Menghabiskan masa dalam alam semula jadi menawarkan banyak faedah, seperti meningkatkan mood anda, meredakan tekanan dan merangsang endorfin dalam badan anda. Aktiviti mendaki membolehkan anda meluangkan masa dalam alam semula jadi. Ia merupakan cara yang terbaik untuk membina tahap kecergasan serta meningkatkan kekuatan, daya tahan dan kesihatan anda secara menyeluruh.
Adakah anda berasa bosan dengan rutin harian yang biasa dan sama? Adakan anda ingin meningkatkan kesihatan dan fungsi kognitif anda? Jika ya, anda boleh berkunjung ke 10 tempat mendaki terbaik yang berhampiran dengan Puchong ini. Mulakan aktiviti pendakian anda dengan hati yang riang bersama rakan-rakan anda.
Apakah Faedah Mendaki Secara Berkumpulan?
Apabila anda mendaki secara berkumpulan, anda boleh berkongsi sumber seperti makanan, air dan peralatan mendaki. Selain itu, anda juga dapat mengurangkan berat beban yang perlu dipikul dan memudahkan pendakian. Mendaki secara berkumpulan juga dapat mengelakkan anda daripada tersesat. Ia juga lebih selamat dan seseorang boleh membantu anda sekiranya terdapat kecemasan sepanjang pendakian.
Adakah Anda Perlu Melakukan Regangan Sebelum Mendaki?
Ya, ia perlu. Regangan adalah penting sebelum mendaki kerana ia meningkatkan julat pergerakan anda. Selain itu, ia dapat memanaskan otot anda sambil melincirkan pergerakan sendi anda. Ia juga membantu mengelakkan kemungkinan kecederaan atau kesakitan dan menyediakan badan anda untuk pergerakan berbeza semasa pendakian.
Apakah Masa Terbaik Untuk Mendaki?
Jika anda tinggal di negara beriklim panas seperti Malaysia, anda boleh memulakan pendakian pada awal pagi atau lewat petang kerana suhu adalah lebih rendah. Tambahan pula, anda boleh mendaki dengan tenang dan tanpa gangguan orang ramai pada waktu ini, khususnya jika anda mendaki di tempat yang popular. Akhir sekali, jangan lupa untuk menyemak keadaan cuaca sebelum anda memulakan pendakian. Anda pasti tidak mahu mendaki dalam keadaan hujan, bukan?
Juga Baca Lagi:
Tempat Mendaki di Sabah
Tempat Mendaki di Sarawak
Tempat Mendaki Berdekatan PJ
Tempat Mendaki Berdekatan Cheras
Tempat Mendaki di Pulau Pinang
Tempat Mendaki di Selangor
10 Tempat Mendaki Terbaik Berdekatan Puchong 2025
1. Hutan Pendidikan Bukit Gasing


Hutan Pendidikan Bukit Gasing adalah tempat terbaik untuk mendaki dan disyorkan untuk pendaki tahap sederhana. Masa terbaik untuk memulakan pendakian anda adalah awal pagi, kerana ia kurang sesak. Anda boleh melihat tarikan seperti jambatan dan taman kecil di sepanjang pendakian anda. Selain itu, peta di sekitar kawasan ini juga membantu anda menavigasi trek laluan anda. Tempat letak kereta disediakan. Namun jika ia penuh, anda perlu meletak kenderaan anda di tepi jalan.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Hutan Pendidikan Bukit Gasing, Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Wawasan Hill Trail


Wawasan Hill Trail adalah laluan mudah yang sesuai untuk amatur. Jarak ke puncak adalah sekitar 4 km dan akan mengambil masa 2 jam untuk mereka yang baru sahaja memulakan pendakian. Adalah disyorkan untuk memulakan pendakian anda seawal 6:30 pagi – 7:00 pagi supaya anda tidak berasa panas sewaktu pendakian. Laluan di sini ditandai dengan baik dan jelas. Walau bagaimanapun, anda perlu berhati-hati semasa menuruni bukit kerana ia agak licin dan curam di beberapa bahagian.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Wawasan Hill Trail, Persiaran Bukit, Pusat Bandar Puchong, 47100 Puchong, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Ketumbar Hill


Ketumbar Hill menawarkan tempat mendaki amatur yang sangat baik dan popular dalam kalangan penduduk tempatan. Kawasan ini dijaga dengan baik. Ia mempunyai gim terbuka di salah satu tempat tinjauan dan menyediakan laluan pendakian yang jelas. Selain itu, trek laluannya tidak begitu curam. Anda mungkin terserempak dengan babi hutan yang jinak dan monyet di sepanjang denai tersebut. Hal ini menjadikan pendakian anda lebih menyeronokkan. Di tempat tinjauan pula, anda boleh menikmati pemandangan panorama bandar Kuala Lumpur sambil merasai angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Bukit Ketumbar, Jalan 6/95b, Taman Cheras Utama, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
4. Taman Rimba Bukit Kerinchi


Taman Rimba Bukit Kerinchi adalah salah satu pintu masuk ke Bukit Gasing. Laluan ini menawarkan laluan pendakian yang mudah untuk amatur. Anda akan mendapati pendakian di sini adalah selesa kerana anda berada di bawah teduhan pokok yang tinggi sehingga ke puncak. Walau bagaimanapun, anda perlu membawa peta atau peranti navigasi untuk mengelakkan anda sesat. Selain itu, anda perlu mengikut trek laluan terbuka apabila mendaki di sini. Hal ini kerana hanya sedikit sahaja papan tanda disediakan di sepanjang trek laluan ini. Anda akan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke puncak melalui pintu masuk ini.
Waktu Operasi: 6:30 pagi – 7:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Taman Rimba Bukit Kerinchi, Bukit Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Hutan Simpan Ayer Hitam


Hutan Simpan Ayer Hitam adalah denai kembara hutan simpan yang indah. Hutan rimba ini subur dan dipenuhi dengan pelbagai jenis flora dan fauna. Tambahan pula, trek mendaki di sini sesuai untuk orang dewasa dari semua peringkat umur. Laluan mendaki adalah selamat dan anda akan mendapati alam semula jadi disekitarnya dijaga dengan baik. Denai alam semula jadi ini adalah kegemaran dalam kalangan pendaki tempatan. Anda akan menemui air terjun yang indah di sepanjang pendakian anda.
Alamat: Hutan Simpan Ayer Hitam, Taman Wawasan, 47100 Puchong, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. Bukit Besi Trailhead


Bukit Besi Trailhead mempunyai trek pendakian yang mudah untuk ramai orang. Selain menawarkan pemandangan yang menenangkan, anda juga akan temui ramai pendaki yang mesra di sini. Titik permulaan untuk memulakan pendakian di sini sedikit sukar untuk dicari. Anda perlu melepasi 2 tangki air terlebih dahulu sebelum menemui laluan berpecah di tangki air ke-2. Dari sini, anda perlu mengambil laluan trek kiri untuk melanjutkan pendakian anda. Laluan ini akan membawa anda ke viewpoint pertama selepas 15 minit pendakian. Kemudian, anda perlu mengambil laluan ke kiri melepasi khemah yang mana laluan ini akan membawa anda ke puncak Bukit Besi Trailhead.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Bukit Besi Trailhead, 1, Jalan Alam Damai, Alam Damai, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. Apek Hill


Bukit Apek adalah denai gelung sepanjang 6.9 km yang berhampiran Cheras dan Puchong. Secara umumnya, ia dianggap sebagai laluan yang mencabar kerana mengambil masa sekitar 3 jam 5 minit untuk sampai ke puncak. Trek laluan di sini juga mempunyai banyak cerun yang curam. Di sepanjang laluan ini, anda akan menikmati pemandangan semula jadi yang indah. Selain itu, terdapat beberapa tali simpul yang disediakan untuk membantu anda mendaki. Jika anda berkunjung ke sini selepas hujan, aktiviti pendakian anda boleh menjadi sukar dan berbahaya kerana tanah menjadi licin dan berlumpur. Jadi pastikan anda membawa hiking stick dan pakai kasut yang sesuai semasa melakukan pendakian di sini.
Alamat: Bukit Apek Station 2, 43200 Cheras, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Sunrise Peak


Sunrise Peak adalah puncak Bukit Serdang. Pemandangan banjaran gunung ini sungguh mengagumkan. Anda boleh melihat Gunung Hitam, Gunung Nuang dan Hulu Beranang yang menempatkan Bukit Broga dan Gunung Tok Wan. Memandangkan terdapat banyak trek laluan yang akan membawa anda ke puncak, anda boleh meminta nasihat daripada pendaki lain untuk trek laluan yang selamat dan mudah. Mereka akan memberi anda cadangan trek laluan yang terbaik untuk anda.
Alamat: Sunrise Peak, Rizab Melayu Sungai Kuyoh, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
9. Oh My Maya Peak


Oh My Maya Peak menawarkan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur dari puncaknya. Memandangkan Oh My Maya Peak tidak begitu dikenali ramai, hanya sedikit sahaja individu yang mendaki di sini. Hal ini membolehkan anda menikmati aktiviti pendakian yang aman, tenang dan tanpa gangguan. Ramai pendaki yang pernah ke sini berpuas hati dengan pengalaman pendakian mereka dan persekitarannya yang indah. Oleh sebab itu, anda boleh mencuba Oh My Maya Peak sekiranya anda suka mendaki. Tempat ini mungkin menjadi salah satu tempat mendaki kegemaran anda.
Alamat: Oh My Maya Peak, 3QW2+XV, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
10. Damai Utama Trail Peak


Damai Utama Trail Peak terletak di Puchong. Ia merupakan denai kembara yang kurang dikenali. Tempat ini mempunyai laluan hutan yang dipelihara dengan baik dan pemandangan yang indah dari puncaknya. Sepanjang aktiviti pendakian, anda akan menemui beberapa kawasan rehat yang menyediakan bangku kayu buatan tangan. Di sini, anda boleh berehat seketika sambil berbual-bual dengan pendaki lain. Terdapat juga air terjun yang menyegarkan di sepanjang laluan ini. Anda boleh berenang dan berkelah di kawasan air terjun ini. Sambil mendengar bunyi air yang mengalir, anda boleh menikmati snek makan tengah hari anda dengan tenang di sini.
Alamat: Damai Utama Trail Peak, 2MF5+8R, 47180 Puchong, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.