9 Tempat Menarik di Kuala Lumpur 2026

Kuala Lumpur ialah ibu kota Malaysia dan mempunyai banyak tempat pelancongan untuk dilawati. Siapa yang tidak kenal dengan mercu tanda Kuala Lumpur? Menara Berkembar Petronas senantiasa menerima kunjungan daripada pelancong seantero dunia. Kuala Lumpur juga merupakan salah satu bandar di Asia yang paling banyak dikunjungi kerana selamat selain kaya dengan sejarah dan warisannya.

Untuk maklumat anda, Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-35 dalam Indeks Bandar Selamat EIU selain berjaya mencatat skor yang tinggi dari segi keselamtan individu dan peribadi. Bandar ini juga merupakan hub perniagaan utama pelbagai syarikat gergasi di seluruh dunia.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Kuala Lumpur?

Semasa anda berada di Kuala Lumpur, singgah di Petaling Street untuk menikmati hidangan tempatan yang lazat. Petaling Street juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Chinatown Kuala Lumpur. Di sini, anda boleh menikmati makanan jalanan tempatan seperti Muah Chee dan Bebola Kentang Goreng sambil meninjau kawasan untuk membeli-belah. Pada sebelah petang, anda boleh melarikan diri dari panas terik dengan melancong ke Taman Tasik Titiwangsa yang indah.

Untuk makan malam, anda boleh memanjakan diri anda dengan pilihan menu yang hebat di Canopy Lounge Rooftop Bar KL  yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sambil menjamu selera, anda boleh menikmati pemandangan Menara Berkembar Petronas yang menakjubkan.

9 tempat menarik di Kuala Lumpur 2026

1. VCR Cafe

Have Breakfast At VCR Cafe
Kredit Gambar: @vcrlovesyou

Kafe VCR menyajikan hidangan sarapan yang lazat. Anda boleh memulakan hari anda dengan Hojicha Bru yang sejuk diikuti dengan roti bakar Perancis yang enak. Selain itu, anda juga boleh memesan hidangan sarapan Inggeris. Cubalah burger ketam yang lazat. Anda pasti tidak menyesal. Untuk hidangan pencuci mulut, anda boleh mencuba tart lemon dan kek coklat klasik kerana menu ini agak popular dalam kalangan pengunjung.

Waktu operasi: Setiap hari (8.30 pagi-11.00 tengah hari)

Alamat: : 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Instagram:  https://www.instagram.com/vcrlovesyou/

2. The Art House Gallery Museum Of Ethnic Arts

Immerse yourself in The Collections At The Art House Gallery Museum Of Ethnic Arts
Kredit Gambar: Tripadvisor
Immerse yourself in The Collections At The Art House Gallery Museum Of Ethnic Arts
Kredit Gambar: Tripadvisor

Muzium ini telah diasaskan oleh En. Leonard Yiu. Muzium ini terdiri daripada tiga dewan, iaitu dua dewan yang pertama menempatkan karya seni untuk dijual manakala dewan terakhir pula mempamerkan koleksi seni pemilik muzium ini. Jika anda masuk ke muzium ini, anda akan merasai seolah-olah anda berada di alam lain kerana disajikan dengan pelbagai pameran yang menarik seperti topeng puak, tengkorak berukir, azimat pelindung dan banyak lagi. Semua artifak unik ini dikumpul oleh beliau dari pelbagai etnik semasa beliau menggembara ke kawasan terpencil seperti Pulau Sumba, Bali, dan Pulau Kalimantan.

Waktu operasi: Setiap hari (10.30 pagi-6.00 petang)

Alamat: Lot 3.04 & 3.05, Level 2, Annexe Building, Central Market, 10, Jalan Hang Kasturi, 50050 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook:  https://www.facebook.com

3. Menara Berkembar Petronas

Take Beautiful Instagram Shots At The Petronas Twin Towers
Kredit Gambar: klook.com
Take Beautiful Instagram Shots At The Petronas Twin Towers
Kredit Gambar: klook.com

Kunjungan anda ke Kuala Lumpur tidak lengkap tanpa singgah ke Menara Berkembar Petronas yang ikonik untuk sesi bergambar. Dengan ketinggian lebih 1,483 kaki, yakni 88 tingkat, Menara Berkembar Petronas kekal sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Kedua-dua menara itu dibina dalam tempoh 6 tahun dan menelan belanja sebanyak RM6 bilion. Kedua-dua menara ini dilengkapi dengan sistem yang menyelaraskan telekomunikasi dengan lancar, sistem kawalan alam sekitar,  bekalan kuasa, pencahayaan, kawalan kebakaran dan asap serta keselamatan bangunan. Hari ini, pengunjung dari seluruh dunia mengembara ke pekarangan Menara Berkembar Petronas untuk mengagumi keindahannya.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: Concourse Level, Petronas Twin Tower, Lower Ground, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.petronastwintowers.com.my/

Rujuk harga di klook

4. Taman Tasik Titiwangsa

Have A Picnic At Taman Tasik Titiwangsa
Kredit Gambar: Tripadvisor
Have A Picnic At Taman Tasik Titiwangsa
Kredit Gambar: Tripadvisor

Taman Tasik Titiwangsa ialah sebuah taman yang berlatarkan langit bandaraya Kuala Lumpur.  Taman indah ini terletak di pinggir timur laut Kuala Lumpur dan mempunyai tasik biru tua di tengah-tengah taman dengan rumput hijau yang mengelilinginya. Taman ini merupakan lokasi sesuai untuk bersenam atau bersiar-siar bersama keluarga. Anda juga boleh merancang aktiviti perkelahan bersama keluarga ataupun rakan di sini. Kanak-kanak boleh berseronok di taman permainan berdekatan manakala orang dewasa boleh berbual-bual sambil memerhatikan anak-anak mereka bermain. Pada masa yang sama, anda boleh menikmati udara segar dan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang indah.

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Tasik, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.dbkl.gov.my/taman-tasik-titiwangsa/

5. Underwater World of Aquaria KLCC

Dive into The Underwater World of Aquaria KLCC
Kredit Gambar: klook.com
Dive into The Underwater World of Aquaria KLCC
Kredit Gambar: klook.com

Terokai dunia bawah air di Aquaria KLCC, sebuah lautan yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Aquaria KLCC menempatkan sejumlah 5,000 pameran haiwan darat dan akuatik yang mengagumkan. Di sini, anda akan dibawa mengembara di bawah air melalui terowong kaca sepanjang 90 meter. Melalui terowong ini, anda boleh melihat pelbagai jenis ikan, pari dan juga jerung yang berenang di sekeliling anda. Jika anda seorang penyelam bertauliah, Aquaria KLCC boleh menawarkan anda pengalaman untuk berenang bersama ikan jerung.

Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-7.00 petang)

Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre, Jalan Pinang, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://aquariaklcc.com/

6. Menara Kuala Lumpur

Enjoy A Panoramic View From Menara Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com
Enjoy A Panoramic View From Menara Kuala Lumpur
Kredit Gambar: klook.com

Menara Kuala Lumpur ialah menara ke-7 tertinggi di dunia dan merupakan menara telekomunikasi setinggi 15 tingkat, yakni 421 meter di Kuala Lumpur. Menara KL ini menawarkan tarikan seperti Dek Pemerhatian, SkyBox, Revolving Restaurant (Atmosphere 360°), Amphitheater, Teater Mini, F1 Simulator, Blue Coral Aquarium  dan Zoo Mini. Anda juga boleh menikmati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari Dek Pemerhatian ataupun memasuki SkyBox, iaitu kotak kaca yang terbentang dari Sky Deck pada ketinggian 300 meter.

Waktu operasi:  Isnin-Jumaat (11.00 pagi-7.00 petang), Sabtu-Ahad (10.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: No. 2 Jalan Punchak Off, Jalan P. Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://menarakl.com.my/

7. Pasar Seni

Buy A Souvenir From The Central Market
Kredit Gambar: centralmarket.com.my
Buy A Souvenir From The Central Market
Kredit Gambar: centralmarket.com.my

Pasar Seni Kuala Lumpur ialah sebuah bangunan bersejarah yang menempatkan seni dan budaya Malaysia. Bangunan ini mempunyai lebih daripada 300 kedai yang menjual kraftangan tempatan, tekstil, cenderamata dan restoran. Hari ini, Pasar Seni telah menjadi destinasi popular dalam kalangan pelancong dan pencinta seni untuk membeli-belah dan menghayati seni di sini. Terdapat laluan pejalan kaki berbumbung yang menampilkan pelbagai gerai berwarna-warni, makanan ringan tempatan dan cenderamata di sebelah bangunan ini. Lokasi ini merupakan tempat yang sesuai untuk mencari hadiah unik bagi orang yang tersayang.

Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-6.00 petang)

Alamat: Lot 3.04-3.06, 06, Jalan Hang Kasturi, City Centre, 50050 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web http://www.centralmarket.com.my/about.php

8. Petaling Street

Experience Local Cuisine At Petaling Street
Kredit Gambar: Tripadvisor
Experience Local Cuisine At Petaling Street
Kredit Gambar: Tripadvisor

Petaling Street ialah jalan yang berwarna-warni dan meriah selain mempunyai pelbagai jenis kedai yang terdiri daripada kedai bunga, kedai ubat, kedai pakaian, gerai makanan, bar dan restoran. Di Petaling Street, anda boleh menikmati makanan jalanan seperti Muah Chee yang diperbuat daripada pulut yang disalut dengan kacang tanah. Beberapa gerai di sini ada menjual Mee Hokkien dan Mee Daging yang merupakan hidangan mi Cina yang popular di Malaysia. Jangan lupa untuk mencuba minuman manis “Air Mata Kucing” bagi membantu anda kekal sejuk dalam cuaca Malaysia yang panas. Anda juga boleh mencuba makanan jalanan tempatan yang lain seperti pastri Cina dan Sweet Potato Balls.

Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 8 malam)

Alamat: Jalan Petaling, Kuala Lumpur City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://itc.gov.my/flea-market-petaling-street-chinatown

9. Canopy Lounge Rooftop Bar KL

Enjoy A Night Out At The Canopy Lounge Rooftop Bar KL
Kredit Gambar: @canopyloungekl
Enjoy A Night Out At The Canopy Lounge Rooftop Bar KL
Kredit Gambar: @canopyloungekl

Canopy Lounge Rooftop Bar KL ialah bar berkonsep terbuka yang berlatarkan Menara Berkembar Petronas yang cantik. Bar ini terdiri daripada lounge atas bumbung, lounge shisha, bar pencuci mulut dan bar koktel. Menu yang mereka tawarkan termasuklah makanan Barat seperti Chicken Tenders, Parmesan Truffle Fries, Aglio Olio, Salmon Steak, Beer-Battered Fish & Chips, Cajun Chicken Strip Burger dan Canopy’s Beef Burger yang istimewa. Terdapat juga pelbagai jenis pizza untuk dipilih seperti Pizza Margherita yang dihiasi dengan Lada Benggala, tomato ceri dan buah zaitun hitam. Selain itu, Pizza Chicken Tandoori yang diperbuat daripada pepperoni ayam, ayam tandoori, Lada Benggala, bawang, dan kepingan cili turut menjadi pilihan popular di sini.

Waktu operasi : Setiap hari (3.00 petang- 2.00 pagi)

Alamat: 183, Jln Mayang, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.canopylounge.my/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close