Pantai keemasan, air biru berkilauan, angin sepoi-sepoi. Tiga hal ini seringkali menjadi faktor utama untuk para pengunjung melawati pantai yang indah. Selain ia dapat menenangkan jiwa yang serabut, pantai juga merupakan salah satu tempat beriadah yang tidak asing lagi bagi keluarga. Tidak ada yang lebih menenangkan selain berada di pantai. Sama ada percutian keluarga atau percutian solo, pantai ialah tempat yang sesuai untuk berehat dan beriadah.
Malaysia diberkati dengan beberapa pantai yang paling menakjubkan dan indah di dunia. Terdapat beberapa pantai di Malaysia yang menawarkan keindahan akuatik yang menakjubkan selain selamat untuk menjalankan aktiviti snoerkeling mahupun scuba diving.
Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di pantai?
Pantai merupakan salah satu lokasi beriadah alami yang menawarkan pemandangan indah dan suasana yang tenang. Dengan pepasir pantai yang halus jatuh dari kaki anda, udara di pantai juga terasa segar dan aman tanpa kesibukan bandar.
Di pantai, anda boleh mengajak keluarga atau rakan-rakan anda berkelah. Dengan cara ini, anda dapat meluangkan masa bersama keluarga mahupun rakan selain mengeratkan hubungan antara anda. Lakukanlah acara ‘pot luck’ bersama rakan dan rancanglah perkelahan anda di pantai kerana aktiviti ini boleh memberikan ketenangan kepada jiwa anda dan mendekatkan anda dengan alam semula jadi. Selain itu, anda juga boleh mengajak rakan untuk bermain sepak takraw ataupun bola tampar di pantai yang indah ini.
10 pantai menarik di Malaysia 2025
1. Pantai Long Beach, Perhentian Islands



Pulau Perhentian telah berkembang menjadi salah satu destinasi pelancongan utama bagi mereka yang inginkan percutian pulau dan pantai. Pulau ini menjadi rumah buat para nelayan tempatan di Terengganu. Pantai yang sesuai dinamakan sebagai Long Beach ini terbentang di sekitar pulau dengan garis pantai yang dipenuhi dengan pokok palma dan pelbagai jenis hidupan marin seperti penyu laut dan ikan. Aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjang anda berada di pantai ini ialah snorkeling, berkayak dan juga scuba diving.
Keunikan: pelbagai hidupan laut yang cantik, berkayak, scuba diving
Alamat: Perhentian Islands, Terengganu
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. Pantai Coral



Pantai Coral ialah pantai yang sesuai untuk percutian romantik yang santai kerana ia memberikan privasi kepada pasangan untuk berseronok. Pantai ini tenang dengan pasir putih pantai yang bersih menjadikan pantai ini destinasi percutian buat mereka yang berbulan madu. Anda boleh melihat pelbagai ikan tropika semasa anda berenang atau snorkeling di perairan pantai ini. Anda juga boleh menjamu selera di kafe yang berdekatan apabila anda lapar.
Keunikan: Sesuai untuk privasi, kafe berdekatan
Alamat: Pangkor Island, Perak
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. Pantai Pulau Mabul



Pantai Pulau Mabul ini terletak di sebelah tenggara Malaysia dari Pulau Sipadan. Pantai ini terkenal dengan aktiviti menyelam kerana ramai penyelam daripada luar negara dan tempatan kerap mengunjungi pantai ini bagi aktiviti tersebut. Antara hidupan akuatik yang anda boleh lihat di sini ialah jerung kepala tukul, jerung paus, penyu tempayan dan pari manta. Jika anda ke pantai ini, aktiviti menyelam ialah salah satu aktiviti yang disyorkan.
Keunikan: Tapak menyelam, hidupan akuatik yang pelbagai
Alamat: Sipadan Island, Sabah
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Pantai Pulau Layang-Layang



Pantai Pulau Layang-Layang ini terletak di pantai barat laut Kota Kinabalu, Sabah. Pantai ini kurang dikenali sehinggakan ia terlihat sebagai pantai yang terbiar. Sebenarnya, ada pengunjung yang melawat pantai ini. Bagi anda yang sukakan privasi, pantai ini sesuai untuk anda. Anda juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti sukan air seperti snorkeling, menyelam atau memerhatikan burung berterbangan di sini. Perairan lautan ini sangat jernih sehingga anda boleh melihat hidupan akuatik dan terumbu karang di dasar laut.
Unique Quality: Located near Malaysian Naval Station, super clear waters, bird watching
Address: Layang Layang Beach, 87000, Labuan Federal Territory
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. Pantai Juara



Pantai Juara terletak di luar pantai timur Pahand, di Pulau Tioman. Pantai Juara mempunyai pemandangan laut yang indah dan matahari terbit yang mengagumkan. Jika anda sukakan detik-detik seperti ini, anda bolehlah berkunjung ke sini. Hamparan tanah yang luas membolehkan para pengunjung untuk mencuba aktiviti berbasikal di sini. Selain itu, anda juga boleh berenang atau mencuba snorkeling kerana pantai ini mempunyai perairan yang jernih dan cantik. Pantai Juara terkenal dengan Projek Pantai Juara yang membantu pemuliharaan penyu di tempat penetasan penyu di pulau ini. Anda boleh ke sini pada waktu siang.
Unique Quality: Sea turtle conservation, scenic views, cycling
Address: Tioman Island, Pahang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Pantai Cenang



Pantai Cenang adalah pantai yang terkenal dalam kalangan pelancong, baik tempatan mahupun antarabangsa kerana pantainya yang indah dan bersih. Selain itu, tempat ini juga sesuai buat kerana ia menawarkan pelbagai aktiviti sukan air yang boleh dicuba. Pantai ini juga sesuai buat kanak-kanak kerana perairannya yang tenang. Terdapat beberapa tempat makan dan minuman yang boleh anda kunjungi jika anda ingin menjamu selera.
Keunikan: Suasana yang tenang, berdekatan dengan kedai makan
Alamat: Langkawi, Kedah
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Pantai Batu Ferringhi



Pantai Batu Ferringhi ialah pantai yang sesuai untuk dikunjungi jika anda suka melibatkan diri dalam sukan air. Terletak di Pulau Pinang, pantai ini mempunyai beberapa tempat terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Pantai ini sesuai untuk aktiviti seperti parasailing dan jet ski kerana pada harganya yang berpatutan. Pada waktu malam, terdapat banyak kedai atau restoran yang dibuka yang menghidangkan pelbagai masakan tempat untuk anda cuba. Bayangkan, sambil menjamu selera, anda dihiburkan dengan alunan muzik santai yang merdu. Pasti percutian anda ke sini sungguh mengasyikkan.
Keunikan: Parasailing, bermain jet ski, alunan muzik santai
Address: Jalan Batu Ferringhi Batu Ferringhi, 11100 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. Pantai Pulau Rawa



Pantai Pulau Rawa ini terletak di bandar Mersing, Johor. Sebenarnya, pulau ini mendapat namanya daripada burung merpati putih yang selalu berterbangan di sini dengan banyaknya. Pantai ini ialah tempat yang indah untuk melihat hidupan marin, burung Kedidi Pantai, burung merak dan kelawar buah sambil bersantai tenang. Terdapat laluan pejalan kaki disediakan di sini untuk mereka yang ingin bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
Keunikan: Hidupan laut yang pelbagai, snorkeling
Alamat: Rawa Island, Mersing, Johor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
9. Pantai Pulau Kapas



Pantai ini mempunyai rupa estetika dengan laut biru yang jernih, pasir pantai yang putih dan lembut serta pokok palma yang tumbuh di pantai ini. Pantai ini terletak di Pulau Kapas, iaitu salah satu destinasi percutian para pelancong. Anda boleh menikmati aktiviti seperti menyelam dan snorkeling sambil melihat batu karang yang berwarna-warni dan pelbagai hidupan akuatik. Keindahan pantai ini terjaga kerana ia selalu dipelihara oleh masyarakat tempatan.
Keunikan: Snorkeling, laut yang jernih
Alamat: Kapas Island, Marang, Terengganu
Google Map: Klik
Google Review: Klik
10. Pantai Tanjung Rhu



Pantai Tanjung Rhu adalah pantai popular yang terletak di timur laut Pulau Langkawi. Pantai ini terletak di kawasan eksklusif dan terpencil, jadi lokasi ini sesuai buat mereka yang inginkan privasi semasa bercuti. Anda akan disapa oleh angin yang lembut dengan bunyi ombak yang menghempas pantai ketika berada di sini. Selain itu, terdapat juga beberapa gerai makanan yang berdekatan untuk anda menjamu selera sambil menikmati keindahan pantai ini.
Keunikan: Pantai yang bersih dan terpencil
Alamat: Tanjung Rhu Beach, Langkawi, Kedah
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.