10 Pusat Urut Terbaik di Georgetown 2025

Terapi urutan biasanya dilakukan dalam jangka masa 30, 60, dan 90 minit. Jika anda cenderung untuk tidur selepas diurut, jadualkan sesi urutan anda pada waktu petang. Hal ini kerana anda boleh terus pulang ke rumah selepas mengurut. Selain itu, anda boleh mendapatkan sesi urutan pada waktu awal pagi kerana ia boleh membuatkan anda berasa segar. 

Jika anda ingin tahu, manfaat urutan boleh berkekalan sehingga sebulan secara puratanya. Kebanyakan individu boleh berasa manfaatnya seawal seminggu selepas diurut. Jadi, ia bukan sahaja boleh melegakan ketegangan otot malah boleh melancarkan sistem peredaran darah anda. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk mendapatkan sesi urutan secara berkala. Berikut adalah 10 pusat urut terbaik di Georgetown pada tahun 2025.

Bolehkah Saya Mandi Selepas Diurut?

Anda digalakkan berehat seketika sebelum dan selepas diurut, tidak kira sama ada anda mendapatkan urutan minyak, aromaterapi atau refleksologi. Elakkan mandi selepas atau sebelum sesi urutan dimulakan. Hal ini adalah untuk melancarkan sistem peredaran darah anda selepas urutan dilakukan. Selain itu, ia dapat merehatkan badan buat seketika.

Apakah Perkara yang Dilarang Selepas Anda Selesai Diurut?

Air boleh membantu anda membersih dan mempercepatkan pengeluaran toksin dalam badan anda. Oleh sebab itu, anda digalakkan untuk banyakkan minum air kosong selepas diurut. Selain itu, anda perlu mengelak daripada minum minuman berkafein, bergula dan beralkohol selepas mengurut kerana ia boleh mendehidrasi badan anda.

10 Pusat Urut Terbaik di Georgetown 2025

1. Thai Best Massage Penang

Thai-Best-Massage-Penang
Kredit Gambar: Thai Best Penang
Thai-Best-Massage-Penang-
Kredit Gambar: Thai Best Penang

Thai Best Massage Penang adalah tempat yang sesuai untuk anda menikmati terapi Thai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Pusat urut ini dihias cantik dan mempunyai kakitangan yang mesra. Anda boleh mencuba urutan 4-in-1 untuk kaki, bahagian belakang, bahu dan leher anda selama 90 minit bagi menyegarkan badan. Mereka akan menekan kawasan sakit pada badan anda dengan berhati-hati. Urutan mereka akan melegakan ketegangan otot serta memuaskan hati anda.

Waktu Operasi:
10:30 pagi – 12:00 malam (Isnin, Rabu – Ahad)
11:00 pagi – 12:00 malam (Selasa)

Alamat: 9A, Lorong Kinta, 10400 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/thaibestpenang/ 

Instagram: https://www.instagram.com/thaibestpenang/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. Reflexology Siam Paradise

Reflexology-Siam-Paradise
Kredit Gambar: Reflexology Siam Paradise
Reflexology-Siam-Paradise-
Kredit Gambar: Reflexology Siam Paradise

Reflexology Siam Paradise yang terletak di Jalan Argyll menyediakan peluang untuk anda berehat daripada kesibukan harian. Pusat urut ini menawarkan pengalaman terapeutik yang memuaskan dengan rawatan profesional yang boleh dipercayai. Dengan RM 55, anda boleh mendapat urutan reflexologi kaki melalui teknik tekanan, regangan dan pergerakan secara menyeluruh. Selain itu, mereka juga menawarkan Aromatherapy Full Body Massage, Thai Oriental Full Body Massage, Sports Massage, Hot-Stone Massage dan Refreshing Treatment untuk anda cuba.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 71, Jalan Argyll, Georgetown, 10050 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/siamparadisemy 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

3. Pinang Spa House

Pinang-Spa-House-
Kredit Gambar: Pinang Spa House Penang
Pinang-Spa-House-
Kredit Gambar: Pinang Spa House Penang

Pinang Spa House adalah sebuah tempat yang menyegarkan untuk tubuh, jiwa, dan minda anda. Pusat urut ini dihias dengan dekorasi yang minimalis dan kemas. Tukang urut mereka sangat profesional dan berpengalaman. Oleh sebab itu, mereka sentiasa menjadi pilihan ramai pelanggan untuk sesi urutan. Selain itu, harga sesi urutan mereka juga berpatutan dan berbaloi. Anda akan mendapat pengalaman urutan yang memuaskan kerana mereka menawarkan perkhidmatan pelanggan yang terbaik. 

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 138c, Lebuh Noordin, Georgetown, 10300 Georgetown, Pulau Pinang 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/PinangSpaHouse/ 

4. Imperial Thai Massage Burma Road 

Imperial-Thai-Massage-Burma-Road-
Kredit Gambar: Imperial Thai Massage Center Burma Road
Imperial-Thai-Massage-Burma-Road-
Kredit Gambar: Imperial Thai Massage Center Burma Road

Imperial Thai Massage Burma Road adalah pusat urut yang terkenal di Georgetown. Mereka menawarkan perkhidmatan yang bagus untuk pelanggan mereka. Selain itu, tukang urut mereka juga profesional dan peka tentang keperluan anda. Anda boleh ‘walk-in’ sahaja di sini untuk menikmati sesi urutan yang melegakan selama 90 minit. Tukang urut mereka dapat melegakan lenguh-lenguh atau sakit sendi pada bahu, kaki atau bahagian belakang anda melalui urutan mereka. Anda pasti berpuas hati dengan sesi urutan yang memuaskan di pusat yang bersih dan kemas ini.

Waktu Operasi: 12:30 tengah hari – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 229-F, Jalan Burma, 10050 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Imperialthaipg/ 

5. SS Foot Massage Reflexology

SS-Foot-Massage-Reflexology
Kredit Gambar: Ss Foot Massage-Georgetown
SS-Foot-Massage-Reflexology-
Kredit Gambar: Ss Foot Massage-Georgetown

SS Foot Massage Reflexology adalah pusat urutan kesihatan yang membantu anda menyembuhkan tubuh secara semula jadi. Nikmati urutan kaki yang menyegarkan selama 60 minit. Sesi urutan anda akan dimulai dengan mencuci dan menggosok kaki anda terlebih dahulu. Kemudian, mereka akan melaraskan kerusi urut mereka pada kedudukan yang selesa dan memalapkan lampu agar anda selesa semasa sesi urutan. Jika anda tidak suka diganggu semasa sesi urutan berlangsung, mereka ada menyediakan tirai untuk privasi anda. Selain itu, anda boleh mencuba urutan aromatik selama 1 jam pada harga RM 65 sahaja. Kakitangan mereka mesra dan anda boleh membuat tempahan dengan mudah kerana mereka akan membantu anda.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 38, Lorong Abu Siti, 10400 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/sstown38/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. De Villa Spa

De-Villa-Spa
Kredit Gambar: De Villa Spa Heritage Club
De-Villa-Spa-
Kredit Gambar: De Villa Spa Heritage Club

Jika anda ingin mendapatkan urutan Bali yang asli dan eksklusif, anda boleh berkunjung ke De Villa Spa. Pusat urut ini menawarkan pelbagai jenis rawatan yang menyegarkan termasuklah reflexologi, scrub, detoksifikasi dan rawatan untuk wajah. Pusat urut ini mudah dicari dan mempunyai tempat letak kereta yang luas. Selain itu, ia juga menyediakan perkhidmatan tukang urut profesional yang akan memberi urutan yang memuaskan kepada anda. Anda boleh berehat sambil menikmati sesi urutan yang melegakan ini. Antara jenis rawatan yang ditawarkan di De Villa Spa adalah seperti Signature Javanese Oil Massage, Herbal Compress Massage, Guasha Traditional Massage, Lymphatic Brush Massage, Womb Care Treatment, Urutan Malaysia dan Foot Reflexology.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Lim Mah Chye, 10450 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/De-Villa-Spa-Heritage-Club-163185813714872/ 

Instagram: https://www.instagram.com/devillaspa/?hl=en 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

7. HealthLand Family Wellness Centre

HealthLand-Family-Wellness-Centre
Kredit Gambar: Capital Lee Zong
HealthLand-Family-Wellness-Centre-
Kredit Gambar: Capital Lee Zong

HealthLand Family Wellness Centre memberikan suasana yang santai dan tenang untuk pelanggan yang berkunjung ke sini. Pusat urut ini menawarkan pelanggan rawatan kesihatan premium dalam harga yang sangat berpatutan. Antara jenis rawatan yang disediakan di sini adalah rawatan kaki, rawatan tradisional Thai, rawatan ‘deep tissue’, rawatan Thainess Oil, rawatan untuk separuh badan, urutan uterus dan banyak lagi. Suasana persekitaran mereka yang bersih dan tenang adalah sesuai untuk ahli keluarga dan rakan-rakan anda mendapatkan urutan. Selain itu, tukang urut Thai mereka sangat mahir dan berpengalaman dalam memberikan sesi urutan yang memuaskan kepada anda.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 56&58, Lorong Abu Siti, Georgetown, 10400 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/HLGeorgeTown/ 

Instagram: https://www.instagram.com/healthlandmy/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. TCS Foot Reflexology

TCS-Foot-Reflexology-
Kredit Gambar: TCS Foot Reflexology & DDS Bio Electric Therapy Centre
TCS-Foot-Reflexology
Kredit Gambar: TCS Foot Reflexology & DDS Bio Electric Therapy Centre

TCS Foot Reflexology telah menyediakan refleksologi kaki yang asli dalam persekitaran pusat urut yang selesa dan bersih sejak tahun 1985. Mereka mengenakan tekanan kepada bahagian badan anda yang sakit atau lenguh melalui teknik urutan mereka. Kakitangan mereka mesra dan sering berkongsi nasihat tentang kesihatan kepada pelanggan. Untuk mendapatkan sesi urutan di sini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu. Hal ini kerana pusat urut ini sering dipenuhi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan urutan pada kadar harga yang berpatutan.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 6:00 petang  (Isnin, Rabu – Ahad)

Alamat: A2-07, Level 2, Komtar, Jln Penang, 10000 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/tcsreflexology/ 

9. Thai Odyssey @ Gurney Paragon Mall

Thai-Odyssey-@-Gurney-Paragon-Mall
Kredit Gambar: Thai Odyssey
Thai-Odyssey-@-Gurney-Paragon-Mall-
Kredit Gambar: Thai Odyssey

Anda akan berasa kagum dengan suasana pusat urut ini yang diinspirasikan daripada warisan budaya Thai yang kaya dan mempesonakan. Anda boleh menghilangkan keletihan atau sakit badan dengan urutan Thai asli di sini. Urutan Thai asli merupakan teknik penyembuhan semula jadi sejak berabad lamanya. Selain itu, anda juga boleh mencuba Thai Aromatherapy Massage, Thai Herbal Therapy, Traditional Foot Massage, dan Half Body Massage yang ditawarkan di sini mengikut keperluan anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot 163D-3-36, Level 3, Gurney Paragon Mall, Persiaran Gurney, 10250 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ThaiOdyssey 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. CKMassage Penang

CKMassage-Penang
Kredit Gambar: CKMassage
CKMassage-Penang-
Kredit Gambar: CKMassage

CKMassage Penang menyediakan pelbagai perkhidmatan urutan ‘outcall’, termasuklah urutan seluruh badan dan urutan minyak tradisional. Tukang urut mereka mahir dalam pelbagai jenis teknik mengurut dari seluruh dunia, termasuk urutan Thai dan Bali. Urutan Thai dan Bali adalah antara urutan yang terkenal dalam membantu mengembalikan kestabilan mental, meningkatkan peredaran darah, serta menyembuhkan dan menyegarkan minda anda. Melalui urutan ini, anda boleh melegakan sakit badan dan berehat seketika sambil menikmati urutan yang memuaskan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 170, Persiaran Gurney, 10250 Georgetown, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ckmassagepg/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close