17 Kedai Bayi Terbaik di KL & Selangor 2025

Bagi mereka yang baru menjadi ibu bapa, persediaan untuk menyediakan kelengkapan bayi yang selamat, selesa dan sihat boleh menjadi sukar. Sebagai ibu bapa yang baru, anda mungkin telah menyenaraikan perkara dan barang yang diperlukan sebelum dan selepas bayi dillahirkan. Hal ini mencabar kerana anda perlu mengingat semua barang penting yang diperlukan agar tidak ada yang tertinggal.

Jangan risau. Terdapat banyak kedai bayi yang boleh membantu anda memilih produk yang sesuai dan terbaik untuk bayi anda. Anda boleh membeli-belah di kedai bayi yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Berikut adalah 17 kedai bayi terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor.

Apakah Produk Yang Boleh Anda Temui Di Kedai Bayi?

Kedai bayi yang berbeza mungkin menawarkan rangkaian barangan yang berbeza. Walau bagaimanapun, kebanyakan kedai bayi menyediakan pelbagai bekalan untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak. Antara barangan bayi yang biasa dijual adalah seperti pakaian bayi, selimut, ‘bib’, ‘pacifier’, lampin, produk penjagaan bayi, kelengkapan bilik bayi, ‘car seat’, kerusi tinggi, mainan dan buku.

Adakah Kedai Bayi Menawarkan Barangan Bayi Daripada Pelbagai Jenama?

Ya, kedai bayi biasanya menawarkan produk bayi daripada pelbagai jenama untuk memenuhi bajet anda. Sesetengah kedai bayi menawarkan produk bayi daripada jenama terkenal seperti Enfagrow, Nestle, Sustagen dan banyak lagi. Mereka memahami kehendak ibu bapa yang berbeza dalam pemilihan produk bayi seperti pakaian, bekalan makanan dan barangan bilik bayi. Jadi, mereka berusaha untuk menjual barangan bayi daripada pelbagai jenama agar ibu bapa mempunyai pilihan yang luas.

Adakah Kedai Bayi Menawarkan Keperluan Untuk Kanak-Kanak Yang Lebih Besar?

Walaupun kedai bayi banyak bertumpu pada produk bayi baru lahir, mereka juga menawarkan produk yang sesuai untuk kanak-kanak yang lebih besar. Antara produk yang dimaksudkan adalah pakaian, mainan, buku, dan aksesori untuk kanak-kanak.

Jika anda sedang mencari barangan bayi, anda boleh membaca artikel di bawah:
1. Hamper Bayi Terbaik di Malaysia 
2. Susu Tepung Bayi Terbaik di Malaysia  
3. Pacifier Bayi Terbaik di Malaysia 

17 Kedai Bayi Terbaik di KL & Selangor 2025

1. Applecrumby & Fish

Applecrumby Fish
Kredit Gambar: Applecrumby & Fish
Applecrumby Fish
Kredit Gambar: Applecrumby & Fish
Applecrumby Fish
Kredit Gambar: Applecrumby & Fish

Pasangan suami isteri disebalik Applecrumby & Fish telah memulakan kedai online ini pada Oktober 2012 semasa mereka mencari produk yang selamat, organik dan semula jadi untuk anak mereka. Kemudian, Applecrumby™ ditubuhkan. Kedai bayi ini menyediakan pelbagai produk bayi seperti lampin, tisu basah, detergen, produk penjagaan bayi dan banyak lagi. Applecrumby & Fish mahu menyediakan produk bayi yang sihat, organik dan semula jadi pada harga yang berpatutan agar ramai ibu bapa boleh membelinya.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

Alamat:12, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

2. Babyland SS2 Malaysia

Babyland SS Malaysia
Kredit Gambar: Babyland SS2 Malaysia
Babyland SS Malaysia
Kredit Gambar: Babyland SS2 Malaysia
Babyland SS Malaysia
Kredit Gambar: Babyland SS2 Malaysia

Babyland SS2 Malaysia adalah kedai bayi sehenti untuk semua keperluan bayi dan ibu bersalin. Kedai bayi ini telah beroperasi sejak 1982 dan menjadi salah satu kedai bayi yang tertua di negeri ini. Babyland SS2 Malaysia menjual pelbagai jenis produk bayi, seperti peralatan bayi, produk penyusuan, mandian bayi, penjagaan kulit bayi dan banyak lagi. Anda boleh membeli barangan bayi dengan mengunjungi kedai fizikal atau membuat pesanan online menerusi laman web mereka.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 7.00 petang (Setiap hari)

Alamat: 35, Jalan SS 2/64, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

3. Very Important Baby World

Very Important Baby World
Kredit Gambar: Very Important Baby World
Very Important Baby World
Kredit Gambar: Very Important Baby World
Very Important Baby World
Kredit Gambar: Very Important Baby World

Very Important Baby World telah ditubuhkan pada tahun 2018. Kedai bayi ini meyediakan pelbagai keperluan bersalin, barangan bayi dan kanak-kanak, dan kereta sorong. Bagi memastikan si manja anda selesa dan membesar dengan sihat, mereka hanya menawarkan barangan bayi yang berkualiti tinggi. Jika anda buntu untuk memilih produk bayi dan jenama yang sesuai dengan keperluan anda, anda boleh bertanya kepada kakitangan mereka yang mesra dan sedia membantu. Mereka akan memberikan penerangan yang jelas untuk anda.

Waktu Operasi:
11.00 pagi – 8.45 malam (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 8:45 petang (Sabtu)
10:00 pagi – 5:45 petang (Ahad)

Alamat:  Lot No 21117, Jalan Besar Bandar Baru Sungai Buloh, Seksyen 20 40160 Shah Alam, Selangor Sungai Buloh, 40160 Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

4. Mothers First Choice

Mothers First Choice
Kredit Gambar: Mothers First Choice
Mothers-First-Choice
Kredit Gambar: Mothers First Choice

Mothers First Choice telah beroperasi sejak tahun 2013 dan menjadi salah satu kedai bayi yang terkenal di negeri ini. Kedai bayi ini adalah tempat yang sesuai untuk anda mendapatkan barangan bayi dan produk penyusuan. Mereka memberi nasihat berguna kepada anda yang mencari pam susu yang sesuai kerana ia dapat melancarkan pengalaman penyusuan si ibu. Selain pam susu, anda juga boleh menemui kereta sorong, Lacte, Cimilre, Treenie, pakaian babyi, ‘car seat’ dan banyak lagi di sini.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 9.00 malam (Setiap hari)

Alamat: C-11-G, Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi L 16/L, 40200 Shah Alam, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

5. My Lovely Baby

My Lovely Baby
Kredit Gambar: My Lovely Baby
My-Lovely-Baby-
Kredit Gambar: My Lovely Baby
My-Lovely-Baby
Kredit Gambar: My Lovely Baby

My Lovely Baby (MLB) telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan menjadi pembekal peralatan bayi di negeri ini. Setiap penasihat jualan mereka adalah terlatih dan sedia berkongsi pengetahuan dengan ibu bapa. My Lovely Baby menjual pelbagai barangan bayi yang bersaiz besar seperti ‘car seat’, kereta sorong, tempat tidur bayi, buaian, pam susu, barangan elektrik dan banyak lagi. Anda boleh menemui pelbagai jenama bayi yang popular di sini, seperti Joie, Chicco, Recaro, Spectra, Comfy Baby, Bueno, Ergobaby dan banyak lagi. Misi My Lovely Baby adalah untuk memastikan ibu bapa mendapat nilai tambahan, perkhidmatan yang cemerlang dan kepercayaan yang telus. Jadi, marilah bergembira membeli-belah di kedai bayi ini. 

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 8.00 malam (Setiap hari)

Alamat: 1, Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

6. Happikiddo

Happikiddo
Kredit Gambar: Happikiddo
Happikiddo
Kredit Gambar: Happikiddo
Happikiddo
Kredit Gambar: Happikiddo

Happikiddo adalah kedai bayi yang mempunyai cawangan di beberapa lokasi di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur. Kedai bayi ini mempunyai semua barang keperluan, termasuk barangan bayi untuk ibu bapa baru di bawah satu bumbung. Happikiddo berbangga kerana dapat menjadikan fasa keibubapan lebih meriangkan dan menarik dengan sentuhan yang unik. Mereka menjual pelbagai produk keperluan bayi seperti makanan bayi, mainan pendidikan, bekalan pemakanan, barangan mandian, kerusi tinggi, alat pemproses makanan bayi, tilam bayi, ‘car seat’, pakaian bayi dan perabot untuk bilik bayi.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)

Alamat: 1st Floor, Citta Mall Lot 23-25, Jalan PJU 1a/48, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

7. Jarrons & Co Malaysia

Jarrons Co Malaysia
Kredit Gambar: Jarrons & Co Malaysia
Jarrons Co Malaysia
Kredit Gambar: Jarrons & Co Malaysia
Jarrons Co Malaysia
Kredit Gambar: Jarrons & Co Malaysia

Jarrons & Co Malaysia adalah syarikat yang terletak di Singapura. Syarikat ini mencipta, menghasilkan dan mendapatkan produk yang berkualiti tinggi untuk si manja anda. Kedai bayi dan bilik pameran mereka terletak di Petaling Jaya, Malaysia. Kedai ini mempunyai slogan “Kami membesar bersama anak anda”. Slogan ini memberi makna bahwa anda boleh membeli-belah barangan keperluan untuk bayi dan kanak-kanak di Jarrons & Co Malaysia, sekali gus menjadikannya sebagai kedai sehenti untuk semua keperluan anak-anak anda.

Waktu Operasi
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
Tutup (Sabtu, Ahad)

Alamat: Unit No.G3 Kelana Damansara Suite, No.3, Jalan SS 6/2, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

8. The Baby Loft

The Baby Loft
Kredit Gambar: The Baby Loft
The Baby Loft
Kredit Gambar: The Baby Loft

Baby Loft menjual pelbagai produk bayi yang telah dipilih dengan teliti dan disahkan oleh si ibu. Anda boleh menemui pelbagai produk bayi yang menarik dan bernilai di sini seperti kain lampin, beg tidur, ‘carrier’, bra untuk menyusu, pakaian dalam dan banyak lagi. Jika anda ingin melihat produk dengan jelas, anda boleh ke kedai fizikal mereka yang terletak di Publika Mall. Anda juga boleh membeli-belah dengan mudah melalui laman web rasmi mereka.

Waktu Operasi
10.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Jumaat)
10.00 pagi – 9.30 malam (Sabtu – Ahad)

Alamat: Lot 43, Level G3, Publika Shopping Gallery, WP, 1, Jln Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

9. Baby Needs Store

Baby Needs Store
Kredit Gambar: Baby Needs Store
Baby Needs Store
Kredit Gambar: Baby Needs Store
Baby Needs Store
Kredit Gambar: Baby Needs Store

Baby Needs Store adalah kedai bayi yang sesuai untuk anda jika anda mencari kedai bayi yang menjual pelbagai jenama barangan bayi. Antara jenama barangan bayi yang dijual di sini adalah Vtech, Avent, Buds, Combi dan banyak lagi. Jadi, anda mempunyai banyak pilihan untuk membeli produk bayi daripada jenama yang terbaik untuk si manja anda. Selain itu, kedai ini menjual pelbagai barangan bayi seperti monitor bayi, katil bayi, ‘car seat’, pakaian bayi dan banyak lagi pada harga yang terbaik.

Waktu Operasi: 
10.00 pagi – 7.00 petang (Isnin – Jumaat)
10.30 pagi – 6.00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: No 13G, Jalan Perniagaan Masria 1, Pusat Perniagaan Masria, 43200 Cheras, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

10. Humaira Baby Store

Humaira Baby Store
Kredit Gambar: Humaira Baby Store
Humaira Baby Store
Kredit Gambar: Humaira Baby Store
Humaira Baby Store
Kredit Gambar: Humaira Baby Store

Sejak 2018, Humaira Babystore telah menjadi salah satu kedai bayi yang terbaik di Malaysia. Kedai bayi ini mahu menghasilkan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif dengan menggunakan bahan yang terbaik. Muslin Swaddle yang unik dari kedai bayi ini terkenal kerana lembut dan bersaiz besar. Ia direka khas untuk bayi dan ibu-ibu moden agar dapat memudahkan mereka menjadi seorang ibu.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 9.00 malam (Setiap hari)

Alamat: A1-22 Sentul Point, Jln Sentul Pasar, Sentul Pasar, 51100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

11. The Baby Tree.com

The Baby Tree.com
Kredit Gambar: The Baby Tree.com
The Baby Tree.com
Kredit Gambar: The Baby Tree.com

Jika anda ingin mencari barang keperluan bayi di The Baby Tree.com, anda boleh berkunjung ke kedai fizikal mereka yang terletak di The Curve Mall atau membeli-belah secara online. Kedai bayi ini menjual pelbagai jenis produk bayi yang berpatutan dan sesuai untuk ibu bapa yang mempunyai bajet yang terhad. Selain itu, kakitangan mereka yang mesra akan membantu anda mencari produk bayi yang sesuai dan terbaik untuk keperluan anda.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 168A, 1st Floor, The Curve, 6, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thebabytreecom 

12. Mothercare

Subang Jaya
Kredit Gambar: Mothercare
Mothercare
Kredit Gambar: Mothercare
Mothercare
Kredit Gambar: Mothercare

Mothercare telah beroperasi sejak 1987. Mereka menjual barangan bayi dan menjamin bahawa bahan yang digunakan untuk membuat produk mereka adalah bahan yang berkualiti tinggi. Semua produk mereka boleh memenuhi keperluan wanita hamil, ibu baru, bayi, dan kanak-kanak yang berusia sehingga 8 tahun. Selain itu, anda boleh memilih untuk membeli barangan bayi di kedai fizikal atau melalui laman web rasmi mereka.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot LG-13A & 15, Empire Shopping Gallery Jalan S16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

13. Shop Paloma

Shop Paloma
Kredit Gambar: Shop Paloma
Shop Paloma
Kredit Gambar: Shop Paloma
Shop Paloma
Kredit Gambar: Shop Paloma

Shop Paloma adalah kedai bayi yang terletak di Mid Valley Mall. Lokasi ini memudahkan ibu bapa yang tinggal berdekatan untuk ke kedai ini bagi mendapatkan barang keperluan bayi. Shop Paloma menyediakan pelbagai jenis barangan bayi yang dihasilkan daripada kapas agar ia selesa dan tidak memberi alahan kepada kulit bayi. Kedai ini juga menjual pelbagai barangan bayi seperti ‘baby bib’, bedung, kasut bayi dan sapu tangan bayi bercorak menarik yang dihasilkan daripada bahan semula jadi.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)

Alamat: Mid Valley Megamall, Lot FK-15, First Floor, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

14. Kindee Malaysia

Kindee Malaysia
Kredit Gambar: Kindee Malaysia
Kindee Malaysia
Kredit Gambar: Kindee Malaysia
Kindee Malaysia
Kredit Gambar: Kindee Malaysia

Kindee Malaysia adalah kedai bayi yang menjual produk bayi yang berkualiti tinggi, semula jadi dan organik. Sebagai ibu bapa, anda tidak perlu risau tentang kesihatan dan keselamatan bayi anda ketika menggunakan produk bayi mereka. Antara keperluan bayi yang terdapat di kedai ini adalah produk penjagaan kulit, produk penjagaan mulut dan produk penghalau nyamuk.

Waktu Operasi: 
9.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Jumaat)
9.00 pagi – 1.00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 2-01-33A D’Alamanda, Pudu Impian IV, Jalan Pudu Impian, 56100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

15. Baby Invasion

Baby Invasion
Kredit Gambar: Baby Invasion
Baby Invasion
Kredit Gambar: Baby Invasion
Baby Invasion
Kredit Gambar: Baby Invasion

Baby Invasion menjual pelbagai jenis produk bayi bagi membantu anda melalui alam keibubapaan. Antara produk yang dijual adalah kerusi keselamatan kanak-kanak, tempat tidur bayi, kereta sorong bayi, produk penyusuan dan beg ibu/ ayah, dan banyak lagi. Kedai bayi ini menjual pelbagai barangan bayi daripada jenama bayi yang terkenal dan anda boleh memilihnya berdasarkan keperluan khusus anda. Jika anda memerlukan bantuan untuk memasang ‘car seat’, kakitangan di sini boleh membantu anda.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 8.00 malam (Setiap hari)

Alamat: G-05, G-05, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Ampang Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

16. Mamours

Mamours
Kredit Gambar: Mamours
Mamours
Kredit Gambar: Mamours

Mamours memfokus kepada penyediaan barangan terbaik yang memberikan keselesaan dan keselamatan kepada ibu dan bayi. Kedai bayi ini menawarkan pelbagai pilihan produk terbaik yang menepati gaya hidup anda. Mereka hanya menjual barangan bayi daripada jenama yang boleh dipercayai untuk memberikan anda keselesaan. kedai ini menjual kereta sorong, ‘car seat’, peralatan hamil dan penyusuan, mainan, tempat tidur, kerusi tinggi, pakaian dan banyak lagi. Kedai ini juga menawarkan barangan bayi daripada jenama seperti Quinny, Maxi-Cosi, Cybex, Gb, Peg Perego, Bebe Confort, Safety 1st, Mima, dan Cosco.

Waktu Operasi
10.00 pagi – 10.00 malam (Ahad – Jumaat)
11.00 pagi – 7.00 petang (Sabtu)

Alamat: Lot S136, 2nd Floor, One Utama Shopping Centre, No. 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini

semak laman web di sini

17. Baby Dots Da Men

Baby-Dots-Da-Men
Kredit Gambar: Arief Budiman
Baby-Dots-Da-Men-
Kredit Gambar: Arief Budiman

Baby Dots Da Men adalah kedai bayi yang menjual pelbagai produk khusus untuk bayi dan kanak-kanak. Di sini, anda boleh menemui pelbagai jenis barangan yang boleh memenuhi keperluan anak-anak anda. Daripada pilihan pakaian yang menarik dan bergaya sehinggalah kepada bekalan makanan penting seperti botol susu, mereka menyediakan segala yang anda perlukan untuk menjadikan waktu makan anak anda lebih mudah. Selain itu, Baby Dots Da Men menyediakan rangkaian peralatan bayi yang luas, boleh dipercayai dan mudah digunakan seperti kereta sorong dan ‘car seat’ bagi memastikan perjalanan anak anda lebih selamat dan selesa.

Alamat: 2, Persiaran Kewajipan, Usj 1, 47600 Subang Jaya, Selangor

Google MapIkuti Sekarang

Google ReviewsDi Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close