Susu badam ialah susu tumbuhan yang diperbuat daripada badam yang mempunyai tekstur berkrim dan rasa sedikit pedas, manakala ada juga sesetengah jenis atau jenama tertentu mempunyai perisa seperti susu lembu. Susu badam komersial boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti manis, tanpa gula, vanila dan coklat.
Kebiasaannya susu badam ini kaya dengan vitamin dan membekalkan nutrisi kepada badan anda. Banyak jenama susu badam yang terdapat di pasaran bagi memenuhi kehendak para pembeli. Anda boleh dapati susu badam dijual di pasaraya ataupun kedai serbaneka jika anda memerlukannya.
Apakah khasiat susu badam?
Sebenarnya, terdapat banyak khasiat susu badam pada badan kita. Selain mempunyai kandungan lemak tepu yang rendah, ia juga memiliki vitamin D yang bersifat antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit anda. Selain itu, susu badam juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan secara ideal. Ada juga yang mengatakan bahawa susu badam dapat menjaga mengelakkan serangan jantung jika diambil mengikut saranan doktor.
Apa yang penting, anda perlu membaca bahan-bahan yang tertera di botol atau pek jenama tersebut untuk memastikan susu badam yang anda ingin beli itu penuh nutrisi dan juga asli. Paling penting, ia perlu bebas daripada bahan pengawet, pewarna tiruan dan juga gula. Makanan yang sihat perlulah bermula dengan menjaga amalam pemakanannya. Jadi, cubalah susu badam dan rasai perbezaannya!
10 Jenama Susu Badam Terbaik di Malaysia 2025
1. 137 Degrees Real Almond Milk Drink

137 Degrees Real Almond Milk Drink diperbuat daripada badam terpilih yang berkualiti tinggi. Ia mempunyai aroma lemak susu kacang yang digabungkan dengan nektar kelapa organik. Ini adalah minuman yang lazat dan berkhasiat untuk seisi keluarga anda.
Bahan-bahan: Fresh Almond Milk 94%, Sunflower Seeds 5% and Organic Coconut Flower Nectar 1%
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 1L
Harga: RM17.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Milklab Almond Milk

Resipi unik ini bukan sahaja memberikan anda kepadatan rasa apabila diminum bersama espresso, bahkan ia juga enak diminum bersama pelbagai jenis kopi. Buih yang terhasil daripada susu badam ini menjadikannya kelihatan lazat untuk diminum terus. Ini adalah susu badam yang sempurna untuk kopi. Ia bebas daripada pewarna tiruan, perasa tiruan dan pengawet.
Bahan-bahan: Australian Water, Almonds (3.5%), Sugar, Sunflower Oil, Maltodextrin (From Corn), Acidity Regulators (340, 332), Stabilisers (418, 415, 410), Sunflower Lecithin,
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 1L
Harga: RM28.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Farm Fresh Almond Milk Original UHT

Farm Fresh menghasilkan susu badam mengikut versi mereka sendiri yang diolah secara semula jadi. Dengan rasa yang lazat dan teksturnya sedikit berkrim, susu ini membekalkan anda vitamin E yang mengandungi sifat antioksidan. Nutrisi seperti ini bagus untuk kesihatan kulit anda.
Bahan-bahan: Australian Almond, Brown Sugar, Permitted Food Stabiliser
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1L
Harga: RM13.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. UFC Velvet Almond Milk Drink Original

UFC Velvet Almond Milk mengandungi 100% kalsium berasaskan tumbuhan marin semula jadi. Diperolehi daripada alga merah yang ditemui di perairan luar pantai Iceland, kalsium berasaskan tumbuhan semula jadi ini menyerap mineral daripada air laut dan menjadikannya lebih mudah untuk badan anda menyerap khasiatnya dan menyimpan kalsium. Anda boleh mencampurkan susu badam ini pada kopi atau teh, bijirin, smoothie dan oat. Ia juga boleh digunakan dalam proses memasak dan proses membuat pencuci mulut.
Bahan-bahan: Filtered Water, Whole Almonds (3%), Organic Sugar, Marine Calcium*, Sunflower Seed Oil, Emulsifier (Sunflower Lecithin), Stabilizer (Gellan Gum), Natural Flavours, Sea Salt, *Organic Trust, Contain Emulsifier and Stabilizer as Permitted Food Conditioner and Permitted Flavouring *Contains Almond
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 1L
Harga: RM13.85
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Australia’s Own Organic Almond Milk Original

Australia’s Own Organic Almond Milk Original memberikan anda semua manfaat badam organik. Dengan hanya bahan-bahan tulen dan ringkas, anda boleh menikmati minuman ini dengan mengetahui bahawa susu badam ini bukan sahaja lazat dan baik untuk anda, tetapi ia juga tanpa gula tebu, tanpa gluten dan tanpa laktosa. Anda boleh menikmatinya dalam smoothies atau pencuci mulut anda. Paling penting, ia disahkan oleh Australian Certified Organic Bud Logo untuk memastikan keaslian badam organiknya.
Bahan-bahan: Filtered Australian Water, Organic Almonds (3%), Organic Agave Syrup, Organic Sunflower Oil, Salt
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 1L
Harga: RM16.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Almond Breeze Almond Milk Barista Blend

Almond Breeze Barista dicipta untuk menghasilkan latte atau cappuccino yang kaya dan lazat dengan buih yang cantik dan rasa berkrim yang asli. Susu badam ini bebas daripada gluten, laktosa, kolesterol, tenusu, dan soya menjadikannya sesuai untuk diminum oleh mereka yang mengamalkan diet vegan. Selain itu, susu badam ini juga tidak mempunyai gula dan diperakui halal.
Bahan-bahan: Filtered Water, Ground Whole Almonds (2.5%), Sunflower Oil, Corn Maltodextrin, Acidity Regulator (Dipotassium Phosphate, Potassium Citrate), Stabiliser (Carrageenan, Locust Bean Gum, Sodium Alginate, Guar Gum), Salt, Emulsifier (Sunflower Lecithin), Natural Flavour.
Negara Pengeluar: New Zealand
Saiz: 1L
Harga: RM15.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Orasi Almond Drink

Berkrim dan menyegarkan, itulah rasa susu badam keluaran syarikat ini. OraSì Almond Drink dibuat dengan badam Itali yang telah dipilih dan diproses dengan teliti untuk mengekalkan rasa aslinya. Ia sesuai untuk seisi keluarga dan boleh diminum pada bila-bila masa, iaitu pada waktu sarapan pagi sehinggalah kepada waktu tidur.
Bahan-bahan: Water, Almond (4,5%), Cane Sugar, Calcium Carbonate, Stabilizers: Locust Bean Gum, Gellan Gum, Sea Salt, Natural Flavouring, Vitamins (E, Riboflavin (B2), D, B12).
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 1L
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Semak Harga di happy fresh8. Pacific Foods Organic Almond Original Unsweetened

Untuk menghasilkan susu badam yang berkualiti, syarikat pengeluar susu ini memilih badam organik dan memanggang nya dengan berhati-hati untuk menonjolkan rasa semula jadi badam tersebut. Badam-badam yang dipanggang itu kemudiannya digabungkan dengan resepi tenusu dengan sempurna sehingga menghasilkan susu badam yang lazat dan asli. Anda boleh menggunakan susu badan ini untuk proses baking, membuat smoothies dan bijirin.
Bahan-bahan: Water, Ground Almonds*, Contains 1% Or Less Of: Gellan Gum, Natural Flavor*, Rice Starch*, Sea Salt, Vanilla Extract*, Vitamin D2, Xanthan Gum. *Organic, Contains: Almonds
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 946ml
Harga: RM17.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Pureharvest Organic Activated Almond Milk

Susu badam telah dimakan oleh orang ramai sebagai sebahagian daripada diet mereka sejak zaman pertengahan lagi. Susu badam merupakan susu tambahan yang bagus untuk diet dan lazat untuk dinikmati. Semua produk adalah bebas karagenan.
Bahan-bahan: Filtered Water, Organic Activated Almonds (10%), Organic Rice Syrup, Calcium carbonate, Sea Salt
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 1L
Harga: RM28.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Sanitarium Almond Milk Drink

So Good Almond Milk Original ialah minuman berasaskan tumbuhan yang lazat yang diperbuat daripada badam. Ia merupakan sumber vitamin E, B12 dan B2, rendah lemak dan lemak tepu. Selain itu, susu ini juga bebas laktosa dan gluten. Anda boleh mencuba susu So Good Almond pada bijirin, bubur, smoothie ataupun menikmatinya dengan ketulan ais di dalam gelas.
Bahan-bahan: Filtered water, almonds (2.5%), mineral (calcium), emulsifier (sunflower lecithin), natural flavour, salt, mineral salt (sodium bicarbonate), vegetable gum (gellan), antioxidant (ascorbic acid), vitamins (B12, B2, B1). All ingredients are of non-animal origin.
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 1L
Harga: RM10.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.