10 Kedai Komputer Terbaik di KL 2025

Mengunjungi kedai komputer boleh memberikan pelbagai faedah, termasuk akses kepada teknologi terkini, mendapat nasihat profesional, dan mengetahui pelbagai pilihan produk dan aksesori komputer yang berada di pasaran. Oleh sebab itu, kedai komputer boleh menjadi tempat yang sesuai untuk anda mendapatkan semua keperluan komputer anda.

Adakah anda perlu membeli komputer baharu atau ingin ‘upgrade’ PC anda? Adakah anda perlu membaiki beberapa peranti yang rosak atau membeli alat ganti/ aksesori? Jika anda menjawab ya, lihat 10 kedai komputer terbaik di KL ini.

Adakah Kedai Komputer Menawarkan Perkhidmatan Pemasangan Perisian?

Ya, mereka ada menawarkan perkhidmatan ini. Kedai komputer biasanya menyediakan perkhidmatan pemasangan perisian seperti sistem pengendalian, perisian produktiviti dan program antivirus kepada pelanggan mereka. Walaupun sesetengah kedai mungkin mengenakan bayaran, ada juga kedai lain yang menawarkannya sebagai sebahagian daripada pembelian atau perkhidmatan tambahan.

Apakah Yang Dijual Di Kedai Komputer?

Produk yang dijual di kedai komputer termasuklah PC, komputer riba, tablet, peranti dan perisian seperti sistem pengendalian dan produktiviti, antivirus dan perisian permainan. Kedai komputer juga menawarkan pelbagai perkakasan komputer, perisian, aksesori dan perkhidmatan seperti binaan tersuai (custom builds).

Adakah Kedai Komputer Menawarkan Waranti?

Produk yang dijual di kedai komputer termasuklah PC, komputer riba, tablet, peranti dan perisian seperti sistem pengendalian dan produktiviti, antivirus dan perisian permainan. Kedai komputer juga menawarkan pelbagai perkakasan komputer, perisian, aksesori dan perkhidmatan seperti binaan tersuai (custom builds).

Baca Lagi: 

1. Kedai Komputer di PJ
2. Kedai Komputer di Johor
3. Kedai Komputer di Pulau Pinang
4. Kedai Komputer di Kota Kinabalu

10 Kedai Komputer Terbaik di KL 2025

1. Ideal Tech PC Sdn Bhd

Ideal-Tech-PC-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: Lim Lich
Ideal-Tech-PC-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: Lance Chee

Ideal Tech PC Sdn Bhd menjual dan mengedarkan gajet, GPS dan komponen komputer. Keghairahan mereka terhadap komputer mendorong mereka membina pelantar permainan yang memenuhi keperluan khusus para pemain. Hari ini, mereka berbangga kerana telah mengekalkan hubungan rapat dengan lebih 20 syarikat. Tambahan pula, mereka juga telah membina dan membekalkan lebih daripada 70,000 PC di seluruh Malaysia.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu), Tutup (Ahad)

Alamat: 17, Jalan Pandan Prima 1, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-9202 3137

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/IDEALTECHPC/

Instagram: https://www.instagram.com/idealtechmy/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Brightstar Computer MegaStore

Brightstar-Computer-MegaStore
Kredit Gambar: Brightstar Computer MegaStore
Brightstar-Computer-MegaStore-
Kredit Gambar: Brightstar Computer MegaStore

Brightstar Computer MegaStore merupakan kedai komputer yang menawarkan pilihan produk dan perkakasan IT yang berkualiti seperti pelbagai jenis komputer riba, PC tersuai, monitor, aksesori dan komponen PC serta peralatan permainan. Selain itu, Brightstar Computer telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada rakan kongsi mereka seperti AMD, Acer, Asus, Dell, Gigabyte, Lenovo, MSI, Microsoft, Thermaltake dan Taiwan Excellence.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)  

Alamat: Central Off, 4048, 4th Floor, Plaza Low Yat.7, Jalan Bintang, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang Central, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 014-216 0227

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/brightstarcomp

Instagram: https://www.instagram.com/brightstarcomp/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Dell Official Exclusive Store Malaysia

Dell-Official-Exclusive-Store-Malaysia
Kredit Gambar: Dell Official Exclusive Store Malaysia
Dell-Official-Exclusive-Store-Malaysia-
Kredit Gambar: Dell Official Exclusive Store Malaysia

Dell Official Exclusive Store Malaysia menawarkan komputer riba, PC, aksesori komputer dan perkhidmatan pembaikan yang mengagumkan. Seorang pelanggan memberikan ulasan baik dengan memuji kakitangan bernama Pavitra. Menurutnya, kakitangan ini telah membantu membaiki komputer riba yang mempunyai masalah bateri secara ‘on-the-spot’. Tambahan pula, perkhidmatan kakitangan mereka diperluaskan apabila pelanggan mereka menghadapi masalah teknikal di rumah. Mereka akan membantu menyelesaikan isu tersebut melalui aplikasi ‘Team Viewer’.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)  

Alamat: G035, G Floor, Plaza Low Yat, 7, Jalan Bintang, 55100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 011-1621 4235

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/dellbrightstarcomp

Instagram: https://www.instagram.com/dell.my/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

4. All IT Hypermarket 

All-IT-Hypermarket-
Kredit Gambar: Brett Kwong
All-IT-Hypermarket-
Kredit Gambar: Enas Aly

All IT Hypermarket merupakan kedai komputer yang menyediakan pelbagai alat ganti komputer, komputer riba, aksesori komputer, dan perkhidmatan pembaikan. Mereka dipuji kerana memberi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Sebagai contoh, salah seorang pelanggan mereka memuji apabila ada kakitangan mereka membantunya memilih SSD yang betul dan sangat sabar dalam memberikan penjelasan walaupun penggantian dan pemindahan data hanya mengambil masa yang pendek.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)  

Alamat: 3 – IT – 019 & 019A, 7, Jalan Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2144 6878

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
KLCC (Google Review Di Sini)
MyTown (Google Review Di Sini)
Sunway Velocity (Google Review Di Sini)
Jalan Taman Ibu Kota (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/allithypermarket/

Instagram: https://www.instagram.com/allithypermarket/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. Sri Computers Sdn. Bhd. 

Sri-Computers-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: Gineesh Madapparambath
Sri-Computers-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: Seth Tai

Sri Computers Sdn. Bhd. menjual komputer dan produk berkaitan IT sekurang-kurangnya 30% lebih murah daripada kedai komputer lain. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kakitangan kedai ini sentiasa sibuk menguruskan beberapa pelanggan dalam satu masa. Di samping itu, mereka juga akan menampung permintaan anda jika anda ingin pembelian anda dihantar segera dengan menggunakan perkhidmatan Grab.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 2.88, 2nd floor, low yat plaza, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2141 0871

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SriComputers/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. Lenovo Concept Store Malaysia

Lenovo-Concept-Store-Malaysia
Kredit Gambar: Lenovo Concept Store Malaysia
Lenovo-Concept-Store-Malaysia-
Kredit Gambar: Lenovo Concept Store Malaysia

Lenovo Concept Store Malaysia menawarkan portfolio lengkap PC dan tablet, monitor, aksesori, telefon pintar, rumah pintar dan penyelesaian kerjasama, perisian dan perkhidmatan kepada para pelanggan mereka. Sejak 1995, syarikat ini telah menghantar lebih setengah bilion PC dan membuat tiga peranti pada setiap saat. Selain itu, mereka juga mengeluarkan sebahagian besar produk mereka di premis mereka bagi menampung keperluan para pelanggan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)  

Alamat: G023A, Ground Floor Plaza Low Yat, 7, Jalan Bintang, 55100 Kuala Lumpur

No. Telefon: 014-932 4352

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/LenovoExclusiveStoreMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/lenovo_my/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. TMT HP Concept Store 

TMT-HP-Concept-Store-
Kredit Gambar: Ray Fx
TMT-HP-Concept-Store-
Kredit Gambar: TMT HP Concept Store

TMT HP Concept Store merupakan penyedia penyelesaian komputer dan teknologi maklumat sehenti yang mengutamakan kecekapan, kemudahan dan pengalaman pelanggan. TMT HP Concept Store menawarkan rangkaian produk berkualiti yang luas secara kompetitif tanpa menjejaskan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Selain itu, mereka juga menawarkan penyelenggaraan dan pembaikan kepada pelanggan mereka. Di sini, anda juga boleh mendapatkan tawaran eksklusif daripada pelbagai jenama terkemuka untuk produk komputer dan telefon mudah alih yang anda inginkan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam  (Setiap hari) 

Alamat: Lot G.13A Ground Floor, Plaza Low Yat, Off, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-2856 7389

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ThunderMatch/

Instagram: https://www.instagram.com/tmt_by_thundermatch/channel/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. C-Zone 

C-Zone-
Kredit Gambar: Md Rashid Khan
C-Zone-
Kredit Gambar: Mahfuzealahi Noman

C-Zone menawarkan PC tersuai berkualiti tinggi untuk mereka yang bermain ‘game’. Mereka berusaha untuk mencapai kepuasan para pelanggan. Selain itu, mereka juga mahu meluaskan rangkaian produk mereka yang bermanfaat kepada para pengguna. Kakitangan mereka di sini prihatin, bersedia untuk menyemak spesifikasi dengan pelanggan, dan sangat telus dalam mengenakan caj harga. Anda boleh berkunjung ke sini untuk mencari keperluan komputer yang berkualiti dan berpatutan.

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 9:00 malam  (Setiap hari) 

Alamat: 2 – 042, 043 & 045, 7, Jln Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 019-217 9693

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Compuzone

Instagram: https://www.instagram.com/my.czone/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. Tech Zone Computer Sdn Bhd 

Tech-Zone-Computer-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: Ismail Kamarul Jaman
Tech-Zone-Computer-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: Lew Cher Yong

Tech Zone Computer Sdn Bhd merupakan kedai komputer yang menawarkan komputer, rangkaian produk IT  dan gajet yang berkualiti tinggi. Tech Zone Computer Sdn Bhd telah diasaskan pada tahun 2001. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang dan berusaha untuk menjadi salah satu penjual komputer dan teknologi yang terkemuka dan terbaik di Malaysia. Mereka memberi tumpuan kepada kualiti produk dan sentiasa memastikan para pelanggan menerima produk yang terbaik dari kedai mereka.

Waktu Operasi:
9:30 pagi – 7:30 malam (Isnin – Jumaat)
9:30 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 152, Jalan Selar, Taman Cantik, 56100 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-9200 7736

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/TechZonePuchongBranch/?locale=ms_MY

Instagram: https://www.instagram.com/techzone_my/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Level 3 IT 

Level--IT-
Kredit Gambar: Level 3 IT
Level--IT-
Kredit Gambar: Jash Yeoh

Level 3 IT merupakan kedai komputer yang menawarkan PC yang ‘custom-built’, monitor, komputer riba dan perkhidmatan pembaikan komputer. Kakitangan mereka juga boleh membantu anda menyediakan komputer anda dan menjalankan pemasangan aplikasi jika anda memerlukan perkhidmatan tersebut. Selain itu, jika anda tidak pasti komputer mana yang hendak dibeli, kakitangan mereka dengan senang hati akan membantu dan menasihati anda tentang pilihan terbaik yang ada di kedai tersebut.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam  (Setiap hari)  

Alamat: Off, 3.018, 3rd Floor, Plaza Low Yat, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 011-1630 4235

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/itlevel3brightstarcomp

Instagram: https://www.instagram.com/level3itshop/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close