Apabila anda tiba di bahagian penjualan mentega di sesebuah pasar raya, anda akan mendapati dua jenis mentega iaitu mentega masin dan tanpa garam. Mentega tanpa garam pada dasarnya adalah mentega biasa. Sebaliknya, mentega masin ialah mentega yang digabungkan dengan 1.6 hingga 1.7% garam. Ya, mentega masin mempunyai sedikit rasa masin namun ia masih kaya dengan rasa mentega. Menambah garam pada setiap makanan membantu dalam meningkatkan rasa makanan tersebut. Mentega masin ini juga akan dimasukkan ke dalam adunan anda, jadi anda tidak perlu bersusah payah menambah garam.
Kandungan garam dalam mentega membantu dalam melambatkan jangka hayat ekoran kesan pengawetan. Berbanding pula dengan mentega tanpa garam yang hanya boleh bertahan selama dua minggu dan dibekukan sehingga lima bulan, mentega masin boleh disimpan sehingga dua bulan dan enam hingga sembilan bulan di dalam peti sejuk. Ciri pengawet mentega masin ini juga boleh menjadi kelebihan dalam adunan bakar anda.
Baiklah, mari kita beralih kepada 10 mentega masin terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia!
1. Anchor Salted Butter

Jenama mentega ini dibuat dengan kualiti premium dan krim segar yang diambil dari lembu yang memakan rumput segar di padang ragut. Oleh itu, mentega ini bebas daripada bahan tambahan, pengawet dan pewarna. Rasanya yang lazat menjadikan hidangan anda lebih menarik dan menjadi pilihan mentega yang paling digemari oleh seisi rumah.
Bahan: Krim Pasteurized (Daripada Susu Lembu) dan Garam.
Negara Asal: New Zealand
Saiz: 7 g, 227 g, 250 g dan 454 g
Harga: RM11.25 (pek 250 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Lurpak Salted Butter

Lurpak Mentega Masin mempunyai rasa segar yang lazat dan sesuai digunakan untuk memasak dan membakar. Ia juga boleh dijadikan sapuan ekoran rasa masinnya tidak menenggelamkan rasa mentega sebenar. Mentega ini diperbuat daripada susu segar dan garam dalam memastikan kehalusan dan kesegaran yang berkualiti tinggi. Ianya sesuai untuk pelbagai jenis masakan termasuklah membuat kuih, sapuan atas roti dan juga untuk menggoreng .
Bahan: Susu, Kultur Laktik dan Garam.
Negara Asal: Denmark
Saiz:200 g
Harga: RM14.55 (pek 200g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Emborg Salted butter

Emborg Mentega Masin menawarkan produk yang kaya dengan ketulenan rasa mentega dan rasa masin. Mentega ini sesuai dijadikan sapuan pada roti bakar atau cairan sirap pada penkek atau wafel. Teksturnya yang padat, lembut, seragam dan berkualiti tinggi menjadikan setiap juadah yang menggunakan mentega ini akan menghasilkan tekstur dan rasa yang lazat.
Bahan-bahan: Mentega, Masin, Susu min 80% Krim (Produk susu), Kultur laktik, Garam (1.4%)
Negara Asal: Eropah
Saiz : 200 g dan 250 g
Harga: RM11.65 (pek 200 g)
*Harga mungkin berubah pada masa pembelian
4. Tatura Salted Butter

Tatura Salted Butter adalah mentega serba guna yang terbaik untuk dijadikan teman di dapur. Ianya mempunyai tekstur berkrim dengan rasa masin yang lembut serta aroma yang memukau. Mentega masin Tatura ini amat sempurna untuk dijadikan sapuan di atas roti malah ia juga sedap jika dimakan begitu sahaja. Anda tidak perlu lagi khuatir dengan rasa masakan sekiranya anda menggunakan mentega ini.
Bahan-bahan: Krim Pasteurisasi (Dari Susu), Garam, Air
Negara Asal: Australia
Saiz : 250 g
Harga: RM10.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. SCS Salted Butter

SCS Salted Butter adalah mentega serba guna yang kaya dengan rasa. Ianya lazat dan sesuai digunakan begitu sahaja atau dalam pelbagai masakan. Mentega masin ini ialah produk tenusu pepejal yang diproses melalui pengasingan lemak mentega daripada susu mentega dengan pengadukkan krim, susu segar atau kultur. Mentega masin SCS merupakan produk keluaran Australia yang lazimnya dihidangkan bersama roti bakar atau wafel.
Bahan-bahan: Krim Pasteur, Air, Garam (min 80% Lemak Susu)
Negara Asal: Australia
Saiz : 250 g dan 500 g
Harga: RM12.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Westgold Salted Butter

Westgold Salted Butter adalah mentega masin yang memiliki rasa yang lazat dan berkualiti tinggi yang diperbuat daripada 100% susu dari lembu yang memakan rumput segar di Pantai Barat New Zealand. Mentega masin Westgold melalui proses Fritz Churn klasik bagi mencapai rasa yang kaya. la juga mempunyai tekstur unik yang halus, berkrim dan berwarna keemasan, menjadikannya sesuai untuk semua hidangan dan pastri.
Bahan-bahan: Krim (Dari Susu), Garam.
Negara Asal: New Zealand
Saiz: 250 g, 500 g dan 1 kg
Harga: RM35.9 (1 kg pek)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Golden Churn Salted Butter

Golden Churn Salted Butter merupakan produk mentega berkualiti premium yang dikekalkan dengan penambahan garam untuk memberikan rasa yang mewah dan berkrim. ia diperbuat melalui pendekatan tradisional bagi menghasilkan mentega yang berkualiti tinggi. Bagi mengekalkan kesegaran dan tekstur rasa, mentega haruslah diuruskan pada suhu -18°F.
Bahan-bahan: Krim Pasteur (81% Lemak Mentega), Air, Garam.
Negara Asal: Australia
Saiz: 227 g, 250 g, 350 g dan 2 kg
Harga: RM46.80 (3 pek x 250 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Promex Salted Butter

Promex Salted Butter tidak diragui lagi kualitinya yang sangat baik dan diperbuat dengan bahan-bahan berkualiti tinggi. Hanya komponen susu terbaik sahaja yang digunakan untuk membuat mentega masin Promex ini. Kandungan mentega ini berasal dari lembu yang diberi makan rumput semulajadi, hal ini membawa erti bahawa mentega ini mempunyai nutrisi yang lebih tinggi dan lebih sihat berbanding mentega biasa.
Bahan-bahan: Tidak Dinyatakan
Negara Asal: New Zealand
Saiz: 250 g
Harga: RM30.90 (3 pek x 250 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Lescure Salted Butter Roll

Lescure Salted Butter Roll mempunyai rasa dan tekstur yang halus, serta keupayaannya untuk memberikan hasil yang konsisten dalam produk yang dibakar menjadikannya salah satu mentega yang digemari ramai. Memiliki bentuk “rolled” yang unik dan warna yang menarik membuatkan ia sesuai dengan pelbagai cara pengendalian. Melalui mentega ini rasa manis semulajadi dengan sedikit garam dapat dinikmati.
Bahan-bahan: Krim susu lembu yang dipasteurisasi, Penapaian laktik, Garam (maks. 2%), Lemak susu (min. 80%), Kelembapan (maks)
Negara Asal: Perancis
Saiz : 10 g dan 250 g
Harga: RM18.50 ( Pek 250 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. President Salted Butter

President Salted Butter adalah komponen perisa tambahan yang digunakan pada beberapa makanan seperti stik, sepotong roti ataupun campuran sayuran. Tekstur lembut dan masin mentega ini dilengkapkan dengan rasa kekacang yang lembut menjadikannya sesuai untuk membakar, memasak atau sapuan pada roti bakar pada waktu pagi.
Bahan-bahan: Mentega (Susu) dan Garam.
Negara Asal: Perancis
Saiz : 100 g, 200 g dan 500 g
Harga: RM15.40 (pek 200 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Cara menggunakan mentega masin:
- Gunakan untuk menumis sayuran.
- Meletakkannya di atas pasta atau salad.
- Sapukan pada roti atau bagel.
- Bekukan mentega untuk memanjangkan jangka hayatnya.
- Jika anda menggunakannya untuk “baking”, tidak perlu atau kurangkan jumlah garam dalam adunan.
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.