Ramai orang ingin mempunyai percutian yang indah dan bermakna bersama keluarga. Tidak kiralah ke mana sahaja anda pergi, yang penting anda dapat meluangkan masa bersama keluarga, mengenal mereka dengan lebih rapat dan memberi sokongan kepada mereka.
Keluarga yang mempunyai anak kecil seperti kanak-kanak semestinya mencari destinasi percutian yang menyeronokkan seperti taman tema. Mengapa? Kerana taman tema menyediakan banyak permainan yang menyeronokkan dan tidak didapati di mana-mana. Jadi, jika anda membawa anak-anak anda ke taman tema, percutian mereka pasti menyeronokkan dan menjadi kenangan manis buat mereka.
Bagaimanakah anda menentukan taman tema yang sesuai untuk percutian anda?
Kini di Malaysia sudah banyak taman tema dibangunkan atas tujuan riadah dan juga pelancongan. Anda boleh membuat kajian dan membaca ulasan yang ditinggalkan oleh para pengunjung secara dalam talian. Membuat kajian ini tidak susah kerana sekarang maklumat semuanya dihujung jari. Berbincanglah dengan pasangan anda untuk menentukan taman tema mana yang ingin dikunjungi. Apa yang penting, lokasi taman tema itu tidak jauh daripada kediaman anda supaya masa perjalanan tidak habis begitu sahaja.
Selain itu, anda juga harus membuat perancangan bajet kerana bayaran masuk ke taman tema berbeza-beza. Hal ini harus diberi perhatian yang lebih kerana jika silap mengira bajet, percutian anda dan anak-anak ke sini bakal menjadi huru-hara! Tetapi jangan risau! Banyak taman tema di Malaysia yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan bayaran yang berpatutan untuk anda pilih. Jadi, berikut ialah senarai 10 taman tema terbaik di Malaysia 2025.
10 Taman Tema Terbaik di Malaysia 2025
1. LEGOLAND Malaysia



LEGOLAND Malaysia ialah taman tema terkenal yang terletak di Johor Bahru. Taman tema ini dikatakan mempunyai pelbagai permainan berunsurkan pengembaraan. Ia menawarkan kebih daripada 40 aktiviti dan sesuai untuk seisi keluarga. Bersedialah kerana taman tema ini boleh mengubah fantasi anda menjadi realiti! Anda perlu mencuba 8 tema pengembaraan yang disediakan di sini seperti taman air, akuarium dan juga Hotel Legoland!
Waktu operasi: Isnin, Jumaat-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang), Selasa, Khamis (10.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Nusajaya, Johor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. Sunway Lagoon




Sunway Lagoon ialah taman tema yang mesti anda cuba di Malaysia! Sunway Lagoon ini terletak di Bandar Sunway yang meriah di Kuala Lumpur. Taman tema ini besar dan sentiasa memukau pengunjung, baik penduduk tempatan mahupun pelancong kerana ia menyediakan 6 zon pengembaraan yang menyeronokkan untuk dicuba. Luangkanlah hari minggu anda di sini bersama keluarga!
Waktu operasi: Isnin, Rabu-Ahad (10.00 pagi -6.00 petang)
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Subang Jaya, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. Lost World Of Tambun




Lost World of Tambun menyediakan anda dengan pelbagai permainan air dan darat yang menarik. Anda boleh bermain pelbagai gelongsor air dan kapal lanun bersama keluarga anda. Pada masa yang sama, anda boleh melawat zoo untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis haiwan. Taman tema ini berbeza daripada taman tema yang lain kerana ia terletak di dasar cerun batu kapur yang berusia 400 juta tahun. Ini bermakna taman tema ini menawarkan lebih daripada sedozen kolam mata air panas semula jadi buat pengunjungnya!
Waktu operasi: Isnin, Rabu-Jumaat (11.00 pagi-11.00 malam), Sabtu-Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah (10.00 pagi-11.00 malam)
Alamat: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. ESCAPE Theme Park



Taman Tema ESCAPE mempunyai gelongsor tiub air terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 1,111 meter. Anda boleh menghabiskan masa anda di Adventure Play Park dan Waterplay Park kerana ia menawarkan lebih daripada 30 aktiviti seperti ziplining, water slides, rock climbing dan banyak lagi.
Waktu operasi: Selasa-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. Desaru Coast Adventure Waterpark



Desaru Coast Adventure Waterpark ialah taman tema yang boleh memuaskan hati anda dengan taman tema airnya. Taman tema ini menawarkan kolam air yang terbesar di dunia dengan ombak buatan yang menakjubkan sekaligus membuatkan anda berasa seolah-olah berada di pantai!
Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: Persiaran Pantai, Desaru Coast, 81930 Bandar Penawar, Johor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Berjaya Times Square Theme Park




Berjaya Times Square Theme Park ini merupakan taman tema tertutup di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Taman tema ini sangat besar dan mampu menarik perhatian orang ramai dengan keluasan 133,000 kaki persegi! Taman tema ini terletak di pusat beli-belah Berjaya Times Square. Menariknya, anda pasti tidak bosan dengan pelbagai permainan yang ditawarkan di sini!
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (12.00 tengah hari-8.00 malam), Sabtu-Ahad (11.00 pagi-8.00 malam)
Alamat: Berjaya Times Square, 5th and 7th Floor, 1, Jalan Imbi, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Skytropolis Indoor Theme Park



Apa kata anda meluangkan masa anda di Genting Highlands bersama keluarga kerana di sini terdapat taman tema menarik untuk dikunjungi. Skytropolis Funland merupakan taman tema tertutup yang besar, iaitu menjangkau lebih 400,000 kaki persegi dan setinggi empat tingkat. Anda boleh bermain tanpa bosan kerana taman tema ini menawarkan pelbagai jenis permainan yang menyeronokkan. Oh ya, jangan lupa ambil gambar di sini kerana taman tema ini sungguh menarik dan berwarna-warni.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (2.00 petang-9.00 malam)
Alamat: Level 1, First World Plaza Resorts World, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. A’Famosa Theme Park



A’Famosa Theme Park merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika anda berada di Melaka. Selain menawarkan pemandangan yang menakjubkan, ia juga dilengkapi dengan pelbagai permainan air yang menyeronokkan. Boleh dikatakan, taman tema ini merupakan taman tema air terbesar di Malaysia. Oh ya, permainan yang disediakan di sini sesuai untuk setiap lapisan umur jadi anda tidak akan bosan selama berada di sini!
Waktu operasi: Isnin-Ahad (10.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: Jalan Kemus / Sempang Ampat, Simpang Ampat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Google Map: Klik
Google Review: Klik
9. Genting SkyWorlds Theme Park



Apabila anda melawat Genting Highlands, luangkanlah sedikit masa anda di Genting SkyWorlds Theme Park. Anda boleh mencuba banyak permainan yang disediakan di sini dengan gembira. Selain itu, tempat ini yang merupakan kawasan diubah suai menjadi taman tema yang menarik dan berwarnna-warna juga seringkali dijadikan lokasi bergambar oleh para pengunjung.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (11.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
10. Splash Out Water Theme Park



Splash Out Theme Park ialah taman tema air yang terkenal di Langkawi kerana ia bertemakan penjelajahan dan pengembara laut. Selain itu, taman tema ini menyediakan pelbagai jenis permainan yang boleh membuatkan anda berasa seronok dan berdebar dalam masa yang sama!
Waktu operasi: Isnin-Selasa, Khamis-Ahad (11.00 pagi-6.30 petang)
Alamat: Persiaran Mutiara 2, 07000 Langkawi, Kedah
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.