Produk organik lebih mudah diakses sekarang berbanding 20 tahun lalu. Anda akan melihat label organik di mana-mana sahaja sekarang. Tetapi, anda mungkin mempersoalkan sama ada adakah sayur-sayuran itu benar-benar organik atau sekadar labelnya sahaja.
Jawapannya, benar. Sayur atau buahan yang dibesarkan melalui tanaman organik biasanya berbeza dengan sayur atau buahan yang menggunakan racun perosak. Jika anda seorang pekebun, anda dapat melihat perbezaannya dari segi saiz, warna dan juga rasa sesebuah sayur atau buah.
Bagaimanakah menentukan sesuatu tanaman itu organik?
Setiap faktor tunggal, A hingga Z, kepelbagaian benih, kawasan geografi tanaman, kaedah penanaman dan penuaian, kaedah pemprosesan, formulasi produk dan bahan pembungkusan, semuanya menentukan kualiti satu-satu produk organik. Selain itu, daripada menggunakan racun perosak, para petani bagi tanaman organik menggunakan kaedah penggiliran tanaman, tanaman penutup, dan penanaman padat untuk mengembangkan kualiti premium sayur-sayuran organik mereka.
Untuk makluman anda, para petani yang menanam tanaman organik perlu memperoleh pensijilan organik, iaitu tanah tersebut mestilah bebas daripada bahan kimia terlarang sekurang-kurangnya tiga tahun. Sebenarnya, bukan mudah untuk menanam tanaman organik dan mendapatkan pensijilan organik. Anda perlu menggunakan baja dan pelbagai bahan khasiat untuk tanah yang asli. Akan tetapi, sayur-sayuran organiklah yang terbaik untuk kesihatan anda. Jika anda menggemari sayur-sayuran organik, berikut ialah 10 kedai online barangan organik di Malaysia 2025.
10 Kedai Online barangan Organik di Malaysia 2025
1. ZenXin Organic


ZenXin ialah kedai runcit organik dalam talian yang membuat perkhidmatan penghantaran ke Lembah Klang, Johor dan, Pulau Pinang. ZenXin organik ialah salah satu pilihan terbaik anda jika anda mencari sayur-sayuran organik yang segar. Kedai organik ini menawarkan lebih daripada 90 jenis sayur-sayuran segar. Jika anda berminat, anda boleh klik pautan untuk membuat pesanan di laman web mereka.
Laman web: Klik
RUJUK HARGA DI SHOPEE2. The Natural Marketplace


The Natural Marketplace ialah kedai runcit organik secara dalam talian. Anda boleh mencari hampir setiap produk organik di sini seperti bijirin organik, produk pembersihan yang organik, tisu organik dan banyak lagi. Mereka juga menjual buku penjagaan kesihatan. Untuk menempah, anda boleh klik pautan yang tertera di laman web mereka.
Laman web: Klik
3. Matahari Sdn Bhd


Apabila bercakap mengenai produk organik dan semula jadi, Matahari Sdn Bhd mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman berkecimpung dalam bidang ini. Sekaligus, ini menjadikannya sebagai salah satu jenama organik yang paling dipercayai di Malaysia. Standard organik di sini diperolehi dengan mendapat perakuan daripada NASAA Australia. Anda boleh menemui setiap barang dapur organik yang penting di sini seperti bijirin, herba, minyak, cuka dan banyak lagi.
Laman web: Klik
4. Justlife


Justlife ialah sebuah lagi kedai runcit organik online yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan segar yang organik. Produk dalam Justlife ialah asli dan berkualiti premium. Selain itu, mereka juga menjual herba, bijirin organik, perasa organik dan banyak lagi. Anda boleh melawat laman web mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang barangan organik yang ditawarkan oleh kedai ini.
Laman web: Klik
5. Love Earth


Love Earth ialah kedai organik yang diperakui oleh NASAA. Mereka menawarkan pelbagai produk organik seperti kekacang, mi, superfood dan banyak lagi. Semua proses pembuatan produk mereka adalah bebas daripada bahan kimia untuk menunjukkan betapa kasihnya mereka kepada Bumi kita. Selain itu, Love Earth hanya menjual produk untuk mereka yang mengamalkan cara pemakanan vegetarian.
Laman web: Klik
6. Organic For You


Organic For You menjual rangkaian sayur-sayuran dan buah-buahan organik segar dan menghantarnya kepada anda secara terus dari ladang organik. Anda boleh membeli produk organik mereka sama ada dalam pakej beg atau ala-carte. Terdapat 2 pilihan untuk pakej beg, iaitu beg sayur besar (mempunyai 13 jenis sayur) atau beg sayur kecil (mempunyai 8 jenis sayur).
Laman web: Klik
7. TM Organic Farms


Semua barangan runcit segar di TM Organic Farms ditanam di Bukit Tinggi, Pahang, yang mana cuaca sejuk adalah cuaca terbaik untuk menanam sayur-sayuran dan buah-buahan organik. Anda juga boleh melawat ladang organik mereka di Bukit Tinggi. Klik sahaja pautan di laman web mereka dan rancanglah perjalanan anda sekeluarga ke sana.
Laman web: Klik
8. Why Not Organic


Why Not Organic menawarkan pelbagai jenis suplemen makanan organik yang dipilih dengan tepat seperti jus dan madu organik. Lebih-lebih lagi, kedai organik ini telah bekerjasama dengan kedai organik di seluruh dunia seperti di Austria, United Kingdom, Thailand dan banyak lagi selama bertahun-tahun sekaligus menjadikannya jenama yang boleh dipercayai.
Laman web: Klik
9. Country Farm Organics


Matlamat Country Farm Organics adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat dengan menjadikan makanan yang sihat dan bermutu mudah untuk diakses oleh orang ramai. Dengan ini, mereka menawarkan pelbagai produk organik pada harga yang berpatutan. Di sini, anda hanya perlu klik pautan di laman web mereka dan memilih barang yang anda perlukan. Senang sahaja!
Laman web: Klik
10. Everleaf


Everleaf ialah kedai organik yang bekerjasama dengan petani tempatan lain untuk membawakan anda sayur-sayuran dan buah-buahan 100% bebas daripada bahan kimia. Mereka menjual barangan runcit segar yang organik, buah-buahan kering, telur organik dan banyak lagi. Selain itu, mereka juga menjual pastri sejuk beku di sini! Anda boleh membeli mana-mana barangan runcit di sini untuk mengisi semula peti sejuk atau pantri anda dengan hanya klik sahaja pautan di laman web mereka.
Laman web: Klik
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.