10 Klinik Rawatan Rambut Gugur Terbaik di Johor 2025

Johor menawarkan pelbagai rawatan keguguran rambut yang canggih untuk membantu anda mengatasi masalah rambut menipis dan botak. Sama ada anda mencari rawatan pemindahan rambut, micropigmentation kulit kepala, atau kaedah non-invasive seperti terapi laser dan PRP (Platelet-Rich Plasma), klinik-klinik ini menyediakan semua pilihan tersebut. Jika rambut anda mula menipis atau menghadapi masalah keguguran rambut yang lebih serius, para profesional berpengalaman di klinik-klinik ini mahir dalam teknik terkini untuk merangsang pertumbuhan semula rambut dan menguatkan rambut anda.

Setiap klinik menawarkan konsultasi peribadi untuk membangunkan pelan rawatan yang sesuai dengan keperluan diri anda. Dengan teknologi terkini dan pengamal yang mahir, klinik-klinik ini mencatat kadar kejayaan yang mengagumkan, dengan membantu pelanggan mendapatkan semula rambut dan keyakinan mereka. Berikut adalah 10 klinik rawatan rambut gugur terbaik di Johor pada tahun 2025, bagi membantu mengembalikan semula keyakinan anda!

10 Klinik Rawatan Rambut Gugur Terbaik di Johor 2025

1. Dr Chong Clinic

Dr Chong Clinic 4
Kredit Gambar: Dr Chong Clinic
Dr Chong Clinic 11
Kredit Gambar: KL Now

Dr Chong Clinic menawarkan pendekatan menyeluruh untuk rawatan keguguran rambut dengan pelbagai penyelesaian seperti ubat-ubatan, suplemen, dan Photo-Dynamic Therapy (PDT). PDT menggunakan terapi cahaya untuk merangsang folikel rambut dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Gabungan ubat-ubatan dan suplemen memastikan rambut anda menerima nutrien penting yang diperlukan. Manakala PDT meningkatkan hasil dengan memperbaiki kesihatan kulit kepala secara keseluruhan dan meremajakan kawasan yang rambut yang menipis. Kaedah ini menawarkan penyelesaian yang seimbang dan berasaskan sains untuk pemulihan rambut.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: No.15 & 17 Ground Floor, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 79100 Iskandar Puteri, Johor

No Telefon: 07-217 3919

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/drchongclinic/ 

Instagram: https://www.instagram.com/drchongclinic/ 

2. Luxe Studio

Luxe Studio
Kredit Gambar: Matthew Chia
Luxe Studio 1
Kredit Gambar: Freepik

Di Luxe Studio, rasai kesan menenangkan daripada Aroma Head Spa yang direka khas yang mampu menyegarkan kulit kepala dan mengatasi masalah keguguran rambut. Rawatan anti-rambut gugur ini bukan sahaja membantu mengurangkan masalah rambut menipis, tetapi juga mempromosikan relaksasi menggunakan aroma semulajadi dan teknik urutan lembut. Ia adalah pengalaman yang merevitalisasi rambut serta deria anda, menjadikannya rawatan yang sempurna untuk mereka yang mencari teknik penjagaan rambut yang lebih holistik dan menyenangkan, sambil menangani masalah kulit kepala dalam suasana yang selesa dan menenangkan.

Waktu Operasi: 10:00  pagi – 8:00 malam(Isnin – Ahad)

Alamat: L2-090&091, KSL City, 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-272 1388

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/firstchoicehairsalon.jb

3. Yun Nam Hair Care

Yun Nam Hair Care 2
Kredit Gambar: Yun Nam Hair Care
Yun Nam Hair Care 3 1
Kredit Gambar: DaddynShane2U

Yun Nam Hair Care pakar dalam rawatan rambut menggunakan campuran 35 herba yang dipilih khas, termasuk ginseng. Penyelesaian yang disesuaikan oleh mereka adalah bertujuan untuk menangani pelbagai masalah keguguran rambut dan kulit kepala, menggabungkan bahan semula jadi yang berkualiti premium dengan teknik yang berkesan. Setiap sesi dirancang dengan teliti mengikut keperluan spesifik anda, memastikan rawatan yang berkesan dan tahan lama yang memperbaiki kesihatan rambut dari masa ke masa. Dengan kepakaran mereka dalam perihal herba, Yun Nam menggunakan kaedah semula jadi bagi rawatan keguguran rambut yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Waktu Operasi:
10:30 pagi – 8:30 malam (Isnin – Jumaat)
10:30 pagi – 7:00 malam (Sabtu & Ahad)

Alamat: Lot 2F-71 & 72, Paradigm Mall, Skudai Hwy, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-267 2522

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/yunnammy/ 

Instagram: https://www.instagram.com/yunnammy/ 

4. Revival Medical Clinic

Revival Medical Clinic
Kredit Gambar: Revival Medical Clinic
Revival Medical Clinic 6
Kredit Gambar: Revival Medical Clinic

Revival Medical Clinic menyediakan pelbagai rawatan untuk mengatasi masalah keguguran rambut, termasuk Venus Legacy untuk meremajakan kulit kepala, mesoterapi yang memberikan nutrisi penting terus ke kulit kepala, serta ubat oral dan suplemen untuk menyokong kesihatan rambut dari dalam. Rawatan mereka yang canggih, seperti Booster dan AQ Advanced Hair Complex, memberi tumpuan kepada pemakanan dan menggalakkan pertumbuhan semula rambut dari akar, bagi menangani masalah rambut gugur. Prosedur yang disokong oleh sains ini direka untuk mempromosikan hasil yang berkekalan dan mampu mengekalkan kesihatan dan kekuatan rambut anda.

Waktu Operasi: 
9:30 pagi – 6:30 petang (Isnin – Rabu)
10:00 pagi – 6:30 petang (Khamis)
9:30 pagi – 7:30 petang (JUmaat)
9:30 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 8, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, Johor 

No Telefon: 016-772 3833

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/revivalmedicalclinicjb/ 

Instagram: https://www.instagram.com/revivalmedicalclinicjb/  

5. Dermed Clinic

Dermed Clinic
Kredit Gambar: Dermed Clinic
Dermed Clinic 2
Kredit Gambar: Dermed Clinic

Di Dermed Clinic, Dr. Muniandi dan pasukannya menawarkan beberapa penyelesaian untuk merawat masalah rambut gugur dengan berkesan. Suntikan mesoterapi yang mengandungi bahan-bahan yang kaya dengan nutrisi, ubat-ubatan, serta ekstrak tumbuhan, diberikan terus ke dalam kulit kepala bagi mendapatkan penyerapan dan penyegaran yang maksimum. Bagi mereka yang mencari pilihan non-invansive, Dermed Clinic menawarkan topical and oral medications. Selain itu, PRP (Platelet-Rich Plasma) menggunakan plasma sendiri, yang kemudiannya akan disuntik ke dalam kulit kepala bagi merangsang pertumbuhan semula rambut secara semulajadi. Gabungan kaedah ini menyasarkan bahagian rambut yang nipis, bagi membantu pesakit mendapatkan rambut yang lebih sihat dan lebat pada masa akan datang.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: G02& 01-02, Blok 5 Danga Bay , Jalan Skudai, Batu 4 1/2, Johor Bahru, 80200 Johor

No Telefon: 016-699 9097

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/DermedClinic/

Instagram: https://www.instagram.com/dermedclinic/?hl=en

6. Dr Wee Clinic

Dr Wee Clinic 2
Kredit Gambar: Dr Wee Clinic
Dr Wee Clinic 5
Kredit Gambar: Freepik

Klinik Dr Wee memberikan fokus terhadap teknik rawatan rambut yang canggih. Mereka menawarkan terapi sel stem dan suntikan PRP. Rejuvenation treatments  ini akan merangsang folikel rambut, menggalakkan pertumbuhan, dan secara berkesan mengurangkan masalah  keguguran rambut dari masa ke masa. Pendekatan inovatif mereka menawarkan manfaat jangka panjang bagi mereka yang mengalami masalah penipisan rambut dan mencari penyelesaian yang kekal.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 87, Jalan Harimau Tarum, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 017-554 7977

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/DRWEECLINIC/ 

7. MH Clinic

MH Clinic
Kredit Gambar: Brian Yee
MH Clinic 1 1
Kredit Gambar: MH Clinic

MH Clinic memberikan pengkhususan terhadap rawatan lanjutan dan telah terbukti secara saintifik untuk pertumbuhan semula rambut dan peremajaan. Kaedah mereka yang berkesan merawat pelbagai keadaan kehilangan rambut sama ada bagi lelaki dan wanita, dengan fokus pada pemulihan pertumbuhan rambut secara semula jadi. Klinik ini menggabungkan teknologi terkini dengan pengalaman bertahun-tahun untuk memberikan rawatan yang meningkatkan vitaliti dan kekuatan rambut, serta mempromosikan kesihatan jangka panjang. Dengan pendekatan yang diperibadikan, MH Clinic membantu pesakit mendapatkan rambut yang lebih lebat, sihat, dan kelihatan semula jadi serta tahan lama.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 42, Jalan Sri Pelangi 4, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 016-713 2714

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/MHCLINICJB/ 

Instagram: https://www.instagram.com/mhclinic.jb/

8. Medi Clinic

Medi Clinic 2
Kredit Gambar: Google Maps
Medi Clinic 2 1
Kredit Gambar: Freepik

Medi Clinic menawarkan beberapa rawatan rambut gugur, termasuk rawatan PRP Scalp, CYJ Hair Filler, dan PDRN Scalp therapies untuk menangani rambut nipis. Rawatan PRP dan PDRN menyuntik nutrien penting dan  growth factors terus ke dalam kulit kepala, merangsang pertumbuhan rambut baru, manakala CYJ Hair Filler berperanan dalam menguatkan dan menebalkan rambut dari akar. Rawatan canggih ini bertujuan untuk memulihkan ketumpatan rambut, mengurangkan penipisan rambut, dan meningkatkan kesihatan kulit kepala secara keseluruhan, memberikan hasil yang berkekalan untuk individu yang mencari penyelesaian tanpa melakukan pembedahan.

Waktu Operasi: 10:00  pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 45, Jalan Molek 1/5, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 016-710 9576

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/MediClinicJohor/ 

Instagram: https://www.instagram.com/mediclinicjohor/

9. Klinik Suzana

Klinik Suzana
Kredit Gambar: Klinik Suzana
Klinik Suzana 3
Kredit Gambar: Klinik Suzana

Klinik Suzana menawarkan pelbagai penyelesaian kepada masalah keguguran rambut. Termasuklah Hair Filler, Hair Mesotherapy, dan  Hair Growth Laser (Theradome). Hair Filler dan mesoterapi dapat memberikan nutrien yang  penting kepada kulit kepala, dan akan mendorong Hair Mesotherapy baru serta memberikan kesegaran kepada folikel. Hair Growth Laser (Theradome) merangsang pertumbuhan rambut menggunakan terapi cahaya non-invasive, memberikan pilihan yang selamat dan tanpa rasa sakit untuk memulihkan rambut yang menipis. Rawatan ini digabungkan untuk meningkatkan kesihatan rambut dan mempromosikan kulit kepala yang lebih penuh dan muda bagi lelaki dan wanita.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang(Isnin – Ahad)

Alamat: 38, Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 07-244 6248

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kliniksuzana/

Instagram: https://www.instagram.com/kliniksuzana/

10. NOX Clinic

NOX Clinic
Kredit Gambar: NOX Clinic
NOX Clinic 5
Kredit Gambar: Freepik

Klinik NOX menawarkan Regenera Activa, iaitu satu rawatan canggih yang diluluskan oleh FDA yang direka untuk merangsang pertumbuhan rambut baru dan memperbaiki folikel yang rosak. Kaedah inovatif ini khusus untuk meningkatkan ketebalan rambut, mengurangkan keguguran rambut, dan memperbaiki kesihatan kulit kepala dari masa ke masa. Regenera Activa menggunakan sel-sel semula jadi dari badan anda untuk meremajakan folikel rambut, memberikan cara yang semula jadi dan berkesan untuk mengatasi masalah rambut menipis. Ini adalah pilihan ideal bagi individu yang mencari penyelesaian jangka panjang tanpa perlu menjalani prosedur invasif.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 105, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor

No Telefon: 018-218 8802

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/noxclinic/ 

Instagram: https://www.instagram.com/noxclinics/ 


Baca lebih banyak artikel di bawah untuk rawatan estetik dan penjagaan diri terbaik yang tersedia di Johor!

  1. Klinik Rawatan Parut Jerawat Terbaik di Johor
  2. Tempat Terbaik Untuk Rawatan Stem Cell di Johor
  3. Klinik Pergigian Kosmetik Terbaik di Johor

Soalan Lazim

Mengambil suplemen biotin mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan rambut, tetapi keberkesanannya dalam meningkatkan pertumbuhan rambut berbeza-beza. Biotin, juga dikenali sebagai vitamin B7, memainkan peranan dalam mengekalkan rambut, kulit, dan kuku yang sihat. Walau bagaimanapun, bagi orang yang tidak mengalami kekurangan biotin, pengambilan suplemen mungkin tidak meningkatkan pertumbuhan rambut secara ketara.

Sekiranya seseorang mengalami kekurangan biotin, yang mana jarang berlaku, suplemen biotin boleh membantu meningkatkan ketebalan dan kekuatan rambut. Bagi kebanyakan orang, diet seimbang sudah cukup untuk menyediakan biotin yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan rambut normal, dan pengambilan tambahan mungkin tidak memberikan perubahan yang ketara. Selalu adalah terbaik untuk berunding dengan doktor sebelum memulakan sebarang suplemen.

Rawatan untuk rambut gugur di Malaysia merangkumi pilihan bukan invasif seperti terapi PRP (Plasma Kaya Platelet), terapi laser, dan mesoterapi, serta ubat-ubatan seperti minoxidil dan finasteride. Transplantasi rambut, seperti Pengeluaran Unit Folikular (FUE) dan Transplantasi Unit Folikular (FUT), juga popular. Klinik-klinik juga mungkin menawarkan rawatan yang lebih maju seperti Regenera Activa, yang menggunakan sel stem untuk merangsang pertumbuhan rambut.

Genetik memainkan peranan yang penting dalam keguguran rambut, terutamanya dalam kes alopecia androgenetik, yang lebih dikenali sebagai kebotakan corak lelaki atau wanita. Jenis keguguran rambut ini diwarisi dan menyebabkan penipisan rambut secara beransur-ansur dari masa ke masa. Lelaki mungkin akan perasan garis rambut yang makin surut atau bintik-bintik botak, manakala wanita biasanya mengalami penipisan di bahagian mahkota. Keguguran rambut yang diwarisi secara genetik ini boleh bermula seawal usia akhir belasan tahun atau awal dua puluhan pada lelaki dan biasanya selepas menopaus pada wanita.

Ya, keguguran rambut pada wanita sering kali muncul dengan cara yang berbeza berbanding lelaki. Sementara lelaki biasanya mengalami garis rambut yang semakin surut atau bintik-bintik botak disebabkan oleh alopecia androgenetik, wanita cenderung mengalami penipisan rambut secara keseluruhan, terutamanya di bahagian mahkota, tanpa garis rambut yang surut. Keguguran rambut pada wanita juga boleh dicetuskan oleh ketidakseimbangan hormon, kehamilan, atau menopaus. Rawatan untuk wanita biasanya memberi tumpuan kepada menangani masalah hormon yang mendasari di samping terapi pemulihan rambut.


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close