi:
- Pengarang: Carrie Hope Fletcher
- Muka surat: 400 muka surat
- Tarikh penerbitan: 2019
Kelebihan:
✅ Permulaan baru
✅ Mempersona
✅ Memukau
Harga: RM44.83
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. The Library of Lost Things

The Library of Lost Things ialah novel romantik yang sesuai untuk pencinta buku di luar sana kerana adanya cerita tentang seorang gadis yang selalu tersepit dalam buku. Darcy Wells sentiasa membaca tentang pengakhiran yang menggembirakan dalam buku yang dibacanya tetapi dia tidak pernah menyangka bahawa dia boleh mencapai kebahagiaan tersebut. Apabila juruterbang remaja, Asher, masuk ke kedai buku tempat Darcy Wells bekerja, hatinya mula berdebar-debar buat kali pertama dalam hidupnya.
Spesifikasi:
- Pengarang: Laura Taylor Namey
- Muka surat: 336 muka surat
- Tarikh penerbitan: 2019
Kelebihan:
✅ Untuk pembaca buku tegar
✅ Percintaan remaja
✅ Cinta yang tulus
Harga: RM53.32
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Safe Haven

Cinta itu menyakitkan dan patah hati serta melukakan. Belajar untuk mencintai semula adalah tidak semudah yang disangka. Katie tiba di bandar kecil Southport dan dia mengelak daripada membuat sebarang jenis hubungan peribadi dengan orang-orang dari bandar itu. Walaupun Katie enggan membuka hatinya, seorang yang tidak dikenali meyakinkan sebaliknya. Sebaik sahaja pintu hatinya dibuka, peristiwa lalu kian terbongkar semula.
Spesifikasi:
- Pengarang: Nicholas Sparks
- Muka surat: 400 muka surat
- Tarikh terbitan: 2010
Kelebihan:
✅ Elemen fantasi
✅ Tema gelap
✅ Belajar mencintai semula
Harga: RM42.26
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Lost and Found

Lost And Found ialah novel menggembirakan yang mengikuti perjalanan seorang jurugambar dan ibu, Madison Allen. Apabila terjatuh secara tidak sengaja dari tangga di rumahnya, Madison mengalami patah buku lali lalu dia terpaksa berhenti seketika daripada jadual kerjanya yang sibuk. Ketika ini, dia mengembara di jalanan untuk bertemu dengan lelaki yang dia jumpai dalam hidupnya untuk mengetahui sama ada pilihan yang dia buat pada masa lalu adalah tepat atau tidak.
Spesifikasi:
- Pengarang: Danielle Steel
- Muka surat: 352 muka surat
- Tarikh penerbitan: 2019
Kelebihan:
✅ New York Times Best Seller
✅ Keibuan
✅ Penyatuan
Harga: RM44.31
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. I’ve Got Your Number

Kehidupan Poppy kelihatan sempurna sehingga suatu hari, dia minum terlalu banyak champagne dengan kawan baiknya dan kehilangan cincin pertunangan yang telah diwarisi daripada keluarga tunangnya selama tiga generasi. Semasa Poppy sedang mencari cincin pertunangannya, dia terjumpa telefon yang ditinggalkan di dalam tong sampah lalu mengambilnya. Keadaan menjadi rumit apabila pemilik telefon itu mendesak untuk mendapatkan telefonnya daripada tangan Poppy.
Spesifikasi:
- Pengarang: Sophie Kinsella
- Muka surat: 480 muka surat
- Tarikh terbitan: 2011
Kelebihan:
✅ Komedi romantik
✅ Watak yang ceria
✅ Sentiasa memukau
Harga: RM49.32
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Just Haven’t Met You Yet

Just Haven’t Met You Yet mengikuti perjalanan protagonis, Laura, yang menemu-bual pasangan-pasangan lain tentang kehidupan cinta mereka yang indah dan kisah cinta epik. Apabila Laura pergi mengambil beg pakaiannya di lapangan terbang, dia sedar dia telah mengambil beg pakaian yang salah. Laura membelek beg pakaian dan menemui segala yang dia mahukan dalam pasangan. Laura tekad untuk menjejaki pemilik beg pakaian itu dan memulakan kisah cinta epiknya sendiri, tetapi bagaimana andai takdir mempunyai rancangan lain?
Spesifikasi:
- Pengarang: Sophie Cousens
- Muka surat: 400 muka surat
- Tarikh penerbitan: 2021
Kelebihan:
✅ Romantik
✅ Menyenangkan hati
✅ Percintaan
Harga: RM45.94
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.