Untuk makluman anda, degradasi vitamin C boleh berlaku semasa pemprosesan dan apabila pembungkusan dibuka. Jangan risau, kebanyakan jus oren dibungkus dalam banyak lapisan. Jika anda mempunyai karton jus oren di dalam peti sejuk anda sekarang, anda boleh melihat karton itu mempunyai beberapa lapisan. Salah satu lapisan yang paling penting ialah polyethylene terephthalate (PET) yang boleh mengekalkan warna oren dan jus vitamin C yang bagus selama kira-kira sembilan bulan penyimpanan.
Anda boleh melihat pelbagai jenis jus oren yang dipasarkan di pasaran sekarang gara-gara untuk memenuhi kehendak pengguna. Bahkan, ada jua jus oren yang dihasilkan bersama pulpa oren bagi menonjolkan rasa keaslian oren yang sebenar. Jika anda meminati jus oren, anda boleh membaca artikel ini dan mencuba setiap satu minuman yang kami kongsikan di sini.
Bagaimana menyimpan jus oren dengan supaya tidak mudah rosak?
Memandangkan industri telah melakukan kerja yang baik dalam memelihara vitamin C tersebut untuk anda, terdapat beberapa tip untuk membantu anda mengekalkan kesegaran jus oren setelah dibuka.
1. Sentiasa mengetatkan penutup botol minuman.
Oksigen merupakan salah satu komponen utama yang boleh mendegradasikan vitamin C. Apabila vitamin C teroksida, ia tidak memberi manfaat kepada tubuh anda lagi. Jadi, anda perlu sentiasa memastikan penutup botol minuman tertutup kemas agar tidak terdedah pada udara.
2. Pastikan jus oren sentiasa disimpan di dalam peti selepas dikeluarkan.
Cuaca Malaysia boleh menjadi terlalu panas. Sebaik sahaja jus oren terdedah kepada suhu yang lebih panas, kualiti vitamin C di dalamnya boleh merosot dengan lebih cepat sekaligus membuatkan kurangnya jumlah vitamin c yang dapat diserap oleh badan anda.
3. Menghabiskan jus oren sekurang-kurangnya dalam masa 2 hari.
Keadaan jus oren yang paling segar dan mengandungi paling banyak vitamin C ialah dalam masa dua hari selepas ia dibuka. Jadi, untuk mendapatkan jumlah vitamin C berserta kualitinya yang terbaik, anda digalakkan untuk menghabiskan jus oren ada sekurang-kurangnya dalam masa 2 hari.
10 Jus Oren Terbaik di Malaysia 2025
1. Marigold 100% Orange Juice

Marigold 100% Orange Juice adalah untuk anda yang inginkan kebaikan jus oren tanpa sebarang pengawet, gula dan pewarna tiruan. Minuman jus oren ini adalah jus oren yang diperah semata-mata. Oleh kerana ia tidak mempunyai sebarang pengawet, kualiti vitamin C mungkin merosot lebih cepat. Oleh itu, anda disyorkan untuk segera menghabiskannya tanpa menyimpan di dalam peti sejuk.
Spesifikasi:
Pewarna tiruan: Tiada
Bahan Pengawet: Tiada
Kandungan Gula: Tiada
Vitamin C: 30 mg / 100 ml
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 Liter
Harga: RM8.85
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Sunkist Growers’ Selection Orange Juice

Oren daripada jenama Sunkist terkenal kerana orennya yang berair dan manis. Jus Oren Tulen Sunkist bebas daripada pewarna tiruan dan mengandungi kebaikan oren yang dipilih dengan teliti dari kebun di California. Jadikan jus oren ini minuman kegemaran anda ketika bersantai bersama keluarga.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Tiada
Bahan Pengawet: Ada
Kandungan Gula: 21.8 g per 100 ml
Vitamin C: 37.5 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: California, Amerika Syarikat
Saiz: 1 Liter & 1.75 Liter
Harga: RM7.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Florida’s Natural Premium Orange Juice With Some Pulp Enriched With Calcium And Vitamin D

Harganya mungkin mahal, tetapi apabila anda merasai jus daripada oren yang ditanam di Florida, anda tidak akan menyesal. Jenama ini juga mempunyai rangkaian jus oren yang berbeza kerana tanpa pulpa. Produk ini lebih disyorkan kerana kaya dengan kalsium dan vitamin D untuk anda.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Tiada
Bahan Pengawet: Tiada
Kandungan Gula: 8.8 g per 100 ml
Vitamin C: 21.6 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: Florida, Amerika Syarikat
Saiz: 1.75 Liter
Harga: RM27.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Semak Harga di jayagrocer4. Florida’s Natural 100% Premium With Most Pulp Orange Juice

Bagi anda yang sukakan pulpa tambahan dalam jus oren, jus oren inilah yang sesuai untuk menjadi hidangan untuk anda. Rasa masam dan manis jus oren ini seimbang dan pastinya membuatkan anda berasa segar! Versi ini juga diperkaya dengan kalsium dan vitamin D.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan:Tiada
Bahan Pengawet: Tiada
Kandungan Gula: 8.8 g per 100 ml
Vitamin C: 21.6 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: Florida, Amerika Syarikat
Saiz:1.75 Liter
Harga: RM27.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Semak Harga di jayagrocer5. Marigold Peel Fresh Orange Juice

Marigold Peel Fresh merupakan salah satu jus oren yang telah lama dipasarkan di Malaysia. Jus oren ini terdapat dalam botol 2 liter. Tetapi adalah disyorkan untuk anda membeli jus oren yang dibalut dengan pembungkus kerana lapisan bungkusannya dapat menapis cahaya matahari daripada merosakkan kualiti vitamin C yang terkandung dalam jus ini.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Ada
Bahan Pengawet: Ada
Kandungan Gula: 10.9 g per 100 ml
Vitamin C:15 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 ml, 1 Liter, 1.89 Liter & 2 Liter.
Harga: RM10.90 (Pek 1 Liter)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Sunquick Fruit Drink-orange

Sunquick terkenal dengan rasa pekat buahnya tetapi produk baharu ini telah memenangi hati rakyat Malaysia merana mempunyai rasa yang manis dan menyegarkan. Jus ini tidak mengandungi sebarang pewarna dan pengawet tiruan. Jus oren ini boleh didapati dalam pek kecil, iaitu 125 ml. Pembungkusan jus oren yang kecil ini lebih optimum kerana ia boleh diminum sekaligus tanpa perlu menyimpannya di peti sejuk.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Ada
Bahan Pengawet: Ada
Kandungan Gula: 10.6 g per 100 ml
Vitamin C: 12.5 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: Denmark
Saiz: 125 ml
Harga: RM15.16
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Ceres’ Orange 100% Juice

Jus Oren 100% Ceres ialah jus oren yang terkenal di Afrika Selatan. Oren yang digunakan dalam jus ini sebenarnya ditanam di selatan Afrika bersama buah pear dan epal. Pear dan epal itu kemudiannya diadun ke dalam jus oren ini bagi meningkatkan kualiti vitamin dan rasa jus oren sebenar.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Tiada
Bahan Pengawet: Tiada
Kandungan Gula: 9.5 g per 100 ml
Vitamin C: 16 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: Afrika Selatan
Saiz: 6 x 100 ml and 1 Liter.
Harga: RM7.20 (1 liter pack)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Semak Harga di jayagrocer8. Minute Maid Pulpy Orange Fruit Drink

Jus ini mengandungi pulpa oren sebenar yang akan memberikan anda rasa yang lebih segar dan sensasi saat pulpa oren meletus selepas setiap gigitan. Selain kaya dengan vitamin C, jus oren ini juga terasa manis dan masam yang seimbang sehingga membuatkan ramai yang menggemarinya.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Tiada
Bahan Pengawet: Tiada
Kandungan Gula: 9.3 g per 100 ml
Vitamin C: 2.5 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 300 ml & 1.5 Liter
Harga: RM5.50 (Pek 1 liter)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Sunkist Pure Orange Juice

Sunkist Pure Orange Juice mengandungi kebaikan lebih daripada enam oren seliter dengan lebih 35% kandungan jus. Jus oren ini mempunyai kelikatan yang pekat, sesuai untuk mereka yang inginkan minuman jus yang lebih memuaskan. Produk ini juga tersedia dalam saiz 270 ml dan 380 ml untuk kehendak para pengguna.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Ada
Bahan Pengawet: Ada
Kandungan Gula: 4.8 g per 100 ml
Vitamin C: 9 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: California, Amerika Syarikat
Saiz: 270 ml, 380 ml & 1 Liter.
Harga: RM5.50 (Pek 1 liter)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Tropicana Twister Orange Fruit Drink With Fresh Pulp

Jus oren ini dikenali secara meluas kerana keseimbangan pulpa dan jusnya. Anda boleh merasai pulpanya yang segar dan manis apabila meminum jus oren ini. Selain itu, ia juga diperkaya dengan vitamin A, C dan E yang boleh membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh badan anda.
Spesifikasi:
Pewarna Tiruan: Ada
Bahan Pengawet: Ada
Kandungan Gula: 12 g per 100 ml
Vitamin C: 4.5 mg per 100 ml
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 1.5 Liter
Harga: RM5.10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.