16 Salun Rambut Terbaik di Johor Bahru 2025

Gaya rambut yang digayakan dengan baik boleh meningkatkan keyakinan diri anda dengan ketara dan membuatkan anda berasa hebat tentang penampilan anda. Dengan bantuan pendandan rambut profesional, anda akan memperolehi penampilan yang cantik serta dandanan rambut yang sesuai dengan rupya anda. Ia akan meningkatkan keyakinan anda semasa berinteraksi dengan orang ramai.

Katakan anda sedang berehat dan ingin mencuba gaya rambut yang baharu anda boleh melawati 16 salun rambut terbaik di Johor Bahru ini. Salun-salun ini menawarkan pelbagai perkhidmatan penggayaan rambut dan rawatan penjagaan rambut tambahan seperti urutan kulit kepala, rawatan ‘deep conditioning’, dan kemudahan rawatan seperti spa yang membolehkan anda memanjakan diri.

Bagaimanakah Anda Memilih Salun Rambut Yang Baik?

Untuk memilih salun rambut yang bagus, anda perlu mempertimbangkan banyak faktor seperti reputasi salun tersebut, kepakaran, perkhidmatan yang ditawarkan, kebersihan, komunikasi, harga, lokasi, keselesaan peribadi dan juga pengkhususan. Anda perlu utamakan salun yang memenuhi keperluan anda atau menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memastikan pengalaman yang positif.

Berapa Kerapkah Anda Patut Berkunjung Ke Salun Rambut Untuk Mendapatkan Rawatan Rambut?

Untuk makluman anda, setiap rawatan mempunyai tempoh yang berbeza. Rawatan ‘deep conditioning’ boleh dilakukan setiap 2 hingga 4 minggu manakala rawatan keratin pula biasanya boleh mengambil masa sehingga 6 bulan. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai rambut berwarna, kering atau rapuh, anda mungkin perlu lebih kerap ke salun rambut untuk merawat masalah anda.

Bagaimanakah Anda Memilih Gaya Rambut Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka Anda?

Anda boleh mendapatkan khidmat pendandam rambut untuk mendapatkan gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda. Gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda boleh menyerlahkan ciri terbaik dan tekstur rambut anda. Selain itu, ia juga boleh menambah keyakinan diri. Berikut adalah carta yang boleh membantu anda memilih gaya rambut yang sesuai dengan bentuk muka anda:

How-Do-You-Choose-the-Right-Hairstyle-That-Suits-Your-Facial-Features --
Kredit Gambar: http://www.spornette.com

Baca Lagi:

  1. Salun Rambut di KL & Selangor
  2. Salun Rambut di Johor Bahru
  3. Salun Rambut di Pulau Pinang
  4. Salun Rambut di Sabah
  5. Salun Rambut di Sarawak
  6. Salun Rambut di Ipoh

16 Salun Rambut Terbaik di Johor Bahru 2025

1. D’LUXE Studio Spa

DLUXE-Studio-Spa-
Kredit Gambar: Luxe Studio
DLUXE Studio Spa
Kredit Gambar: Luxe Studio

D’LUXE Studio Spa by Luxe Studio menawarkan gaya Konsep Jepun yang unik. Secara eksklusifnya, salun ini menggunakan produk rambut antarabangsa yang berkualiti tinggi daripada jenama seperti L’oreal, Milbon, Goldwell, Shiseido, Advante dan Oway. Salun mereka luas dan bersih. Pendandan rambut mereka juga teliti dan sabar dalam menerangkan proses serta menetapkan jangkaan bagi setiap pelanggan. Selain itu, pelanggan Muslimah boleh menikmati privasi di dalam bilik peribadi khusus tanpa kos tambahan sewaktu menerima rawatan di sini.

Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam  (Setiap hari)  

AlamatS-002, Level 2 The Mall Mid Valley Southkey, No 1, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-291 0000

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/leadingsalon.injohorbahru/

Instagram: https://www.instagram.com/luxestudiojb/?hl=en

semak laman web di sini

2. Studio M

Studio-M-
Kredit Gambar: Studio M
Studio M
Kredit Gambar: Studio M

Studio M adalah salun rambut terkenal yang memberikan anda perkhidmatan pewarnaan dan penggayaan rambut yang unik oleh pendandan rambut. Setiap hari, anda boleh menikmati pelbagai rawatan rambut, pewarnaan dan ‘perm’. Dengan pengalaman yang lebih sedekad, mereka mampu menyediakan perkhidmatan yang mesra dalam persekitaran yang mewah dan profesional. Di Studio M, anda akan mendapat pengalaman yang terbaik. Hal ini kerana, anda akan dihidangkan dengan segelas air, diikuti dengan secawan teh kekwa. Jika anda berasa sejuk, anda boleh meminta selimut daripada kakitangan mereka. Untuk mengetahui jenis rawatan dan harga yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi salun ini.

Waktu Operasi10:00 pagi – 9:30 malam  (Setiap hari)  

AlamatG-08, KSL City, 80250, Taman Abad, Jalan Seladang, Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-289 0058

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/studiomksl/ 

Instagram: https://www.instagram.com/studiomksl/?hl=en

semak laman web di sini

3. Style By Andy Chan Hair Salon

Style-By-Andy-Chan-Hair-Salon-
Kredit Gambar: Style By Andy Chan Hair Salon
Style By Andy Chan Hair Salon
Kredit Gambar: Style By Andy Chan Hair Salon

Style By Andy Chan Hair Salon diasaskan oleh Art Director yang memenangi anugerah, iaitu Andy Chan. Salun rambut ini menyediakan suasana yang selesa dan bergaya dengan konsep salun rambut yang moden. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuklah menggunting rambut, rawatan rambut, perkhidmatan kuku atau bulu mata dan banyak lagi. Ramai pelanggan memuji kakitangan mereka kerana peka dengan kehendak pelanggan sebelum memberikan perkhidmatan potongan rambut dan rawatan lain. Mereka memiliki pendandan rambut yang berpengalaman, jadi anda boleh mempercayai salun ini untuk meningkatkan kecantikan dalaman anda melalui pewarnaan atau penggayaan rambut oleh pakar.

Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam  (Setiap hari)  

AlamatS046, Mid Valley Mall Southkey, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-969 5613

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/stylebyandychan/ 

Instagram: https://www.instagram.com/stylebyandychanhairsalon/?hl=en

semak laman web di sini

4. 96 Hair Lounge

-Hair-Lounge-
Kredit Gambar: 96 Hair Lounge
Hair Lounge
Kredit Gambar: 96 Hair Lounge

96 Hair Lounge adalah Aveda Flagship Salon yang menggunakan produk AVEDA ‘cruelty-free’ dan berasaskan tumbuhan semula jadi. Dengan suasana yang tenang dan profesional, mereka menawarkan rangkaian komprehensif bagi perkhidmatan seperti memotong rambut, mewarna rambut, ‘perming’, ‘rebonding’ dan banyak lagi. Salun rambut ini juga pakar dalam warna rambut kreatif dan ‘perm’ Korea. Ramai pelanggan menyukai gaya rambut yang menarik yang direka oleh pendandan rambut mereka. Selain itu, kakitangan mereka juga sering mendapat pujian atas perhatian dan nasihat profesional yang diberikan kepada pelanggan.

Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam  (Setiap hari)  

Alamat: S021, Level 2 The Mall, Mid Valley Southkey, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-279 0060

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/96hairlounge 

Instagram: https://www.instagram.com/96.hair.lounge/?hl=en

semak laman web di sini

5. Organic Mode Salon

Organic-Mode-Salon-
Kredit Gambar: Organic Mode Salon
Organic Mode Salon
Kredit Gambar: Organic Mode Salon

Secara eksklusifnya, Organic Mode Salon menggunakan produk rambut organik dan semula jadi. Salun rambut ini sesuai untuk individu yang mementingkan alam sekitar. Mereka menawarkan produk yang mesra alam serta kaya dengan bahan biodinamik bagi meremajakan rambut dan kulit kepala anda secara semula jadi. Pendandan rambut mereka sangat teliti semasa mengendalikan rambut pelanggan mereka. Selain itu, mereka akan memberi nasihat yang baik dan tidak memaksa pelanggan untuk mengambil pakej penjagaan rambut yang mahal. Jadi, anda boleh menikmati perkhidmatan mereka yang mesra di salun ini sambil mendapatkan gaya rambut yang anda inginkan.

Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)  

Alamat: Johor Bahru City Square, Lot J4-18, Level 4, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-930 0878

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Organic-Mode-Salon-181423371909884/ 

Instagram: https://www.instagram.com/organicmodesaloncs/?hl=en

semak laman web di sini

6. 17 Hair Salon

-Hair-Salon-
Kredit Gambar: 17 Hair Salon
Hair Salon
Kredit Gambar: 17 Hair Salon

17 Hair Salon menawarkan perkhidmatan rambut yang penting seperti menggayakan rambut, mewarna rambut, kerinting dan menyambung rambut. Salun ini membolehkan anda menyesuaikan rupa yang anda inginkan berdasarkan pilihan randa. Ramai pelanggan memuji profesionalisme dan perhatian yang diberikan oleh kakitangan mereka ketika mengendalikan pelanggan. Selain itu, pelanggan mereka juga menghargai cadangan yang diberikan oleh pendandan rambut mereka bagi menangani masalah rambut mereka. Oleh sebab itu, salun rambut ini lebih menonjol berbanding dengan salun rambut yang lain.

Waktu Operasi11:00 pagi – 8:30 malam  (Setiap hari)  

Alamat35, Taman, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-936 9270

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/17-Hair-Salon-JB-101550785275506/ 

Instagram: https://www.instagram.com/17hairstudio/?hl=en

7. Solasta Professional Salon

Solasta-Professional-Salon-
Kredit Gambar: Solasta Professional Salon
Solasta Professional Salon
Kredit Gambar: Solasta Professional Salon

Solasta Professional Salon adalah pusat rawatan rambut yang menawarkan pelbagai jenis rawatan dan dandanan rambut yang boleh dipercayai. Salun ini menawarkan perkhidmatan yang berkualiti untuk meningkatkan kecantikan rambut anda. Pelbagai perkhidmatan menarik disediakan di sini seperti, mewarna rambut, rawatan rambut, ‘perming’, ‘rebonding’ dan banyak lagi. Apabila anda mendapatkan rawatan rambut di sini, pendandan rambut akan membantu mendiagnosisi kulit kepala anda sebelum mengesyorkan rawatan yang sesuai. Selain itu, anda juga boleh membuat rawatan kuku di sini, sekali gus memudahkan urusan penjagaan diri anda. 

Waktu Operasi
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Khamis)
10:00 pagi – 10:00 malam (Jumaat – Ahad)

AlamatL2-13A&15, KSL City, No 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250, Johor

No. Telefon: 07-362 5030

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/solastaKSL/ 

Instagram: https://www.instagram.com/solasta_professional_salon/?hl=en

semak laman web di sini

8. Stay B

Stay-B-
Kredit Gambar: Stay B
Stay B
Kredit Gambar: Stay B

Stay B adalah salun rambut terkemuka yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuklah potongan rambut dan ‘rebonding’ yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda. Pasukan mereka terdiri daripada pendandan rambut dan juruteknik yang berkemahiran tinggi dan komited untuk memberikan hasil yang cemerlang. Dengan kepuasan pelanggan sebagai keutamaan mereka, setiap lawatan anda menjamin hasil yang terbaik, membuatkan anda berpuas hati dan gembira.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)  

AlamatLot 221D, Level 2, Komtar JBCC, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-277 8858

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/staybsalon/ 

9. Urban Hair 

Urban-Hair-
Kredit Gambar: Urban Hair
Urban Hair
Kredit Gambar: Urban Hair

Urban Hair adalah salun rambut yang menawarkan produk semula jadi dan organik yang meremajakan rambut dan kulit kepala anda. Rawatan rambut di Urban Hair akan memastikan rambut dan kulit kepala anda bebas daripada bahan berbahaya seperti ammonia, paraben, SLES, SLS dan alkohol. Rawatan rambut di sini sesuai buat anda yang mempunyai rambut dan kulit kepala yang sensitif. Pelanggan mereka berpuas hati dengan perkhidmatan dan cadangan proaktif yang diberikan oleh pendandan rambut mereka. Nasihat penjagaan rambut yang diberikan membuatkan pelanggan berasa mereka dijaga dengan baik dan meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan di salun rambut ini.

Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam  (Setiap hari) 

AlamatL2-16, KSL City, 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-362 5030

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/URBANHAIRORGANIC/ 

Instagram: https://www.instagram.com/urbanhair_by_luxe/?hl=en

semak laman web di sini

10. MODE Hair Salon

MODE-Hair-Salon-
Kredit Gambar: MODE Hair Salon
MODE Hair Salon
Kredit Gambar: MODE Hair Salon

Mode Salon fokus kepada kepuasan pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang luar biasa. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan rambut untuk Muslimah dan menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi kepada pelanggan. Ramai pelanggan mereka berpuas hati dengan cadangan dan profesionalisme yang mereka berikan. Salun ini juga berjaya menyelesaikan masalah kulit kepala yang telah lama dihadapi oleh pelanggan mereka. Disebabkan itu, ia menjadi salun yang terbaik untuk anda lawati dan anda boleh mengesyorkannya kepada rakan-rakan.

Waktu Operasi11:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)  

Alamat03-17, Blok F Komersial Southkey Mozek Persiaran Southkey 1, Kota Southkey Kota, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-336 4913

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/modehairsouthkey/ 

Instagram: https://www.instagram.com/modehairsalon.southkey/?hl=en

semak laman web di sini

11. Provost Hair Studio

Provost-Hair-Studio-
Kredit Gambar: Provost Hair Studio
Provost Hair Studio
Kredit Gambar: Provost Hair Studio

Provost Hair Studio menawarkan pelbagai perkhidmatan rambut seperti pewarnaan rambut, perm rambut digital dan potongan rambut yang bergaya. Selain itu, mereka juga menawarkan rawatan keratin dan kulit kepala untuk menangani masalah rambut biasa. Para pendandan rambut mereka mahir dalam pelbagai potongan gaya rambut, termasuklah gaya rambut lelaki. Kebanyakan pelanggan mereka berpuas hati dengan gaya rambut dan perkhidmatan yang diberikan.

Waktu Operasi
11:00 pagi – 8:00 malam  (Setiap hari) 
Tutup (Khamis)

AlamatNo. 10-01, Jalan Setia Tropika 1, Setia Tropika, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-230 0762

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/provost.hair.studio 

Instagram: https://www.instagram.com/provost_hair_studio/?hl=en

12. I Image Hair & Makeup Studio

I-Image-Hair-Makeup-Studio-
Kredit Gambar: I Image Hair & Makeup Studio
I Image Hair Makeup Studio
Kredit Gambar: I Image Hair & Makeup Studio

Jika anda sedang mencari salun rambut yang boleh dipercayai di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, anda boleh ke I Image Hair & Makeup Studio. Mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti mewarna rambut, mengeriting rambut, meluruskan rambut, memotong rambut dan menggayakan rambut. Pendandan rambut mereka akan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan anda selesa dengan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, anda boleh menikmati rawatan rambut yang menyihatkan bagi memberikan penampilan yang lebih segar dan meningkatkan keyakinan anda.

Waktu Operasi
11:00 pagi – 8:00 malam (Isnin, Selasa, Khamis – Sabtu)
11:00 pagi – 6:00 petang (Ahad)
Tutup (Rabu)

Alamat33, Jalan Indah 10/1, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-557 0913

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/IImageHairSalon/ 

Instagram: https://www.instagram.com/iimagehairmakeup/?hl=en

13. Cutdomos Hair Studio

CUTDOMOS-
Kredit Gambar: Cutdomos Hair Studio
Cutdomos Hair Studio
Kredit Gambar: Cutdomos Hair Studio

Cutdomos Hair Studio adalah salun yang sesuai untuk pengalaman kontemporari yang menakjubkan secara visual. Dengan pendandan rambut yang penuh perhatian dan teliti, mereka akan membantu anda untuk mencapai penampilan yang anda inginkan. Mereka menawarkan perkhidmatan seperti menggunting rambut dan mewarnakan rambut. Anda boleh menempah temu janji bersama mereka melalui akaun Facebook rasmi mereka. Selain itu, ramai pelanggan mereka berpuas hati dengan gaya potongan rambut yang diberikan kerana ia profesional dan menepati kehendak mereka.

Waktu Operasi
10:30 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 7:00 petang (Ahad)
Tutup (Selasa)

Alamat171, Jalan Sutera, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/CutdomosSentosa/

semak laman web di sini

14. Elle Hair Studio

Elle-Hair-Studio--
Kredit Gambar: Elle Hair Studio
Elle Hair Studio
Kredit Gambar: Elle Hair Studio

Di bawah bimbingan pengasas dan pengarah artistik Encik Simon Koh, Elle Hair Studio telah menyediakan perkhidmatan dandanan rambut yang luar biasa sejak penubuhannya pada tahun 1986. Bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-30, studio ini mempunyai pasukan pendandan rambut berpengalaman yang dikenali sebagai “Pasukan Artistik ELLE.” Dengan pengalaman selama 35 tahun, Encik Simon Koh mengetuai pasukannya dalam menyampaikan gaya yang pelbagai dan kreatif. Pelanggan mereka menyukai suasana salun ini. Selain itu, kemahiran menggunting rambut yang profesional dan penggayaan yang canggih turut memikat hati pelanggan di sini. Untuk mengetahui rawatan, perkhidmatan dan harga yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi mereka. 

Waktu Operasi10:00 pagi – 10:00 malam  (Setiap hari) 

AlamatT-017, Level 3, The Mall, Mid Valley Southkey, Persiaran Southern 1, Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 016-738 0993

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ellehairstudiomalaysia/ 

Instagram: https://www.instagram.com/ellehairstudiomalaysia/?hl=en

semak laman web di sini

15. Evogue Hair Salon

Evogue-Hair-Salon-
Kredit Gambar: Evogue Hair Salon
Evogue Hair Salon
Kredit Gambar: Evogue Hair Salon

Di Evogue Hair Salon, setiap lawatan menjamin perkhidmatan rambut yang luar biasa. Pendandan rambut akan menghormati kehendak anda dan menawarkan cadangan yang boleh membantu anda memilih warna dan gaya rambut yang sempurna untuk kulit anda. Selain itu, mereka juga akan menilai keadaan rambut anda terlebih dahulu sebelum memulakan perkhidmatan mereka. Anda boleh menikmati pelbagai perkhidmatan yang diberikan seperti memotong rambut, menggayakan rambut dan mewarna rambut pada harga yang berpatutan. Anda boleh menpercayai Evogue Hair Salon untuk pengalaman penggayaan rambut yang memuaskan.

Waktu Operasi
10:30 pagi – 8:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat31, Jalan Austin Heights 8/3, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-364 1144

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/e.voguehairsalon/ 

Instagram: https://www.instagram.com/evogue_eugene/?hl=en

16. Vintage Hair Salon

Vintage-Hair-Salon-
Kredit Gambar: Vintage Hair Salon
Vintage Hair Salon
Kredit Gambar: Vintage Hair Salon

Vintage Hair Salon boleh memenuhi semua keperluan rambut anda dengan pelbagai perkhidmatan seperti pewarnaan rambut, ‘perming’, meluruskan rambut, memotong rambut dan menggayakan rambut. Salah seorang pelanggan mereka memuji kepakaran pendandan rambut di salun ini kerana memberikan potongan rambut yang cantik. Disebabkan itu, pelanggan tersebut menerima banyak pujian daripada rakan-rakannya. Jadi, kunjungilah Vintage Hair Salun dan dapatkan rawatan rambut yang sihat bagi meningkatkan keyakinan dan penampilan anda secara keseluruhannya.

Waktu Operasi
10:30 pagi – 6:00 petang  (Setiap hari)
Tutup (Jumaat)

Alamat46, Jalan Molek 2/1, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-361 7785

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/vintagehairsalon98/ 

Instagram: https://www.instagram.com/vintagehairsalon98/?hl=en

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close