Kedai lampu merupakan salah satu tempat yang ideal untuk dikunjungi sekiranya anda sedang mencari perhiasan dan kelengkapan rumah. Hal ini kerana kebanyakan kedai lampu bukan sahaja membekalkan produk lampu, malah mereka turut menawarkan beberapa produk kelengkapan rumah seperti kipas siling, pemanas air, perabot dan banyak lagi. Jadi, secara tidak langsung ia membolehkan anda membeli kesemua kelengkapan rumah dalam satu masa.
Namun, semakin hari semakin banyak kedai lampu ditubuhkan sehingga menyebabkan kesukaran kepada pengunjung untuk membezakan kedai manakah yang terbaik. Oleh itu, untuk membantu anda, di sini kami senaraikan 10 kedai lampu terbaik yang boleh anda kunjungi di Pulau Pinang.
Tips Untuk Menghias Rumah Anda?
Mengenal pasti gaya dan konsep yang anda inginkan merupakan salah satu perkara yang paling penting untuk anda pertimbangkan sebelum memulakan dekorasi. Seterusnya, anda perlulah mencari pencahayaan yang sesuai dengan suasana atau konsep anda agar ia dapat menyerlahkan keseluruhan rupa rumah anda. Jika anda mempunyai ruang dinding yang luas, anda juga boleh mempertimbangkan untuk meletakkan karya seni atau lukisan pilihan anda untuk menyerikan lagi ruangan rumah anda.
Adakah Chandelier Sesuai Untuk Bilik Tidur?
Jawapannya, Ya! ‘Chandelier’ sangat sesuai untuk diletakkan di bilik tidur. Ia bukan sahaja dapat memberikan pencahayaan ambien yang sangat baik, malah ia juga meningkatkan suasana elegan dan romantis kepada bilik tidur anda. Antara ‘chandelier’ yang sesuai diletakkan di bilik tidur ialah ‘chandelier’ jenis ‘waterfall’, bertingkat, bentuk gendang, ‘euroframe’ dan kipas ‘chandelier’.
10 Kedai Lampu Terbaik di Pulau Pinang 2023
1. Ck Lighting Sdn Bhd


Ck Lighting Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 2013 dan telah menjual dalam talian sejak tahun 2016. Hal ini bagi membolehkan produk mereka mudah untuk diakses oleh pelanggan. Bukan itu sahaja, mereka juga menawarkan produk dengan kualiti terbaik pada harga yang berpatutan. Ck Lighting Sdn Bhd menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah seperti lampu taman, lampu lantai, ‘chandelier’ dan banyak lagi yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa dan konsep rumah anda.
Alamat: 4, Lorong Sungai Dua Utama 1, Taman Sungai Dua Utama, 13800 Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 7:30 malam (Setiap Hari)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
LAMAN WEB2. Light Studio Decor Sdn Bhd


Light Studio Decor merupakan antara kedai lampu terbesar di Pulau Pinang. Kedai ini menawarkan harga produk yang kompetitif sekali gus membolehkan anda mendapatkan produk dalam harga yang berpatutan. Selain itu, Light Studio Decor juga menawarkan kelengkapan rumah seperti kipas yang didatangkan dalam pelbagai jenis yang boleh anda pilih berdasarkan kesesuaian dan konsep rumah anda.
Alamat: 48, 50 & 52, Jalan Bayu Mutiara 1, Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 4:00 petang (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/lightstudiodecorsdnbhd/
3. Mikea Lighting Centre


Mikea Lighting Centre terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Mikea Lighting Centre menawarkan pelbagai jenis lampu pada harga yang berpatutan. Lampu yang ditawarkan di kedai ini agak unik dan vintaj yang menjadikannya sesuai untuk rumah yang berkonsepkan tradisional dan futuristik. Untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih rendah, anda boleh melayari laman ‘facebook’ mereka.
Alamat: 381, Jalan Perak Jelutong, 11600 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 3:00 petang (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Mikea-Lighting-Centre/100063727625648/
4. JU LIGHT ENTERPRISE


JU LIGHT ENTERPRISE merupakan antara kedai lampu yang menjadi pilihan pelanggan ekoran ia menawarkan pelbagai produk kelengkapan dan hiasan rumah. Antara produk yang ditawarkan ialah lampu siling, lampu halaman, suis dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, JU LIGHT ENTERPRISE juga menyediakan perkhidmatan penghantaran sekiranya anda tidak berkesempatan untuk berkunjung ke kedai ini.
Alamat: 46, Jalan Gan Chai Leng, Taman Chai Leng, 13700 Perai, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 3:00 petang (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/julightenterprise/
5. Value LED Sdn Bhd


Jika anda sedang mencari lampu dengan reka bentuk moden dan unik, maka Value LED Sdn Bhd ini pilihan kedai terbaik untuk anda. Value LED Sdn Bhd menawarkan pelbagai jenis lampu dengan reka bentuk menarik yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Bukan itu sahaja, mereka juga menjual beberapa peralatan kecemasan seperti lampu banjir LED yang boleh digunakan tanpa perlu disambungkan pada suis.
Alamat: Tingkat Bawah, 27, Jalan Bukit Minyak 7, Taman Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:30 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 5:00 petang (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/ValueLED
6. Metrolux Lighting Sdn Bhd


Metrolux Lighting Sdn Bhd merupakan antara kedai lampu yang terkenal di Pulau Pinang dan telah beroperasi sejak tahun 1995. Setiap produk lampu yang ditawarkan mempunyai reka bentuk yang sesuai untuk digunakan sebagai hiasan rumah mahupun komersial. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pelbagai jenis lampu pada harga yang berpatutan.
Alamat: 218,220,222,224,226, Jalan Dato Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www .facebook.com/metroluxlightingmalaysia/
LAMAN WEB7. Chang Seng Lighting Center


Chang Seng Lighting Center merupakan sebuah kedai peralatan elektrik yang membekalkan pelbagai jenis produk daripada jenama terkenal seperti Panasonic, Philips, Sover, Ledvance dan banyak lagi. Hal ini bagi membolehkan anda mendapatkan barangan daripada pelbagai jenama tanpa perlu pergi ke banyak tempat. Kedai lampu ini menawarkan pelbagai produk kelengkapan rumah seperti lampu dinding dan kipas.
Alamat: No.20, Jalan Bayu Mutiara 1, Taman Bayu Mutiara, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:30 pagi – 7:30 malam (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/changseng0124/
LAMAN WEB8. KA Lighting


KA Lighting terletak di kedai dua tingkat di Georgetown, Pulau Pinang. Jika anda peminat ‘chandelier’ jangan lepaskan peluang anda untuk berkunjung ke kedai ini. Hal ini kerana, KA Lighting merupakan antara kedai lampu terbesar yang menawarkan pelbagai jenis ‘chandelier’ kristal yang komprehensif. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih ‘chandelier’ mengikut lingkungan harga yang anda tetapkan.
Alamat: 144, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 8:00 malam (Isnin – Sabtu)
Ditutup pada hari Ahad
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https:// www.facebook.com/kalightingpenang/
LAMAN WEB9. Led & Lights Sdn Bhd


Led & Lights Sdn Bhd menawarkan pelbagai reka bentuk lampu yang mempunyai gaya mewah. Selain itu, mereka juga menjual pelbagai kelengkapan rumah seperti pemanas air, suis lampu dan kipas siling dengan reka bentuk moden. Kedai ini terletak di Pusat Perniagaan Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tempahan boleh dibuat melalui laman sesawang mereka.
Alamat: 2A, Lorong Perniagaan 1, Pusat Perniagaan Alma, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Sabtu)
11:00 pagi – 2:00 petang (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/ledlights2A/
10. Eberlamp Lighting House


Eberlamp Lighting House adalah salah satu kedai lampu yang mempunyai reputasi yang sangat baik. Kedai ini menawarkan pelbagai lampu perhiasan seperti ‘outdoor wall light’, ‘pendant light’, ‘bulb & lamb’, lampu siling, kipas dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, Eberlamp Lighting House juga terletak di lokasi yang sangat strategik dan mudah untuk dicari.
Alamat: 274, Jalan Dato Keramat, 10150 George Town, Pulau Pinang
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:30 malam (Isnin – Sabtu)
10:00 pagi – 5:00 petang (Ahad)
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di sini
Facebook: https://www.facebook.com/eberlamp3392/
LAMAN WEBPerhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.