Mendaki menawarkan banyak faedah seperti kesihatan kardiovaskular yang lebih baik kerana senaman yang kerap dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga membantu anda membina kekuatan pada kaki, teras dan kekuatan bahagian atas badan anda.
Jika anda tinggal di Sabah dan ingin meningkatkan kekuatan, daya tahan, keseimbangan dan koordinasi anda, lihat 10 tempat terbaik untuk mendaki di Sabah ini. Senaman sihat ini juga akan mengurangkan tahap tekanan anda dalam jangka masa panjang. Jadi, berikut adalah 10 tempat mendaki terbaik di Sabah untuk anda terokai.
Bagaimanakah Anda Melindungi Alam Sekitar Semasa Mendaki?
Semasa mendaki, anda boleh mengambil langkah khusus untuk melindungi alam sekitar. Ini termasuklah kekal di laluan yang ditetapkan dan mengelak daripada memijak tumbuh-tumbuhan yang boleh mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih. Anda juga boleh membawa beg sampah dan mengisi segala sampah anda atau yang anda temui di laluan trek untuk memelihara kebersihan alam. Jangan lupa bawa botol air anda sendiri dan elakkan mengguna bekas pakai buang. Pastikan sampah makanan diisi di dalam beg sampah dan dibawa turun ke bawah untuk dibuang ke dalam tong sampah.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Untuk Meningkatkan Stamina Sewaktu Mendaki?
Anda boleh berlatih untuk meningkatkan stamina pendakian anda. Cuba lakukan pendakian yang pendek terlebih dahulu. Apabila anda semakin cergas dan kuat, tingkatkan jarak dan tahap kesukaran pendakian anda secara beransur-ansur. Anda juga boleh melakukan senaman latihan kekuatan yang memfokus pada kaki, teras dan bahagian atas badan anda untuk membina otot yang diperlukan sewaktu mendaki.
Apakah Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Mendaki Bersama Kanak-kanak?
Apabila mendaki bersama kanak-kanak, anda perlu memilih laluan trek yang pendek, mudah dan menarik seperti air terjun atau tasik. Pastikan laluan itu sesuai dengan umur dan keupayaan anak anda. Jangan lupa untuk membawa makanan ringan dan air yang banyak kerana kanak-kanak cepat letih, lapar dan dahaga.
Baca Lagi:
- Tempat Mendaki di Sarawak
- Tempat Mendaki Berdekatan PJ
- Tempat Mendaki Berdekatan Cheras
- Tempat Mendaki di Pulau Pinang
10 Tempat Mendaki Terbaik di Sabah 2025
1. Gunung Kinabalu


Gunung Kinabalu menawarkan pemandangan yang indah semasa anda mendaki. Anda perlu menggunakan khidmat pemandu tempatan dan bermalam di Laban Rata. Laluan boleh terasa agak monoton pada permulaannya. Namun begitu, trek tersebut akan berubah dari laluan hutan kepada laluan seperti di padang gurun dan akhirnya anda akan melalui laluan berbatu-batu.
Bersedialah untuk mendaki ratusan anak tangga, batu-batu dan beberapa bongkah yang berisiko apabila anda hampir tiba ke puncak. Ketinggian cerun boleh menjadi mencabar untuk dihadapi bagi tempoh yang panjang. Namun begitu, ia berbaloi kerana sebaik sahaja anda tiba di puncak gunung ini, anda akan terpesona dengan pemandangannya yang menakjubkan di atas awan.
Alamat: Gunung Kinabalu, Ranau, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK ALAMN WEB DI SINI2. Bukit Sosodikon


Bukit Sosodikon sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pendakian. Hal ini kerana ia mengambil masa di bawah 30 minit sahaja untuk sampai ke puncaknya sekiranya anda pendaki tahap sederhana. Tempat mendaki ini sesuai untuk keluarga kerana pendakiannya agak mudah dan trek laluannya tidak terlalu cerun sehingga anda tiba ke puncak. Sebelum anda mendaki, anda perlu membayar yuran masuk terlebih dahulu. Boleh dikatakan puncak bukit ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat sesi bergambar kerana ia menawarkan pemandangan alam yang indah.
Waktu Operasi: 6:00 pagi – 5:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Bukit Sosodikon Kundasang, Kg Kauluan Peti Surat 873, 89308 Kundasang, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. Bukit Kopungit


Bukit Kopungit terletak di tengah-tengah bandar Kota Kinabalu. Jika anda menetapkan masa pendakian anda ke puncak dengan betul, anda boleh menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam yang menakjubkan. Bukit Kopungit adalah tempat mendaki yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong. Anda pasti menyukai pemandangan flora yang indah di sepanjang jalan. Selain itu, trek laluan ke puncak juga ada menempatkan terowong dan gua yang telah wujud sejak Perang Dunia Kedua.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Titik permulaan Denai Kembara Bukit Kopungit, 88200 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php
4. Bukit Janggut


Bukit Janggut adalah tempat mendaki yang disyorkan untuk pendaki tahap pertengahan hingga profesional. Hal ini kerana trek pendakian si sini agak curam dan mencabar. Tiada bayaran masuk dikenakan. Anda boleh meletak kereta anda di tepi jalan yang berdekatan dengan pintu masuk ke bukit ini. Sepanjang pendakian ke puncak Bukit Janggut, anda akan melihat ladang lebah, hidupan liar dan pokok-pokok yang subur sambil merasakan angin sejuk menyapa kulit anda. Secara keseluruhan, ia akan menjadi pengalaman yang hebat bagi mereka yang sukakan aktiviti luar yang mencabar.
Waktu Operasi: Setiap hari
Alamat: Bukit Janggut, Sepanggar, Malawa, Sepanggar Bay Road, 88450 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/jamirjening/?locale=ms_MY
5. Nuluh Lapai


Nuluh Lapai mempunyai trek pendakian yang mudah. Viewpoint dari puncak bukit ini menghadap matahari pagi. Jika anda tiba pada waktu pagi, anda boleh menikmati sinar keemasan yang menyelubungi ufuk. Terdapat dua pilihan laluan dan keseluruhan pendakian akan membuatkan anda terasa seperti bergerak melalui hutan. Selain itu, terdapat juga sebuah restoran berdekatan di mana pendaki boleh menikmati hidangan selepas menamatkan pendakian mereka.
Alamat: Nuluh Lapai Jungle Trails, Jalan Sulaman, 89200 Tuaran, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/NuluhLapai/
6. Bukit Perahu


Pendakian di Bukit Perahu terdiri daripada 95% pendakian tangga. Tempat mendaki ini adalah tempat yang bagus untuk berlatih jika anda merancang untuk membuat persiapan bagi mendaki Gunung Kinabalu. Memandangkan trek laluan ini terdiri daripada tangga, ia akan meningkatkan stamina anda jika anda berlatih dengan kerap. Di puncak Bukit Perahu, anda boleh melihat keseluruhan bandar Tamparuli dan laut Tuaran di hadapan serta Gunung Kinabalu di belakang. Tambahan pula, jika anda mendaki Bukit Perahu pada waktu pagi, anda akan merasai udara segar yang sejuk dan embun pagi pada kulit anda.
Alamat: Bukit Perahu Hiking Trail, 89250 Tamparuli, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. Bukit Maragang


Bukit Maragang menawarkan pendakian matahari terbit 3:00 pagi yang menyenangkan. Walau bagaimanapun, anda perlu menyemak ramalan cuaca terlebih dahulu supaya anda boleh menikmati pemandangan hebat yang ditawarkannya. Bukit Maragang sesuai untuk pendaki tahap pertengahan kerana trek laluannya yang sedikit mencabar. Selain itu, ia menawarkan pemandangan indah Gunung Kinabalu dari dekat. Terdapat perhentian bilik mandi dan surau di sepanjang jalan. Jangan lupa untuk memakai pakaian tambahan jika anda mendaki pada waktu pagi kerana suhu boleh menjadi agak sejuk.
Alamat: Pusat Pendaftaran Bukit Maragang, 89308 Kundasang, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Bukit Botak


Bukit Botak menawarkan trek laluan yang mudah kepada pendaki walaupun terdapat beberapa laluan pendakian yang curam. Bukit ini adalah 250 m dari aras laut dan terletak berhampiran dengan Bukit Janggut dan Bukit Merah. Di sepanjang pendakian anda, anda boleh menikmati pemandangan kehijauan yang subur. Jika anda bernasib baik, anda akan melihat beberapa tupai dan burung yang jarang ditemui. Masa terbaik untuk mendaki Bukit Botak adalah pada waktu petang kerana anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah. Namun begitu, jangan lupa untuk membawa lampu suluh kerana cuaca akan menjadi gelap semasa anda mendaki turun.
Waktu Operasi: 7:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Bukit Botak, 89200 Kota Kinabalu, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
9. Bukit Matanoi


Bukit Matanoi sesuai untuk mereka yang baru belajar mendaki. Anda boleh memilih daripada tiga laluan berbeza dengan jarak berbeza untuk mendaki. Pendakian mengambil masa sekitar 15 hingga 20 minit. Ini bergantung kepada tahap kecergasan anda. Anda juga boleh berhenti dan mengambil gambar di sepanjang perjalanan ke puncak. Memandangkan laluannya agak mudah, Bukit Matanoi juga merupakan tempat mendaki yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak. Tambahan pula, terdapat ladang arnab yang berhampiran di situ. Pastinya kanak-kanak tidak akan melepaskan peluang untuk melawat ladang haiwan tersebut.
Waktu Operasi: 6:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)
Alamat: Bukit Matanoi, Jalan Apin-Apin Bundu, Kg. Tiga, 89650 Keningau, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/matanoihill/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI10. Gunung Trusmadi


Gunung Trusmadi adalah puncak kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu. Puncaknya menawarkan pemandangan matahari terbit yang sempurna dengan latar belakang Gunung Kinabalu. Suhu di puncak boleh mencapai di bawah 10 darjah celsius. Jadi, anda perlu memakai pakaian yang sesuai untuk mendaki di gunung ini. Anda juga perlu mengupah pemandu dan mendapatkan permit untuk mendaki Gunung Trusmadi. Keseluruhan perjalanan akan mengambil masa kira-kira dua hari bagi mereka yang mempunyai kekuatan fizikal dan stamina sederhana.
Alamat: Gunung Trusmadi, Sabah
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.