10 Taman Negara Terbaik di Malaysia 2025

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan flora dan faunanya. Ekosistem yang pelbagai dilihat dapat hidup secara harmoni dan ini merupakan kelebihan buat negara kita. Sehingga kini, hutan simpan di Malaysia masih dipelihara terutama flora dan faunanya oleh pihak berkuasa supaya generasi akan datang dapat mengenal haiwan yang habitatnya di Malaysia.

Tidak dapat dinafikan kerja pemuliharaan dan pemeliharaan amatlah penting bagi menjaga kelangsungan spesies flora dan fauna di Malaysia. Maka, untuk itu pihak kerajaan mempergiatkan usaha membanteras penyeludupan atau pembalakan haram agar habitat asal flora dan fauna ini tidak diganggu.

Apakah fungsi taman negara?

Banyak hutan diwartakan sebagai taman negara dan hutan simpan. Taman negara berperanan sebagai pusat kajian haiwan dan tumbuhan di habitat mereka disamping kerja pemuliharaan dan pemeliharaan giat dijalankan.

Walaupun begitu, para pelawat boleh berkunjung ke taman negara dengan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti tidak boleh berburu atau mengumpul buah tanpa kebenaran. Taman negara boleh berfungsi sebagai destinasi pelancongan untuk negara jadi untuk itu kami senaraikan 10 taman negara terbaik untuk anda lawati.

10 Taman Negara Terbaik di Malaysia 2025

1. Taman Negara

Taman Negara
Kredit Gambar: Mutiara Taman Negara
Taman Negara
Kredit Gambar: Cari Destinasi
Taman Negara
Kredit Gambar: Adventoro

Taman Negara ini terletak di Pahang dan merupakan taman negara tertua di Malaysia. Taman Negara ini juga mempunyai salah satu hutan hujan tropika tertua di dunia. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan semasa anda berada di sini seperti meredah hutan pada waktu malam, berjalan di atas platform kanopi, melawat perkampungan orang asli dan menaiki bot.

Keunikan:  Perkampungan orang asli, meredah hutan pada waktu malam

Alamat: 27000 Kuala Tahan, Pahang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.tamannegara.asia/ 

2. Taman Negara Gunung Ledang

Gunung Ledang National Park
Kredit Gambar: Johor National Parks
Gunung Ledang National Park
Kredit Gambar: Johor National Parks
Gunung Ledang National Park
Kredit Gambar: Johor National Parks

Taman Negara Gunung Ledang ialah salah satu daripada beberapa taman negara yang terletak di negeri Johor. Taman negara ini diwartakan untuk melindungi flora dan fauna di Gunung Ledang daripada bahaya ancaman luar. Taman negara ini menyediakan pelbagai aktiviti untuk dilakukan seperti mendaki gunung, meredah hutan pada waktu malam, berbasikal di lereng gunung dan juga berkelah di tepi sungai yang terdapat di taman negara ini.

Keunikan: Mendaki gunung, berkelah di tepi sungai

Alamat: 26 Batu, Jalan Segamat, Sagil, 84020, Johor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.johornationalparks.gov.my/v3/gunung-ledang/ 

3. Taman Negara Endau-Rompin

Endau Rompin National Park
Kredit Gambar: wonderfulmalaysia.com
Endau Rompin National Park
Kredit Gambar: wonderfulmalaysia.com
Endau Rompin National Park
Kredit Gambar: wonderfulmalaysia.com

Taman Negara Endau-Rompin terletak di antara sebelah timur laut Johor dan selatan Pahang. Taman negara ini terkenal kerana terdapat habitat Badak Sumbu Sumatera, Harimau Malaya dan Gajah Asia yang semakin diancam kepupusan. Di sini, anda boleh melawat perkampungan orang asli suku kaum Jakun, menyertai safari malam ataupun berakit.

Keunikan:  Perkampungan orang asli suku kaum Jakun, berakit

Alamat: Taman Negara, Johor

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.wonderfulmalaysia.com/endau-rompin-national-park-malaysia.htm#accommodation 

4. Taman Negara Bako

Bako National Park
Kredit Gambar: Sarawak Tourism Board
Bako National Park
Kredit Gambar: Viator
Bako National Park
Kredit Gambar: bakonationalpark.my

Taman Negara Bako terletak di Sarawak dan merupakan taman negara tertua di negeri ini. Taman negara ini diwartakan pada tahun 1957. Walaupun taman negara ini bersaiz kecil tetapi ia banyak meliputi hutan bakau, hutan paya dan pokok-pokok dipterocarpus yang banyak. Anda juga boleh menyaksikan hidupan liar seperti burung Rajawali dan babi hutan sewaktu anda meredah hutan di taman negara ini. Anda juga boleh memerhatikan pelbagai jenis burung yang terbang di langit.

Keunikan:  Meredah hutan, memerhati pelbagai jenis burung

Alamat: Kuching Division, Sarawak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://bakonationalpark.my/ 

5. Taman Negara Pulau Pinang

Penang National Park
Kredit Gambar: travel-penang-malaysia.com
Penang National Park
Kredit Gambar: Lonely Planet
Penang National Park
Kredit Gambar: Capture The Atlas

Taman Negara Pulau Pinang menempatkan flora dan fauna yang pelbagai disamping memiliki pantai berpasir putih dan hutan hijau yang tebal. Keseimbangan ini menjadikan Taman Negara Pulau Pinang sungguh unik kerana kepelbagaian landskap yang dimiliki. Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini ialah mendaki bukit, berkhemah, berjalan di atas platform kanopi dan menaiki bot.

Keunikan: Pantai yang indah, berkhemah, mendaki bukit

Alamat: Pejabat Taman Negara P. Pinang jalan Hassan Abbas, 11050 George Town, Penang

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.wildlife.gov.my/index.php/en/public/2016-05-10-02-34-43/peta 

6. Taman Negara Tunku Abdul Rahman

Tunku Abdul Rahman National Park
Kredit Gambar: Sabah Tourism
Tunku Abdul Rahman National Park
Kredit Gambar: MySabah.com
Tunku Abdul Rahman National Park
Kredit Gambar: GlobeTrove

Taman Negara Tunku Abdul Rahman ialah taman negara negeri yang terletak di Teluk Gaya, luar pesisir Kota Kinabalu. Taman ini terdiri daripada 5 pulau yang banyak menempatkan hidupan terumbu karang dan laut. Taman negara ini diwartakan untuk melindungi hidupan marin dan darat daripada diancam kepupusan. Anda boleh melakukan aktiviti sukan di sini seperti scuba diving, snorkeling, meredah hutan, berkelah dan bermain bola sepak.

Keunikan: 5 pulau, snorkelling,

Alamat: Gaya Bay, Kota Kinabalu, Sabah

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://www.sabahparks.org.my/tunku-abdul-rahman-park 

7. Taman Negara Bukit Lambir

Lambir Hills National Park
Kredit Gambar: sarawakforestry.com
Lambir Hills National Park
Kredit Gambar: sarawakforestry.com
Lambir Hills National Park
Kredit Gambar: Viator

Taman Negara Lambir Hills diiktiraf oleh penyelidik dan saintis dari seluruh dunia sebagai salah satu kawasan ekologi yang menempatkan pelbagai flora dan fauna dalam hutan seluas 52 hektar. Taman negara ini merupakan rumah kepada pelbagai spesies burung dan serangga, malahan ada spesis haiwan ini masih belum ditemui oleh para saintis. Taman negara ini menawarkan aktiviti kepada pengunjung seperti meredah hutan, memerhati hidupan liar dan burung dari jauh  serta meredah hutan pada waktu malam.

Keunikan: Memerhati hidupan liar dan burung, meredah hutan

Alamat: 1-76, Bintulu – Miri Hwy, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://sarawakforestry.com/lambir-hills-national-park/ 

8. Taman Negara Similajau

Similajau National Park
Kredit Gambar: Borneo Adventure
Similajau National Park
Kredit Gambar: Sarawak Forestry
Similajau National Park
Kredit Gambar: Travel Triangle

Taman Negara Similajau terletak di sebelah timur laut Bintulu di Sarawak. Taman negara ini dikelilingi dengan hutan hujan tropika, formasi geologi dan pantai berpasir yang menjadikannya sebagai salah satu taman negara yang menarik untuk dikunjungi. Anda boleh bersiar-siar di dalam hutan dan melihat pelbagai jenis flora dan fauna di sini. Selain itu, anda boleh menaiki bot, melihat ikan lumba-lumba dan berjalan-jalan di hutan pada waktu malam.

Keunikan: Melihat ikan lumba-lumba, menaiki bot

Alamat: Similajau, 97000 Bintulu, Sarawak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://sarawakforestry.com/parks-and-reserves/similajau-national-park/ 

9. Taman Negara Niah

Niah National Park
Kredit Gambar: Borneo Adventure
Niah National Park
Kredit Gambar: Sarawak Tourism Board
Niah National Park
Kredit Gambar: Asia Travel Gate

Taman Negara Niah mempunyai banyak gua yang kompleks dan sejuk. Di dalam salah sebuah gua ini, terdapat peninggalan manusia moden tertua yang pertama ditemui di Asia Tenggara sekaligus menjadikannya sebagai tapak arkeologi. Di luar gua terdapat hutan yang dipenuhi dengan hidupan liar yang pelbagai. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menerokai gua, berjalan-jalan di dalam hutan dan memerhatikan burung di sarangnya.

Keunikan: Eksplorasi gua, tapak arkeologi

Alamat: 98200 Miri, Sarawak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://niahnationalpark.my/ 

10. Taman Negara Gunung Gading

Gunung Gading National Park
Kredit Gambar: Sarawak Tourism Board
Gunung Gading National Park
Kredit Gambar: Borneo Adventure
Gunung Gading National Park
Kredit Gambar: GoWhere Malaysia

Taman Negara Gunung Gading terletak di pekan kecil bernama Lundu di sebelah barat daya Sarawak. Salah satu keistimewaan taman negara ini ialah anda boleh menyaksikan bunga Rafflesia yang menakjubkan. Bunga ini merupakan bunga terbesar di dunia. Aktiviti lain yang boleh anda lakukan di taman negara ini ialah meredah hutan, meneroka tujuh air terjun dan melawat peninggalan perang semasa pemberontakan komunis berlaku.

Keunikan: Bunga Rafflesia, meneroka air terjun

Alamat: 94500 Lundu, Sarawak

Google Map: Klik

Google Review: Klik

Laman web: https://gading.my/ 


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close