Kajian telah membuktikan bahawa pelbagai teh boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dan melawan keradangan. Banyak bukti telah menunjukkan bahawa jika anda kerap minum teh, ia boleh memberi kesan yang positif kepada kesihatan anda.
Ahmad Tea ialah sebuah syarikat teh terkenal di Malaysia yang diasaskan pada 1986 oleh Rahim Afshar dan adik-beradiknya. Syarikat ini dinamakan sempena nama bapa mereka. Mereka telah menghasilkan 5 jenis teh yang berbeza seperti teh hijau, teh hitam klasik, teh buah hitam, minuman sejuk dan infusi buah-buahan dan herba. Berikut ialah 10 perisa Ahmad Tea terbaik di Malaysia.
Bagaimanakah memilih perisa yang sesuai?
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ahmad Tea mempunyai 5 jenis teh yang berbeza dengan pelbagai perisa yang terdapat di pasaran Malaysia. Anda boleh mencuba rasa baharu teh keluaran syarikat ini di pasaran. Jangan risau kerana berikut ialah beberapa petua yang boleh membantu anda untuk memilih perisa bagi dinikmati semasa waktu minum petang anda.
- Review
Anda harus membaca ulasan pelanggan lain mengenai perisa tertentu sebelum membeli teh ini supaya anda boleh mendapatkan gambaran tentang rasa teh tersebut dan perasaan orang ramai terhadap perisa teh tersebut.
- Pilih Jenis Teh
Memandangkan teh ini mempunyai beberapa jenis teh, anda boleh memilih teh yang biasa anda minum bagi mengelakkan wang anda. Pastikan anda tahu perisa teh tersebut dahulu sebelum membelinya.
- Beli Kotak yang Menawarkan Uncang Teh yang Sedikit
Teh ini datang dalam jumlah uncang teh yang berbeza setiap kotak, tetapi jumlah terbesar yang boleh anda temui di Malaysia ialah 100 uncang teh bagi setiap kotak. Apabila anda ingin mencuba perisa baharu, elakkan membeli sekotak yang mempunyai banyak uncang teh didalamnya. Lebih baik mencuba teh daripada kotak yang memiliki uncang teh sedikit daripada membazir.
10 Perisa Ahmad Tea Terbaik di Malaysia 2025
1. Ahmad Tea Detox

Teh Ahmad mencipta campuran teh herba yang bukan sahaja membuatkan anda berasa sihat tetapi juga enak dengan infusi Detoxnya. Ia kaya dengan perisa herba dan berfungsi hebat untuk mencergaskan semula diri anda. Tiada kafein yang ditambah dalam minuman ini supaya anda boleh meminumnya setiap kali anda memerlukan tenaga.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Dandelion, Fennel, Daun Birch, Halia, Rosemary, Pudina, Nettle, Daun Sweet Blackberry
- Jenis Teh: Infusi Buahan & Herba
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Menyegarkan
✅ Diperbaharui dengan rasa yang hebat
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Ahmad Tea Chamomile & Lemongrass

Infusi Camomile & Lemongrass ini terkenal dengan kesannya untuk memerangi tekanan dan ketegangan saraf. Ahmad Tea menghasilkan teh herba ini yang diperbaharui dengan rasa yang lazat dan mempunyai haruman serai. Minuman tanpa kafein ini akan membantu dan menenangkan anda sewaktu anda berasa tertekan dengan rasanya yang sedap dan menyihatkan.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Daun Chamomile, Serai
- Jenis Teh: Infusi Buahan & Herba
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Menenangkan
✅ Rasa yang lembut
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Ahmad Tea Green Tea Pure

Dibuat dengan daun teh hijau Cina yang berkualiti tinggi, daunnya tidak teroksida sekaligus memberikan teh ini aroma dan rasa yang boleh dibezakan. Green Tea Pure by Ahmad Tea ini sangat sesuai untuk menguatkan kesihatan kerana kandungan kafeinnya yang rendah. Selain kaya dengan rasa, anda boleh menikmati teh ini dengan tenang.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Teh Hijau
- Jenis Teh: Teh Hijau
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Menguatkan kesihatan
✅ Aroma yang menarik
Harga: RM8.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Ahmad Tea Peach & Passion

Rasai aroma yang menyegarkan dan hangat dengan Ahmad Tea Peach & Passion. Minuman ini boleh dinikmati dalam suhu panas dan sejuk. Teh ini boleh dihidangkan bersama jemput-jemput pada petang yang panas atau dihidangkan semasa hari hujan. Teh ini diadun dengan pic dan markisa bagi memberikan rasa teh yang manis dan menyenangkan.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Teh Hitam, Pic, Buah Markisa, Kepingan buah
- Jenis Teh: Teh Buah Hitam
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Menguatkan kesihatan
✅ Aroma yang menarik
Harga: RM10.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Ahmad Tea Peppermint & Mint

Infusi Peppermint & Lemon ini diadun dengan pudina wangi terbaik bersama lemon masam untuk menyegarkan dan merehatkan fikiran anda. Minuman ini merupakan minuman aromatik kerana ciri mentol yang segar daripada pudina diharmonikan dengan perisa lemon semula jadi. Nikmati teh ini sambil menghirup rasa pudina untuk berehat dan mengecas semula tenaga anda.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Daun Pudina, Kupasan Lemon, Perisa Asli Lemon
- Jenis Teh: Infusi Buahan & Herba
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Menenangkan
✅ Sensasi rasa menthol
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Ahmad Tea Jasmine Green Tea

Bunga melati dikenali sejak dari zaman dahulu lagi kerana keupayaannya untuk merangsang minda dan badan anda. Campuran Ahmad Tea Jasmine Green Tea ini mempunyai rasa halus daun teh hijau terpilih yang disertai dengan bunga Melati yang wangi. Minuman ini sedap dihidangkan tanpa susu supaya anda boleh mendapatkan yang terbaik daripada teh hijau aromatik ini.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Teh Hijau, Bunga Melati
- Jenis Teh: Teh Hijau
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 25 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Berpatutan
✅ Rasa halus daun teh
Harga: RM6.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Ahmad Tea Strawberry Sensation

Ahmad Tea menyeimbangkan teh Afrika Timur yang sihat untuk menghasilkan campuran buah yang lazat ini. Kepingan strawberi asli ditambah bersama perisa strawberi khas untuk menghasilkan rasa Sensasi Strawberi. Teh ini boleh dinikmati teh sama ada panas atau sejuk untuk merasai kemanisannya. Jika anda rasa ingin minum sesuatu yang baru, cuba tambahkan sedikit susu untuk menghasilkan teh susu ‘Strawberi & Krim’.
Spesifikasi:
- Ingredients: Black Tea, Strawberry Pieces
- Type of Tea: Black Fruit Tea
- Amount Per Box: 20 Teabags
Kelebihan:
✅ Manis
✅ Menyegarkan
Harga: RM10.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Ahmad Tea Rooibos & Cinnamon

Bersantai dan segarkan diri anda selepas jadual bekerja atau sekolah yang sibuk dengan daun Rooibos Afrika Selatan yang menenangkan dan kulit kayu manis aromatik yang dicipta dengan sempurna dengan campuran herba ini. Daun Rooibos ini popular di seluruh dunia kerana kaya dengan antioksidan dan secara semula jadi bebas kafein supaya anda boleh menikmati teh kacang yang indah ini pada bila-bila terutama semasa anda berasa letih.
Spesifikasi:
- Bahan-bahan: Daun Rooibos, Kulit Kayu Manis
- Jenis Teh: Infusi Buahan & Herba
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Menenangkan
✅ Beraroma
Harga: RM9.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Ahmad Tea Lemon & Lime

Ahmad Tea Lemon & Lime ini mencipta campuran buah sitrus yang masam manis yang menyegarkan. Minuman ini boleh diminum hangat atau sejuk selain membantu menenangkan dan merehatkan fikiran anda. Nikmatilah campuran masam manis yang sempurna ini pada bila-bila masa, tidak kira pada hari yang terik ataupun pada malam hujan yang sejuk.
Specifications:
- Bahan-bahan: Teh hitam, Lemon and Kepingan Limau Nipis
- Jenis teh: Teh Buah Hitam
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Kaya dengan perisa
✅ Menyegarkan
Harga: RM10.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Ahmad Tea Cold Brew Peach & Passion

Ahmad Tea telah menghasilkan versi yang lebih baik daripada salah satu teh popular mereka iaitu Peach & Passion Flavoured Black Tea. Teh ini merupakan salah satu cara yang mudah untuk memastikan diri anda sentiasa dihidrasi sambil menikmati rasa buah-buahan yang segar. Dengan hanya 5 minit sahaja, tanpa menggunakan gula atau bahan pengawet tambahan, anda dapat menikmati teh ini dengan selesa terutama pada hari-hari hujan.
Specifications:
- Bahan-bahan: Teh Hitam, Pic and Perisa buah Markisa, Perisa teh semula jadi
- Jenis teh: Bancuhan Sejuk
- Bilangan uncang dalam satu kotak: 20 Uncang teh
Kelebihan:
✅ Senang untuk dibancuh
✅ Menyegarkan
Harga: RM10.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.