Bola Sepak menjadi salah satu aktiviti riadah yang popular dalam kalangan masyarakat. Bola sepak ialah sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti. Manakala 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola.
Memandangkan hanya penjaga gol yang dibenarkan untuk memegang bola dengan menggunakan tangan, sudah pasti mereka memerlukan sarung tangan bagi melindungi tangan mereka daripada pelbagai situasi berbahaya. Jadi, ini adalah 8 sarung tangan bola sepak terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih sarung tangan bola sepak yang sesuai?
Tujuan utama pemakaian sarung tangan sewaktu anda menjaga gol pasukan anda adalah untuk melindungi jari anda daripada sebarang kecederaan. Jadi amat penting untuk anda mempunyai sepasang sarung tangan yang berkualiti tinggi. Untuk memilih sarung tangan yang sesuai serta berkualiti, anda perlu mempertimbangkan aspek seperti bahan, saiz dan ulasan produk sebelum membuat pembelian.
- Bahan
Memilih sarung tangan dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan sarung tangan yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Sarung tangan perlulah diperbuat daripada bahan tahan lasak supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Saiz
Pastikan anda memilih saiz yang berpadanan dengan anda, jangan terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan anda mengambil saiz 1 inch besar berbanding saiz sebenar agar anda mempunyai ruang yang selesa untuk regangan pada tangan.
- Ulasan
Membaca dan menganalisis ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan jangkaan yang realistik terhadap produk. Ini bukan sahaja akan memberikan anda maklumat tambahan, tetapi ia juga akan meningkatkan keyakinan anda untuk membeli produk tersebut terutamanya dalam talian.
8 Sarung Tangan Bola Sepak Terbaik di Malaysia 2023
1. Kronos Supreme V2 Gloves

Sarung Tangan Kronos Supreme V2 menawarkan teknologi perlindungan jari (finger protection) yang diperbuat daripada kepingan plastik (keras atau fleksibel) di bahagian jari tangan untuk mengelakkan sebarang jenis kecederaan jari. Selain itu, sarung tangan ini juga dilengkapi dengan telapak getah bagi memberikan anda cengkaman dan kawalan bola yang lebih baik.
Spesifikasi:
- Bahan: lateks Jerman
- Saiz: 7 – 11
- Warna: Kelabu hitam, hijau hitam
Kelebihan:
✅ Heavy-duty
✅ Telapak getah
✅ Cuffs berganda
Harga: RM52.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Professional Football Gloves

Sarung Tangan ini didatangkan dengan reka bentuk yang moden dan futuristik menjadikannya sesuai untuk dipakai semasa kejohanan berlangsung. Tambahan pula, sarung tangan ini diperbuat daripada latek yang berkualiti tinggi yang menawarkan keselesaan yang lebih baik di samping memastikan tahap keselamatan yang lebih tinggi untuk jari dan telapak tangan anda. Sarung tangan ini didatangkan dengan 5 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Lateks
- Saiz: 8 – 10
- Warna: Hitam, merah, oren, biru, putih
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Penggunaan profesional
✅ Reka bentuk premium
Harga: RM74.47 – RM80.40
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Diadora Pro Football Gloves

Diadora Pro Football dilengkapi dengan teknologi Endo-Tek Pro Fingersaves menjadikan sarung tangan ini fleksibel dan tahan lasak. Selain itu, sarung tangan ini juga didatangkan dengan telapak getah yang tebal untuk menyerap hentakan bola serta memberi perlindungan kepada tapak tangan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Lateks
- Saiz: 7 – 11
- Warna: Hitam, merah, oren, biru, putih
Kelebihan:
✅ Pelbagai saiz
✅ Telapak getah tebal
✅ Teknologi Endo-Tek Pro Fingersaves
Harga: RM74.47 – RM80.40
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Adidas Predator 2021 Gloves

Sarung tangan Adidas Predator 2021 ini menampilkan reka bentuk yang premium dengan kombinasi warna yang menarik. Sarung tangan ini diperbuat daripada lateks berkualiti tinggi, memberikan tahap ketahanan dan penyerapan hentakan yang lebih baik. Selain itu, sarung tangan ini mempunyai bentuk potongan ‘negative’ yang menjadikannya bentuk paling hampir dengan tangan sebenar sekaligus menjamin keselesaan pada tangan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: lateks premium
- Saiz: 6 – 10
- Warna: Putih merah, emas putih, hitam merah, hitam emas, merah hitam, putih biru, oren, merah jambu, hijau
Kelebihan:
✅ Pelbagai pilihan warna
✅ Bahan premium
✅ Harga berpatutan
Harga: RM121.39 – RM156.27
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Nike Assassin Gloves

Sarung Tangan Nike Assassin ini memberikan perlindungan maksimum pada pergelangan tangan, tapak tangan dan jari anda. Ia dilengkapi dengan pad tebal di bahagian depan dan belakang telapak membolehkannya untuk menyerap semua jenis hentakan yang diterima sewaktu perlawanan ataupun latihan. Sarung tangan ini dipasarkan dengan 6 warna yang berbeza untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Lateks
- Saiz: 8 – 10
- Warna: kuning fluorescent, hitam, hijau fluorescent, hitam putih, hitam, putih biru
Kelebihan:
✅ Pelbagai pilihan warna
✅ Bahan premium
✅ Jenama yang dipercayai
Harga: RM254.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. TSB X BEAST Goalkeeper Gloves

TSB X BEAST Goalkeeper Gloves merupakan salah satu sarung tangan terbaik yang boleh anda dapati di pasaran. Dilengkapi dengan telapak tangan lateks dan lekukan PU berbentuk V membolehkan anda mempunyai cengkaman yang kukuh dan kuat semasa menangkap bola. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tali pengikat jenis ‘hook and loop’ memudahkan anda untuk memakai dan membuka sarung tangan.
Spesifikasi:
- Bahan: Lateks
- Saiz: 8 – 10
- Warna: Hitam kuning
Kelebihan:
✅ Penggunaan profesional
✅ Boleh mencetak nama sendiri
Harga: RM170.00 – RM190.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Umbro Neo Precision Football Gloves

Sarung tangan ini menjadi sarung tangan penjaga gol pilihan ramai termasuklah daripada kalangan penjaga gol profesional dan amatur. Sarung tangan ini diperbuat daripada contact lateks yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi Endo-Tek Pro Fingersaves menjadikan sarung tangan ini fleksibel dan tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Contact latex
- Saiz: 8 – 11
- Warna: Putih
Kelebihan:
✅ Jenama yang dipercayai
✅ Sesuai untuk profesional dan amatur
✅ Pad telapak tebal
Harga: RM62.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Coolplays Anti-Slip Embossed Gloves

Sarung Tangan Coolplays Anti-Slip Embossed Gloves didatangkan dalam reka bentuk yang ringkas dan berwarna terang boleh membuatkan anda kelihatan lebih yakin semasa anda bermain dalam perlawanan bola sepak anda. Selain itu, sarung tangan ini diperbuat dari getah jenis PU untuk cengkaman tambahan sewaktu anda memegang bola.
Spesifikasi:
- Bahan: PU
- Saiz: 7 – 9
- Warna: Emas, putih, hijau, merah, biru
Kelebihan:
✅ Pelapik tapak tangan yang lebih tebal
✅ Reka bentuk berwarna terang
✅ Cengkaman tambahan
Harga: RM31.00 – RM33.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.