“Every sunset brings the promise of a new dawn”, kata Ralph Waldo Emerson. Matahari terbenam ialah fenomena alam dan keajaiban semula jadi yang berlaku pada setiap hari kira-kira dari jam 7:00 petang sehinggalah 7:30 petang. Fenomena alam ini merupakan penanda bahawa hari sudah pun menjangkau malam dan tiba masanya untuk anda merehatkan diri setelah penat bekerja di siang hari.
Bagi sesetengah orang, fenomena ini merupakan terapi terapeutik buat mereka. Benar, pemandangan matahari terbenam sungguh mempesonakan. Oleh sebab itu, ramai jurukamera profesional gemar memotret gambar fenomena ini untuk dijadikan pameran atau kenangan di hari tua.
Mengapakah kita perlu menghargai pemandangan ini?
Setiap fenomena alam melahirkan banyak manfaat kepada kita, sebagai contoh fenomena air pasang surut di Sky Mirror yang menjadikan tempat itu sebagai destinasi bergambar yang viral dan dikunjungi ramai pelancong. Fenomena matahari terbenam ini memberikan kita satu rasa ketenangan dalam saat kita sibuk bekerja. Ya, ini tandanya malam sudah tiba dan kita perlu berehat untuk menempuh hari esok dengan bertenaga. Jadi, mungkin kita perlu mengajar diri kita untuk menghargai fenomena ini dengan lebih mendalam.
Mencari lokasi yang sesuai dan strategik dalam menghargai fenomena ini juga bukanlah satu hal yang mudah. Bagi menonjolkan penghargaan anda terhadap fenomena ini, kami akan berusaha memberikan anda lokasi terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Terdapat beberapa tempat di Malaysia yang memberikan anda pemandangan matahari terbenam yang memukau. Berikut kami senaraikan 10 pemandangan matahari terbenam yang terbaik di Malaysia 2025.
10 Pemandangan Matahari Terbenam Terbaik di Malaysia 2025
1. Cameron Highlands, Pahang



Di Pahang, Cameron Highland ialah salah satu tempat menarik untuk bergambar dan mengumpul daun teh. Jika anda berada di sini, cuba perhatian fenomena matahari terbenam di celah-celah bukit. Pasti pemandangannya memukau. Kalau anda ingin lebih menghargainya, ambilkan gambar berlatarkan fenomena ini. Pasti hasilnya sangat memuaskan!
Alamat: Pahang
Google Map: Klik
Google Review: Klik
2. KL Forest Eco Park



Taman ini terkenal dengan jambatan setinggi 200 meter dari bawah. Apabila anda melalui jambatan, anda boleh mengambil banyak gambar dan menikmati pemandangan matahari terbenam yang indah bersama keluarga atau rakan-rakan anda. Matahari terbenam akan perlahan-lahan terbenam di sebalik pohon-pohon besar yang ada di situ. Rakamkanlah fenomena ini untuk dijadikan kenangan anda!
Waktu operasi: Isnin-Khamis, Sabtu-Ahad (8.00 pagi-4.30 petang), Jumaat (8.00 pagi–12 tengah hari, 2.30 petang–4.30 petang)
Alamat: Lot 240, Jalan Raja Chulan, Bukit Kewangan, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
3. Klebang sand dunes, Melaka



Bukit pasir yang landai di benteng pasir pantai Klebang, Melaka ini sungguh menarik sehinggakan ramai pengunjung datang untuk bergambar di situ. Selain menjadi tempat bergambar, ramai juga yang datang ke sini untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang mengasyikkan. Ramai pelancong suka melihat pemandangan matahari terbenam ini. Mereka akan berdiri di atas bukit pasir bagi melihat pantulan matahari terbenam menjadi sebati dengan laut sehingga menghasilkan pemandangan yang sungguh menakjubkan.
Waktu operasi: Setiap hari (24 jam)
Alamat: Melaka
Google Map: Klik
Google Review: Klik
4. Bukit Tadom, Selangor



Jika anda ke Bukit Tandom, jadual anda akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sukan yang menarik. Namun begitu, cuba ambil masa menghayati pemandangan matahari terbenam keemasan di sebalik pohon-pohon hijau. Biarkan rasa tenang dan santai menguasai diri anda. Hargailah pemandangan yang menakjubkan ini.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (9.00 pagi-6.45 malam)
Alamat: 2, Jalan Bukit Tadom, Kampung Orang Asli, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
5. AVANI Sepang Goldcoast Resort, Selangor



AVANI Sepang Goldcoast Resort, Selangor, merupakan tarikan tempat riadah bagi penduduk tempatan dan pelancong. Anda akan menikmati pemandangan laut yang berkilauan dan memukau. Fenomena Matahari terbenam ini akan mencerminkan permukaan laut dan memantulkan biasan cahaya dari kejauhan. Ramai orang berasa seronok apabila melihat perkara seumpama ini berlaku.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (24 jam)
Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
6. Pantai Murni, Yan, Kedah



Pantai Murni di Yan, Kedah, ialah tempat yang sesuai untuk melihat pemandangan matahari terbenam kerana apabila matahari terbenam, ia akan terpantul di permukaan air laut sehingga menghasilkan pemandangan biasan cahaya yang menakjubkan. Disebabkan kejadian ini, ramai pengunjung merakamnya untuk dijadikan kenangan.
Alamat: Jalan Pantai Murni06900 Yan, Kedah
Google Map: Klik
Google Review: Klik
7. Heli Lounge Bar



Heli Lounge Bar ialah tempat yang unik untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Restoran ini menyediakan ruang makan atas bumbung yang besar untuk para pelanggan. Sambil menikmati hidangan, para pelanggan boleh melayan pemandangan matahari terbenam secara dekat. Matahari terbenam itu akan mewarnai langit dengan warna merah dan oren sehingga mewujudkan suasana damai untuk setiap yang memandangnya.
Waktu operasi: Isnin-Rabu, Jumaat-Ahad (5.00 petang-12.00 malam), Khamis (5.00 petang-1.00 pagi)
Alamat: 34 Menara KH, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50450, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
8. Taman KLCC

KLCC Park is another beautiful place for you to view the sunset. It occurs around 7:22 p.m. and allows people to take many pictures. So many people obsess with the gorgeous sunset and create many romantic and sweet memories with their loved ones.

KLCC Park ialah satu lagi tempat yang cantik untuk anda melihat pemandangan matahari terbenam. Biasanya ramai pengunjung yang bersantai di sini sambil menikmati pemandangan landskap taman ini. Fenomena matahari terbenam biasanya berlaku pada jam 7.22 petang dan para pengunjung yang masih lagi berada di taman ini akan merakam gambar mahupun video fenomena ini atau sekadar menikmatinya bersama orang tersayang.
Alamat: KLCC, Lot No. 241, Level 2, Suria, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
9. Bukit Broga



Bukit Broga juga dipanggil sebagai Bukit Lalang. Bukit ini merupakan tempat yang bagus untuk pendaki dan jurugambar yang ingin merakam pemandangan matahari terbenam. Di sini, matahari akan mulai terbenam sekitar jam 6.55 petang jadi anda harus bersiap sedia untuk melakukan pendakian lebih awal supaya tidak terlepas fenomena yang indah ini. Ramai pendaki dan jurugambar yang menikmati pemandangan matahari terbenam di sini kerana kawasannya dikelilingi alam sekitar yang indah dan luas.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (4.00 pagi-5.00 petang)
Alamat: Jln Broga, 43500 Semenyih, Selangor
Google Map: Klik
Google Review: Klik
10. Taman Tasik Ampang Hilir



Taman Tasik Ampang Hilir ialah tempat yang bersih dan cantik untuk anda melihat matahari terbenam. Fenomena matahari terbenamnya akan berlaku di sini sekitar jam 7:22 petang. Ramai orang akan bersiap sedia di taman dan merakam fenomena yang menakjubkan ini menggunakan kamera ataupun telefon pintar. Pendek kata, pemandangan ini seringkali menghasilkan gambar yang menarik dan suasana yang tenang buat sesiapa yang melihatnya.
Waktu operasi: Isnin-Ahad (6.00 pagi-8.00 malam)
Alamat: 115, Jalan Ampang Hilir, Desa Pahlawan, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Klik
Google Review: Klik
Are you attracted by these spectacular sunset views? Let’s go to these places with your family and friends to enjoy the sunset. We hope you can leave an honest review and share it with others.
Other than that, let us know if we left any stunning sunset views in Malaysia. You can send messages to us or leave a comment on our My Weekend Plan website! Hope you capture a lot of beautiful sunset views and enjoy them leisurely!
Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini
Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.