10 Bufet Hotel Terbaik di Kuala Lumpur 2025

Bufet biasanya menyediakan pelbagai hidangan antarabangsa dan makanan laut kepada setiap pelanggan. Oleh itu, pelanggan hanya perlu membayar sekali sahaja dan mereka boleh menikmati pelbagai jenis hidangan mengikut selera dan pilihan masakan mereka sendiri.

Hotel boleh memberikan perkhidmatan profesional dan mesra. Mereka menyediakan sajian bufet berkualiti tinggi dan persekitaran yang selesa kepada para pelanggan. Jadi, para pelanggan boleh menikmati sajian bufet dan mengambil banyak gambar di hotel. Berikut ialah senarai 10 Sajian Bufet Hotel terbaik di Kuala Lumpur.

Bagaimanakah menentukan pemilihan makanan yang bersesuaian?

Kebanyakan orang berasa teruja apabila berpeluang untuk makan sajian bufer di hotel mewah kerana di sini menyediakan sajian yang enak serta ruang makan yang berkelas. Jadi, disebabkan rasa teruja, mereka mengambil terlalu banyak makanan untuk merasa sehingga tidak sedar yang mereka terlebih kenyang. Selain itu, mereka biasanya mengambil sajian yang selalu didapati di mana-mana tempat dan membuatkan pengalaman mereka memakan sajian bufet di hotel hanya biasa-biasa sahaja. Adalah penting untuk anda tahu tip terbaik yang boleh membantu anda menjamu selera dengan mewah dan puas hati.

1. Ambil hidangan yang jarang disediakan

Anda harus ingin sebaik sahaja anda tiba di hotel, anda akan dilimpahi dengan pelbagai jenis makanan termasuklah pencuci mulut. Ingat, jangan biarkan hal ini mengaburi mata dan perut anda. Yang pertama-tamanya, anda harus mencari sajian yang jarang didapati atau dimasak kerana inilah peluang anda untuk merasainya. Bayangkan, anda memakan makanan yang jarang didapati di mana-mana boleh membuatkan pengalaman anda makan bufet di hotel sungguh bermakna.

2. Pastikan pinggan anda mempunyai makanan yang seimbang

Benar, makan bufet di hotel membuatkan anda begitu teruja. Namun ingat, walaupun teruja sekalipun, anda perlu memastikan pinggan anda diisi dengan makanan yang seimbang dan mengenyangkan serta sihat. Jangan menyesal jika anda tersalah ambil makanan yang boleh menyebabkan anda kurang zat atau sakit perut kerana terlalu kenyang.

3. Cari hidangan tempatan

Percaya atau tidak, apabila anda melihat masakan tempatan yang anda kenal dihidangkan di hotel, anda boleh menjadi lega melihatnya. Sekurang-kurangnya, ada juga makanan yang anda biasa makan di mana-mana tempat. Untuk hal ini, anda boleh mengambil hidangan tersebut untuk mengalas perut anda sebelum anda mencuba hidangan lain.

10 Bufet Hotel Terbaik di Kuala Lumpur 2025

1. Nipah at EQ Kuala Lumpur

Nipah at EQ Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Nipah at EQ

Nipah @ EQ merupakan salah satu tempat bufet popular yang terletak di Equatorial Plaza. Bukan sahaja pakej bufetnya berpatutan, makanan yang disediakan juga turut berkualiti tinggi. Anda boleh menikmati bufet makan tengah hari di sini pada harga RM 98 sahaja bagi seorang. Selain itu, anda boleh mencuba pelbagai jenis hidangan tengah hari termasuklah masakan tempatan, Asia dan Barat.

Nipah at EQ Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Nipah at EQ

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (7.00 pagi- 11.00 malam)

Alamat: Ground Floor, EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

2. The Courtyard @ Banyan Tree

The Courtyard @ Banyan Tree
Kredit Gambar: Bayan Tree

The Banyan Tree ialah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Dan salah satunya terletak di Kuala Lumpur. Restoran The Courtyard di hotel ini menyajikan bufet makan tengah hari. Restoran ini menyediakan makanan tempatan dan Barat yang pastinya membangkitkan rasa lapar anda dengan harga hanya RM 102 untuk dewasa dan RM 51 untuk kanak-kanak dan warga emas. Terdapat begitu banyak pilihan masakan yang boleh membuat anda rambang mata!

The Courtyard @ Banyan Tree
Kredit Gambar: Bayan Tree

Operating Hours:  Isnin-Khamis, Ahad (6.30pagi-10.30malam)

Jumaat-Sabtu (6.30 pagi-10.30pagi, 6.30pagi-9.30 malam) p

Alamat: 170, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

3. Mosaic at Mandarin Oriental

Mosaic at Mandarin Oriental
Kredit Gambar: Mandarin Oriental

Salah satu hotel yang terkenal di Kuala Lumpur ialah Hotel Mandarin Oriental yang terletak berhampiran dengan Menara Berkembar Petronas. Hotel ini mempunyai pelbagai jenis bufet, termasuklah bufet makan tengah hari dan malam. Harga untuk makan tengah hari ialah RM 158 seorang, dan harga untuk makan malam pula ialah RM 188 bagi seorang. Hidangan Peranakan asli juga turut disajikan di sini dan percayalah bahawa masakan ini akan memikat hati dan selera anda.

Mosaic at Mandarin Oriental
Kredit Gambar: WNFdairy

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

4. Curate at Four Seasons Hotel Kuala Lumpur

Curate at Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Four Seasons

Anda patut menikmati bufet Curate bersama orang tersayang apabila mengunjungi Hotel Four Seasons di Kuala Lumpur. Sajian bufet di sini bukanlah sajian bufet biasa yang anda dapati di mana-mana hotel. Sajian bufet ini digabungkan dengan hiasan yang menarik, perkhidmatan yang mesra daripada staf dan juga pelbagai sajian moden disediakan hanya untuk anda! Selain itu, anda boleh mencuba pelbagai pencuci mulut yang lazat seperti makaron, pelbagai kek elegan, kuih tempatan dan pelbagai jenis buah-buahan segar.

Curate at Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: TripAdvisor

Alamat: 145, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

5. Element Kuala Lumpur

Element Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Element Kuala Lumpur (Menara Ilham)

Anda sudah pasti ingin meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu sambil menikmati makan malam yang indah. Apa kata anda luangkan masa bersama keluarga bagi menikmati sajian bufet makan tengah hari di Element Kuala Lumpur? Terdapat lebih 50 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa yang sedia untuk dipilih oleh anda seperti Ayam Kapitan Peranakan Style, Kam Heong Mussels, BBQ Braised Short Ribs dan juga Herb Crusted Boneless Lamb Leg. Harga sajian bufet ini ialah RM 128 untuk dewasa dan RM 64 untuk kanak-kanak. Boleh dikatakan sajian bufet yang ditawarkan agak berpatutan memandangkan kualitinya bermutu tinggi dan pilihan makanannya yang pelbagai.

Element Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Element Kuala Lumpur (Menara Ilham)

Alamat: IB Tower, 8, Jln Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

6. Impiana KLCC Hotel

Impiana KLCC Hotel
Kredit Gambar: Impiana KLCC Hotel

Jika anda mencuba bufet di Impiana KLCC Hotel, anda akan temui pelbagai jenis makanan daripada makanan tempatan sehinggalah kepada pai, kek, brulee tart dan aiskrim yang pastinya akan membuatkan anda terliur. Bufet ini hanya menawarkan RM 98 untuk dewasa dan RM 49 untuk kanak-kanak bagi menikmati pelbagai sajian yang lazat ini.

Impiana KLCC Hotel
Kredit Gambar: TripAdvisor

Alamat: Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

7. Traders Hotel Kuala Lumpur

Traders Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Traders Hotel Kuala Lumpur

Adakah sesiapa yang bersedia untuk bufet makanan laut? Bukankah ia sangat baik apabila dihidangkan sebagai sebahagian daripada hidangan malam? Jika anda menginginkannya, buatlah tempahan bufet makan malam di Hotel Traders. Makanan laut yang segar hanya ditawarkan pada harga RM 128 seorang sahaja. Sama ada dipanggang atau dimasak, makanan laut ini dijamin sedap dan segar!

Traders Hotel Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Traders Hotel Kuala Lumpur

Alamat: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

8. The Brasserie at St. Regis Kuala Lumpur

The Brasserie at St. Regis Kuala Lumpur
Kredit Gambar: TripAdvisor

Bufet makan tengah hari turut disediakan di hotel bertaraf 5 bintang ini. Nikmatilah makanan laut segar yang berada di atas ais, Heirloom Tomato bersama Whipped Burrata, Foie Gras Donuts, Souvlaki-style Roast Lamb, Paella, dan juga pelbagai pencuci mulut berkualiti tinggi dan enak hanya untuk anda!

The Brasserie at St. Regis Kuala Lumpur
Kredit Gambar: The Brasserie at the St. Regis Kuala Lumpur

Alamat: No 6, Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review: Klik

9. The Westin Kuala Lumpur

The Westin Kuala Lumpur
Kredit Gambar:: New Straits Times

The Westin Kuala Lumpur ialah satu lagi pilihan bufet hotel yang terbaik untuk anda. Hidangan bufet Asia disediakan di hotel 5 bintang ini. Anda boleh menikmati hidangan bufet seperti nasi Briyani dengan pelbagai hidangan sampingan yang ditawarkan di sini. Masakan berasaskan daging kambing dan ayam turut disajikan di sini.

The Westin Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Vulcan Post

Alamat: 199, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik

10. Latest Recipe at Le Meridien Kuala Lumpur

Latest Recipe at Le Meridien Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Eatigo

Hotel 5 bintang ini terletak di Jalan Stesen Sentral dan merupakan salah satu pilihan bufet hotel terbaik di Kuala Lumpur. Anda akan dihidangkan dengan masakan Jepun, Barat dan tempatan yang berkualiti dan terbaik. Selain itu, anda juga boleh memilih pelbagai pilihan bufet seperti bufet sarapan ataupun bufet makan malam yang menyajikan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat. Selain itu, anda boleh mendengar muzik sambil menikmati hidangan anda. Menariknya, diskaun hebat dengan harga berpatutan turut ditawarkan di sini!

Latest Recipe at Le Meridien Kuala Lumpur
Kredit Gambar: Vkeong

Alamat: 2, Jalan Stesen Sentral, Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Google Map: Klik

Google Review Klik


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close