Mendaki membolehkan orang ramai menyelami keindahan alam semula jadi dan meredakan tekanan kehidupan seharian. Ramai individu mendapati bahawa aktiviti mendaki memberikan rasa ketenangan dan kedamaian yang tidak dapat mereka temui di tempat lain.
Jika anda menyukai alam semula jadi, pertimbangkan untuk memulakan aktiviti mendaki pada hujung minggu ini. Anda boleh mencuba salah satu daripada 10 tempat mendaki terbaik berhampiran Cheras ini. Anda akan mendapat ganjaran yang baik dengan pemandangan matahari terbit atau matahari terbenam yang indah pada penghujung aktiviti pendakian anda.
Mengapakah Peranti Navigasi Disyorkan Untuk Pendakian Yang Jauh?
Peranti navigasi disyorkan untuk pendakian jauh bagi mengelakkan anda tersesat daripada laluan asal. Peta dan kompas akan membolehkan anda menyemak lokasi anda sepanjang pendakian anda. Peranti GPS atau aplikasi telefon pintar juga boleh membantu anda menavigasi semasa mendaki.
Bagaimanakah Anda Mencegah Lepuh Semasa Mendaki?
Untuk mengelakkan lepuh (blister) semasa mendaki, anda perlu memakainya terlebih dahulu sebelum memulakan pendakian. Anda boleh berjalan-jalan di sekeliling rumah menggunakan kasut tersebut bagi membantu menyesuaikan kaki anda dengan kasut tersebut. Selain itu, kaki anda akan menjadi lebih selesa dengan pemakaian kasut itu. Apabila anda memilih kasut untuk aktiviti pendakian, anda perlu memastikannya selesa dengan kaki anda. Pastikan terdapat ruang yang cukup untuk jari kaki anda bergerak.
Apakah Snek Terbaik Yang Boleh Dibawa Semasa Mendaki?
Semasa mengemas barang untuk aktiviti mendaki, anda perlu membawa snek berkhasiat yang boleh memberikan tenaga semasa pendakian. Sebagai contoh, anda boleh membawa snek seperti bar tenaga, bar protein, kerepek sayur, sandwic dan buah potong untuk aktiviti mendaki anda.
Teruskan Membaca:
- Tempat Mendaki di Sabah
- Tempat Mendaki di Sarawak
- Tempat Mendaki Berdekatan PJ
- Tempat Mendaki di Pulau Pinang
10 Tempat Mendaki Terbaik Berdekatan Cheras 2025
1. Ketumbar Hill


Ketumbar Hill menawarkan tempat mendaki amatur yang sangat baik dan popular dalam kalangan penduduk tempatan. Kawasan ini dijaga dengan baik. Ia mempunyai gim terbuka di salah satu tempat tinjauan dan menyediakan laluan pendakian yang jelas. Selain itu, trek laluannya tidak begitu curam. Anda mungkin terserempak dengan babi hutan yang jinak dan monyet di sepanjang denai tersebut. Hal ini menjadikan pendakian anda lebih menyeronokkan. Di tempat tinjauan pula, anda boleh menikmati pemandangan panorama bandar Kuala Lumpur sambil merasai angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Bukit Ketumbar, Jalan 6/95b, Taman Cheras Utama, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. Bukit Saga via Taman Saga


Laluan mendaki Bukit Saga melalui Taman Saga adalah mencabar. Hal ini kerana ia menyediakan lereng yang curam, cerun yang licin dan halangan seperti akar dan dahan pokok di sepanjang laluan. Kira-kira dua jam selepas anda mendaki Bukit Saga, anda akan melalui air terjun yang menyegarkan. Anda boleh berehat dan mendengar bunyi air mengalir ke sungai tanpa sebarang gangguan. Memandangkan trek mendaki ini adalah laluan yang mencabar, anda boleh membungkus makanan ringan dan air secukupnya untuk mengekalkan tenaga anda sepanjang pendakian.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Bukit Saga melalui Taman Saga, 86a, Jalan Saga 28, Taman Saga, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
3. Bukit Kembara


Bukit Kembara sesuai untuk pendaki peringkat amatur sehinggalah pertengahan. Sepanjang pendakian di sini, anda akan melalui kuil, takungan, pondok kecil, tasik dan kawasan air terjun yang kecil. Anda boleh menikmati pemandangan yang indah dan mengambil gambar di sepanjang trek laluan di bukit ini. Selain itu, anda juga boleh berehat seketika untuk melepaskan penat sambil mendengar kicauan burung yang riang. Untuk permulaan, trek pendakian di bukit ini adalah curam. Namun begitu, tahap kecuramannya semakin berkurangan semasa anda menghampiri puncak.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Bukit Kembara (Trailhead), Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
4. Bukit Besi Trailhead


Bukit Besi Trailhead mempunyai trek pendakian yang mudah untuk ramai orang. Selain menawarkan pemandangan yang menenangkan, anda juga akan temui ramai pendaki yang mesra di sini. Titik permulaan untuk memulakan pendakian di sini sedikit sukar untuk dicari. Anda perlu melepasi 2 tangki air terlebih dahulu sebelum menemui laluan berpecah di tangki air ke-2. Dari sini, anda perlu mengambil laluan trek kiri untuk melanjutkan pendakian anda. Laluan ini akan membawa anda ke viewpoint pertama selepas 15 minit pendakian. Kemudian, anda perlu mengambil laluan ke kiri melepasi khemah yang mana laluan ini akan membawa anda ke puncak Bukit Besi Trailhead.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Bukit Besi Trailhead, 1, Jalan Alam Damai, Alam Damai, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
5. Bukit Puteh Waterfall


Bukit Puteh Waterfall adalah tempat mendaki yang mudah untuk anda yang berkeluarga. Di sini, terdapat kawasan air terjun yang menyegarkan pada penghujung pendakian anda. Trek pendakian di sini agar mudah dan sedikit curam. Namun begitu, anda perlu berhati-hati semasa melakukan pendakian di sini. Bukit Putih Waterfall merupakan lokasi yang sesuai untuk aktiviti hujung minggu anda bersama keluarga. Selain mempunyai laluan yang jelas dan mudah, ia juga selamat untuk kanak-kanak. Anda juga boleh membawa makanan dan minuman untuk berkelah di tepi air terjun tersebut.
Alamat: Air Terjun Bukit Puteh, 43200 Hulu Langat, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
6. Pulai Trail


Pulai Trail menawarkan pendakian yang singkat. Ia mengambil masa hanya 30 minit untuk sampai ke puncak. Boleh dikatakan, ia bergantung kepada berapa kali anda berhenti untuk berehat semasa anda melakukan pendakian di sini. Anda boleh memarkir kenderaan anda di tepi jalan berhampiran Pulai Trail atau melalui trek laluan Free Tree Society. Laluan ini dipelihara dengan baik dan persekitarannya dijaga dengan rapi. Jangan lupa untuk memakai krim pencegah serangga atau nyamuk kerana ramai pendaki merungut kerana terdapat banyak nyamuk di kawasan ini.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Pulai Trail Southern & Main Entrance, Pulai Tree corner, Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. Apek Hill


Bukit Apek adalah denai gelung sepanjang 6.9 km yang berhampiran Cheras. Secara umumnya, ia dianggap sebagai laluan yang mencabar kerana mengambil masa sekitar 3 jam 5 minit untuk sampai ke puncak. Trek laluan di sini juga mempunyai banyak cerun yang curam. Di sepanjang laluan ini, anda akan menikmati pemandangan semula jadi yang indah. Selain itu, terdapat beberapa tali simpul yang disediakan untuk membantu anda mendaki. Jika anda berkunjung ke sini selepas hujan, aktiviti pendakian anda boleh menjadi sukar dan berbahaya kerana tanah menjadi licin dan berlumpur. Jadi pastikan anda membawa hiking stick dan pakai kasut yang sesuai semasa melakukan pendakian di sini.
Alamat: Bukit Apek Station 2, 43200 Cheras, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Oh My Maya Peak


Oh My Maya Peak menawarkan pemandangan indah bandar Kuala Lumpur dari puncaknya. Memandangkan Oh My Maya Peak tidak begitu dikenali ramai, hanya sedikit sahaja individu yang mendaki di sini. Hal ini membolehkan anda menikmati aktiviti pendakian yang aman, tenang dan tanpa gangguan. Ramai pendaki yang pernah ke sini berpuas hati dengan pengalaman pendakian mereka dan persekitarannya yang indah. Oleh sebab itu, anda boleh mencuba Oh My Maya Peak sekiranya anda suka mendaki. Tempat ini mungkin menjadi salah satu tempat mendaki kegemaran anda.
Alamat: Oh My Maya Peak, 3QW2+XV, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
9. Hatamas Trail


Hatamas Trail adalah denai kembara dengan 6 stesen rehat di sepanjang jalan ke puncak. Stesen rehat di sini menyediakan kerusi, meja dan beberapa hidangan ringan untuk anda menjamu selera. Walau bagaimanapun, trek laluan di sini adalah pada tahap sederhana sehingga sukar kerana lerengnya curam dan licin. Selepas anda mendaki selama sejam, anda akan menemui air terjun yang menyegarkan. Anda juga akan menikmati pemandangan bandar yang indah apabila anda tiba di puncak.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Hatamas Trail entrances, 2721, Jalan Bukit Hatamas, Taman Segar Perdana, 43200 Cheras, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
10. Pudu Ulu Hill’s Peak


Untuk sampai ke Pudu Ulu Hill’s Peak, anda akan mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit sahaja. Ia adalah laluan gelung sepanjang 1.1 km. Lokasi ini popular dalam kalangan penduduk yang tinggal di kawasan ini. Trek laluan ini akan melalui hamparan kehijauan yang subur, yang menjadi rumah bagi flora dan fauna di sini. Terdapat beberapa bahagian mencanak dan menurun di sepanjang lauan di sini. Anda juga akan menemui pokok yang menjulang tinggi semasa pendakian anda. Pokok ini akan menawarkan teduhan di sepanjang laluan trek. Jadi, anda boleh mendaki di sini pada waktu tengah hari dengan selesa.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Puncak Bukit Pudu Ulu, 77, Jalan Senjolong, Taman Bukit Ria, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.