9 Sup Tulang Terbaik di KL & Selangor 2025

Anda pernah dengar tentang sup tulang sebelum ini? Sup tulang adalah hidangan yang diperbuat daripada daging kambing atau tulang lembu yang direbus selama beberapa jam dalam sup aromatik dengan pelbagai bahan dan rempah, termasuk kayu manis, ketumbar, bawang, cili, tomato, halia dan banyak lagi. Bahan dan rempah ini akan menghasilkan aroma tersendiri yang cukup menyelerakan. Salah satu sebab yang menjadikan sup tulang begitu digemari oleh penduduk tempatan adalah daging lembut yang akan terpisah dengan hanya sedikit sentuhan. Oleh itu, hidangan ini adalah sesuai untuk dinikmati bersama nasi atau dimakan begitu sahaja. 

Tambahan pula, sup tulang adalah hidangan yang sesuai untuk dimakan bila-bila masa, sama ada makan tengah hari atau makan malam. Manjakan diri anda dengan sup tulang yang lazat dan sedut lemak tulang sumsum menggunakan penyedut di mana-mana daripada 9 tempat terbaik yang mengkhususkan diri dalam pembuatan sup tulang di KL dan Selangor. Setiap lokasi mempunyai ciri yang tersendiri. Jadi, kami telah menerangkannya secara ringkas bagi membantu anda mencari tempat yang terbaik dan sepadan dengan pilihan anda untuk dilawati. 

Bagaimana untuk Mencari Sup Tulang Terbaik di KL & Selangor?

Sup tulang merupakan hidangan yang agak sukar untuk ditemui pada masa kini. Oleh itu, kami boleh memahami sekiranya anda mengatakan anda sukar untuk memuaskan keinginan terhadap sup tulang. Jadi, bagaimanakah anda hendak mencari sup tulang terbaik di kawasan KL dan Selangor? Anda tidak perlu risau. Anda hanya perlu membaca ulasan, mengimbas gambar dan menetapkan bajet yang boleh memanfaatkan anda. 

  1. Ulasan

Membaca ulasan atau maklum balas daripada pelanggan terdahulu adalah penting kerana anda boleh mendapat gambaran tentang jenis sesuatu restoran dari situ. Selain itu, ulasan akan membantu anda mengetahui makanan yang paling disyorkan untuk anda cuba di restoran tersebut. 

  1. Gambar

Anda mungkin ingin mengimbas sekali lalu gambar restoran, persekitaran dan, sudah tentunya, sup tulang untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang rupa mereka sebelum menuju ke lokasi. Mengetahui rupa restoran itu akan memudahkan anda mengenal pasti restoran tersebut.

  1. Bajet

Setiap restoran menjual sup tulang dengan harga yang berbeza-beza. Jika anda mempunyai bajet yang ketat, mengetepikan sejumlah wang akan membantu anda untuk berbelanja secara berhemah. Dengan ini, anda dapat mengelakkan diri daripada berbelanja secara berlebihan.

9 Sup Tulang Terbaik di KL & Selangor 2025

1. Sup Haji Abu

Sup Haji Abu
Kredit Gambar: Platform Selangor
Sup Haji Abu
Kredit Gambar: FriedChillies

Jika anda seorang yang sering berjaga pada waktu malam dan mengidamkan sup tulang yang lazat, maka Sup Haji Abu adalah kedai sup tulang popular yang harus anda lawati. Kedai sup tulang terbaik ini telah beroperasi sejak tahun 1961. Rasakan kelazatan daging yang lembut sambil menghirup kuahnya yang penuh dengan rasa. Kedai ini terletak di tengah Kuala Lumpur iaitu di lorong Jalan Doraisamy dan didirikan di belakang kedai Mamak yang terkenal. Dari situ, anda akan melihat kereta tolak rustik dengan nama Sup Haji Abu di atasnya. Sup Kambing, Sup Urat dan Sup Ekor adalah antara menu yang boleh anda dapatkan di gerai yang sederhana ini. 

Waktu Operasi: 5:00 petang – 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 57A, Jalan Doraisamy, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Warung Dusun Sup Gear Box

Warung Dusun Sup Gear Box
Kredit Gambar: All About Life
Warung Dusun Sup Gear Box
Kredit Gambar: All About Life

Warung Dusun Sup Gear Box telah beroperasi sejak tahun 1997 dan dikenali oleh masyarakat tempatan untuk memenuhi keinginan terhadap tulang gearbox mereka. Saiz setiap mangkuk cukup besar untuk menghidangkan beberapa orang yang menjadikannya sesuai untuk dipesan semasa melakukan perjumpaan di restoran ini. Selain itu, restoran ini luas dengan banyak tempat duduk untuk pelanggan mereka. Jadi, anda boleh membawa seluruh keluarga atau rakan anda untuk menikmati hidangan sup tulang gearbox yang istimewa dan menyelerakan.

Waktu Operasi:
4:00 petang – 11:00 malam (Isnin)
12:00 tengah hari– 11:00 malam (Khamis)
5:00 petang – 2:00 malam (Jumaat)
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Sabtu)
12:00 tengah hari – 12:00 malam (Selasa, Rabu, Ahad)

Alamat: 6045 Jalan Dusun Kampung Sungai Ramal Dalam, 43000 Bandar Baru Bangi, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100070765945688 

3. Nasi Lemak And Sup Tulang Power

Nasi Lemak And Sup Tulang Power
Kredit Gambar: Foursquare
Nasi Lemak And Sup Tulang Power
Kredit Gambar: Foursquare

Dapatkan makan tengah hari anda di Nasi Lemak And Sup Tulang Power dengan mencuba sup mereka yang akan menjadikan kunjungan anda cukup berbaloi dan memuaskan. Kuahnya yang berperisa dilengkapi dengan daging yang lembut menjadikannya hidangan yang enak untuk dimakan bersama nasi. Ini adalah rasa yang anda pasti mahukan lagi. Sentiasa perhatikan papan tanda semasa mencari restoran ini. Ini kerana anda mungkin terlepas pandang papan tanda mereka yang kecil. Anda juga boleh menemui nasi lemak kegemaran rakyat Malaysia di restoran ini.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 3:00 petang (Isnin – Jumaat)
Sabtu & Ahad (Tutup)

Alamat: Jln Ayer Hitam, Taman Ayer Hitam, 43000 Kajang, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Kokdiangmy

Kokdiangmy
Kredit Gambar: NiceLocal
Kokdiangmy
Kredit Gambar: Foodpanda

Kokdiangmy pakar dalam menyediakan sup tulang gearbox yang dimasak dengan sempurna kepada pelanggan mereka. Sup berperisa lembu akan mengujakan selera anda pada setiap tegukan. Restoran ini adalah salah satu tempat tersembunyi Kuala Lumpur yang anda perlu kunjungi dan rasai sendiri keenakan hidangan istimewa mereka. Jika anda terlalu sibuk untuk berkunjung ke restoran, jangan risau kerana sup tulang mereka boleh didapati di foodpanda juga. Rancang lawatan anda dengan bijak kerana anda mungkin sukar mendapatkan tempat letak kereta, terutamanya pada waktu puncak. 

Waktu Operasi:
11:30 pagi – 7:00 petang (Selasa – Ahad)
Isnin (Tutup) 

Alamat: Batu 8 1/2, Jalan Sungai Pusu, Gombak Utara, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kokdiangmy/ 

5. Sup Tulang & Nasi Ayam

Sup Tulang Nasi Ayam
Kredit Gambar: NiceLocal
Sup Tulang Nasi Ayam
Kredit Gambar: NiceLocal

Puaskan keinginan anda untuk sup tulang di Sup Tulang & Nasi Ayam dengan pengalaman menjamu selera yang cukup lazat. Restoran ini berfokus untuk menyediakan pelanggan mereka sup tulang, nasi ayam dan banyak lagi yang disediakan dengan baik supaya orang ramai mempunyai pilihan setiap kali mereka kembali ke restoran ini. Melihat jumlah daging berair yang anda dapat pada setiap mangkuk sup tulang pada harga yang berpatutan akan mengagumkan anda. 

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 3432, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa, 41000 Klang, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ramleesuptulang/ 

6. Roy Sup Gearbox Utara

Roy Sup Gearbox Utara
Kredit Gambar: Platform Selangor
Roy Sup Gearbox Utara
Kredit Gambar: Platform Selangor

Apabila tiba di Roy Sup Gearbox Utara, anda akan melihat semua daging dan tulang gearbox berhampiran periuk masak besar yang dipenuhi sup. Selain daripada sup tulang dan sup tulang gearbox, mereka turut menyajikan hidangan seperti Mi Sup Daging, Nasi Ayam dan banyak lagi untuk memenuhi cita rasa dan pilihan makan orang ramai. Restoran ini terletak di tepi jalan. Oleh itu, anda diingatkan untuk meletakkan kereta di tempat yang selamat untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Khamis – Selasa)
Rabu (Tutup)

Alamat: 4118, Lrg Ikhsan, Kampung Jln Kebun, 40460 Shah Alam, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063536222459 

7. Kedai Kak Ros Sup Tulang

Kedai Kak Ros Sup Tulang
Kredit Gambar: Kedai Kak Ros Sup Tulang
Kedai Kak Ros Sup Tulang
Kredit Gambar: Foodpanda

Kedai Kak Ros Sup Tulang ialah satu lagi tempat sup tulang yang harus anda kunjungi di Kuala Lumpur. Walaupun mereka pakar dalam sup tulang, anda masih boleh menemui pelbagai hidangan tempatan untuk membolehkan setiap pelanggan mereka menikmati makan tengah hari yang memuaskan bersama rakan sekerja mereka. Restoran ini juga mempunyai ruang yang cukup luas untuk menampung ramai pelanggan secara serentak. Anda hanya perlu duduk sahaja dan nikmati rasa sup tulang yang sihat.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)

Alamat: Kedai Sup Tulang Kak Ros, No 3, Jalan 30/56, Keramat Wangsa, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KedaiSupTulangKakRos/ 

8. Restoran Sup Gear Box Kampung Nakhoda

Restoran Sup Gear Box Kampung Nakhoda
Kredit Gambar: Platform Selangor
Restoran Sup Gear Box Kampung Nakhoda
Kredit Gambar: Restoran Sup Gear Box Kampung Nakhoda

Jadikan perjalanan anda ke  Batu Caves berbaloi dengan mengunjungi Restoran Sup Gear Box Kampung Nakhoda untuk menikmati kehebatan sup tulang mereka. Setiap mangkuk sup tulang akan dihias dengan bawang goreng yang secukupnya dan ditambah cici merah yang dicincang di atasnya untuk menambah sedikit rasa pedas kepada hidangan itu. Sup tulang ialah sejenis hidangan yang boleh dinikmati bersama nasi atau dimakan begitu sahaja. Restoran ini ditutup setiap hari Selasa. Jadi, pastikan anda mengambil maklum untuk mengelakkan rasa tidak puas hari.  

Waktu Operasi:
5:30 petang – 10:00 petang (Rabu – Isnin)
Selasa (Tutup)

Alamat: Jalan Sungai Tua Simpang, Jalan Nakhoda, Kampung Nakhoda, 68100 Batu Caves, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

9. ONR Sup Gearbox

ONR Sup Gearbox
Kredit Gambar: ONR Sup Gearbox
ONR Sup Gearbox
Kredit Gambar: ONR Sup Gearbox

ONR Sup Gearbox merupakan tempat yang sering dicari oleh komuniti tempatan untuk mendapatkan sup tulang mereka. Harga mereka berpatutan dan restoran ini murah hati dengan hidangan sup mereka kerana anda boleh meminta sup tambahan secara percuma. Tulang gearbox boleh didapati dalam beberapa saiz dan harganya bergantung kepada saiz tersebut. Terdapat juga ruang duduk di dalam dan luar yang membolehkan anda duduk di mana-mana sahaja yang anda mahukan. 

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Taman Melawati, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063482532828 


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close