Ada kalanya, kita terpaksa berpisah dengan aksesori tersayang. Salah satu item yang disimpan terlalu lama oleh sesetengah lelaki ialah dompet mereka. Dompet juga boleh mempunyai kepentingan sentimental kerana ia merupakan hadiah pencapaian terbaik bagi acara penting. Adakah anda antara individu yang memiliki dompet tebal dan menyukarkan untuk duduk atau berjalan dengan selesa?
Dompet yang menonjol daripada poket anda boleh menjadikan buruk dan ia mungkin boleh meninggalkan lubang pada pakaian anda. Memang senang untuk penuhkan dompet anda dengan resit, tiket wayang atau skru dan paku yang mungkin tidak sengaja disimpan di dalamnya. Jika ini berlaku, maka membawa dompet boleh menjadi beban untuk anda. Sudah tiba masanya untuk anda mencari dompet yang sesuai dengan anda dan untuk itu kami senaraikan 9 dompet untuk lelaki terbaik di Malaysia 2025.
Bagaimana Anda Memilih Dompet yang Baik?
Dompet kulit penting dalam gaya minimalis dan ia boleh disesuaikan dalam pakaian formal atau kasual. Anda perlu pilih saiz dompet yang sesuai dan berikan perhatian lebih kepada material yang digunakan untuk membuat dompet tersebut.
Berapa Lamakah Jangka Hayat Dompet yang Sepatutnya?
Dompet kulit yang diperbuat daripada kulit ‘full-grain’ atau ‘top-grain’ boleh bertahan sehingga 10 tahun. Sekalipun ia dihasilkan daripada kulit asli gred yang lebih rendah, ia tetap boleh bertahan selama 3 tahun. Anda boleh memanjangkan atau memendekkan jangka hayat dompet anda bergantung pada cara anda menjaganya.
9 Dompet Terbaik untuk Lelaki di Malaysia 2025
1. Lancaster Polo Wallet

Tukar dompet anda sekarang dengan dompet dwilipat Lancaster Polo yang terbaik ini. Anda akan menyukai betapa selesanya dompet minimalis yang kecil ini apabila ia boleh dimuatkan ke dalam poket seluar jeans, seluar pendek atau seluar panjang. Walaupun ringkas, ia boleh menyimpan kebanyakan barang berharga anda kerana ia memiliki 2 bahagian penyimpanan wang, 6 slot kad dan 2 poket slaid dalaman. Dompet ini adalah produk berkualiti tinggi yang dijual pada harga yang rendah selain mempunyai pelbagai reka bentuk.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit
- Warna Tersedia: Hitam, Kopi, Coklat Gelap
- Saiz Tersedia: 10.5 cm x H 8.5 cm x W 2.0 cm
Kelebihan:
✅ Kualiti mewah
✅ Reka bentuk abadi
✅ Kulit gred tinggi
Harga: RM 41.97 – RM 54.36
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. LouisWill Wallet

LouisWill Wallet ialah dompet panjang yang boleh didapati dalam warna hitam dan coklat. Dompet ini disertakan dengan jaminan selama tiga bulan di seluruh dunia, dan ia adalah produk tulen. Dompet ini sesuai untuk telefon dengan skrin 5.5 inci atau lebih kecil. LouisWill Wallet mengandungi 6 slot kad kredit, 2 bahagian untuk wang tunai, 1 bahagian buku cek, 1 slot kad lut sinar untuk kad pengenalan dan 2 poket berzip.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit PU
- Warna Tersedia: Hitam, Coklat
- Saiz Tersedia: 20 cm (L) x 12 cm (W) x 5 cm (H)
Kelebihan:
✅ Pelbagai fungsi
✅ Kapasiti besar
✅ Jalur tangan boleh tanggal
Harga: RM 26.92
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Polo Hill Wallet

Polo Hill Wallet sangat berbaloi untuk pelaburan kerana ia diperbuat daripada kulit yang kukuh dan dijual pada harga yang berpatutan oleh Polo Hill. Dompet ini menampilkan gaya yang menarik dan kapasiti yang mencukupi untuk aset penting anda dengan 1 slot kad lut sinar untuk kad pengenalan, 2 ruang penyimpanan untuk bil, 6 slot kad, 3 slot sisi dan poket syiling berzip. Dompet ini juga mempunyai penyekat RFID dan poket rahsia untuk penyimpanan wang.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit
- Warna Tersedia: Hitam
- Saiz Tersedia: 11.5 cm (L) x 2 cm (W) x 10 cm (H)
Kelebihan:
✅ 1 Tingkap ID
✅ Penyekatan RFID
✅ Tak berlubang
Harga: RM 76.46 – RM 84.96
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Jeep Genuine Leather Wallet

Jeep Genuine Leather Wallet diperbuat daripada kulit lembu asli. Dompet ini terdapat dalam empat warna kopi yang berbeza, hitam, coklat, hijau dan merah. Selain itu, ia juga mempunyai 13 slot kad, 1 slot kad lut sinar, 3 poket syiling, 2 bahagian untuk wang, 1 slot kad belakang dan 2 slot kad Memori SD. Lapisan dalaman polyester pada dompet ini mempunyai lapisan penyekat RFID. Dompet ini adalah ringan kerana dihasilkan daripada kulit asli yang bersifat ringan secara semula jadi.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit Lembu
- Warna Tersedia: Kopi, Hitam, Coklat, Hijau, Merah
- Saiz Tersedia: 115 mm x 90 mm x 25 mm
Kelebihan:
✅ Kain anti magnet
✅ Rantai percuma
✅ Ukiran percuma
Harga: RM 42.32 – RM 62.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Arctic Hunter Ballistic Wallet

Arctic Hunter Ballistic Wallet selamat kerana ia direka dengan motif anti-kecurian. Dompet yang sesuai untuk perjalanan ini mempunyai 5 slot kad bank, 3 lapisan wang kertas yang besar, tempat letak pen, dan reka bentuk yang menarik. Semua ciri ini menjadikannya dompet yang selesa dan berguna untuk dipakai sepanjang perjalanan anda. Selain itu, dompet ini tahan calar pada kapasiti yang besar dan mempunyai 12 jenis ruang penyimpanan untuk kad debit, kredit dan kad keahlian yang berbeza.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon Balistik
- Warna Tersedia: Hitam
- Saiz Tersedia: 11 cm(L) x 3 cm(W) x 8.5 cm(H)
Kelebihan:
✅ Zip keluli tahan karat yang berkualiti
✅ Reka bentuk emboss
✅ Anti kecurian
Harga: RM 37.62
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Baggio Wallet

Baggio Wallet dihasilkan daripada kulit kuda. Dompet ini menyediakan ruang penyimpanan wang tunai dan not yang berbeza supaya ia tidak bercampur. Dompet menarik ini juga memiliki satu komponen zip yang boleh dipanjangkan selain didatangkan dalam 2 warna, iaitu coklat dan coklat gelap. Mengikut penilaian, dompet yang berkualiti ini boleh bertahan lama, yakni sehingga 9 tahun.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit Kuda
- Warna Tersedia: Coklat, Coklat Tua
- Saiz Tersedia: 11 cm (L) x 9 cm (H)
Kelebihan:
✅ Material tahan lasak
✅ Tidak berlubang
✅ Pemegang kad boleh tanggal
Harga: RM 39.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Playboy Genuine Leather Long Wallet

Playboy Genuine Leather Long Wallet ini diperbuat daripada kulit, jadi anda harus memberi perhatian yang lebih terhadap penjagaannya. Dompet ini mempunyai dua ruang penyimpanan wang tunai, 4 slot resit, 9 slot kad dan 1 slot kad lut sinar untuk kad pengenalan. Apa yang penting, dompet ini dilengkapi dengan teknologi RFID-Blocking, jadi anda tidak perlu risau tentang keselamatannya. Selain itu, ia juga menjamin privasi dan keselamatan data walau ke mana sahaja anda pergi.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit
- Warna Tersedia: Hitam
- Saiz Tersedia: 9 cm (L) x 2 cm (W) x 18.6 cm (H)
Kelebihan:
✅ Teknologi RFID-Blocking
✅ Ruang yang mencukupi
✅ Pengancing zip
Harga: RM 64.95 – RM 124.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Midzone Men Textile Wallet

Koleksi Midzone Men Textile Wallet membolehkan anda menyimpan wang dan kad dengan lebih dekat pada setiap masa. Dompet panjang yang diperbuat daripada kulit tiruan ini adalah barang penting untuk lelaki kerana ia merupakan gabungan gaya kasual dan ‘travel’. Dompet berzip panjang ini diperbuat daripada kulit tiruan yang selesa, kukuh dan tidak mudah calar. Selain itu, ia dilengkapi dengan 12 poket kad, 2 ruang penyimpanan wang dan ruang penyimpanan telefon yang boleh menempatkan iPhone X.
Spesifikasi:
- Bahan: Sintetik
- Warna Tersedia: Burgundy, Tembaga, Chestnut, Merah Tua, Coklat Tua, Hitam
- Saiz Tersedia: 10 mm(L) x 190 mm(H)
Kelebihan:
✅ Tahan calar
✅ Lapisan kulit tiruan
✅ Lembut bila disentuh
Harga: RM 49.90 – RM 50.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Volkswagen Genuine Leather Wallet

Volkswagen Genuine Leather dihasilkan daripada kulit lembu dan ia memberikan rasa licin dan penampilan matte. Dompet ini dilengkapi dengan 2 bahagian penyimpanan wang, 3 slot resit, 11 slot kad dan 1 slot kad lut sinar untuk kad pengenalan. Selain itu, ia mempunyai teknologi RFID-Blocking yang boleh diakses pada setiap masa bagi melindungi kad debit dan kredit anda daripada pengimbasan tanpa kebenaran. Menurut ulasan, dompet ini ringan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kulit
- Warna Tersedia: Coklat
- Saiz Tersedia: 11 cm (L) x 2.7 cm (W) x 9.6 cm (H)
Kelebihan:
✅ Teknologi RFID-Blocking
✅ Ringan
✅ Licin
Harga: RM 54.90 – RM 74.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.