Adakah anda ingin melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga di Lembah Klang pada hujung minggu ini? Anda tidak pasti ke mana hendak pergi?
Lihat panduan kami yang disusun rapi untuk aktiviti keluarga terbaik yang boleh anda nikmati di Kuala Lumpur dan Selangor. Artikel ini akan memberikan keluarga anda hujung minggu yang penuh keseronokan yang tidak dapat dilupakan!
Apakah Aktiviti Keluarga yang Paling Popular?
Aktiviti keluarga yang paling popular ialah lawatan ke zoo, akuarium, atau muzium sains. Anda juga boleh menjemput rakan dan keluarga untuk menikmati perkelahan petang di taman berhampiran. Tidak ada yang lebih baik daripada menghabiskan masa bersama keluarga.
8 Aktiviti Keluarga Terbaik di Lembah Klang 2025
1. Sunway Lagoon



Sunway Lagoon ialah taman hiburan untuk keseronokan hujung minggu yang menarik! Sunway Lagoon mempunyai lebih 90 tarikan, termasuk Taman Air, Taman Hiburan, Taman Hidupan Liar, Taman Extreme, Taman Scream dan Nickelodeon Lost Lagoon. Jika anda menggemari taman tema seperti ini, anda pasti akan suka menghabiskan waktu di sini bersama keluarga! Sunway Lagoon menyediakan pengalaman taman tema terbaik untuk anda dan keluarga anda.
Waktu Operasi: 10:00 pagi hingga 6:00 petang (Rabu – Isnin) Ditutup pada hari Selasa
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. KidZania Kuala Lumpur



KidZania Kuala Lumpur ialah replika bandar buatan berskala 80,000 kaki persegi. Di sini, kanak-kanak boleh mengambil bahagian dalam pembelajaran yang menyeronokkan dan aktiviti interaktif di mana mereka akan belajar tentang kemahiran pekerjaan dalam kehidupan sebenar melalui permainan interaktif yang tidak diajar dalam bilik darjah biasa. Dengan semua aktiviti menarik yang ditawarkan di KidZania Kuala Lumpur, kami pasti anak-anak anda akan berseronok!
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Rabu – Isnin) Ditutup pada hari Selasa
Alamat: Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, 47810 Selangor, Malaysia.
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. District 21



District 21 ialah taman sukan dan rekreasi seluas 70,000 kaki persegi yang unik. Ia direka bentuk berdasarkan tema ‘post-apocalyptic’. District 21 menawarkan banyak tarikan menarik dan mencabar termasuklah Tubby Ride, Yoyo Car, Launch Pad, Power Station Free Fall, Maze, Ninja Warrior, Sky Trail, Roller Glider dan banyak lagi!
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 8:00 malam (Hujung Minggu/ Cuti Umum)
Alamat: AT 6, IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/district21park/
4. i-City Theme Park



I-City Theme Park atau Taman Tema i-City telah diiktiraf oleh CNN sebagai salah satu daripada 25 tempat paling terang di dunia. Pengunjung pergi ke Taman Tema i-City hanya untuk mengagumi paparan pokok bercahaya LED pada setiap malam. Di antara banyak tarikan di Taman Tema I-City, terdapat Pengembaraan Aladdin, Tornado, Rainbow Racers, dan Snowalk, yang semuanya pasti akan mencetuskan kegembiraan setiap kali kunjungan anda ke sini!
Waktu Operasi: 5:00 petang – 12:00 pagi (Isnin – Ahad)
Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Petrosains, The Discovery Centre



Petrosains, The Discovery Centre ialah sebuah muzium sains dan teknologi Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Di sini anda boleh berseronok meneroka pameran interaktif yang terdiri daripada fosil sehinggalah kepada teknologi moden. The Discovery Centre yang menarik ini telah mencipta kaedah yang bijak untuk orang dewasa dan kanak-kanak bagi mengetahui lebih lanjut tentang sains dan teknologi dengan cara yang mudah dan menyeronokkan.
Waktu Operasi:
9.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Jumaat)
9.30 pagi – 6.30 petang (Sabtu – Ahad)
Alamat: Menara Berkembar Petronas, Tingkat 4, Pusat Bandar Kuala Lumpur, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Aquaria KLCC



Aquaria KLCC ialah sebuah lautan yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yakni di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Pernah tertanya-tanya bagaimana rupa jerung dari dekat? Di Aquaria KLCC, anda boleh memerhati lebih 250 spesies berbeza yang terdiri daripada 5,000 haiwan darat dan akuatik dari Malaysia dan seluruh dunia.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI7. Berjaya Times Square Theme Park



Berjaya Times Square Theme Park ialah taman tema tertutup yang terbesar di Kuala Lumpur. Tarikan taman tema ini seperti Galaxy Garden menempatkan pelbagai tunggangan yang menyeronokkan termasuk ‘roller coaster’ songsang terpanjang di Asia Pasifik, yakni sepanjang 800 meter! Bukan itu sahaja, jika anda seorang peminat permainan berkonsepkan realiti maya, taman tema ini turut menyediakan pengalaman rumah berhantu dan tunggangan realiti maya untuk anda cuba!
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 8:00 malam (Isnin – Jumaat),11:00 pagi – 8:00 malam (Sabtu – Ahad)
Alamat: Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Camp5 Climbing Gym 1Utama



Camp5 Climbing Gym 1Utama ialah gim memanjat batu yang terbuka kepada kanak-kanak dan orang dewasa. Semua pengajar ‘rock climbing’ Camp5 telah menerima latihan dan pensijilan yang diperlukan. Jadi, mereka akan memastikan anda dan anak-anak anda beraktiviti dengan selamat mengikut langkah keselamatan yang telah ditetapkan di sini. Terdapat zon berbeza yang boleh anda cuba untuk tahap ‘rock climbing’ yang sukar, namun semuanya bergantung pada skill anda dan keupayaan anda. Tempat ini bagus untuk bersenam pada hujung minggu bersama keluarga anda.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 Malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 8:00 malam (Sabtu – Ahad)
Alamat: 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINIu003cbru003eAdakah anda pernah pergi ke mana-mana tempat tarikan di atas? Antara aktiviti keluarga di atas, yang manakah anda paling suka? Jangan ragu untuk memberitahu kami!!
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.