10 Kafe Minuman Coklat Panas Terbaik di Pulau Pinang 2025

Coklat merupakan pemanis mulut yang sering diambil oleh orang ramai untuk meningkatkan mood mereka. Selain itu, coklat juga merupakan bahan yang digunakan untuk membuat pelbagai pencuci mulut seperti kek dan juga hidangan pastri. Kajian The Washington Post menunjukkan bahawa risiko anda mendapat penyakit jantung akan berkurangan apabila anda makan lebih banyak coklat. Wah, seronoknya!

Jika anda penggemar coklat, anda pasti suka dengan artikel ini. Dalam artikel ini, kami menyenaraikan 10 kafe yang menyediakan minuman coklat panas yang lazat di Pulau Pinang. Anda boleh berkunjung ke kafe-kafe ini untuk merasai sendiri kelazatan minuman yang mereka tawarkan. Berikut adalah 10 kafe yang menyediakan minuman coklat panas di Pulau Pinang.

Adakah Minuman Coklat Panas Sihat Untuk Anda?

Coklat panas kaya dengan flavonoid. Flavonoid berfungsi untuk meningkatkan aliran darah. Aliran darah yang baik dapat mengurangkan risiko penggumpalan darah, sekali gus menurunkan tekanan darah. Selain itu, ia dapat meningkatkan kesihatan jantung dan membantu anda berfikir dengan lebih baik

Bagaimanakah Caranya Membuat Minuman Coklat Panas?

Untuk membuat minuman coklat panas, anda perlukan bahan-bahan seperti serbuk koko, gula, garam, susu dan vanilla. Pertama sekali, anda perlu masukkan serbuk koko, gula, garam, dan 2 sudu besar susu ke dalam periuk kecil. Masak bahan-bahan tadi di atas api sederhana-rendah sambil kacau sehingga serbuk koko dan gula larut. Kemudian, masukkan baki susu dan masak di atas api sederhana sambil kacau sekali-sekala sehingga bahan tersebut larut dan panas. Akhir sekali, anda masukkan vanilla, kacau hingga sebati dan hidangkannya.

10 Kafe Minuman Coklat Panas Terbaik di Pulau Pinang 2024

1. The Mugshot Cafe

The-Mugshot-Cafe
Kredit Gambar: Spring Tomorrow
The-Mugshot-Cafe-
Kredit Gambar: Crisp of Life

The Mugshot Café menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang sedap. Anda boleh memesan kopi atau coklat panas di sini. Selain itu, mereka juga menyajikan Cappucino yang dikisar sendiri untuk penggemar kopi. Apa yang menarik perhatian di sini adalah minuman coklat panas mereka yang menggunakan biji kopi berkualiti tinggi. Anda boleh merasai rasa coklat yang kaya dan pekat daripada minuman coklat anda. Kafe ini sentiasa penuh pada hujung minggu, jadi and aperlu datang awal jika mahu melepak di sini.

Waktu Operasi:
8.00 pagi – 10.00 malam (Ahad – Khamis)  
8.00 pagi – 12.00 tengah hari (Jumaat – Sabtu)

Alamat: 302, Chulia St, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 011-26447007

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Starbucks Coffee Green Hall

Starbucks-Coffee-Green-Hall
Kredit Gambar: HarisRahman Blogspot
Starbucks-Coffee-Green-Hall-
Kredit Gambar: Grab Food

Starbucks Coffee Green Hall menawarkan pelbagai minuman campuran coklat yang enak. Anda boleh mencuba minuman yang menggunakan gabungan koko dari Papua New Guinea dan Pahang. Gabungan koko ini menghasilkan minuman coklat yang rasanya ringan dan asli (seperti Teh Tarik). Sekiranya anda mahukan minuman coklat panas yang sedap, anda boleh berkunjung ke sini untuk memilih minuman coklat yang anda suka. Percayalah, kafe ini tidak akan menghampakan anda!

Waktu Operasi: 8.00 pagi – 10.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Ground Floor, Lot, 1, Jalan Green Hall, 10200, Pulau Pinang

No. Telefon: 012-5039663

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

3. Yin’s Sourdough Bakery and Cafe

Yins-Sourdough-Bakery-and-Cafe
Kredit Gambar: Penang Food for Thought
Yins-Sourdough-Bakery-and-Cafe-
Kredit Gambar: FourSquare

Yin’s Sourdough Bakery and Café menawarkan pelbagai minuman coklat yang bakal membuatkan anda teruja! Anda boleh memesan minuman coklat panas seperti milkshake coklat dan menikmatinya bersama biskut atau Eclairs di sini. Anda juga boleh mencuba minuman coklat panas mereka yang menggunakan 70% coklat cair premium daripada ‘chocolatier’ yang terkenal dari Hong Kong. Bagi mereka yang menggemari coklat, kafe ini bakal menjadi ‘syurga’ makanan untuk anda!

Waktu Operasi:
8.00 pagi – 5.00 petang (Isnin – Ahad)
Tutup (Rabu)

Alamat: 11, Pesara Claimant, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 011-24195118

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

4. The Alley 

The-Alley-
Kredit Gambar: Penang Foodie
The-Alley-
Kredit Gambar: The Yum List

The Alley telah menawarkan minuman coklat panas yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan di Asia. Kebanyakan pelanggan mereka menggemari minuman ini keranan ia digandingkan bersama susu dan rasanya manis. Oleh sebab itu, tidak hairanlah kebanyakan minuman coklat panas yang dihidangkan di kafe ini dihasilkan daripada coklat susu yang mempunyai 51% kandungan koko. Bagi mereka yang lebih sukakan minuman coklat panas mereka sedikit pahit dan gelap, anda boleh memesan minuman coklat koko gelap di kafe ini.

Waktu Operasi: 10.00 pagi – 6.00 petang (Isnin – Ahad)

Alamat: 5, Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 017-3734829

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Constant Gardener Coffee

Constant-Gardener-Coffee
Kredit Gambar: Iwin Lee Blogspot
Constant-Gardener-Coffee-
Kredit Gambar: Penang Foodie

Di Constant Gardener Coffee, anda boleh memesan minuman coklat panas yang berkualiti. Mereka menawarkan minuman coklat panas yang diperbuat daripada biji koko berkualiti seperti koko Tanzania yang pekat, koko Ecuador yang berperisa sitrus dan juga koko Brazil yang mempunyai rasa lembut. Minuman yang paling laris di kafe ini adalah minuman koko yang disediakan daripada biji-biji koko yang diperoleh dari Pahang. Biji-biji koko ini akan dimatangkan dalam bekas Glenfiddich yang telah digunakan bagi memberikan minuman ini rasa ‘smokey’, sitrus dan berperisa.

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 8.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Ground Floor, Penang Chinese Chamber of Commerce Building, 9, Lebuh Light, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 011-60787883

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

6. Harriston Signature

Harriston-Signature
Kredit Gambar: Coretan Murni Alysa
Harriston-Signature-
Kredit Gambar: Barry Boi Blogspot

Lokasi yang penting bagi pengilang coklat Malaysia, Harriston Signature, terletak di George Town, Pulau Pinang. Tongkat Ali Cocoa dan Crunchy Coconut Chocolate merupakan produk ‘signature’ mereka. Produk coklat mereka mempunyai pelbagai variasi seperti coklat yang digandingkan dengan durian, coklat cili, coklat rempah, coklat gelap kari dan banyak lagi. Anda boleh berkunjung ke sini untuk mencuba minuman coklat mereka yang pelbagai dan sungguh lazat. Mana tahu, anda akan menemui minuman coklat yang anda suka di sini?

Waktu Operasi:
8.30 pagi – 6.30 petang (Isnin – Ahad)
Tutup (Khamis)

Alamat: 68, Jalan Kelawai, 10350 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-2261626

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

7. Salon Du Chocolat Gurney Paragon

Salon-Du-Chocolat-Gurney-Paragon
Kredit Gambar: Gurney Paragon Mall
Salon-Du-Chocolat-Gurney-Paragon-
Kredit Gambar: Crisp of Life

Salon Du Chocolat Gurney Paragon merupakan kafe yang menyediakan pelbagai hidangan pastri yang enak. Kafe ini juga menghidangkan minuman coklat panas yang lazat. Mereka menggunakan coklat yang dihasilkan oleh Cocoa Culture, iaitu sebuah syarikat yang diasaskan oleh pengasas Chocolate Concierge, Ong Ning Geng. Syarikat ini mendapatkan cocoa daripada rumah Orang Asli di Pahang dan menjadikannya minuman coklat yang lazat.

Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: Lot 163 D-1-02, Gurney Paragon Mall, Festive Square, Gurney Dr, 10250, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-6090437

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

semak laman web di sini

8. Roots Desserts Bar

Roots-Desserts-Bar-
Kredit Gambar: Ken Hunt Food
Roots-Desserts-Bar-
Kredit Gambar: WL Blogspot

Roots Desserts Bar merupakan salah satu kafe yang terkenal di Pulau Pinang. Mereka menyajikan hidangan pencuci mulut yang lazat dan pelbagai jenis untuk anda merasainya. Selain itu, mereka juga menawarkan minuman coklat panas untuk memenuhi selera anda. Minuman coklat panas mereka sering dipesan oleh orang ramai kerana mempunyai kombinasi koko dan susu yang seimbang. Anda pasti akan menggemari minuman yang berkrim ini.

Waktu Operasi:
2.00 petang – 11.00 malam (Isnin – Jumaat)
12.00 tengah hari – 11.00 malam (Sabtu – Ahad)
Tutup (Selasa)

Alamat: 72, Jalan A.S. Mansoor, 10050 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 014-9099272

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

9. Caffeine Chemistry Coffee

Caffeine-Chemistry-Coffee-
Kredit Gambar: Bangsar Babe
Caffeine-Chemistry-Coffee-
Kredit Gambar: Tripadvisor

Chemistry of Caffeine Coffee menggunakan biji kopi Catunambu bagi menyediakan kopi yang enak. Kafe ini juga terkenal dengan minuman beralkohol dan coklat panas. Anda boleh memesan minuman coklat panas Kahlua yang mempunyai sedikit rasa kopi yang sedap. Para pelanggan dapat membuat pilihan sama ada inginkan coklat panas atau kopi seperti espresso untuk memenuhi selera mereka tatkala mereka berkunjung ke kafe ini.

Waktu Operasi:
3.00 petang – 11.00 malam (Isnin – Ahad)  
Tutup (Rabu)

Alamat: No.27, Nagore Square, Jalan Nagor, Georgetown, 10050 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 04-3055468

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

10. 15 Grams

-Grams
Kredit Gambar: Ken Hunts Food
-Grams-
Kredit Gambar: Ken Hunts Food

15 Grams di Pulau Pinang merupakan salah satu kafe yang terkenal dalam kalangan mereka yang mencari makanan baru untuk dicuba. Kafe ini mempunyai dekorasi yang minimalis dan selesa. Ramai pelanggan datang ke kafe ini untuk mencuba minuman coklat panas mereka. Anda boleh mencuba coklat panas Valrhona yang lazat. Selain itu, kafe ini juga menawarkan minuman coklat panas Dulcey Golden dan Ivoire White Chocolate dari Perancis. Minuman coklat panas ini sedikit pahit dan kurang manis, namun boleh dimaniskan dengan marshamallow yang kenyal.

Waktu Operasi:
9.00 pagi – 6.00 petang (Rabu – Ahad)
Tutup (Isnin, Selasa)

Alamat: Behind Room 18, 82 Lebuh Sungai Pinang, Karpal Singh Dr, 11600 George Town, Pulau Pinang

No. Telefon: 011-39950749

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close