Ada pepatah menyatakan “A picture is worth a thousand words” sememangnya benar kerana daripada gambar, kita boleh menilai cerita disebaliknya. Tidak kiralah bagaimana gambar itu diambil atau tema apakah yang ditonjolkan oleh gambar tersebut, semestinya terdapat penceritaan dan maksud tersirat yang dipamerkan melaluinya.
Penggunaan media sosial seperti Instagram ialah aplikasi terkenal yang banyak digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Aplikasi ini boleh menyampaikan suapan gambar atau maklumat terkini secara pantas melalui imej yang menarik yang dimuat naik oleh penggunanya secara global. Teruskan membaca untuk mengetahui 8 taman Instagrammable terbaik di Pulau Pinang.
Adakah Pulau Pinang mempunyai tempat bergambar yang menarik?
Pulau Pinang ialah sebuah negeri berbilang budaya di Malaysia dan pernah menjadi hub perdagangan yang penting di Selat Melaka. Bandar yang berwarna-warni ini terkenal dengan bangunan kolonial British, rumah kedai Cina dan masjid. Pulau Pinang juga terkenal sebagai syurga makanan dengan masakannya banyak dipengaruhi oleh budaya di pulau ini seperti Hokkien, Hakka, Teochew, Tamil India, Melayu, Baba Nyonya dan Inggeris.
Untuk penggambaran foto Instagrammable yang hebat di Pulau Pinang, anda boleh melawat Habitat Penang Hill yang terletak di pinggir hutan hujan yang indah dan penuh dengan flora dan fauna yang subur. Anda juga boleh melawat taman-taman yang dipenuhi oleh bunga-bunga yang cantik di Pulau Pinang seperti Taman Botani Pulau Pinang dan Taman Bandar Pulau Pinang. Terdapat juga Ladang Rama-rama Pulau Pinang yang menempatkan sebanyak 15,000 rama-rama terbang bebas dalam kubah raksasa. Selain itu, Taman Burung Pulau Pinang pula mempunyai koleksi lebih daripada 300 spesies burung dari seluruh dunia yang ditempatkan di sini.
8 Taman Instagrammable Terbaik di Pulau Pinang 2025
1. The Habitat Penang Hill


Habitat Penang Hill adalah sebuah pusat penemuan hutan hujan tropika yang terletak di pinggir hutan di Pulau Pinang. Di sini, anda boleh mengambil pelbagai gambar menakjubkan semasa menaiki kereta api ke Bukit Pulau Pinang menerusi kereta api bersejarah yang ikonik. Selain itu, anda boleh mengambil gambar flora dan fauna semasa meredah hutan yang berusia 130 juta tahun bersama pasukan naturalis Habitat. Akhir sekali, anda boleh mengambil gambar bintang yang jarang ditemui semasa berkhemah di tapak perkhemahan di Pulau Pinang jika anda melawat ke tempat ini.
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-7.00 petang)
Alamat: Jalan Stesen, Bukit Bendera Air Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: http://www.thehabitat.my/
Rujuk Harga di klooku003cbru003e2. Taman Bandar Pulau Pinang


Taman Bandar Pulau Pinang ialah salah satu taman yang terkenal dan paling kerap dikunjungi di Pulau Pinang. Taman ini mempunyai landskap hijau yang subur dan dipenuhi dengan bunga-bunga mekar yang indah di setiap selekoh. Terdapat juga tangga batu untuk anda daki dan terokai pemandangan indah di sini. Taman ini merupakan lokasi yang popular untuk penggambaran komersial dan fotografi perkahwinan kerana memiliki pencahayaan matahari yang semula jadi dan landskap taman yang cantik. Terdapat juga satu atau dua mural berdekatan untuk menjadikan aktiviti bergambar anda lebih menyeronokkan.
Waktu operasi: Ahad-Jumaat (7.00 pagi-7.00 petang), Sabtu (6.45 pagi-7.15 petang)
Alamat: Taman Belia, Pulau Tikus, 10450 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
3. Taman Negara Pulau Pinang


Taman Negara Pulau Pinang terletak di sudut barat laut Pulau Pinang dan menghadap ke Selat Melaka. Di sini, anda boleh memilih untuk mendaki atau menyewa bot ke mana-mana daripada 4 pantai yang indah. Anda boleh mengambil gambar pantai berpasir putih dengan air yang jernih yang mewujudkan suasana tenang dan aman. Jika anda memilih untuk mendaki, anda juga boleh mengambil gambar unik flora dan fauna di sepanjang perjalanan. Pemandangan semasa menaiki bot juga boleh dijadikan suapan Instagram apabila anda mengambil gambar burung helang yang sedang terbang atau berada di dalam sarangnya.
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi – 5.00 petang)
Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang jalan Hassan Abbas, 11050 George Town, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.wildlife.gov.my
4. Taman Botani Pulau Pinang


Taman Botani Pulau Pinang merupakan satu lagi taman popular di negeri ini yang kerap menjadi lokasi bergambar oleh jurugambar kerana memiliki taman landskap yang cantik dan indah. Ramai penduduk tempatan sering ke sini untuk bersenam pada waktu pagi kerana udara yang segar dan laluan pejalan kaki yang berturap. Terdapat pelbagai bunga berwarna-warni yang cantik yang boleh menjadikan suapan Instagram anda menakjubkan.
Waktu operasi: Setiap hari (8.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: Kompleks Pentadbiran, Bangunan Pavilion, Jalan Kebun Bunga, 10350 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://botanicalgardens.penang.gov.my
5. Tropical Spice Garden


Taman ini mempunyai lebih 500 spesies tumbuhan yang mengagumkan. Selain menawarkan sesi lawatan taman, anda juga boleh menyertai kursus memasak di sini. Taman yang pernah memenangi anugerah ini terletak di lembah hutan sekunder seluas lebih 8 ekar. Selain mengambil gambar tumbuh-tumbuhan, anda juga boleh menyertai lawatan di sekitar taman dengan pemandu alam semula jadi yang berpengalaman. Anda juga boleh mengambil gambar anda menyertai kelas memasak atau gambar pemandangan indah pantai Teluk Bahang dari kafe luar yang terletak di taman ini.
Waktu operasi: Isnin-Selasa, Khamis (9.00 pagi- 4.00 petang), Jumaat-Ahad (9.00 pagi-6.00 petang), Rabu (tutup)
Alamat: Lot 595 Mukim, 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://tropicalspicegarden.com/
6. Art and Garden


Taman ini merupakan tempat karya seni yang menonjolkan keunikannya dalam alam semula jadi yang mengagumkan. Taman ini terletak di Teluk Bahang. Di sini, anda akan melihat karya seni seperti jubin dan kaca dalam bentuk unik yang direka oleh artis terkenal yang berpangkalan di Georgetown. Gabungan karya seni dan alam semula jadi ini bersama-sama dengan bunga berwarna-warni akan membuatkan latar belakang gambar anda menarik dan cantik. Selain itu, gambar seperti ini juga boleh menambah ceria di dinding Instagram anda.
Waktu operasi: Setiap hari (9.30 pagi- 6.30 petang)
Alamat: Jalan Teluk Bahang, 11000, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Facebook: https://m.facebook.com/ArtandGardenbyFuanWong
7. Taman Burung Pulau Pinang


Taman Burung Pulau Pinang ialah taman seluas 5 ekar menempatkan lebih daripada 300 spesies burung dari seluruh dunia. Di sini, anda boleh mengambil gambar menarik seperti anda menyuap makanan ke mulut burung atau bergambar dengan burung yang mempunyai badan berwarna-warni. Antara burung-burung yang terdapat di sini ialah burung eksotik seperti Sunbirds yang kecil sehinggalah kepada burung unta yang besar setinggi 8 kaki dalam persekitaran yang seakan-akan habitat semula jadi mereka. Bukan itu sahaja, anda akan terpesona dengan lautan bunga raya, orkid, buluh, tumbuhan hiasan dan pokok palma yang terdapat di taman ini. Selain itu, terdapat air terjun dan kolam semula jadi yang subur dengan teratai yang berwarna-warni dan ikan didalamnya menjadikan ia imej yang menarik untuk dijadikan suapan Instagram anda.
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-6.00 petang)
Alamat: Jalan Todak Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: http://www.penangbirdpark.com.my
Rujuk Harga di klook8. Entopia by Penang Butterfly Farm


Entopia by Penang Butterfly Farm ialah ruangan besar yang menempatkan lebih 15,000 rama-rama yang terbang bebas dan serangga yang terdapat di dalamnya. Ruangan ini terbahagi kepada dua iaitu The Natureland dan juga The Cocoon. The Natureland merupakan taman terbuka yang mempamerkan banyak rama-rama dan serangga di taman manakala The Cocoon pula merupakan ruangan tertutup yang lengkap dengan pusat maklumat mengenai hutan hujan tropika dan hidupannya. Selain itu, di sini juga terdapat lebih 150 spesies fauna dan lebih daripada 200 spesies flora yang boleh anda rakam gambarnya. Percayalah, anda pasti dapat menangkap beberapa gambar unik di Entopia.
Waktu operasi: Khamis-Selasa (9.00 pagi-5.00 petang), Rabu (tutup)
Alamat: No.830, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Reviews: Klik
Laman web: https://www.entopia.com
Rujuk Harga di klookDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.